Nadine
berlari sekuat hatinya apabila melihat pintu LRT sudah separuh tertutup.
Nasibnya baik, dia sempat menaiki tren tersebut. Kalau tidak, makin masamlah
muka Amirul kalau dia lambat.
Peluh
renik begitu jinak membasahi dahi. Penghawa dingin yang terpasang belum mampu
mengusir rasa lelah dan ‘semput’ akibat berlari mengejar masa. Lebih malang,
sehelai tisu pun tidak ada di dalam beg tangannya. Macam mana boleh lupa bawa
ni?
Sudahnya
dia mengipas mukanya dengan tangan.
“Duduklah,”pelawa
satu suara.
Lekas-lekas
Nadine berpaling. Seorang lelaki tinggi lampai sudah menawarkan tempat duduk.
Nampaknya, dalam ramai-ramai penumpang di dalam gerabak tren tersebut, hanya
seorang saja yang prihatin.
Lelaki
itu berkaca mata hitam, berketayap putih dan jubah yang dipakainya juga
berwarna putih.
Trend
baru ke apa ni? Kelakarnya! Hendak tergelak pun ada melihat gaya lelaki
tersebut.
Nadine
Qhaisara! Jaga sopan santun kamu. Jangan ikut sedap mulut saja mengata orang
lain. Lagipun jangan lupa, lelaki berkaca mata hitam, berketayap dan berjubah
putih itulah yang sudi memberikan tempat duduknya pada kamu. Kalau tidak,
lenguhlah betis kamu berdiri lama-lama.
Masalahnya
gaya lelaki ini tersangatlah kolot. Kalau hari ini hari Jumaat, masih boleh
diterima.
Nadine!
Baiklah!
Tak kutuk kolot dan takkan cakap apa-apa lagi tentang lelaki tersebut.
Bagus.
Jadi?
Jadi
apa?
Sepatutnya
kamu cakap apa pada lelaki berkaca mata hitam, berketayap dan berjubah putih
ini?
“Terima
kasih,”balas Nadine. Secalit senyuman sudah diukir pada lelaki tersebut.
“Sama-sama.”
Nadine
menyorot lelaki itu atas bawah. Kalau tidak salah jangkaannya, lelaki itu
mungkin tua dua atau tiga tahun daripada dirinya. Cuma gayanya itu yang buat
lelaki tersebut nampak seperti sudah berumur 40 tahun.
Nadine
leka menyorot makhluk ciptaan Tuhan yang satu itu sehinggalah lelaki itu turut
membalas tatapannya.
“Ada
apa-apa lagi yang boleh saya tolong?”sapa lelaki berjubah dan berketayap putih
itu. Tutur katanya begitu tersusun. Siap guna bahasa baku lagi.
Tanpa
dapat ditahan lagi, senyuman lebar sudah pun terukir dibibir Nadine. Jarang
sangat Nadine dapat dengar bahasa baku ni. Dulu ujian lisan Bahasa Melayu pun
Nadine nyaris gagal sebab tidak guna bahasa baku.
Gulp!
Nadine telan liur bila melihat betapa seriusnya wajah lelaki berjubah putih
itu. Kali ini lelaki itu sudah menanggalkan cermin mata hitamnya.
Nadine
sudah melopong. Rupa-rupanya lelaki itu nampak sangat muda kalau tidak memakai
cermin mata. Dan.. Sepasang matanya begitu indah. Sangat indah. Kalau pandang lama-lama,
boleh tergolek-golek hati Nadine.
“Ada
yang tak kena ke dengan muka saya?”tanya lelaki itu lagi. Dia sempat menyentuh
kedua belah pipinya.
Sumpah!
Pasti lelaki itu dapat melihat betapa merahnya pipi Nadine saat ini.
Malunya!
“Tak..
Tak ada apa-apa. Terima kasih lagi sekali.”
Nadine
mematungkan diri. Sekali-sekala dia menjeling lelaki tersebut melalui ekor
mata. Lama dia menunggu lelaki itu membalas kata-katanya.
Cis!
Lelaki itu memilih untuk memandang ke luar tingkap tren.
Tanpa
sedar, Nadine merenggus melihat gelagat lelaki tersebut. Ada rasa geram dan
tidak puas hati datang menjengah tangkai hatinya. Apa salahnya lelaki itu
membalas kata-katanya.
Dia
ingat dia itu bagus sangat! Baju sudahlah kolot.
Nadine
sayang, jaga mulut tu.
Dan
entah bagaimana, sekali lagi dia menyorot lelaki itu lama. Meneliti setiap inci
raut wajah lelaki tersebut.
Masya-Allah!
Lelaki itu sedang menatapnya. Lekas-lekas Nadine membuang pandang.
Nadine
meneguk liur yang dirasakan pahit tiba-tiba. Ada rasa aneh yang datang mengetuk
pintu hatinya kali ini. Susahlah kalau begini.
“Kenapa
you pandang I ?”tanya Nadine, itupun setelah puas memberanikan diri.
Lelaki
itu mengukir senyum tipis. Amboi, bukan main putih lagi gigi lelaki tersebut.
Sudahlah putih berseri-seri, barisannya juga teratur cantik. Kalau jadi model
iklan ubat gigi pasti laku.
“Saya
bukan pandang cik. Tapi saya pandang lelaki tua yang memakai tongkat selang dua
baris dari tempat duduk cik.”
Percayalah,
Nadine ingin menjadi patung yang tidak punya perasaan sekarang juga. Malu
betul!
“Minta
maaf ya kalau saya buat cik tak selesa,”ujar lelaki itu tiba-tiba. Kemudian
lelaki itu bergerak ke gerabak yang lain. Jauh dari pandangan matanya.
Biarpun
seminit sudah hampir berlalu, namun rasa malu masih juga menghantui Nadine.
Semuanya gara-gara lelaki berjubah putih, berketayap dan bercermin mata hitam
itu.
Nota : Versi Cetak sudah ada dipasaran.
Nota : Versi Cetak sudah ada dipasaran.
***
For latest teaser ‘n’ updates, please click the
below link. TQ :))
https://www.facebook.com/groups/584073261660707/