Lama Nadine bersendirian di ruang menunggu LRT. Orang ramai yang menoleh dua kali ke arahnya tidak dipedulikan. Sekali-sekala dia mengesat air mata yang berterusan mengalir. Pertemuan dengan Amirul tadi betul-betul buat dia rasa nak menjerit sekuat hati.
Rupanya,
segala perubahan Amirul selama ini bukan kerana berdepan dengan masalah, tapi
sebab Amirul sudah curang! Diulangi sekali lagi, CURANG!
Nadine
sudah meraup muka. Mengesat kesemua air mata yang mengalir dengan jari
tangan.Perlahan-lahan raut muka Amirul muka terbayang. Begitu juga semua
kata-kata lelaki itu.
“Sampai
hati you buat I macam ni. Kita kenal bukan sekejap. Dah dekat lima tahun dan
sekarang you kata you suka perempuan lain. Apa kurangnya I sampai you sanggup
curang dengan perempuan tu?”
“You
tak salah apa-apa, Nadine. I yang salah. I yang berubah hati dan I minta maaf
sangat-sangat.”
“Kenapa
you nak berubah hati? Selama ni I setia dengan you. I tak pandang lelaki lain.”
“I
minta maaf.”
“Stop saying those words. It hurts me. I
cuma nak tahu apa salah I. Cakap dengan I sekarang!”jerit Nadine penuh emosi.
“I
rasa bahagia sangat setiap kali keluar dengan dia. Dengan you, I rasa hambar
dan asyik nak marah. I tak suka keadaan macam tu. I dah cuba sayangkan you,
tapi tak berjaya. We had to accept that
the chemistry between us has gone.”
“Senangnya
you cakap!”
“I
betul-betul minta maaf, Nadine.”
“Sampai
bila-bila pun I takkan maafkan you. I akan ingat apa you buat pada I!”
Tangisan
Nadine kian panjang. Semakin dia mahu melupakan segala kata-kata Amirul,
semakin kuat kata-kata lelaki itu melekat dalam otak.
“Tren
sudah nak sampai. Marilah. Tadi awak sudah lepaskan lima tren. Awak nak duduk
sini sampai bila?” teguran seseorang mengejutkan Nadine.
Dengan
bahu yang masih terhingut-hingut Nadine mengangkat wajah. Terjengul tubuh
tinggi lampai lelaki yang tadinya berkaca mata hitam, berketayap dan berjubah putih.
Berkerut-kerut dahi Nadine.
Macam
mana pula lelaki ini boleh ada kat sini?
“Tak
elok menangis lama-lama,”pesan lelaki berkaca mata hitam, berketayap dan
berjubah putih itu.
Nadine
menyeka air mata yang mengalir. Kemudian menyorot lelaki itu dalam-dalam.
“Kenapa
lelaki suka curang?”soal Nadine. Sayu saja tatapan matanya. Sementara air mata
tanpa henti berjuraian membasahi pipinya ketika ini.
“Apa
dia?”soal lelaki itu semula. Sebenarnya dia terkejut mendengar soalan Nadine.
“Kenapa
lelaki suka curang? Apa salah I? I sayangkan dia, sayang sangat-sangat. I ambil
berat tentang dia. Tapi kenapa dia pilih perempuan lain?”
Lelaki
itu terdiam seketika.
“Jika
ingin dicintai oleh manusia, pastikan ia adalah cinta yang boleh menghampirkan
diri kita kepada Allah,”jawab lelaki itu. Segaris senyuman sudah menghiasi
wajahnya.
Nadine
sudah melopong.
Lain
yang ditanya, lain pula yang dia jawab. Apa ni?
“You
cakap apa ni? I tanya lain, you jawab lain. You faham tak I tanya you apa?”
Lelaki
itu seperti tadi, masih juga tersenyum. Hanya menambahkan geram di hadi Nadine
pada saat ini.
Namun
sesaat kemudian riak wajah Nadine berubah terkejut. Jangan-jangan maskaranya
sudah luruh kerana sejak tadi dia menangis.
Jadi
matanya sudah macam panda? Sebab itu lelaki ini sejak tadi asyik tersenyum!
“Ambil
sapu tangan ni. Hilangkan air mata tu. Kena tinggal dengan teman lelakisaja. Bukan
sebab ditinggalkan oleh Allah. Senyum sikit.”
“Tak
payah! I boleh beli tisu.”
“Tapi
keadaan awak dah teruk sangat ni. Ambillah sapu tangan ni dulu. Hapuskan air
mata tu dan juga warna hitam kat mata awak.”
Nadine
mengetap bibirnya kuat-kuat. Jadi betullah maskaranya sudah luruh?
“Terima
kasih!”balas Nadine lantas lekas-lekas memasuki perut tren. Sebenarnya dia malu
dan segan. Hilang sejenak kisah sedihnya ditinggalkan oleh Amirul.
Sehingga
pintu tren hampir tertutup rapat, lelaki tadi masih berdiri di luar. Nadine
sudah berwajah serius. Dia melambaikan sapu tangan, namun lelaki itu sekadar
membalas dengan anggukan kepala.
“Ambillah.
Saya halalkan!”beritahu lelaki itu sebelum pintu tren tertutup habis.
Nadine
Qhaisara terdiam. Sapu tangan lelaki tersebut di pandang dengan sejuta rasa.
Ada haruman lavender yang tertebar. Haruman yang begitu menyenangkan perasaan.
Haruman yang sangat unik dan ada ciri khas yang tersendiri.
“Masya-Allah!
Aku lupa nak tanya nama dia siapa,”omel Nadine sejenak kemudian. Sempat
memarahi diri sendiri.
Nota : Versi Cetak sudah ada dipasaran.
Nota : Versi Cetak sudah ada dipasaran.
***
For latest teaser ‘n’ updates, please click the below link. TQ :))
https://www.facebook.com/groups/584073261660707/