Datuk
Ahmad Alias sempat mengeluh panjang. Kemudian lelaki separuh umur itu
menyandarkan tubuh. Matanya turut dipejamkan rapat-rapat. Ketika ini, otaknya
sedang berfikir sama ada mahu meneruskan rancangan gilanya atau tidak.
"Macam
mana Datuk? Datuk nak teruskan juga ke?"
Datuk
Ahmad Alias membuka matanya luas-luas. Sampul surat yang bersaiz kertas A4 tadi
kembali diambil. Isinya dikeluarkan semula. Lama dia menatap isi kandungan
sampul surat tersebut.
Terdengar
Datuk Ahmad Alias mengeluh keras. Sangat keras.
“Awak
rasa cara saya ni betul ke?”
“Datuk
nak pendapat jujur saya ke?”
Datuk
Ahmad Alias mengangguk.
“Jujur,
saya tetap kata cara Datuk salah.”
Datuk
Ahmad Alias ketawa kecil.
“Macamlah
awak tak kenal perangai anak sulung saya. Dia tak pernah suka dengan saya pun.”
Encik
Imran mengulum senyum tipis. Datuk Ahmad Alias seperti berjauh hati dengan
Farhah. Sebenarnya, Datuk Ahmad Alias dengan Farhah perangai lebih kurang saja.
"Kalau
saya teruskan rancangan kita ni, awak yakin Farhah akan balik ke sini
semula?"tanya Datuk Ahmad Alias lagi. Kali ini dia terlalu sengaja
menyorot pembantunya dalam-dalam.
Encik
Imran tidak segera menjawab. Sebaliknya dia seperti sedang berfikir panjang.
"Kita
boleh cuba, Datuk. Selebihnya terletak pada Farhah sendiri."
"Farhah
tu pelik sikit, Imran. Kalau Katrina jenis menurut, Farhah jenis memberontak.
Keras hati. Keras kepala. Saya yakin dia takkan balik ke rumah ni macam itu
saja."
Datuk
Ahmad Alias sudah geleng kepala berkali-kali. Tahu sangat Datuk Ahmad Alias
perangai Farhah. Kalau setakat merana biasa-biasa, Farhah memang tahan lasak.
"Melainkan.."
Datuk
Ahmad Alias tidak menyudahkan kata-katanya. Sebaliknya dia kembali berfikir
panjang.
"Melainkan
apa, Datuk?"
"Melainkan
dia terdesak sangat dan perlukan bantuan keluarga dia. Selagi kita tak desak
dia dengan teruk, dia takkan mengalah."
"Datuk
nak saya buat apa?"
Datuk
Ahmad Alias mengeluh lagi. Sampul surat tadi diserahkan semula pada Encik
Imran.
Encik
Imran terdiam. Sorotannya langsung tidak berkalih daripada menatap Datuk Ahmad
Alias. Kemudian penerangan lanjut Datuk Ahmad Alias sempat membuat Encik Imran
terkedu.
"Datuk
serius ke ni?"tanya Encik Imran dengan muka setengah tidak percaya.
Kata-kata Datuk Ahmad Alias sebentar tadi sangat mengejutkan!
"Saya
serius. Degil Farhah perlu ditangani dengan cara begini. Buat secepat mungkin.
Wang bukan masalah. Saya sanggup
keluarkan berapa saja, asalkan Farhah balik.”
“Tapi
Datuk..”
“Saya
cuma nak Farhah balik. Lain-lain perkara saya tak nak tahu,”potong Datuk Ahmad
Alias.
"Saya
tak sampai hati nak buat begitu pada Farhah, Datuk. Lagipun saya dah anggap
Farhah tu macam anak saya sendiri juga."
"Saya
ayahnya, Imran. Hati saya lebih dulu terluka kalau sesuatu terjadi pada Farhah.
Tapi degil Farhah tu bukan degil biasa. Degil Farhah degil luar biasa.”
“Cara lain tak boleh ke Datuk?”
“Cara
lain takkan jalan. Awak pun tahu dari dulu lagi Farhah dah biasa hidup
berdikari. Kalau kita tak buat begini, sampai ke sudah dia takkan balik. Farhah
betul-betul ikut perangai arwah emak saya."
Giliran
Encik Imran pula mengeluh kecil. Tentang Farhah ikut perangai arwah emak Datuk
Ahmad Alias, memang dia sangat setuju. Tapi kalau perangai keras kepala,
rasanya Farhah ambil gen Datuk Ahmad Alias.
"Kalau
awak perlukan apa-apa, cakap saja. Saya akan sediakan. Yang penting Farhah
balik ke sini,"lanjut Datuk Ahmad Alias.
Encik
Imran menghela nafas panjang. Dia ingin sekali membantah, tapi wajah keruh
Datuk Ahmad Alias membuat dia membatalkan hasratnya yang satu itu.
Alahai
Farhah.. Kenapa degil sangat ni?
PENUH
hati-hati Katrina melangkah mendaki anak tangga satu-persatu. Besar harapan
Katrina ayah tidak sedar kepulangannya hari ini. Namun sebaik saja tiba di anak
tangga terakhir, langkah kakinya terhenti.
Ayah
dan Encik Imran sedang berada betul-betul di depan pintu bilik kerja ayah. Dan
sekarang keduanya sudah menatap Katrina tajam-tajam. Memang Katrina tidak
sempat menyorok.
"Hai
ayah. Hai uncle Imran,"ujar Katrina sambil mengukir senyum tipis. Dalam
hati sudah berdebar tidak menentu. Sekejap lagi terdengarlah bebelan ayahnya
yang luar biasa panjang.
Datuk
Ahmad Alias dan Encik Imran saling berpandangan. Jelas terkejut dengan
kemunculan Katrina yang secara tiba-tiba itu.
"Kat
buat apa dekat sini?"
Katrina
sudah tersengih-sengih. Ada rasa segan dan takut mahu bercerita tentang perkara
sebenar. Katrina sebenarnya mahu berjumpa ibunya dulu.
Konon-konon
hendak meminta bantuan ibunya yang tersayang pujuk ayah. Tapi nampaknya
sekarang, rancangannya sudah kucar-kacir.
"Maaf
ayah. Kat tak boleh nak sambung study. Kat tak boleh."
“Jadi?”
“Jadi
Kat berhenti dan lari balik ke sini,”beritahu Katrina. Sudah reda dengan
hukuman yang bakal menimpa.
Datuk
Ahmad Alis sudah pun menjengilkan matanya.
Ini
lagi seorang. Farhah dengan keras hati dan kepalanya. Katrina pula dengan sikap
anak kecilnya. Lihatlah sekarang! Katrina lari lagi dari kolej.
"Imran,
awak balik dulu. Buat macam yang kita bincangkan tadi."
"Baik
Datuk."
"Masuk
bilik ayah sekarang."
Katrina
mengeluh pendek. Sekejap lagi pasti Katrina rentung mendengar bebelan ayah.
"Mood
ayah baik tak, uncle?"tanya Katrina sebaik saja berpapasan dengan Encik
Imran.
"Tak
berapa bagus sangat."
"Alamak!"keluh
Katrina sambil menepuk dahi sendiri. Habislah Katrina kalau begini.
Perlahan-lahan
Katrina mengetuk pintu bilik kerja ayahnya. Kalaulah Katrina tahu ayah ada
dirumah, sumpah, Katrina takkan terus balik ke rumah tadi.
Tapi
kenapa ayah tak ke pejabat hari ini? Paling aneh, ayah bincang apa dengan uncle
Imran? Macam ada rahsia besar saja.
"Kenapa
Kat balik? Ayah suruh Kat habiskan belajar dulu, kan?"tanya Datuk Ahmad
Alias. Anak perempuan bongsunya disorot dengan tajam.
"Kat
minta maaf, ayah. Kat bukan sengaja nak hampakan harapan ayah, tapi Kat tak
minat nak belajar. Daripada Kat habiskan duit ayah, lebih baik Kat balik ke
sini."
"Kat
balik sini nak buat apa? Hari tu elok-elok ayah beri Kat kerja dekat pejabat.
Tapi Kat selalu ponteng. Ayah hantar Kat pergi belajar, Kat pun lari balik. Kat
nak apa sebenarnya ni?"
"Kat
nak kerja dengan ayah."
"Kerja
dengan ayah lagi?”
Lekas-lekas
Katrina mengangguk pasti.
"Lepas
tu tak sampai seminggu, Kat mula ponteng kerja. Macam tu?"
Berkerut-kerut
dahi Katrina bila ditempelak sebegitu rupa.
"Ayah,
Kat bukan sengaja tak datang kerja. Kat ada hal."
"Hal
yang macam mana? Hal pergi berdating? Hal pergi jadi model?"bidas Datuk
Ahmad Alias.
"Kat
bukan selalu tak datang kerja, ayah. Seminggu dua kali saja. Kerja pun Kat
siapkan semua."
"Kerja
cincai memanglah siap,”tempelak Datuk Ahmad Alias untuk kedua kalinya.
Katrina
mengetap bibirnya kuat-kuat. Mulalah tubir matanya terasa hangat bila ditempelak
begini.
"Kalau
Kat tak nak belajar lagi, ayah terima. Tapi dengan syarat, ayah nak Kat kahwin.
Ayah dah jumpa calon suami untuk Kat,"ujar Datuk Ahmad Alias tiba-tiba.
Sengaja dia menyorot Katrina, mahu melihat reaksi anak bongsunya itu.
"Kahwin?
No! Kat muda lagi. Kat tak bersedia nak kahwin dalam masa terdekat ni."
"Ayah
berkenan dengan dia, Kat. Dia doktor yang jaga ibu Kat di hospital."
"Doktor
yang jaga ibu? Hospital? Ayah cakap apa ni? Ibu masuk hospital ke?"
"Esok
ibu kamu sudah boleh keluar."
"Kenapa
ayah tak beritahu Kat pun? Sampai hati ayah."
"Ayah
tak nak Kat risau. Kemudian pelajaran Kat terjejas. Tapi mana tahu, Kat tak
belajar langsung dekat US tu."
Muka
Katrina cemberut habis. Namun cuma seketika.
"Kak
long? Macam mana dengan Kak long? Ayah dah jumpa dia?"
"Jangan
cari kakak kamu tu."
"Ayah
tak rindu dengan kakak?"
"Sudah.
Jangan sebut lagi cerita tentang kakak kamu. Ayah tak suka."
Katrina
mengukir senyum lebar. Biarlah Farhah bawa diri. Katrina lebih suka begitu.
Hidupnya lebih tenang.
"Kat,
ayah serius tentang calon suami tu. Nanti ayah akan cuba aturkan supaya Kat
boleh jumpa dengan dia."
"Please
ayah, jangan buat macam tu. Kat takkan setuju. Kat lebih suka hidup macam ni.
Lagipun takkan ayah nak kahwinkan Kat guna cara dulu-dulu.”
Datuk
Ahmad Alias berdehem keras.
“Kat
nak kahwin dengan lelaki yang Kat pilih sendiri. Kat harap sangat, ayah dapat
beri pengecualian untuk kali ni. Kat bukan budak kecil lagi macam
dulu-dulu."
Katrina
menghela nafas panjang.
"Kat
dah pernah sekali dengar cakap ayah. Kali ni, Kat harap ayah dengar isi hati
Kat pula."
"Sampai
bila Kat nak hidup macam ni? Ayah pun nak lihat anak ayah kahwin. Ada suami dan
anak-anak."
"Kita
bincang perkara ni kemudian, ayah. Kat lebih berminat nak tahu ibu dirawat
dekat hospital mana,”dalih Katrina. Besar harapan Katrina ayah faham, yang dia
tidak suka isu nikah kahwin ditimbulkan.
Datuk
Ahmad Alias hanya mampu mengeluh kecil. Mula-mula dia hendak jodohkan Farhah
dengan doktor itu, tapi Farhah sudah lari. Jadi dia ada pilihan kedua, iaitu
Katrina.
Mana
tahu Katrina pun dua kali lima sepuluh dengan Farhah. Nampaknya, Datuk Ahmad
Alias boleh berputih mata sajalah.
Datuk
Ahmad Alias baru berangan-angan hendak dapat menantu doktor. Belum apa-apa,
angan-angan indahnya sudah berkecai.
Menurut
Datuk Ahmad Alias, doktor tersebut segak orangnya. Peramah dan baik budi.
Memang Farhah dengan Katrina tolak tuah, kan?
Apa
nak jadilah dengan anak-anak perempuan Datuk Ahmad Alias ni? Dapat calon suami
terbaik pun nak tolak. Dapat suami penyangak, baru padan muka Farhah dengan
Katrina tu.
~ Ringkasan diari hidup Katrina
hari ini ~
Lari
dari kolej lagi. Pulang ke rumah, terserempak dengan ayah tersayang. Dapat pula
bebelan percuma. Paling teruk, bila ada ura-ura nak jodohkan dia dengan doktor
yang konon-kononnya baik budi. Sorry, not
interested!
** versi CETAK bakal direlease pada 23.08.2014 (insya-Allah kalau tak ada sebarang perubahan). Kaunter PREORDER telah di buka. Mohon message PK melalui akaun FB kalau berminat nak dapatkan first batch yang bertanda tangan (TT)
Harga Online IKP ;
1. Semenanjung @ RM24.00
2. Sabah / Sarawak @ RM27.00
Free postage
REQ. GROUP :
https://www.facebook.com/groups/584073261660707/
Doktor tu mesti DrSA.....
ReplyDeletewaaaa.. akan jd kenyataankah ramalan ini? kih3
DeleteMana bab 5.
ReplyDeletebab 05 PK up dalam grup jer.. hihihi
DeleteThis comment has been removed by the author.
DeleteFarhah lari....hehehe
ReplyDeleteyor larr.. dia kn nak melukis.. ayahnyer suka law.. ap lg.. keh3
DeleteBila nak sambung cik pena kayu.... atau akan di novel kan?... best jalan cerita nie
ReplyDeletehaaaa.. jd kene tunggu versi cetak dengan penuh rasa sabar la yer.. :))
DeleteBab 5 xda ke?
ReplyDeleteAda daling, dalam grup #kerjatulismenulis.. nnti PK up dalam blog pula yer :))
DeleteBila nak sambung..... :( best lak cerita nie.... semua tanya bab 5... memang tak ada kan... Puas gak tgk...
ReplyDeletetunggu versi cetak dgn penuh rasa sabar yorr.. :))
DeleteSukerrrr sgt2... Citer nihhhh suwitttt... I like it...
ReplyDeleteSukerrrr sgt2... Citer nihhhh suwitttt... I like it...
ReplyDelete