Suara tetamu dari luar bilik hampir hendak membuat Nadine Qhaisara
jatuh pengsan. Berkerut-kerut dahi Nadine.
“Suami kau kacak sangat! Aku rasa aku sudah jatuh hati dengan
suami kau Nadine. Tadi dia senyum kat aku. Cair rasanya sekeping hati aku ni.
Tahniah Nadine! Pandai kau pilih bakal suami. Senyap-senyap saja kemudian terus
kahwin. Kau buat aku dengan Nana terkejut sampai nak pengsan,”pekik Suraya
dengan wajah yang sangat bahagia. Mengalahkan muka pengantin perempuan pula.
Bukan main berseri-seri lagi wajah Suraya saat ini.
Kening Nadine Qhaisara sudah terangkat-angkat sedikit. Kacak
sangat? Suraya ni mata juling ke?
“Nana kirim salam. Dia tak dapat datang. Kami berdua doa semoga
kau hidup bahagia hingga ke akhir hayat bersama suami tersayang,”begitu kata
Suraya, teman baiknya. Suraya sudah memeluknya erat, kemudian mengucup kedua
belah pipinya.
Pembetulan Puan Suraya, bukan hidup bahagia. Tapi hidup huru-hara
dan penuh kekusutan di sana sini.
Entahlah.. Hidupnya sudah berpusing 360 darjah sejak dia bertemu
dengan lelaki yang sudah sah bergelar suaminya sekarang.
Dia hanya mampu mengulum senyum tipis. Hatinya kosong. Perasaannya
kacau. Jiwanya entah sudah melayang ke mana. Selalunya dia hanya membaca
kisah-kisah novel tentang kahwin tanpa cinta. Siapa sangka dia sedang
melaluinya. Sedih? Tentu saja!
Nadine yang baik hati , cinta selepas kahwin itu lebih indah. Percayalah!
Ayah dan ibu Nadine pun bercinta selepas kahwin. Mereka bahagia sampai sekarang
Memang, tapi itu zaman tok kadok dulu. Zaman sekarang sudah moden.
Zaman sekarang bercinta dulu baru kahwin.
Haih.. Sebab teori begitulah kes pembuangan bayi semakin meningkat
pada zaman moden ini. Zaman tok kadok dulu mana ada.
Nadine bukan macam itu. Nadine masih tahu jaga air muka ayah dan
ibu. Nadine pun orang Islam. Nadine tahu yang mana baik dan yang mana buruk.
Nadine yang manis, kenali dulu hati budi suamimu itu ya. Dia itu
lelaki baik, bertanggungjawab, penyayang, rajin, pandai mengambil hati orang
tua, kacak dan paling penting sekali, dia lelaki beriman.
Tapi nama dia Abu Hanifah! Nadine nak panggil dia Han, dia tak
suka. Nadine nak panggil dia Hani atau Ifah, terasa seperti nama perempuan
pula. Sudahnya dia suruh Nadine panggil dengan nama Abu. Alahai.. Geli geleman
tekak Nadine ni. Macam tak ada nama lain hendak di gunakan. Abu juga jadi
pilihan.
Ada apa dengan sebuah nama? Nama Abu pun bagus juga. Romantik dan
ringkas.
Romantik? Bukan macam nama orang tua ke?
Nadine sudah memicit dahinya berulang kali. Kepalanya sakit
memikirkan masa depannya yang gelap dan tanpa arah. Hidup bersama Abu Hanifah
sebagai suami isteri? Oh tidak! Membayangkan perkara tersebut hatinya sudah
seperti mahu menangis kuat-kuat.
Kenangan tiga bulan lalu seperti layar perak menari indah di ruang
mata. Kalaulah masa bisa diputar semula, sumpah, Nadine tidak akan keluar rumah
hari itu.
“Lando nak pergi mana tu? Jangan keluar!”laung Nadine bila kucing
kesayangannya si Orlando sudah pun melepasi pintu pagar.
“Degil Lando ni. Siaplah dia nanti. Aku dapat aku buat gulai. Suka
sangat keluar rumah. Lepas tu gaduh dengan kucing jiran sebelah. Kalau menang
tak apalah juga. Ini tidak, luka sana-sini,” omel Nadine sambil berlari anak
untuk mengejar langkah si Orlando.
Orlando seperti biasa, berjalan dengan megahnya menuju ke rumah
jiran sebelah. Konon hendak mengintai musuh tradisi.
“Lando sayang, mari sini. Jangan masuk rumah Mak Jah. Nanti Mak
Jah marah,” pujuk Nadine dengan lemah lembutnya.
“Nya~.. Ching ching ching ching
ching~,” pujuk Nadine terus. Kebiasaannya Orlando sudah berlari ke arahnya kalau
dipanggil begitu.
Cuma hari ini keadaan agak aneh sedikit. Orlando sekadar
menegakkan ekor. Sekilas Orlando menoleh ke arah Nadine sebelum melangkah
dengan selambanya memasuki rumah Mak Jah.
“Cis! Memang nak kena masak gulai lemak si Lando ni. Siaplah
dia,” gerutu Nadine. Tanpa banyak bicara lagi dia ikut membuka pagar rumah Mak
Jah sambil terhendap-hendap di sebalik pokok-pokok bunga di sana.
“Nya~.. Ching ching ching ching ching~,” panggil Nadine. Saat
Orlando berhenti memberi perhatian padanya, terus dia menerkam Orlando yang
nakal itu.
Sayangnya Orlando terlalu tangkas untuk ditangkap. Tanpa ampun
lagi, Orlando terus memasuki rumah Mak Jah. Orlando sudah membuat rumah Mak Jah
bagaikan rumahnya sendiri. Melampau betul si Orlando itu, kan?
Nadine menghela nafas berat. Mencuba menenangkan hatinya yang
panas dek kerana telatah si Orlando pagi ini. Dengan berhati-hati dia memasuki
rumah Mak Jah. Matanya mengekori langkah kaki Orlando memasuki ruang dapur.
“Nadine tumpang masuk rumah, Mak Jah,”bisik Nadine sendiri. Sekali
lagi dia terhendap-hendap disebalik mesin basuh Sambung Mak Jah. Takut
pergerakannya dapat di kesan oleh si Orlando yang licik lagi tangkas itu.
Bukan main lagi gelagat Orlando. Bagaikan boss besar. Selamba saja
si Orlando menjatuhkan tubuhnya yang gemuk ala-ala Garfield itu di depan pintu
bilik air. Kemudian menjilat-jilat bulunya dengan penuh asyik. Langsung tidak
peduli pada hati Nadine yang mulai hangat membahang.
“Jaga kau, Lando,”gerutunya seraya berlari untuk menerkam Orlando.
“Dapat pun! Mana Lando nak lari lagi ha?”ujar Nadine dengan
gembiranya.
Bibirnya melebar senyum. Namun senyumannya hilang saat matanya
bertembung dengan renungan tajam seorang lelaki yang belum pernah dilihatnya
sebelum ini. Lelaki itu baru saja keluar dari bilik air. Tercegat dengan
sorotan bagaikan helang lapar melihat gelagatnya bersama Orlando.
Wajah serius lelaki itu membuat Nadine serba salah sendiri.
“Minta maaf. Tadi sa..”
“Awak ni siapa?”soal lelaki itu. Lagak seorang detektif pula.
Tidak memberi peluang pada Nadine untuk menjelaskan perkara sebenar.
Bulat mata Nadine memandang lelaki itu.
“Saya tanya, awak ni siapa?”ulang lelaki itu, lebih tegas daripada
sebelumnya.
“Saya Nadine.”
“Nadine ya? Okay, awak buat apa dekat sini?”
“Saya ambil ni,”balas Nadine sambil mengangkat tubuh Orlando.
Namun Orlando memang sangat nakal hari ini. Orlando sudah meronta kuat lalu
melompat ke arah lelaki yang tidak dikenali itu.
“Apa awak buat ni?!”jerit lelaki itu lagi bila tidak sempat
mengelak. Orlando sudah melekat kukuh pada dada lelaki tersebut. Sepuluh kuku
tangan Orlando yang tajam bagaikan belati itu sudah pun berpaut kemas. Mesti
sakit!
Nadine melopong. Sempat dia melirik ke arah Orlando yang berwajah bengis. Orlando ni tunjuk perasaan bagi pihak Nadine ke?
Nadine melopong. Sempat dia melirik ke arah Orlando yang berwajah bengis. Orlando ni tunjuk perasaan bagi pihak Nadine ke?
“Maaf. Lando tak sengaja. Jangan pukul Lando,”luah Nadine. Dalam
hati dia sudah ketawa berdekah-dekah. Nasib baik Orlando kuicng. Kalau tidak,
mahu juga Nadine berhigh five dengan Orlando.
Good job Orlando. Good job! Nanti Nadine belanja Whiskas!
Good job Orlando. Good job! Nanti Nadine belanja Whiskas!
Lelaki itu menyeringai kesakitan. Tanpa sebarang perlakuan ganas,
tubuh gempal Orlando diangkat lalu diletakkan di atas lantai.
“Awak takkan pukul Lando, kan?”tanya Nadine kemudian. Manalah tahu
lelaki itu nak pukul Orlando. Memang Nadine akan jadi pembangkang nombor satu!
“Kucing itukan binatang kesukaan nabi. Kita pun mesti sayang dan
tak berlaku kejam dengan binatang yang disukai nabi kita. Takkan itupun awak
tak tahu.”
Amboi.. Encik yang tidak dikenali ini sedang menyindir nampaknya.
“Awak tinggal sini?”aju lelaki itu tiba-tiba.
Menggeleng.
“Jadi siapa benarkan awak masuk rumah ni?”
Melopong sekali lagi.
“Saya minta maaf sekali lagi. Nanti saya bawa dettol cuci luka
awak tu.”
Terdengar lelaki itu mengeluh.
Terdengar lelaki itu mengeluh.
“Awak sudah menceroboh. Saya boleh buat laporan polis.”
Rahang Nadine hampir jatuh. Po.. Polis? Apa ni?
“Takkanlah sampai macam itu sekali. Saya bukan curi barang pun.
Saya cuma nak ambil kucing saya. Takkan itu pun salah.”
“Memang tak salah. Tapi cara awak salah. Awak sepatutnya minta
kebenaran daripada tuan rumah dulu. Bukan main masuk saja.”
“Saya dah minta maaf dua kali,”tegas Nadine tidak mahu kalah.
“Ada saya maafkan? Lagi satu, awak itu seorang perempuan. Kenapa
aurat pun awak tak jaga? Ini semua dosa. Ini semua akan dibalas dengan azab
yang teruk di akhirat nanti.”
Nadine meneguk liurnya. Darah sudah menyirap ke muka dengan
kelajuan seperti kilat.
Wah! Ini sudah lebih. Ayah dan ibunya pun tidak marah-marah kalau
dia tidak bertudung. Tapi lelaki asing ini pula yang sibuk-sibuk masuk campur
dalam urusan peribadinya.
“Dekat saja. Jadi tak payah pakai tudung pun tak apa.”
“Siapa cakap tak apa? Ajaran mana awak ikut ni? Saya ini bukan
muhrim awak. Sepatutnya sebelum awak keluar rumah tadi awak sudah mengenakan
tudung.”
Masya-Allah! Kenapa dengan lelaki ini? Apa masalah dia? Dia fikir
dia bagus sangat ke sampai nak tempelak Nadine macam ni? Banyak cantik muka
dia!
“Awak ingat rambut awak tu cantik sangat ke sampai awak nak tunjuk
dekat saya?”sambung lelaki itu.
“Hah!”jerit Nadine. Bibirnya diketap kuat-kuat.
“Memang rambut saya cantik. Kalau saya nak tunjuk dekat semua
penghuni dunia pun awak kisah apa?”
“Rambut ibu saya sejuta kali lebih cantik. Rambut ibu saya
terpeliharan daripada penglihatan mata-mata rakus yang berniat jahat. Rambut
awak pula, awak fikirlah sendiri dimana letak duduknya rambut yang awak
agung-agungkan sangat tu.”
Usai berkata-kata lelaki itu melangkah pergi meninggalkannya ke
tingkat atas. Lama Nadine terpaku di depan pintu bilik air Mak Jah sehinggalah
bahunya di sentuh dari belakang. Senyuman Mak Jah menyambutnya.
Lekas-lekas Nadine menyeka hujung matanya. Jujur, hatinya terluka
dengan sindiran lelaki itu. Terluka dan terkesima, itu yang dirasakannya kini.
“Kenapa ni, Nadine? Mak Jah pergi kedai depan sana tadi. Nadine
tunggu Mak Jah lama ke?”
“Tak ada apalah, Mak Jah. Mata Nadine masuk habuk tadi. Nadine
balik dulu ya.”
“Duduklah dulu makan roti canai. Mak Jah pun nak kenalkan anak
saudara Mak Jah dengan Nadine.”
“Lain kali ya, Mak Jah. Sekejap lagi Nadine nak keluar dengan
ibu,”bohong Nadine lantas terus melangkah keluar.
MALAMNYA Mak Jah bertandang ke rumah sambil membawa lelaki cakap
lepas tersebut. Sumpah, dia langsung tidak turun menyapa Mak Jah seperti
kebiasaannya. Nadine bilang pada ibunya dia sakit perut. Sesungguhnya dia tidak
ingin bertamu mata dengan lelaki itu lagi. Cukuplah sekali dia disindir.
Adik bongsunya, Miera bukan main lagi memuji anak saudara Mak Jah.
Miera yang mengorek segala macam maklumat tentang anak saudara Mak Jah itu.
“Kacaknya anak saudara Mak Jah tu, kak. Miera rasa, Nicholas
Saputra pun kalah.”
“Nicholas Saputra hero kesayangan Miera pun boleh kalah?”tanya
Nadine semula.
Otaknya ligat bekerja keras mengingati raut wajah lelaki cakap
lepas tersebut.
“Betul kak! Masa dia pandang Miera tadi, Miera rasa jantung Miera
macam hendak gugur. Nafas Miera bagaikan terhenti. Kakak memang rugi besar tak
turun jumpa anak saudara Mak Jah tadi.”
“Rugi?”
Nadine ketawa kecil. Rugilah sangat!
Nadine ketawa kecil. Rugilah sangat!
“Mestilah. Miera jamin kakak pun boleh jatuh cinta bila lihat muka
dia tadi. Miera ingat nak pikat dia, tapi dia langsung tak pandang Miera.
Mungkin sebab dia tahu Miera belajar lagi kot.”
Nadine sudah mengerutkan dahi. Isi perutnya bagaikan mahu
tersembur keluar mendengar kata-kata Miera.
“Bestnya kalau umur Miera macam
kakak. Miera boleh pikat abang Abu Hanifah tu.”
“Abu Hanifah? Siapa tu?” tanya Nadine. Keningnya sudah terangkat
sedikit.
“Nama anak saudara Mak Jah tu Abu Hanifah. Itulah kakak, menyorok
sangat dalam bilik ni. Sampai nama anak saudara Mak Jah yang kacak itu pun
kakak tak tahu.”
Tidak semena-mena Nadine ketawa besar. Lucu benar pada pendengaran
telinganya. Muka nampak garang, tapi nama macam perempuan. Macam orang tua pun
ada.
“Kakak gelak-gelak ni kenapa? Miera suka dengan nama Abu Hanifah
tu. Kakak jangan pandang rendah dengan dia, dia itu lulusan universiti
Al-Azhar, Kaherah. Kakak jangan macam-macam. Sekali dia khutbah kakak, padan
dengan muka kakak.”
Nadine peduli apa kalau dia lulusan Universiti Al-Azhar. Nadine
pun lulusan universiti juga. Universiti Putra Malaysia. Bezanya Nadine menuntut
di dalam negeri dan dia diluar negara. Itu saja.
“Kakak dengar tak ni?”desak Miera dengan penuh semangat. Nampaknya
cerita tentang Abu Hanifah telah membakar semangat Miera yang berkobar-kobar.
“Betul ke ni Miera suka dengan nama Abu Hanifah?”tanya Nadine,
sekadar berbasa-basi.
“Betul! Dulu memang Miera tak suka dengan nama-nama yang macam
orang tua ni. Tapi sekarang lain. Abang Abu sudah buka mata Miera.”
“Abang Abu?”ulang Nadine lantas kembali menyambung tawanya semula.
Miera sedang buat lawak antarabangsa!
“Kakak ni pun!”bentak Miera lantas membaling bantal ke arah Nadine
yang masih ketawa lucu. Dengan wajah masam Miera sudah meninggalkan kakaknya.
“Miera doa kakak dapat jodoh dengan lelaki yang nama macam orang
tua. Tak pun kalau susah-susah sangat Miera doakan jodoh kakak dengan abang
Abu!”
“Miera!”bantah Nadine. Tapi Miera sudah menutup pintu.
Sangka Nadine segalanya berakhir di situ. Tetapi dia silap.
Kepulangannya ke rumah pada suatu petang selepas habis bekerja benar-benar
mengejutkan. Rumahnya dipenuhi dengan deretan kereta yang bernombor pendaftaran
negeri Perak.
Lebih mengejutkan Mak Jah yang datang bertandang bersama dengan
kakaknya. Katanya membawa hajat besar. Belum sempat dia meminta diri, ibunya
sudah menyuruhnya duduk.
Bagai hendak pengsan bila diberitahu si Abu Hanifah itu
melamarnya. Ya Allah! Dia sedang bermimpi, kan?
Dan selepas itu, meski sejuta kali dia menolak, dua juta kali
keluarganya memujuk supaya menerima lamaran keluarga Abu Hanifah. Hingga pada
akhirnya dia terpaksa menerima. Dia terpaksa berkata ya setelah ibunya jatuh
pengsan saat memujuknya menerima lamaran Abu Hanifah.
Nadine mengeluh kuat. Kenangan tiga bulan lalu perlahan-lahan
menghindar. Kata-kata Miera juga terngiang-ngiang. Entah-entah doa Miera
dimakbulkan tak?
Jantung Nadine hampir luruh bergolek-golek bila pintu bilik dibuka
dari luar. Muncul Abu Hanifah di situ. Masih lagi lengkap berbaju melayu warna
putih gading. Lelaki itu tanpa banyak bicara mengambil tempat di sisinya.
Lekas-lekas Nadine bingkas berdiri.
“Awak buat apa ni?”tanya Nadine bila Abu Hanifah dengan selambanya
mengambil tempat di sebelahnya.
“Untuk awak,”balas Abu Hanifah. Perlahan-lahan bibirnya mengukir
senyum hangat.
Hati Nadine sempat cair melihat senyuman si Abu itu. Namun
dikentalkan semangatnya.
Duhai hati, kamu sudah lupa ya segala kutukan si Abu itu? Kamu
lupa dia telah menyindir dengan kata-kata dahsyat hanya sebab Nadine tidak
tutup aurat?
Kalau sudah ingat, bagus! Kawal sikit perasaan, jangan cepat
sangat jatuh suka pada si Abu ni. Bahaya! Misi kita sekarang buat Abu Hanifah
bosan dan akhirnya melafazkan kata cerai. Ingat tu!
“Apa ni?”
“Bukalah. Hadiah kahwin kita. Hadiah pertama saya untuk Nadine.”
Sedikit teragak-agak Nadine menyambut huluran hadiah Abu Hanifah. Renungannya silih berganti antara Abu Hanifah dan kotak sederhana besar
tersebut. Namun jauh direlung hati, sebenarnya dia sangat takut andai Abu
Hanifah menuntut tanggungjawabnya sebagai isteri. Sumpah, dia pasti lari dari
rumah kalau Abu Hanifah sampai memaksanya.
“Bukalah.”
“Nantilah.”
“Bukalah sekarang.”
Nadine mengeluh keras. Namun jari tangannya sudah bergerak membuka
balutan hadiah berwarna merah hati itu. Ada kad kecil yang tertulis, untuk
isteriku yang tersayang.
Hanya dengan membaca bait-bait kata tersebut sudah membuat Nadine
hampir termuntah lembik. Geli-geleman dengan ayat-ayat sebegitu.
“Kain sembahyang?”aju Nadine setengah tidak percaya.
Berkerut-kerut dahinya.
Apa pula motif si Abu ni?
“Kita solat sama-sama. Pergilah ambil wuduk. Abang tunggu.”
Sekujur tubuh Nadine mengeras bila Abu Hanifah mula membahasakan
dirinya sebagai ‘abang’. Dia tidak rela!
“Jangan guna perkataan abang, boleh tak?”
“Kenapa?”
“Saya tak selesa.”
“Baiklah. Saya tak guna kata ganti diri abang.”
Nadine sudah membesarkan sepasang matanya. Sulit untuk percaya Abu
Hanifah menerima cadangannya tanpa banyak soal.
Alah.. Penyabar sangat si Abu ni. Nampaknya susahlah hendak buat
dia marah.
“Pergilah cepat ambil wudhuk. Tak elok kalau kita lengah-lengahkan
solat.”
Itu dia, khutbah pertama Abu Hanifah setelah bergelar suaminya.
Dan dia perlu menelan bulat-bulat segala khutbah Abu Hanifah dengan tenangnya.
“NADINE, bangun. Sudah subuh. Kita solat jemaah sama-sama."
Lembutnya suara Abu Hanifah menyentuh pendengarannya. Namun entah
kenapa matanya sulit untuk dibuka. Matanya hanya berjaya lelap seawal jam empat
pagi. Selebihnya dia menjadi pak jaga. Hatinya bimbang bukan main andai Abu
Hanifah menuntut tanggungjawabnya sebagai seorang isteri.
Mujurlah lelaki itu tidak memaksanya langsung. Kata-kata Abu
Hanifah malam tadi sesungguhnya sedikit menyentuh relung hati.
Sedikit saja? Biar betul si Nadine ini. Berdosa tahu kamu
mengabaikan suami kamu.
Nadine tak abaikan dia. Si Abu sendiri yang setuju. Si Abu tu kata
dia faham kalau Nadine tak rela dengan perkahwinan ini. Jadi dia bilang dia
akan sabar menunggu.
Mulianya hati suami kamu, Nadine. Kamu bertuah!
Bertuah? Bukan malang ke? Selepas ini hari-hari Nadine akan dengar
khutbah Encik Abu Hanifah ini.
Wahai Nadine, jangan jual mahal sangat. Nanti kamu sendiri yang
menyesal bila Abu Hanifah dipikat perempuan lain.
Biarlah. Nadine lagi suka. Cepat sikit si Abu ni lepaskan Nadine.
Astagafirullahulazim.... Kejamnya kamu Nadine.
“Awak solatlah dulu. Nanti sayafollow dari belakang,”balas Nadine dengan
malasnya.
“Nadine!”
Suara lembut Abu Hanifah sudah berubah garau dan tegas.
Serta-merta Nadine membuka mata. Dia terpisat-pisat mencari-cari kelibat Abu
Hanifah.
Wah! Garangnya muka Abu Hanifah waktu ini. Sangat menakutkan
hingga Nadine membisu seribu bahasa.
“Nadine tahu apa hukumannya bila melengah-lengahkan solat?”soal
Abu Hanifah. Wajahnya sangat serius.
“Tak tahu.”
Abu Hanifah sudah memicit dahinya.
Kemudian menghela nafas panjang.
“Nadine, ada satu kisah beberapa tahun dahulu berlaku di Mekah.
Kisah benar. Saya harap Nadine jadikan iktibar.”
Nadine meneguk liur.
Kuliah subuh Encik Abu Hanifah akan bermula sebentar lagi. Nadine,
sila tumpukan perhatian anda.
“Dahulu ada seorang perempuan berumur 40an meninggal dunia. Maka
mayat perempuan itupun di usung ke tanah perkuburan. Apabila sampai saja di
tanah perkuburan, sudah siap menunggu seekor ular berwarna hitam sebesar paha
dan bersisik tebal di dalam liang lahad. Keadaan ular itu sangat menggerunkan.
Semua jemaah pun terperanjat. Akhirnya mereka mengambil keputusan untuk ke
tanah perkuburan yang lain.”
Nadine meneguk liurnya. Abu Hanifah ini sedang cuba menakutkannya
kah? Tapi tidak mungkin. Abu Hanifah ini tinggi ilmu agamanya. Takkanlah dia
tergamak berbohong.
“Mereka yang bawa mayat perempuan itu pun segera beredar menuju ke
tanah perkuburan Sara’ya. Jaraknya lebih kurang setengah jam dari tanah
perkuburan yang pertama. Malangnya di sana juga sudah menanti ular yang sama.
Melingkar memenuhi liang lahad. Seolah-olah sedang menunggu masa untuk membaham
mangsanya,” lanjut Abu Hanifah. Sempat dia mengerling isterinya yang khusyuk
mendengarkan ceritanya.
“Lepas tu apa mereka buat? Bunuh ular tu?”tanya Nadine, seperti
seorang anak kecil pula.
“Mereka tak bunuh, sebaliknya mereka alihkan ular itu ke kawasan
lain jauh sedikit dari kawasan perkuburan. Peliknya, ular itu sedikit pun tidak
membelit atau mematuk jemaah yang mengiringi mayat perempuan tersebut ketika
dialihkan.”
Nadine sudah berwajah pucat. Sumpah, dia memang gerun melihat ular
besar seperti yang diceritakan oleh Abu Hanifah sekarang.
“Sebaik saja mayat selamat dimasukkan ke dalam liang lahat,
tiba-tiba ular besar yang menggerunkan itu menjalar dengan pantas dan meluru
masuk ke dalam liang tersebut. Menjunam jatuh mengenai mayat perempuan malang
itu. Tidak sampai beberapa saat, jemaah yang hadir terdengar bunyi seperti
dahan-dahan pokok di patahkan. Bila mereka menjenguk ke dalam liang lahat,
semuanya terkejut. Ular besar itu sedang membelit mayat perempuan itu serta
mematahkan tulangnya. Subhanallah! Beberapa jemaah jatuh pengsan melihat
kejadian tersebut.”
“Kenapa jadi macam tu? Apa salah perempuan tu?”
“Semuanya disebabkan solat, Nadine. Setelah disiasat, didapati
perempuan itu selalu melengah-lengahkan solat sewaktu hayatnya macam apa yang
Nadine buat sekarang. Memang melengahkan solat dimaafkan, tapi perlu ada sebab
yang munasabah. Kalau sebab malas dan mengantuk, rasanya itu bukan alasan yang
munasabah.”
Bagaikan sebiji batu besar tepat mengenai bahu Nadine. Dia kalah.
Dia banyak dosa. Selama ini dia terlalu mengambil ringan tentang solat.
Nadine menyapu pelupuk matanya. Hatinya mulai gentar. Perasaannya
jadi takut memikirkan nasib perempuan malang tersebut. Adakah dia calon
seterusnya untuk menerima azab yang sama? Tidak!
“Saya tak nak Nadine jadi begitu. Nadine tanggungjawab saya
sekarang. Abang harap lepas ni Nadine jaga waktu solat Nadine. Kita ambil
pedoman dari kisah tadi. Itu baru seksaan di dunia akibat melewatkan solat.
Kalau tinggalkan solat? Nauzubillah!”
Abu Hanifah meninggalkan dirinya dengan sebuah pertanyaan. Sebuah
pertanyaan yang membuat dia kaku. Cemas sendiri. Resah gelisah mengenangkan
selama ini dia mengabaikan waktu solatnya. Malah ada ketika dia meninggalkan
kewajipannya itu.
“Saya bukan marah. Saya cuma nak didik Nadine. Kalau Nadine tak
suka..”
“Nadine suka. Insya-Allah, Nadine takkan lengah-lengahkan solat
lagi,”pintas Nadine. Dia sudah bingkas berdiri menuju ke kamar mandi. Enggan berlama-lama
di situ. Bimbang Abu Hanifah melihat air matanya yang melaju membasahi pipinya.
Abu Hanifah menglum senyum lebar. Hatinya memanjat syukur bila
Nadine tidak membantah kata-katanya. Benarlah kata Mak Jah. Kelakuan Nadine
memang nampak kasar, tapi jiwanya lembut.
JANGGAL rasanya bila tiba-tiba hidup berdua. Nadine malu dengan
Abu Hanifah. Rasa malu yang sangat tebal. Lebih-lebih lagi sekarang Abu Hanifah
sudah tahu dia suka melengah-lengahkan solat.
“Nadine kerja hari ini?”
Seperti biasa suara itu lembut menyapa. Seperti biasa juga Nadine
tetap mahu menjaga egonya yang setinggi langit itu. Lagipun Nadine dilanda rasa
pelik. Kenapa Abu Hanifah yang dulu tak sama dengan Abu Hanifah sekarang? Mana
perginya Abu Hanifah yang suka menyindir itu ya? Pelik, kan?
“Nadine?”
“Ya? Apa dia?”
“Nadine kerja ke hari ni?”
“Hari ni? Oh.. Hari ni Nadine kerja.”
Semalam menikah dan hari ini Nadine ke tempat kerja. Cuti bulan
madu? Langsung tiada. Memang dia sendiri yang meminta pada Abu Hanifah supaya
tiada bulan madu. Dia segan dan cukup takut di tinggal berdua dengan Abu
Hanifah.
“Nadine,”panggil Abu Hanifah sekali lagi.
“Apa lagi?”tanya Nadine. Namun saat dia berpaling, Abu Hanifah
sudah berdiri betul-betul di hadapannya. Kerana terlalu terkejut dia melakukan
aksi lompat kijang.
Gelagatnya membuat Abu Hanifah ketawa lucu.
“Nadine ni suka buat abang ketawa la.”
Abang lagi. Dia tidak suka bila Abu Hanifah menggunakan kata ganti
abang. Macam mesra betul padahal mereka berdua langsung tidak mesra. Rasa cinta
dalam hatinya tidak pernah wujud. Yang ada hanyalah rasa geram kerana
ditempelak setelah memasuki rumah Mak Jah. Padahal dia hanya mahu mengambil si
Orlando.
“Maaf, sepatutnya saya. Bukan abang,”tambah Abu Hanifah. Masih
juga kelihatan tenang. Masih juga sabar melayani kerenah Nadine yang aneh-aneh.
Jujur, hatinya terbersit indah dengan sikap Abu Hanifah. Penyabar,
tenang, dan punya senyuman yang manis. Patutlah Suraya bilang hatinya cair bila
suaminya itu tersenyum. Patutlah Miera bilang Nicholas Saputra pun kalah dengan
Abu Hanifah.
Sebenarnya bila diamati dengan mendalam, Abu Hanifah agak kacak
juga.
Pembetulan ya Puan Nadine. Bukan agak, tapi memang Abu Hanifah
kacak!
“Nadine,”panggil Abu Hanifah terus.
Aduh.. Kalau berterusan dipanggil dengan lembut begini, hatinya
pun boleh cair seperti Suraya dan Miera. Susahlah kalau begini!
“Ya, Abu Hanifah. Ada apa-apa saya boleh tolong?”
“Begini Nadine yang rupawan, saya ada hadiah lagi untuk kamu.
Hadiah kedua daripada saya.”
Nadine meneguk liurnya. Makin lama hatinya makin luluh. Makin lama
hatinya makin dibuai satu perasaan indah.
Abu Hanifah menyebut ‘rupawan’. Hatinya sangat bangga. Kembang
kembis hidungnya menerima pujian Abu Hanifah. Kalau Abu Hanifah tidak ikhlas
pun dia tidak kisah. Yang penting Abu Hanifah sudah pun menyebut keluar
perkataan rupawan.
“Apa pula kali ni?”
“Nadine bukalah. Saya harap Nadine suka.”
Sebaik saja dia selesai membuka hadiah tersebut, dia terkesima.
Lidahnya kelu. Dia sudah pun menggigit bibirnya kuat-kuat.
Abu Hanifah ini pun! Dia beri tudung? Tudung?
“Nadine hendak buat apa dengan tudung ni?”
“Tutup aurat, Nadine. Saya tak sanggup rambut Nadine yang cantik dan hitam jadi tatapan mata-mata liar lelaki diluar sana. Saya
nak rambut Nadine selalu terpelihara. Selalu suci dan berada pada darjahnya
yang tersendiri.”
Macam mana ni? Wajah Abu Hanifah sudah berharap benar dia
mengenakan tudung tersebut. Kalau dia ingkar, dosa namanya.
Tahu pun dosa. Jadi puan Nadine yang bijaksana, pakailah tudung
tu.
Nadine mengeluh berat. Tudung yang berada di tangannya sudah
diambil lalu dia menghayun langkah gontai menuju ke cermin soleknya.
JAUH sekali Nadine melamun hari ini. Seharian dia dipejabat
melayan perasaan. Mana tidaknya, berita dia memakai tudung jadi berita
terhangat dipejabatnya hari ini. Ada pekerja dari tingkat bawah sengaja naik ke
tingkat tiga semata-mata mahu melihat perubahan dirinya. Geram betul!
“Macam tak pernah tengok perempuan bertudung,”gerutu Nadine
seorang diri.
“My gosh! The rumour is true. Kau mimpi apa semalam? Aku tahulah
suami kau pensyarah di UIA. Takkan baru semalam terus kau bertudung litup macam
ni?” tanya Fareed sambil ketawa dengan galaknya.
Ini lagi seorang. Hendak kena ketuk dengan kasut juga. Macamlah
buah hatinya tidak bertudung.
“Alhamdulillah, termakbul juga doa aku selama ni nak lihat kau
bertudung litup macam ni.”
Entah kenapa hatinya jadi hangat membahang tiba-tiba bila diusik
begitu. Dia mula menyalahkan Abu Hanifah. Kalau Abu Hanifah tidak memaksanya
memakai tudung, keadaan tidak seteruk ini.
“Fareed, kasut aku ni memang sudah lama tak hinggap atas kepala
orang. Kau nak cadi calon kena baling kasut dengan aku ke?”
Fareed terkekeh mendengar ugutan luar biasa Nadine. Nampaknya
angin Nadine tidak berapa baik hari ini. Sebelum apa-apa berlaku, lebih baik
dia angkat kaki.
Nadine mengatur semula nafasnya. Ingatannya mulai singgah pada Abu
Hanifah. Memang semua ini salah Abu Hanifah! Lebih menyakitkan hati, lelaki itu
langsung tidak menelefon atau menghantar mesej.
Terukkan perangai Abu Hanifah tu? Sekurang-kurangnya hantarlah
mesej bertanya khabar kalau malas sangat hendak menelefon. Ini tidak, satu
mesej pun tak ada! Kalau dia tahu begini, sumpah dia tidak akan setuju menerima
lamaran Abu Hanifah.
Penyayang dan mengambil berat konon. Padahal Abu Hanifah itu
langsung tidak pedulikan Nadine.
Tidak dapat menahan perasaan, akhirnya Nadine mencapai telefon
bimbitnya dan mula menaip.
‘Salam.’
Mesejnya selamat dihantar dan sekarang dia menunggu balasan
daripada si Abu Hanifah itu. Seminit berlalu namun telefon bimbitnya masih
tidak berbunyi. Dua minit berlalu hatinya mulai panas. Tiga minit berlalu dia
sudah mundar mandir. Lima minit dia terus keluar dari bilik pejabatnya.
Kemudian tawaf satu ruang pejabat sebelum kembali semula ke dalam bilik
pejabatnya.
Entah kenapa hatinya berdebar tidak menentu. Entah Abu Hanifah
sudah membalas mesejnya atau tidak. Pasti sudah! Lagipun dia sudah meninggalkan
bilik pejabatnya lebih daripada 30 minit.
“Kosong! Dia tak balas? Melampau betul!”ujar Nadine separuh
menjerit.
Percayalah, bagaikan ada api yang keluar dari hidungnya saat dia
menghela nafas. Mukanya merah padam. Sekujur tubuhnya sudah menggigil menahan
rasa marah yang berbuku di hati.
“Kenapa dengan Abu ni? Apa masalah dia? Susah sangat ke hendak
balas satu mesej?
Nadine sudah menjatuhkan tubuhnya. Matanya sempat melirik jam
tangan. Sungguh dia terkejut melihat jam sudah pun menunjukkan hampir pukul dua
petang.
“Masya-Allah, aku lewat lagi untuk solat!”tingkahnya lantas
lekas-lekas keluar semula dari bilik pejabatnya. Langkah diatur cukup deras
menuju ke bilik sembahyang yang disediakan.
Bagus Nadine ni. Sekali diberi kuliah subuh, terus dia amalkan.
Macam inilah baru Abu Hanifah tambah sayang!
NAFASNYA bagaikan terhenti melihat Abu Hanifah turun dari sebuah
MPV. Lebih mengejutkan pemandu MPV itu adalah seorang perempuan. Bukan main
lagi Abu Hanifah berbual mesra dengan perempuan tersebut.
Senyuman Abu Hanifah berseri-seri bagaikan bulan mengambang.
Seingatnya, Abu Hanifah pun tidak pernah tersenyum sebegitu ketika berbual
dengannya. Sampai hati Abu Hanifah.
Sudahlah mesejnya tidak dibalas. Pulang ke rumah dia disajikan
pula dengan adengan mesra Abu Hanifah di hantar pulang oleh seorang perempuan.
Hati isteri mana yang tidak sakit?
Sedar pun diri kamu itu isteri Abu Hanifah. Lain kali jangan jual
mahal sangat. Kalau sudah jadi begini hendak salahkan siapa lagi? Berjuanglah
untuk dapatkan semula suami kamu.
Bawa bertenang Nadine. Tanya suami kamu elok-elok. Jangan naik
angin pula.
“Kenapa tak reply mesej saya? Susah sangat ke nak balas mesej saya
tu?”aju Nadine bertalu-talu sebaik saja Abu Hanifah selamat menutup pintu
bilik.
Abu Hanifah tidak membalas. Sebaliknya lelaki itu menjatuhkan
tubuhnya di atas sofa lantas memejamkan matanya. Tubuhnya terlalu lemah hari
ini.
“Penatnya saya hari ni, Nadine,”keluh Abu Hanifah.
“Saya peduli apa awak penat pun. Entah-entah awak penat melayan
perempuan. Sebab itu nak balas mesej saya pun susah.”
“Macam ini pun boleh?”
“Boleh! Sebab awak sedang buat sekarang ni.”
“Jadi saya sibuk melayan perempuan lain la tadi ni?”
“Memang.”
“Nadine cemburu ya?”
“Siapa cemburu?”
“Saya suka bila Nadine cemburu.”
“Saya tak cemburu. Awak nak keluar dengan perempuan mana pun saya
tak kisah. Dengan syarat awak ceraikan saya. Senang, kan?”
Abu Hanifah menghela nafas berat. Sekali-sekala dia memicit-micit
dahinya.
“Kenapa diam? Bukan susah pun nak lafazkan perkataan cerai.”
“Nadine..”panggil Abu Hanifah lemah.
Nadine memalingkan wajahnya. Dia tahu kata-katanya sangat kurang ajar
hari ini. Tapi Abu Hanifah sendiri yang mencari pasal.
“Pandang saya, Nadine,”pinta Abu Hanifah lembut. Mendatar saja
suaranya.
“Saya benci awak, Abu Hanifah. Kita berdua tak sepatutnya jadi
suami isteri. Awak hanya susahkan hidup saya!”
“Nadine,”panggil Abu Hanifah tanpa rasa jemu. Besar harapannya
Nadine berpaling menatapnya. Namun harapannya sia-sia.
“Jangan panggil nama saya lagi. Saya tak suka!”
“Tolong bawa saya ke klinik, Nadine. Saya tak larat sangat.”
Barulah Nadine berpaling. Menatap Abu Hanifah tajam.
“Suruhlah perempuan yang hantar awak balik tadi hantar. Dia lebih
sesuai hantar awak ke klinik daripada saya,”ujar Nadine dengan beraninya lantas
terus keluar dari kamar tidur. Pintu bilik sengaja dihempaskan. Miera yang
melalui kawasan tersebut ikut terkejut.
“Kakak kenapa?”
“Tak ada apa-apa. Kakak nak makan.”
Miera tercengang. Hairan dengan sikap kakaknya. Jangan-jangan
kakak gaduh dengan abang Abu tak?
Pandai pun Miera ni. Apa lagi, pergilah pujuk kakak kamu itu.
Merajuk tidak tentu pasal. Jangan tidak tahu, sekarang Nadine sudah pandai
cemburu buta.
“Abu Hanifah pergi mana?”ibunya yang tercinta memulakan kata.
“Entah. Nadine tak tahu. Biarlah dia ibu. Asalkan dia bahagia.
Nadine pun tak harap perkahwinan kami ni berkekalan lama.”
“Masya-Allah Nadine! Kenapa cakap macam tu? Kalau Abu Hanifah
dengar macam mana?”
Kali ini suara ibunya sudah meninggi.
“Nadine tak suka dia ibu. Nadine sedang paksa diri Nadine terima
dia.”
“Kamu memang tak pandai hendak bersyukur. Kalau kamu hendak tahu,
ibu yang beriya-iya hendak jodohkan kamu dengan Abu Hanifah. Hati ibu ni sejuk
sangat kali pertama ibu jumpa dia. Ibu pujuk Mak Jah. Ibu gembira sangat bila
Abu Hanifah setuju. Kamu pula buat macam ni. Kamu nak ibu mati ke, Nadine?”
“Kenapa ibu buat macam tu? Ibu buat Nadine malu. Patutlah Nadine
rasa macam Nadine yang terhegeh-hegeh. Tapi Abu Hanifah sikit pun tak suka
Nadine. Nadine ni macam pungguk yang merindukan bulan yang jauh, ibu!”
“Ibu tak pernah ajar Nadine kurang ajar macam ini. Bila Abu
Hanifah balik nanti, ibu nak Nadine minta maaf.”
Nadine memejamkan matanya. Semua orang menyebelahi Abu Hanifah
itu. Apa-apa sekalipun Abu Hanifah betul dan dia yang salah.
Memang kamu yang salah, Nadine. Kamu yang tak hormat suami kamu!
“Siapa pula yang datang malam-malam macam ni?”cetus ayah yang
sejak tadi hanya menjadi pemerhati pada perbahasan hebat antara ibu dan anak.
“Biar Nadine pergi lihat,”ujar Nadine. Telinganya juga sakit mendengar
bunyi loceng bertalu-talu menyapa telinga.
“Perempuan tadi. Apa lagi dia nak?”tanya Nadine sendiri. Namun dia
tetap menghampiri pagar rumahnya.
“Cari siapa?”
“Han, ada?”tanya perempuan itu semula. Enggan menjawab
pertanyaanya.
Han? Dia panggil Abu Hanifah dengan panggilan Han? Ooo.. Kalau dia
yang hendak memanggil Abu Hanifah tidak boleh. Tapi kalau perempuan ini boleh
pula. Memang pilih kasih betul Abu Hanifah itu.
“Abu keluar. Kenapa cari dia?”
“Awak ni isteri Han?”
“Memang saya isteri dia. Kenapa awak cari suami saya?”
“Baguslah kalau macam tu. Tolong serahkan telefon bimbit ni pada
dia. Dia tertinggal di surau. Kawan saya yang serahkan telefon ni pada saya
tadi. Saya lupa nak beri pada Han.”
Bukan main berbelit-belit lagi cerita perempuan tersebut. Sulit
untuk dipercayai.
Telefon sudah beralih tangan. Sengaja dia menekan butang on untuk
memerika telefon bimbit Abu Hanifah.
“Jangan risau, saya tak baca mesej dalam telefon bimbit ni.”
Seakan mengerti apa yang bergolak di hati, perempuan tersebut memberi
penjelasan.
“By the way Nadine, Han nampak macam tak sihat hari ni. Tadi dia
terkena hujan sewaktu menjadi pengadil bola sepak. Dia tak larat sangat nak
drive. Itu yang saya bawa dia balik tadi. Saya nak hantar dia ke klinik terus,
tapi dia tak mahu. Dia mahu puan Nadine juga yang hantar. Sayang sangat Han
pada puan. Saya pun cemburu.”
“Dia tak sayang saya pun. Dia sayang awak,"keluh Nadine
tiba-tiba. Dia sendiri pun tidak tahu kenapa dia berkata begitu.
“Sayang saya? Nadine silap ni. Dia sayangkan puan. Sayang sangat
sampai dia tolak cinta saya. Saya mengalah, sebab saya memang jauh kalah kalau
hendak dibandingkan dengan puan.”
Nadine sudah gelap mata mendengar kata-kata perempuan tersebut.
Langkahnya gontai saja menuju ke pintu rumah setelah perempuan tersebut meminta
diri. Sebaik saja dia tiba di depan pintu, terdengar pagar automatik rumahnya
dibuka.
“Abu Hanifah dah balik,”bisik penuh harapan. Dia cuma ingin
meminta maaf dengan segala kata-katanya hari ini. Memang dia yang salah. Dia
yang sengaja mencari pasal dan menuduh Abu Hanifah yang bukan-bukan.
Kereta ayah yang dipandu Abu Hanifah selamat berada di perkarangan
murah. Abu Hanifah keluar dari perut kereta dengan sekujur tubuh yang
lemah.Melihat langkah Abu Hanifah terhuyung-hayang, lekas-lekas Nadine menerpa
untuk membantu.
Rahang Nadine hampir jatuh bila Abu Hanifah memberi isyarat
menyuruhnya berhenti melangkah. Tanpa sepatah kata, Abu Hanifah melangkah pergi
tanpa berkata apa.
Nadine terpana dan terpaku. Tidak menduga dia menerima layanan
sebegini. Tapi memang padan dengan mukanya. Setelah apa yang dia lakukan,
bila-bila masa saja Abu Hanifah boleh menceraikannya.
Memikirkan perkara tersebut hatinya sudah gundah gulana. Hampir
menitis air matanya mengenangkan segala kata-katanya tadi.
Tidak tahulah hendak kata apa lagi. Pandai-pandailah kamu pujuk
Abu Hanifah itu. Rajuk seorang lelaki selalunya panjang dan boleh meleret-leret
sehingga beberapa hari.
“Saya minta maaf. Awak sakit dan tak larat hendak drive, tapi saya
tetap suruh awak pergi ke kelinik sendiri.”
Terdengar Abu Hanifah merenggus. Lalu tanpa sepatah kata lelaki
itu memasuki rumah. Kepalanya sakit bukan main. Dia hanya ingin berbaring dan
tidur setelah makan ubat nanti. Perkara lain dia malas hendak fikir.
Abu Hanifah sudah tertidur pulas. Nyenyaknya dia tidur dek
penangan ubat yang ditelannya lima belas minit tadi.
Perlahan-lahan Nadine menghampiri Abu Hanifah. Jari tangannya
sudah singgah menyentuh dahi lelaki itu. Panas. Sangat panas!
Tidak semena-mena hatinya sebak. Saat suaminya sakit dia
menjauhkan diri. Saat suaminya lemah tidak bermaya, dia mengabaikan
tanggungjawabnya. Isteri apakah dirinya ini?
Jari tangannya sudah menyeka pelupuk matanya sebelum duduk di sisi
Abu Hanifah. Namun hanya seketika bila dia kembali bingkas lalu terus keluar
dari bilik.
Lima minit kemudian dia kembali semua dengan besen dan tuala kecil
yang sudah dibasahkan. Belum sempat kakinya melangkah lebih jauh, sepasang
matanya menangkap sekuntum mawar merah beserta sampul merah jambu terletak
cantik di meja soleknya.
“Untuk seorang perempuan yang
mengajarku erti cinta yang ikhlas”
Doa cinta seorang lelaki.. Hadiah
ketiga buat isteriku yang tercinta.
Ya Allah,
Andai Kau berkenan, limpahkanlah
rasa cinta kepada kami
Yang Kau jadikan pengikat rindu
Rasulullah dan Khadijah Al Qubro
Yang Kau jadikan mata air kasih
sayang
Ali bin Abi Talib dan Fatimah Az
Zahra
Yang Kau jadikan penghias keluarga
Nabi-Mu yang suci
Andai semua itu tak layak bagi
kami
Maka cukupkanlah permohonan kami
dengan redha-Mu
Jadikanlah kami suami isteri yang
saling mencintai di kala dekat
Saling menjaga kehormatan di kala
jauh
Saling menghibur di kala duka
Saling mengingatkan di kala
bahagia
Saling mendoakan dalam kebaikan
dan ketaqwaan
Serta saling menyempurnakan dalam
peribadatan
Sempurnakanlah kebahagiaan kami
Dengan menjadikan perkahwinan kami
ini sebagai ibadah kepada-Mu
Dan bukti ketaatan kami kepada
sunnah Rasul-Mu
Amin..
Nadine kembali melipat surat Abu Hanifah untuknya. Jujur, dia
kehilangan kata. Hanya air mata yang menjadi penemannya dalam kesunyian mala
mini. Abu Hanifah terlalu baik untuknya. Dan dialah isteri yang tidak tahu
menghargai kasih sayang Abu Hanifah.
Nadine mengongoi semahunya. Bahunya sudah terhingut-hingut menahan
sendu.
“Nadine minta maaf. Nadine akan jadi isteri yang terbaik untuk
seorang suami terbaik. Nadine belajar dari kesilapan. Nadine takkan sia-siakan
Abu Hanifah lagi,” ikrar Nadine lewat malam itu.
Pipinya yang lencun dengan air mata disapu bersih-bersih. Wajah
tenang suaminya yang sedang lena ditatap dengan sepenuh kasih sayang.
“Saya sayang awak, Abu Hanifah. Sayang bagaimana sayangnya
Rasullulah pada Khadijah!”
**
VERSI CETAK TELAH BERADA DIPASARAN :))
Terbitan : Idea Kreatif
Bulan : Februari 2014
Harga : RM26.00
Saya pun sayang awak, Abu Hanifah! ;)
ReplyDeleteish wawa... jgn tau... nanti mika marah... mika marah tak pe lagi... Mr T jeles akak tak tauuuuu
Deletekak itasukri
Haram ya tetap haram😁apa maksudnya uang ghaib?uang digital gitu? Atau simpan pinjam secara online/transfer lewat rekening atau e- banking? 🙃bingung aq, klo masih melibatkan perdukunan atw sesuatu yg tak masuk akal adalah terlarang
Deleteeh.. wawa pun syg abu.. dah tu mika cemnr? hehe...
ReplyDeleteHe he he abu ni spare part ke kak syania... he he
DeleteMika tu Wawa da bg PK.. ahahaha
DeleteWalaupun hanya 10 peratus baknkata pk...tapi best sgt...cepatla keluar...huhuhu
ReplyDeletesabau yer.. x lama da tu :D
DeleteBest nye.sdih sgt.rindu kt abu hnifah kte..
ReplyDeletesyg awak jugak abu...
ReplyDeleteDh puas cr. Mne lg nk cr novel ni eh.. Huhu
ReplyDeleteBoleh beli dgn pk sis, atau dgn publisher terus.. :)
DeleteBoleh beli dgn pk sis, atau dgn publisher terus.. :)
DeleteBestnye cite nii..
ReplyDeleteBestnye cite nii..
ReplyDeleteSelepas 5 tahun berkahwin dengan suami saya dengan 2 kanak-kanak, suami saya mula bertindak pelik dan keluar dengan wanita lain dan menunjukkan cinta saya sejuk, beberapa kali dia mengancam untuk menceraikan saya jika saya berani mempersoalkan dia mengenai hubungannya dengan wanita lain, saya adalah benar-benar hancur dan keliru sehingga seorang kawan lama memberitahu saya tentang kastam ejaan di internet yang dipanggil Dr.Wealthy yang membantu orang yang mempunyai hubungan dan masalah perkahwinan oleh kuasa-kuasa cinta yang mantap, pada mulanya saya ragu-ragu jika perkara sedemikian berlaku tetapi memutuskan untuk mencubanya, apabila saya menghubungi dia, dia membantu saya membuang ejaan cinta dan dalam masa 48 jam suami saya kembali kepada saya dan mula meminta maaf, sekarang dia telah berhenti keluar dengan wanita lain dan dengan saya untuk kebaikan dan untuk sebenar . Hubungi pesona ejaan cinta yang hebat ini untuk hubungan anda atau masalah perkahwinan yang akan diselesaikan hari ini melalui: wealthylovespell@gmail.com atau secara langsung WhatsApp: +2348105150446.
ReplyDelete