Wednesday, 15 January 2014

#Bab08 - Doa Cinta Seorang Lelaki


Makcik Nazimah sudah membesarkan matanya. Tidak berkelip dia menatap Nadine Qhaisara dari hujung rambut sampai hujung kaki.

“Anak kita tu pakai baju apa? Dia ingat kita ni nak pergi shopping mall ke?”bebel Makcik Nazimah pada sang suami tercinta.

Pakcik Johari mengangkat keningnya. Dia juga terkejut melihat penampilan luar biasa Nadine. T-Shirt putih di padankan dengan jeans biru tua. Patutlah isterinya terkejut bukan kepalang.

Masya-Allah Nadine! Pergi tukar baju cepat. Pakai baju kurung kan cantik. Tengok 

Miera, manis saja kan?

Baju ini pun cantik juga.

“Kakak pakai baju apa ni?”pekik Miera sebaik saja matanya terpandang kelibat Nadine.

“Pakai bajulah. Takkan pakai bikini pula.”

“Kakak, kita ni nak pergi kenduri kahwin. Bukan nak pergi KLCC.”

“Tak salah, kan pakai baju macam ni?”

“Salah! Sangat-sangat salah!”pekik Miera lagi seperti baru terkena histeria. Nampak sangat Miera tidak berkenan dengan pilihan busana Nadine kali ini.

Sejak bila kakaknya yang tersayang itu jadi manusia buta fesyen? Aduh!

“Tukar!”tekan Miera dengan muka yang sangat tidak puas hati.

“Kakak malaslah nak tukar.”

“Nadine,”bantah pakcik Johari.

“Pakai baju kurung lebih elok,”sambung pakcik Johari lagi.

Makcik Nazimah sudah memberi isyarat pada Miera.

“Miera sumpah, Miera takkan kawan kakak kalau kakak tak nak tukar baju.”

“Miera, baju ni cantik,”komen Nadine, masih juga dengan pendiriannya.

“Memang cantik, tapi masalahnya tak sesuai untuk dipakai ke majlis kenduri kahwin. Jom, Miera tolong kakak pilih baju kurung.”

Separuh rela Nadine mengikuti jejak langkah adiknya.

“Kakak sengaja pakai baju macam ni kan?”duga Miera.

“Sengaja macam mana pula ni? Kakak tak fahamlah.”

“Iyalah, mentang-mentanglah kakak tahu Khairul Hussin nak jumpa kakak. Jadi kakak pakai baju macam ni.”

Berkerut-kerut dahi Nadine mendengar segala telahan maha tepat Miera.
Pandai Miera ya. Sudah layak jadi pegawai penyiasat.

“Kalau pakai baju macam ni jumpa Khairul Hussin, memang terkejut sangat-sangatlah calon suami kakak tu,”sambung Miera lagi.

“Kakak tak suka Miera cakap macam tu. Khairul Hussin itu bukan calon suami kakak. Ingat tu. Lagipun Miera cakap apa dengan kakak semalam? Miera kata kenal saja dan bukan kahwin terus, kan?”

Lambat-lambat Miera mengangguk. Kalau di bantah, makin panjang pula bebelan Nadine Qhaisara nanti.

“Eh! Kenapa masuk bilik Miera pula ni?”

“Sebab almari baju kakak tu payah nak jumpa baju kurung.”

“Kakak bukan suka sangat pakai baju kurung.”

“Sebab itulah Miera dengan berbesar hati nak pinjamkan baju Miera,”lanjut Miera seraya membuka almari bajunya. Berderet baju kurung Miera. Semuanya mengikuti fesyen terkini.

“Sejak bila Miera kumpul baju kurung ni?”

“Sejak dulu lagi. Kakak saja yang suka kumpul dress dan jeans.”

“Satu kesalahan ke kalau kakak tak simpan koleksi baju kurung?”

“Tak salah pun. Tapi untuk hari istimewa macam hari ini, lebih sesuai kakak pakai baju kurung. Macam yang Miera cakap tadi, hari ni kakak pakai baju kurung Miera.”

“Kakak nak pinjam yang ni.”

“Kakak ni!”luah Miera penuh rasa tidak puas hati. Lekas-lekas baju kurung Pahang yang berwarna hitam itu diambil dari tangan Nadine.

“Kurung moden ni sesuai dengan kakak. Naik seri kulit.”

“Miera nak kakak pakai baju ni?”ulang Nadine setengah tidak percaya.

“Cantiklah kakak. Kakak memang sesuai dengan warna jingga.”
Nadine Qhaisara sudah meraup wajahnya berulang kali melihat baju kurung moden warna jingga itu.

“Kakak cubalah pakai.”

“Baju lain. Baju ni menyerlah sangat. Warna pun striking. Dari jauh semua orang dah nampak kakak.”

“Macam itulah lagi bagus. Senang sikit Khairul Hussin cam kakak nanti.”

Nadine sudah memberikan jelingan paling tajam. Namun Miera yang kaki usik itu buat tidak tahu. Selamba saja dia memaksa Nadine memakai kurung moden warna jingga yang dihiasi sulaman tangan itu.

Tiga jam kemudian dia sudah terpacak betul-betul di sebelah pengantin perempuan.

Benci betul! Siapa punya cadangan suruh aku jadi pengapit perempuan ni?

Baguslah tu, Nadine. Baju kamu pun sudah ikut tema pengantin.
Nadine sudah mencari-cari kelibat Miera dan keluarganya. Amboi, bukan main rancak lagi keluarganya berborak dengan keluarga pengantin. Patutlah ibunya beriya-iya hendak datang awal. Rupa-rupanya ada rancangan besar.

“Pengantin sudah sampai tu. Kakak, Khairul Hussin jadi pengapit lelaki tau,”beritahu Miera. Hanya menambahkan bengkak di hati.

“Kakak peduli apa.”

Miera sudah mencuit lengannya. Sengaja dia pura-pura tidak bereaksi.

Dari jauh lagi dia sudah melihat si Khairul Hussin itu menatapnya langsung tidak berkelip. Pada saat lelaki itu sudah berada di hadapannya, terselit senyuman lebar.

“Menyampah betul aku dengan lelaki galak macam si Khairul Hussin ni. Macam hendak hempuk-hempuk saja kepala dia. Pandang orang macam hendak telan,”gerutu Nadine sendiri.

Sabarlah sikit wahai Nadine Qhaisara yang baik hati. Perasaan kamu saja tu. Cuaca kan tengah terik, sebab itu semua pun kamu nampak tak betul. Padahal si Khairul Hussin itu senyum saja. Bukan dia kenyit-kenyit mata pun.

Nadine sudah menggelengkan kepalanya bila pengantin di suruh duduk untuk menyaksikan persembahan silat.

Masya-Allah, panas-panas terik macam ni pun hendak buat persembahan ke? Habislah hitam kulit aku! Siapa punya rancangan ni nak buat persembahan silat? Buang tabiat ke?

Duhai Nadine, persembahan silat itukan satu tradisi dari zaman dahulu kala.

Tradisi ke apa ke, yang penting aku tak suka.  Macamlah pengantin tahu bersilat.

Nadine! Cuba bawa bersabar dan berhenti mengomel itu dan ini.

Muka Nadine masam bukan main. Macam hendak telan orang pun ada.

“Pengapit perempuan, senyum sikit. Jangan asyik masam saja,”komen si juru gambar bertauliah.

“Lagi, senyum lagi. Janganlah buat muka macam kena paksa jadi pengapit,”komen si juru gambar itu lagi.

Memang kena paksa pun!

“Senyum macam pengapit lelaki. Tengok pengapit lelaki, dari tadi lebar saja senyuman dia.”

Nadine sempat menjeling si Khairul Hussin. Menyampah betul!

Juru gambar ini pun satu, bukan Nadine yang jadi raja sehari. Sibuk sangat suruh Nadine senyum buat apa?

“Ha, macam itulah. Pengantin pun tolong senyum ya.”

“Okey, cantik!”ujar si juru gambar akhirnya.

“Cik pengapit, tolong payungkan pengantin perempuan,”jerit satu suara yang lain pula.

Berkerut-kerut dahi Nadine mendengarnya. Namun dia tetap menurut. Sudahnya dia yang di panah teriknya sang matahari.

Bila persembahan silat ni nak berakhir? Panas ni!

“Cik pengapit, laplah peluh kat dahi pengantin perempuan tu. Kasihan pengantin perempuan, dah luruh make up dia,”jerit suara yang sama. Hanya menambahkan geram yang bermukim di hati Nadine Qhaisara.

Kalau tidak kenangkan ini majlis kawan ibu, sumpah dia sudah angkat kaki.

“Pengapit lelaki dengan pengapit perempuan pun nampak sama cantik sama padan,”sampuk satu suara lagi.

Cis! Memang hendak kena cili mulut si tukang sampuk itu.

Banyakkan bersabar Nadine. Jangan buat hal kat majlis ni. Nanti malu kamu sekeluarga.

Peduli apa. Sekali lagi suara gedik itu menyampuk, siaplah!

Macam-macam perangai si Nadine Qhaisara ini.

Tiga jam kemudian, barulah Nadine dapat melepaskan segala rasa lelah. Dia sedang mengibas-ngibas mukanya bila kerusi di sisinya berbunyi.

Lekas-lekas dia berpaling.

Khairul Hussin melemparkan senyum mesra. Sayangnya Nadine memilih untuk pasif.

“Terima kasih sebab sudi datang.”

“Ibu yang paksa I datang ke sini. Kalau nak harap I sendiri yang datang, memang tidak la jawapannya.”

Hilang sekejap senyuman Khairul Hussin mendengar jawapan balas Nadine.

“You kerja mana?”

“Ampang.”

“Sebagai?”

“Kuli.”

Sepi seketika. Hanya terlihat kerutan terlukis indah di dahi Khairul Hussin.

“Kat syarikat mana ya?”aju Khairul Hussin setelah lama membisu.

“ABC Company.”

Semakin dalam kerutan yang terlukis di dahi Khairul Hussin mendengar jawapan luar biasa Nadine Qhaisara.

Nadine, jawab betul-betul soalan Khairul Hussin. Main-main pula dia.

“Betul ke ni you kerja kat ABC Company? Syarikat apa tu?”

“Tak betul pun. I cuma tak suka you tanya banyak sangat soalan.”

“I nak kenal you lebih lanjut. Jadi wajarlah I tanya you banyak soalan.”

“Masalahnya sekarang I tak nak kenal you dengan lebih lanjut,”balas Nadine dengan selambanya.

Sepi lagi, kemudian barulah tawa Khairul Hussin meletus. Beberapa pasang mata sudah memberi tumpuan pada mereka berdua.

“This is the first time I met someone so unique.”

Besar lagi sepasang mata Nadine.

“Me? So unique? You got to be wrong Khairul.”

“Betullah. I dah berjumpa ramai orang, tapi you yang pertama reject salam perkenalan I.”

Nadine membisu seribu bahasa. Alasan macam ni pun ada ke? Ke si Khairul Hussin ni cuba nak beritahu yang dia tu ramai peminat? Nadine tak hairanlah!

“You nampak comel sangat bila muka you masam. Kalau I ada kamera, mesti I sudah snap. Especially masa persembahan silat tadi.”

“Maksudnya kalau I tak nampak comel tadi, you pun takkan pandang I. Macam tu?”

“Bukan macam tu, Nadine.”

“Lelaki semua sama. Semua pun nak yang cantik comel. Bila ada yang lebih comel dan cantik, yang lama di tinggalkan. Baguskan perangai lelaki zaman sekarang.”

“I tak macam tu pun. I despise those species,”nafi Khairul Hussin.

“Tadi you baru mengaku.”

“I tak mengaku apa-apa. It was just a general phrase. You pula salah faham.”

“I salah faham?”ulang Nadine, dia sudah pun bangkit dari kerusi.

“Nadine, I minta maaf kalau I ada tersalah kata. Tapi I tak maksudkan langsung tuduhan you tadi.”

“Sudahlah. I paling benci dengan lelaki macam you. Tak jujur!”

Nadine sudah angkat kaki. Panggilan Khairul Hussin di biarkan sepi.

Tidak sampai lima minit dia sudah berada di dalam perut kereta. Dia sejuta kali lebih rela menunggu di dalam kereta daripada menunggu di bawah khemah dan kemudian Khairul Hussin mengarut entah apa-apa.

“Ibu nak Nadine minta maaf dengan Khairul Hussin. Ibu tak pernah ajar anak-anak ibu kurang ajar dengan orang lain,”bebel Makcik Nazimah. Sejak tadi lagi dia mengomel mengenangkan sikap Nadine pada Khairul Hussin.

Nadine pura-pura memejamkan matanya.

“Khairul Hussin itu budak baik. Ibu tengok dia pun bukan jenis pemalas. Ibu suka sangat.”

Duhai sang ibu yang tersayang, boleh beri Nadine berehat sekejap tak? Dari tadi asyik nama Khairul Hussin saja yang meniti di bibir ibu. Mana boleh macam ini!

“Ibu tak kisah apa yang berlaku, tapi ibu tetap nak Khairul Hussin jadi menantu ibu. Nadine mesti berusaha pikat hati Khairul Hussin.”

Apa? Pikat? Tidak sama sekali!

“Kalau Khairul Hussin senyum, sejuk saja mata ibu memandang,”lanjut Makcik Nazimah lagi. Masih enggan menutup topik tentang Khairul Hussin, calon menantu pilihan hatinya.

“Nadine dengar tak apa ibu cakap ni?”desak Makcik Nazimah bila melihat Nadine memejamkan mata. Langsung tidak ambil pusing tentang permintaan hati tuanya yang ingin bermenantukan Khairul Hussin.

Nadine membalas renungan mata ibunya yang tersayang. Sampai hati ibu jatuhkan hukuman ‘mandatori’.

“Baiklah ibu. Nanti sampai rumah Nadine pasti akan telefon Khairul Hussin kesayangan ibu tu. Kemudian Nadine minta maaf,”ujar Nadine Qhaisara. Dia sebenarnya sudah lelah mendengar omelan ibunya yang tidak putus-putus.

“Minta maaf itu wajib. Ibu nak Nadine berusaha untuk pikat Khairul Hussin. Ibu tengok Khairul Hussin pun suka dengan Nadine. Nadine cuma perlu layan Khairul Hussin baik-baik dan jaga tingkah laku. Perkara selanjutnya biar ibu yang uruskan.”

Nadine mengeluh berat. Sepasang matanya sudah dibuka semula. Dalam kepalanya hanya ada satu soalan.

Sejak bila ibu jadi obsess dengan si Khairul Hussin?

“Ibu bagilah Nadine masa untuk bernafas. Setiap kali ibu sebut nama Khairul Hussin, nafas Nadine pun jadi sesak.”

“Ibu bukan apa Nadine, ibu tak nak Nadine terlepas lelaki baik saja. Lelaki baik ni jadi rebutan perempuan. Terlewat satu saat saja, lelaki baik-baik tu sudah jadi milik perempuan lain.”

“Kalau susah sangat, ibu jodohkan sajalah Miera dengan Khairul Hussin. Ibu dapatlah bermenantukan Khairul Hussin. Nadine tak yakin boleh jadi teman hidup Khairul Hussin itu.”

“Kakak cakap apa ni? Abang Khairul suka kakak, bukan Miera. Kalau abang Khairul suka Miera, sudah lama Miera minta ibu pinang abang Khairul.”

Amboi! Gatalnya Miera sekarang.

Makcik Nazimah mengeluh. Kecewa bila Nadine memberi reaksi negatif. Sempat dia menjeling suaminya. Namun suaminya yang tercinta itu memilih untuk membisu.

Nadine membuang pandang melihat pemandangan sekitar. Nampaknya sekejap lagi kereta yang dipandu ayah akan sampai di perkarangan rumah.

Semakin dekat dengan pagar rumah, semakin Nadine tidak selesa. Nun di sana dia melihat Abu Hanifah sedang berdiri di luar pagar. Mak Jah dan Fatimah Azzahra pun ada sekali.

“Nak kemana ni Kak Jah? Beg pun besar,”sapa Makcik Nazimah.

“Nak hantar Abu ni pergi KLIA.”

“Abu nak pergi mana?”

“Urusan rumah kat Kaherah tu belum settle. Pembeli tu tak jadi beli dan sekarang dia minta deposit dia semula.”

Nadine yang mendengar cerita Mak Jah mengulum senyum lebar. Maksudnya beberapa hari ni dia akan bebas daripada rasa tak selesa. Seronoknya! Lagi cepat Abu Hanifah berambus lagi Nadine suka. Kalau boleh, tak payah balik langsung. Duduk diam-diam dekat Kaherah tu.

Namun senyuman lebar Nadine mati bila menyedari Abu Hanifah sedang meniliknya dengan begitu teliti sekali.

Nadine telan liur. Sempat dia menilik baju kurungnya. Manalah tahu kalau-kalau ada yang tak kena. Lipatan pada hujung bajunya juga sudah dibuka dan diturunkan. Tutup aurat.

Tapi entah kenapa dia melihat senyuman tipis Abu Hanifah seperti menyindir. Sekilas dia dapat melihat Abu Hanifah meraup rambutnya.

Itu tidak bukan menyindir dalam diamlah tu. Benci betul.

“Ibu, Nadine masuk rumah dulu,”beritahu Nadine lantas lekas-lekas masuk rumah. Sakit hati bila di sindir secara tersirat.

Asyik-asyik Nadine yang terkena. Bila dia dapat kenakan Abu Hanifah pula? 



**
Nota : Versi Cetak sudah ada dipasaran.





*** 
For latest teaser ‘n’ updates, please click the below link. TQ  :))

https://www.facebook.com/groups/584073261660707/


4 comments:

  1. eeeiiiii.....x suka nya dgn KH tu..........nak AH je....sibuk lah KH tu.... - jumay jue

    ReplyDelete
  2. rasanya KH dah beli jiwa makcik nazimah dulu,tu yg makcik beria nk jodohkan Nadine ngan KH..
    kita pun sakit hati ngan KH ni..dah la org dok panas2..byk soklan lak dia..nk tnya masak soklan len kali tunggu time interview dulu..
    hmmmm...abam Abu pandang jer pun nadine tu...bukannya dok mengata dlm hati...nadine,x baik buruk sangka kat abam Abu..mana tau sebenarnya abam Abu dok puji nadine lawa berbaju kurung...hihiii

    ReplyDelete
  3. Oit? Kenapa ada si pak cik khairul hussin tu? Mana abang Abu? Aduh... lamanya part dia nak muncul. Grr... Haha! Sambung pleaseeee! -Aylahusna

    ReplyDelete