Sunday 16 February 2014

#Bab01 - Tersuka Tanpa Sengaja


Ramai orang kata kalau doktor mesti jodoh dia dengan doktor juga. Kalau tidak pun dengan jururawat yang manis dan juga lemah lembut. Jarang orang kata doktor kahwin dengan arkitek. Doktor kahwin dengan peguam. Doktor kahwin dengan jurutera.

Tapi macam mana dengan pelukis? Apa jadi kalau seorang doktor (Mohon jangan bayangkan doktor ini seperti Dr Sheikh Muszaphar Shukor Sheikh Mustapha. Nanti doktor Harlina marah) bergelar suami kepada seorang pelukis?

Pelukis yang biasa-biasa saja. Penampilan memang sangatlah biasa. Macam mana ya? Boleh ke? Macam tak boleh saja, kan?

Hai! Nama saya Farhah. Farhah Binti Datuk Ahmad Alias. Macam yang kawan-kawan baca, ayah saya bergelar Datuk. Tapi ada apa dengan gelaran Datuk? Yang glamour ayah saya. Bukan saya.

Disebabkan gelaran Datuk itu, terlalu ramai kawan di masa senang datang menempel. Tolonglah! Saya muak dengan muka pura-pura baik dan ikhlas mereka semua tu.  

Lagi satu, saya ada seorang adik perempuan. Namanya Katrina. Nama yang bagus, kan? Bukan macam nama Farhah. Dengar pun macam nama orang kampung.

Kata ayah, arwah nenek yang beri nama Farhah tu. Farhan bermaksud kegembiraan ataupun kesenangan. Tapi sebenarnya saya tak gembira dan tak senang langsung! Saya lebih suka nama Katrina. 

Kalau hendak tahu, Katrina ni muda dua tahun daripada saya. Saya yang biasa-biasa ni memang tak terlawan dengan Katrina yang cantik luar biasa tu. Jadi tak hairanlah kalau Katrina jadi pujaan hati ramai lelaki. Lagipun hubungan saya dengan Katrina tidak berapa bagus. 

Saya mengaku saya cemburu dengan Katrina. Dia cantik. Dia pandai bergaya. Keadaan bertambah rumit bila kawan-kawan ayah dan ibu tak sudah-sudah hendak bandingkan saya dengan Katrina. Sikit-sikit mereka hendak jadikan Katrina menantu. Sikit-sikit mereka hendak Katrina jadi anak angkat.

Saya ni, langsung mereka tak pandang. Agaknya dalam otak mereka, anak Datuk Ahmad Alias cuma satu, iaitu Katrina. 

Lagipun, apa yang jadi milik saya pasti akan jadi milik Katrina. Percaya tak kalau saya kata saya pernah bercinta dengan lima orang lelaki. Sedihnya, kelima-lima lelaki tu tinggalkan saya sebab tergila-gilakan Katrina.

Jadi, bila seorang doktor dengan sepasang mata yang indah minta saya jadi isteri, rasa terkejut tu tak boleh digambarkan dengan kata-kata.  Tapi itulah, macam mana hendak sorok doktor ni daripada Katrina? Kalau Katrina tahu, mesti dia datang dan macam biasa.. Saya ditinggalkan.

Macam mana saya kenal doktor bermata indah tu? Okey, ceritanya begini. 


DOKTOR Syed Arif geleng kepala. Kereta yang baru berusia tidak sampai dua minggu itu sudah ada kesan calar. Habis jahanam Volkswagen Passat barunya jadi mangsa lepas geram orang.

“Dahsyatnya. Tengok pun sakit hati.”

Doktor Syed Arif jeling Armand di sisinya.

Memanglah sakit hati! Tak payah cakap pun doktor Syed Arif tahu.

“Panjang garisan tu. Kalau pergi buang kesan calar tu, melayang juga tiga empat ratus ni bro,” sampuk Armand lagi. Dia ikut bercekak pinggang di sisi kereta baru doktor Syed Arif.

“Tengahari tadi tak ada lagi. Siapa punya kerja ni?” gerutu doktor Syed Arif dengan muka penuh kesal.

“Ada orang sakit hati dengan kau ni. Mulut kau tu kadang-kadang tak ada insurans. Main lepas saja. I gave you several advices, but you never listen to a single one of them. Sekarang dah jadi macam ni, baru nak menyesal bagai semua. Tak guna dah. Nak tak nak kau kena keluar duit.”

Semakin tajam jelingan doktor Syed Arif. Armand bukan hendak sejukkan hati dia. Tolong tambah bara api adalah. Mulalah doktor Syed Arif rasa macam hendak tendang Armand kuat-kuat.

“Tak ada insurans macam mana pula? Nama pun mulut. Takkan aku nak senyap dua puluh empat jam. Gila ke apa?”

Armand sudah garu kepalanya yang tidak gatal. Payah bercakap dengan orang yang selalu ingat dia betul ni.

“Kalau aku dapat orang yang buat calar ni, aku bedah-bedah perut dia.”

Armand telan liur satu-persatu. Boleh tahan garang juga doktor Syed Arif ni rupa-rupanya. Baru Armand tahu sisi gelap doktor Syed Arif.

“Kau nak pergi mana tu? Tak jadi ‘karok’ ke malam ni?” tanya Armand bila dilihatnya doktor Syed Arif sudah membuka pintu kereta.

“Tak jadi apa pula? ‘Karok’ tu harus untuk buang semua penyakit stress. Tapi macam biasalah. Lepas Maghrib. Kita selesaikan perkara yang penting dan wajib dulu. Lepas tu baru buat perkara yang harus.”

“Ni kau nak pergi mana?” tanya Armand sekali lagi.

Muka doktor Syed Arif sudah agak cuak.

“Sebab kau ambil berat sangat pada akulah timbul gosip kata kita berdua ni gay,” komen doktor Syed Arif.

“Kalau betul pun apa salahnya.”

“Jangan mencarut tak tentu fasal.”

“Mencarut apa pula. Kita berdua memang rapat, kan?” balas Armand. Terlalu sengaja sambil menggosok-gosok lengan doktor Syed Arif.

“Rapat yang bukan sampai tahap gay okey! What’s wrong with you? Aku tengok kau ni bukan main suka lagi kena cop gay.”

Armand sudah terkekeh-kekeh melihat betapa cuaknya muka doktor Syed Arif ketika ini.

“Bukan suka kena cop gay, tapi aku suka tengok reaksi kau. Kelakar sangat. Itulah, aku suruh cari girlfriend kau tak nak. Tak fasal-fasal saham aku pun ikut jatuh sebab digosipkan dengan kau. Aku pun jadi mangsa dekat sini.”

“Banyaklah kau punya mangsa. Sudahlah, aku nak pergi ambil lukisan dulu. Malam nanti tunggu aku dekat tempat biasa,” balas doktor Syed Arif lantas terus menghidupkan enjin kereta. Lagi lama dia melayan Armand, makin senak otaknya.

“Kereta kau ni macam mana? Nak biar dulu calar tu?”

“Tengoklah esok macam mana. Aku ni nak kena buat appointment dengan service centre dulu. Bukan boleh main terjah macam tu saja.”

Tidak sampai dua minit Passat doktor Syed Arif sudah hilang setelah memasuki jalan besar. Keretanya dipandu dengan kelajuan normal menuju ke Pasar Seni.

Sebaik saja tiba di Pasar Seni, langkah kaki doktor Syed Arif terus menuju ke kedai lukisan Pak Cik Nazim.

“Terima kasih,” balas doktor Syed Arif bila lukisan yang dibelinya sudah siap dibungkus.

“Tak nak beli lukisan lain? Ada yang baru. Pelukis dia baru saja hantar tadi,” cerita Pak Cik Nazim.

“Tak apalah pak cik. Satu ni sudah cukup. Kalau banyak-banyak, tak tahu nak gantung mana nanti.”

“Tak salah kalau nak tengok-tengok. Pak cik tak kenakan bayaran pun. Lagipun lukisan tu cantik. Pak cik jamin anak mesti nak beli lukisan tu.”

Cantik sangat ke?

Doktor Syed Arif sempat mengerling jam tangannya. Lagi lima minit sebelum pukul tiga petang. Tak ada masalah kut kalau dia luangkan sepuluh minit untuk lihat lukisan ‘cantik’ yang baru sampai tu.

“Macam mana? Cantik tak?”

Doktor Syed Arif membisu. Hanya matanya meneliti lukisan tersebut. Lukisan biasa pada pandangan mata. Namun tidak pada doktor Syed Arif. Dia melihat kesedihan dan juga kesepian dalam lukisan tersebut.

“Pelukis baru ke pak cik?”

“Ya. Ini lukisan kedua yang di hantar pada pak cik.”

“Lukisan pertama dia mana?”

“Pak cik dah jual.”

Doktor Syed Arif termangu seketika. Masih berfikir sama ada mahu beli atau tidak lukisan tersebut. Ada sesuatu pada lukisan tersebut yang membuat doktor Syed Arif rasa rugi kalau tak beli. Padahal kalau beli, dia lagi rugi wang ringgit.

“Pak cik bungkus lukisan ni sekali. Saya beli.”

Bukan main gembira lagi Pak Cik Nazim membungkus lukisan kedua yang doktor Syed Arif beli.

“Kalau pelukis ni hantar lukisan baru, pak cik beritahu saya. Jangan jual dulu. Saya nak tengok,” pesan doktor Syed Arif sebelum keluar dari kedai Pak Cik Nazim.

Doktor Syed Arif melangkah sedikit sukar bila menjinjing dua buah lukisan. Namun langkahnya terhenti bila melihat seorang lelaki begitu bersemangat sekali bertinggung di sisi keretanya. Penuh hati-hati, doktor Syed Arif mendekati lelaki tersebut. Memerhati setiap gerak geri lelaki tersebut.

Lukisan yang dibelinya tadi telah diletak ke tepi. Kemudian dengan sekali terkam dia berjaya menangkap pergelangan tangan lelaki tersebut.

“Kecilnya tangan dia,” bisik doktor Syed Arif.

“Apa ni? Sakitlah!” jerit Farhah seperti orang histeria. Tidak cukup dengan itu, Farhah turut meronta dengan kuat. Dan apabila mendapat peluang, terus saja Farhah memijak kaki lelaki asing itu sekuat hati.

Serta-merta pegangan lelaki tersebut terlepas. Yang tertinggal hanya kerutan menahan kesakitan.

 “You nak calarkan kereta I lagi, kan?” tempelak doktor Syed Arif.

What?!” jerit Farhah sekali lagi.

“I nak calarkan kereta you ni?” ulang Farhah sambil menunjuk-nunjuk kereta lelaki tersebut. Matanya sempat terbeliak bila melihat ada kesan calar ditempatnya bertinggung tadi.

“Calar ni, bukan I buat. Sumpah, bukan I. Kalau you minta ganti rugi pun, I takkan bayar. Kalau I yang buat, I ganti. Tapi calar tu, bukan I yang buat,” nafi Farhah sekeras-kerasnya. Topi yang dipakainya ikut dibetulkan.

“Habis tu, you buat apa dekat kereta I?”

Sekali lagi Farhah menunjuk-nunjuk kereta lelaki tersebut.

“I cuma nak ambil anak kucing bawah kereta you tu. Tak ada masa I nak calarkan kereta you ni. Lagipun I tak buat kerja-kerja macam tu.”

Doktor Syed Arif terpegun seketika. Dia sudah menyorot figura perempuan tersebut yang disangkanya lelaki sejak tadi. Patutlah saiz tangan dia kecil saja.

“You perempuan?”

Terangkat-angkat kening Farhah mendengar soalan luar biasa lelaki tersebut.

“I perempuanlah.”

Doktor Syed Arif pandang perempuan itu lagi. Dengan hanya memakai kemeja lengan panjang yang nampaknya sangat gedoboh dan juga seluar ala-ala clown, memang nampak macam lelaki. Langsung tidak ada ciri-ciri seorang perempuan Melayu.

“You pandang apa?” sergah Farhah. Dia juga sudah menutup bahagian dadanya mengunakan tangan.

Doktor Syed Arif membeliakkan mata. Setengah tidak percaya dengan tindakan perempuan gedoboh tersebut.

“I tak selera pun nak pandang you. I was just shocked that you are actually a girl dressing like a boy.”

A girl? Dia kata aku a girl? Farhah menghela nafas panjang-panjang. Menyabarkan hati yang semakin panas.

Ingat Farhah. Kamu perlu jaga perangai. Jangan timbulkan sebarang kekecohan. Jangan sampai ayah kamu tahu kamu dekat mana.

“Tumpang lalu, I nak ambil anak kucing tadi,” pinta Farhah tiba-tiba. Suaranya begitu lembut. Lengkap dengan segaris senyuman.

Doktor Syed Arif buat muka pelik melihat perangai aneh perempuan gedoboh tersebut. Tadi dia terpekik-pekik macam orang gila. Tiba-tiba dia bertukar rupa jadi lemah lembut.

“Cepat sikit. I kejar masa ni,” gerutu doktor Syed Arif. Dia membiarkan saja perempuan tersebut mengambil anak kucing yang konon-kononnya ada di bawah kereta.

“Sekejaplah. Anak kucing tu duduk tengah-tengah. Tangan I tak sampai ni.”

Doktor Syed Arif mengeluh berat.

“Tepi.”

Farhah angkat muka. Kurang jelas dengan permintaan lelaki tersebut.

“Sekejaplah. Sikit lagi I dapat pegang kaki anak kucing tu.”

“I kata tepi tu, tepilah. Biar I ambil. Orang kemetot macam you memang tangan tak sampai.”

Kemetot? Dia kata aku kemetot pula? Amboi! Normal apa ketinggian 163cm ni.

“Cepatlah sikit. Terhegeh-hegeh tu kenapa?”

Farhah sempat buat muka tidak puas hati. Sejak tadi dia hanya mendengar rungutan lelaki tersebut. Payah hidup lelaki ni.

Nampaknya sekarang sudah terbalik. Farhah pula yang menjadi pemerhati pada usaha gigih lelaki tersebut mengambil anak kucing di bawah keretanya. Sampai berpeluh-peluh doktor Syed Arif dibuatnya. Anak kucing itu pun satu, degil sangat. Berkali-kali dipanggil pun masih juga tidak bergerak-gerak.

“Dapat?” tanya Farhah bila melihat senyuman lelaki tersebut. Sebenarnya kalau lelaki itu senyum dan tak berkata apa-apa, dia nampak sangat gentleman. Kalau Katrina ada depan mata Farhah sekarang, mesti Katrina tak lepas peluang pikat lelaki ni, fikir Farhah.

“Dapatlah. Tengoklah siapa yang tangkap. Nah, ambil anak kucing you ni.”

Berkerut-kerut dahi Farhah. Bukan apa, dia tercium bau tahi kucing. Namun dia tetap mengambil anak kucing yang diserahkan padanya.

“Ada bau tahi kucing,” beritahu doktor Syed Arif. Hidungnya sudah kembang kempis.

Cuma Farhah yang pekakkan telinga. Dalam kepala Farhah sekarang hanya mahu cepat-cepat angkat kaki. Nanti makin panjang pula cerita lelaki tersebut.

“Okey, terima kasih!” balas Farhah lantas terus membawa anak kucing tersebut hilang dari kawasan tempat letak kereta.

Doktor Syed Arif masih lagi termangu. Sedikit terkejut dengan reaksi perempuan gedoboh itu yang tiba-tiba saja hilang dari pandangan mata.

Percayalah, sepasang mata Doktor Syed Arif sudah terjojol melihat cebisan pepejal yang agak lembik dan berbau menusuk hidung itu melekat pada baju, tangan dan kasutnya yang baru dibeli.


Oh my God, ada tahi kucing.”



~ Ringkasan diari hidup doktor Syed Arif hari ini ~

Kereta kena calar. Kemudian bazirkan duit dengan beli satu lukisan extra. Jumpa perempuan ‘gedoboh’ yang pelik lagi aneh. Tak sengaja tertolong perempuan ‘gedoboh’ tu. Dan reward untuk segala usaha gigihnya hari ini adalah cebisan pepejal yang diberi nama tahi kucing. Blessed!



** versi CETAK bakal direlease pada 23.08.2014 (insya-Allah kalau tak ada sebarang perubahan). Kaunter PREORDER telah di buka. Mohon message PK melalui akaun FB kalau berminat nak dapatkan first batch yang bertanda tangan (TT) 




Harga Online IKP ;

1. Semenanjung @ RM24.00

2. Sabah / Sarawak @ RM27.00

Free postage


For latest teaser ‘n’ updates, please click the below link. TQ  :))
https://www.facebook.com/groups/584073261660707/

41 comments:

  1. xpef la syed arif.. kan buat amal tu... hehhe...

    ReplyDelete
  2. Inilah namanya kehidupan tuan doktor..
    Akan ada masa kita akan ditimpakan pelbagai masalah..benda kecik jer tu,
    Jangan nk marah2..jgn nk kecoh kecoh...cooll...

    Patutla cepat jer Farhah lari..dia dah nmpak taik kucing tu..

    Pertemuan yg xberapa nk manis..kehkehkeh

    ReplyDelete
  3. Looking forward to farhah dgn dr arif ni....best. naknlagi...apa lagi ye...cepat sikit ye pk...hehehehe

    ReplyDelete
  4. Hoho. ..memang best citer ni...sambung lg...sambung cepat ok...

    ReplyDelete
  5. pahala berganda-ganda tu sb dpt tahi kucing....heh...heh

    ReplyDelete
  6. sdg cuba menghayati karya2 Pena Kayu..

    ReplyDelete
  7. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  8. Ada lagi x sambungan . Mcm best. Tp baca pk hp. Nak follow blog kena g cc.

    ReplyDelete
  9. Ada lagi x sambungan . Mcm best. Tp baca pk hp. Nak follow blog kena g cc.

    ReplyDelete
  10. HAHA . best.. tapii sayaa baru bace .. baru jumpa blog akak . btw Cerita ni Best ! ;)

    ReplyDelete
  11. Best..baru hari ni brkelapangan tgk blog awak..senyum sensorang

    ReplyDelete
  12. Tahniah sis pena kayu dah novel jadi drama dah..

    ReplyDelete
  13. Sis pena kayu...macamana nk beli buku ni?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Savain, boleh beli online. Email pk, muliati.abdul@gmail.com

      Delete
  14. Sis pena kayu...macamana nk beli buku ni?

    ReplyDelete