(Nota PK : Nashrin yg sweet..)
Langkah
kaki Nadine yang tadinya sangat laju sudah perlahan. Bukan itu saja, sepasang
matanya juga sudah dibesarkan. Terkejut sangat Nadine melihat jambangan mawar merah yang terletak cantik di
atas meja. Sebaik saja melihat nama pengirim mawar merah tersebut, terus
mukanya berubah masam.
“Tak
serik-serik si Mat Bunga Nashrin ni. Orang sudah kata tak suka, tak sukalah.
Sibuk saja hantar bunga! Memang sengal betul. Raja sengala sengal,”gerutu
Nadine Qhaisara. Mukanya masam bukan main.
Lalu
tanpa membuang masa, langkah dihayun menghampiri tong sampah. Tidak menunggu
lama, jambangan mawar merah itu sudah berada di dalam tong sampah. Baru puas
hatinya.
“Masya-ALLAH!
Kenapa buang bunga yang cantik tu? Sayang!”jerit Kak Alin. Tidak sampai lima
saat jambangan mawar merah tadi sudah berada di tangan Kak Alin. Bukan main
lembut lagi tangan Kak Alin membelai-belai jambangan mawar merah tersebut.
“Siapa
yang kasi ni?”
Muka
Nadine masam kembali.
“Mat
Bunga tu lah.”
Kak
Alin sudah terkekeh-kekeh.”
“Nashrin
officer CIMB Bank tu?”
“Siapa
lagi kalau bukan dia. Memang padan dengan gelaran Mat Bunga tu. Suka sangat
hantar bunga walaupun Nadine kata tak nak.”
“Sejak
bila kamu tambah follower ni,
Nadine?”tanya Kak Alin sambil tersengih-sengih.
“Sejak
tiga hari lalu,”balas Nadine acuh tak acuh. Ada rasa kesal kerana menjadi pak
sanggup menghantar dokumen penting ke pejabat CIMB Bank. Sudahnya dia berjumpa
dengan Nashrin sengal.
“Bertuahlah
kamu, Nadine. Sejak kamu single, ofis
kita ni sudah jadi macam kedai bunga.”
“Nadine
dah ingatkan Nashrin supaya tak hantar bunga lagi, tapi dia degil! Agaknya dia
nak Nadine campak bunga-bunga ni semua kat muka dia. Kemudian baru dia sedar
diri.”
“Kamu
ni, Nadine. Tak baik buat macam ni. Kalau tak suka, beri pada kak Alin. Biar
Kak Alin yang simpan.”
“Ambillah
Kak Alin. Nadine pun tak nak bunga tu.”
“Kasihan
Nashrin. Kalau dia tahu Nadine campak mawar merah pemberian dia ni kat tong
sampah, mesti dia sedih.”
“Macam
yang Nadine cakap tadi, Nadine sudah halang, sudah beri nasihat. Tapi Nashrin
tu memang sengal, Kak Alin. Tak faham bahasa langsung. Banyak kali Nadine
beritahu dia Nadine tak suka dan tak akan balas cinta dia tu. Tapi dia tetap
nak hantar bunga.”
“Nashrin
buat macam tu sebab dia sayang sangat-sangat dengan Nadine. Nadine berilah
peluang sekali kat dia.”
Nadine
Qhaisara membisu. Ingatannya pada Amirul kembali datang merasuk ketenangan
dirinya. Wajahnya sudah sugul semula. Apa khabar lelaki itu sekarang?
Duhai
Nadine yang rupawan, lupakanlah lelaki tak guna itu. Mulakan hidup baru. Buka
lembaran baru. Nashrin, Shamsul dan lain-lain tunggu masa untuk jadi pasangan
hidup Nadine. Buat apa di kenang orang yang tidak sudi. Calon menunggu sudah
ada, tunggu apa lagi Nadine? Cepat pilih, nescaya hidup Nadine pasti penuh
warna-warni.
Iyalah
tu. Penuh warna-warni konon. Entah-entah hitam legam dan legap macam arang.
Kemudian calon menunggu itu semua kecewakan Nadine macam apa yang Amirul buat!
Hisy!
Takkanlah semua lelaki sama macam Amirul. Buka hati Nadine tu. Pandang dengan
sudut positif, jangan asyik negatif saja.
Semua
lelaki sama saja! Suka permainkan hati perempuan!
“Nadine,”lembut
Kak Alin menyentuh bahu Nadine.
“Nadine
belum lupakan Amirul lagi ya?”sambung Kak Alin.
Berubah
riak wajah Nadine. Mahu saja air matanya merembes keluar apabila nama Amirul
meniti di bibir Kak Alin.
“Nadine,
dah tiga bulan. Macam mana susah dan sakit pun, Nadine mesti belajar lupakan
Amirul. Amirul bukan untuk Nadine. Nadine mesti hargai diri sendiri. Beri
peluang pada diri sendiri untuk suka pada orang lain.”
“Masalahnya
bukan Nadine tak pernah cuba, Kak Alin. Cuma Nadine ni lemah sangat agaknya dan
muka tembok. Orang tak sudi pun Nadine masih juga tergila-gila dan rindukan
dia.”
“Tapi
Nadine tak pernah call Amirul lagi,
kan?”
“Kalau
ikutkan rasa hati ni, memang Nadine nak sangat call Amirul, Kak Alin. Bukan senang Nadine nak pujuk hati ni supaya
sedar diri.”
“Bagus.
Jangan sesekali Nadine cuba hubungi Amirul. Jangan nampak terhegeh-hegeh depan
dia.”
“Benda
itulah yang sedang Nadine usahakan, Kak Alin.”
“Kak
Alin percaya Nadine boleh jadi macam dulu. Tapi dengan syarat, hati tu buka
sikit untuk terima cinta lelaki lain.”
Nadine
mengeluh pendek.
Cinta
lagi. Boleh tak hari ini jangan bercakap pasal cinta langsung?
Pasal
bunga boleh?
Lagi
tak boleh!
“Hai
Nadine!”sapa Fareed yang baru saja memasuki ruang pejabat tersebut. Bukan main
berseri-seri lagi mukanya saat melihat Nadine.
“Untuk
you,”lanjut Fareed lagi sambil menyerahkan sekuntum mawar putih pula pada
Nadine.
Nadine
menghela nafas panjang.
Ini
seorang lagi. Tak habis-habis nak mengusik!
“Nadine,
jangan buang bunga tu. I ikhlas beri pada you. Putih tu maksudnya suci bersih.
Macam itu jugalah persahabatan kita,”ujar Fareed sambil terkekeh-kekeh. Suka
sangat dia melihat muka cemberut Nadine.
Kak
Alin sudah membesarkan matanya. Sempat dia menyiku Fareed.
“You
ni sengaja bagi bunga ni, kan? Sengaja nak buat I geram, kan?”
Makin
panjang saja tawa Fareed.
“Alah
Nadine, you accept sajalah Nashrin tu.
He’s good what. Good looking. Good personality. Good carrear. Apa lagi you
nak? Kalau pasal Amirul tu, forget about
him. He’s not worth for you.”
“Malaslah
nak cakap pasal cinta-cinta ni. I muak nak dengar.”
Fareed
sudah melirik nakal.
“Ataupun
you nak jadi wife nombor dua I?”ujar Fareed. Kali ini dia sudah
tersengih-sengih. Memang dia suka sangat menyakat Nadine.
“Boleh
juga. Suruhlah family you masuk meminang. I tunggu,”balas Nadine dengan
beraninya. Fareed nak sangat bergurau, jadi hari ini Nadine balas.
“Erk..”luah
Fareed sepatah. Terpegun seketika.
Kali
ini giliran Kak Alin pula yang tersengih-sengih.
“Padan
muka!”kata Kak Alin lantas ikut meninggalkan Fareed terkulat-kulat seorang
diri.
Nadine
sudah menghayun langkah gontai menuju ke biliknya. Dia malas hendak bercakap
tentang hati dan perasaan. Hatinya masih terluka dengan teruk. Perasaannya juga
belum stabil. Jadi tolonglah jangan pujuk dia bercinta dengan siapa-siapa lagi.
“Nadine,
thanks ya sebab pinjamkan I handkerchief ni. Zaman sekarang jarang
ada orang bawa handkerchief. Semua
dah beralih pada tisu,”ujar Tiha sambil meletakkan sapu tangan tersebut di atas
meja Nadine.
Nadine
terpaku seketika. Dia terbata seorang diri. Dia sudah lupa pada sapu tangan
tersebut. Betul-betul lupa.
“Janganlah
buat muka macam itu, Nadine. I minta maaf, I lupa nak pulang. Semalam I
bersihkan almari, kemudian ternampak handkerchief
ni. Sorry ya. Lain kali kalau I pinjam barang you lagi, I janji akan pulangkan
awal,”lanjut Tiha sebelum melangkah pergi.
Lama
Nadine menatap sapu tangan keramat tersebut. Mindanya segera terbayang figura
lelaki tinggi lampai yang berkaca mata hitam, berketayap dan berjubah putih
itu. Namun dia sudah ingat-ingat lupa raut wajah tuan empunya sapu tangan
tersebut.
“Muka
dia macam mana ya? Alahai.. Tak ingat pula,”omel Nadine. Meski otaknya bekerja
keras. Namun dia gagal. Yang Nadine ingat hanya gigi lelaki itu putih dan
bersih.
Nadine
menggelengkan kepalanya. Sapu tangan tadi diambil. Tertera sulaman AH pada sapu
tangan tersebut.
“AH?
Apa ni? Entah-entah nama dia tak? Tapi apa ya? Ahmad Hafisham? Abdul Hafiz?
Amir Hamzah? Ataupun Arnold Hudson”teka Nadine sendiri.
Sekali
lagi Nadine menggelengkan kepalanya. Sapu tangan pemberian lelaki berjubah dan
berketayap putih serta berkaca mata hitam itu segera diletakkan di dalam laci
meja kerjanya.
Yang
aku nak sibuk-sibuk fikir pasal lelaki berkaca mata hitam, berketayap dan
berjubah putih itu kenapa? Macamlah aku boleh berjumpa dengan dia lagi. Nadine,
fokus pada kerja sekarang. No more love
story!
Kesian mereka yang nak memikat nadine...hatinya terluka sangat dalam
ReplyDeleteXpa2.. Nnti hero muncul.. Ngeh3
ReplyDeleteerrmmm ..cerita yg menarik juga....TQ cik writer..
ReplyDeleteJgn yakin sangat Nadine..cinta dtg sekali lagi...
ReplyDelete