Saturday, 11 January 2014

#Bab06 - Doa Cinta Seorang Lelaki


Miera menilik kakaknya sepuas hati. Bukan apa, sejak tadi lagi Nadine seperti dilanda masalah yang sangat dahsyat.

"Kenapa ni, kak? Kakak terjumpa abang Amirul lagi ke?"

Berdesing-desing telinga Nadine mendengar soalan cepu emas Miera. Serta-merta Nadine mengangkat wajah. Sekarang Nadine menyesal buka cerita pada Miera tentang pertemuan tak terduganya dengan Amirul beberapa hari yang lalu.

"Dah la. Jangan sebut nama lelaki tu lagi. Silap-silap kakak boleh demam semula."

Miera tersengih-sengih. Dia terlupa lagi yang nama 'Amirul' tidak boleh disebut langsung!

“Jadi bukan sebab orang tu la. Habis tu kenapa kakak nampak tak tenang? Siapa yang kacau kakak?"

Nadine mengeluh panjang. Sebenarnya otaknya sangat serabut sejak anak lelaki Mak Jah balik dari Kaherah. Nadine rasa sangat tidak selesa. Lebih-lebih lagi ketika sorotan mereka berdua bertemu. Tak tahu kenapa sorotan anak lelaki Mak Jah tu macam magnet. Pelik, kan? Tak pasal-pasal Nadine masin sorok-sorok kalau nak keluar rumah.

By the way, kakak dah jumpa abang Fatim?”

Dahi Nadine terus berkerut. Susah payah Nadine nak lupakan lelaki mulut lepas itu dan sekarang Miera nak buka cerita pula.

Stop it. Jangan cerita. Kakak tak nak dengar. Kakak tak suka.”

“Peliklah kakak ni. Abang Fatim tu baik.”

“I said stop it, Miera. Kakak tengah serabut sangat ni.”

“Kakak ni kenapa?”desak Miera.

"Ceritalah pada Miera,"pujuk Miera. Lengkap dengan senyuman paling manis.

"Janji dengan kakak dulu yang Miera takkan cerita pada ibu ataupun ayah. Kakak tak nak mereka berdua risau,”pinta Nadine. Nampaknya dia tidak ada pilihan selain bercerita tentang perkara kedua yang buat kepalanya berserabut.

"Pasal apa ni, kak? Macam serius saja."

"Janji dulu,"tegas Nadine.

Aduh, macam dalam mahkamah pula. Bezanya dalam mahkamah perlu mengangkat sumpah.

"Miera janji."

"Mungkin kakak saja kot yang fikir bukan-bukan,"lanjut Nadine. Itupun setelah lama berfikir.

Berkerut-kerut muka Miera.

"Kakak please. Cerita A sampai Z. Jangan cerita separuh-separuh. Miera tak faham dan rasa geram dengan kakak pun ada. Ni pasal abang Fatim ke?"

Abang Fatim lagi! Haih!

“Bukan. Jangan cerita pasal abang Fatim tu boleh tak?”

“Manalah Miera tahu. Miera main teka saja. Lagipun muka kakak tu pelik sangat bila Miera sebut pasal abang Fatim. Kakak dah kenal-kenal ke dengan abang Fatim tu?”

Nadine jeling Miera tajam-tajam.

"Kakak rasa macam ada orang ikut kakak,"beritahu Nadine. Menutup terus cerita tentang ‘abang Fatim’. Sengaja dia alih perhatian Miera tentang cerita dia diekori orang.

"Apa dia kak?"

"Kakak rasa macam diekori orang."

Miera sudah membesarkan sepasang kemilau indahnya.

"Kakak dah report polis?"

"Belum. Kakak pun tak pasti sama ada betul atau tak firasat kakak ni."

“Bila kakak ada perasaan macam ni?"
Nadine menyandarkan tubuhnya pada sofa yang setia menanti.

"Hari Khamis lepas kakak dah tak sedap hati."

"Hari Khamis lepas? Maksudnya dah nak masuk lima hari? Kakak ni biar betul. Jom kita pergi balai. Miera temankan kakak."

"Perkara kecil saja ni. Lagipun kakak tak ada bukti. Everything was base from my sixth sense."

"Kakak nak tunggu sampai bila? Sampai ada perkara buruk berlaku?"tempelak Miera sepuas hati.

"Tengoklah esok macam mana."

"Kakak ni degillah,"rungut Miera. Jelas terlihat rasa tidak puas hati di situ.

"Janji dengan kakak yang cerita ni habis kat sini saja. Kakak tak nak ibu dengan ayah risau."

"Kalau esok kakak tak buat police report lagi, Miera beritahu ibu dengan ayah."
Sekarang Nadine sudah sangat menyesal sebab membuka cerita tentang isu diekori itu. Tapi dalam masa sama, dia juga lega sebab Miera tak buka cerita tentang anak lelaki Mak Jah lagi.

***      

MAKCIK Nazimah mengerling Pakcik Johari. Berharap benar sang suami memberi bantuan kecemasan padanya. Kedatangan Nashrin dan ibunya sangat mengejutkan!

Nadine tidak pernah bercerita langsung tentang lelaki yang bernama Nashrin. Tiba-tiba hari ini lelaki itu muncul dengan hasrat untuk bertanya tentang Nadine. Kalau semuanya okay, minggu depan rombongan meminang akan sampai.

Aduh! Anak gadisnya yang satu ini sudah berjaya membuat kepalanya berpusing 360 darjah tanpa henti. Tapi sejak bila Nadine bercinta semula? Pelik sungguh!

 "Minta maaf, makcik. Secara jujur, memang saya kenal dengan Nashrin. Tapi kami baru sangat kenal. Tak sampai dua bulan. Dan Nashrin pun tak pernah bincang dengan saya yang makcik dengan dia nak datang ke rumah saya hari ni."

Makcik Halimah sudah menjeling anak bujangnya. Geram pula hati tuanya bila Nadine membuka cerita tersirat. Apa yang  dia dengar daripada Nashrin hanya cerita tersurat.

"Makcik minta maaf kalau kedatangan kami berdua ni mengejutkan Nadine sekeluarga. Makcik tak tahu yang Nashrin tak beritahu Nadine. Makcik pun ingat kamu berdua dah kenal lama."

Makcik Halimah menghela nafas dalam-dalam. Dia sempat mengerling ke arah Nashrin yng masih juga berwajah tenang.

"I ikhlas sayangkan you, Nadine. I tak pernah ada perasaan macam ni pada seorang perempuan kecuali you. Sebab tu bila I tahu Fareed tu bukan boyfriend you, terus I minta mak I datang merisik.”

Ikhlas? Nadine meneguk liurnya satu persatu. Dulu-dulu pun Amirul selalu berkata ikhlas. Tapi akhirnya, Amirul curang! Lagi satu, macam mana si Nashrin ini tahu yang Fareed itu hanya rakan sekerjanya? Pelik sungguh!

“Fareed tu..”
  
“Jangan reka cerita lagi, Nadine. Spy yang I upah sendiri bongkar rahsia you dengan Fareed,”pintas Nashrin bila menyedari Nadine sudah bersedia untuk menggunakan nama Fareed.

Merah padam muka Nadine. Dia sudah hampir menjerit kalau tidak segera di siku oleh ibunya yang tersayang.

"Makcik harap Nadine dapat pertimbangkan isi hati anak makcik. Makcik tahu anak makcik salah dengan datang mengejut macam ni. Tapi daripada apa yang makcik rasa dan lihat, Nashrin memang betul-betul sayangkan Nadine."

"Saya minta maaf, makcik. Bukan saya tak nak pertimbangkan permintaan makcik. Tapi saya belum bersedia. Lagipun saya tak boleh terima Nashrin upah spy untuk tahu kisah hidup saya."

Makcik Nazimah sudah pun menjeling Nadine Qhaisara. Pandai-pandai saja Nadine menyusun kata.

"Nadine ambillah masa. Makcik akan tunggu jawapan Nadine."

Nadine menghela nafas dalam-dalam. Resah sendiri mendengar kata-kata ibu Nashrin.

"Tak, makcik. Saya minta maaf sangat-sangat. Saya tak dapat terima permintaan makcik."

Makcik Halimah menyorot Nadine tajam. Ada rasa geram yang hadir. Sempat dia menjeling anak bujangnya.

"Jangan buat  macam ni, Nadine. I betul-betul sayangkan you."

"Hati I belum terbuka. I minta maaf. You pilihlah perempuan lain. Sampai bila-bila pun I takkan terima hasrat hati you. I harap you faham."

"I tak faham. Kenapa susah sangat you nak terima cinta I? I ada buat salah ke?"

Makcik Halimah sudah berdehem. Jelas dia kurang senang bila anak bujangnya sudah tidak ubah seperti pungguk yang merindukan sang bulan.

"Kita balik. Tak ada gunanya kita tunggu lama kat sini,"ujar Makcik
Halimah. Mukanya masam bukan main. Ayah dan ibu Nadine sudah nyaris pengsan dengan cara Nadine melayan keluarga Nashrin. Langsung hilang rasa sopan dan santun.

"Tunggulah sekejap, mak. Saya tak habis bincang lagi dengan Nadine."

"Nak bincang apa lagi? Muka kamu tu tak cukup tebal lagi ke? Masih nak tebalkan muka?"

"Kami minta maaf.."

"Tak payah nak berlakon sangat,"bidas Makcik Halimah. Langsung tidak beri peluang pada Makcik Nazimah selesai berkata-kata.

Nadine menatap Makcik Halimah dalam-dalam.

 "Keluarga saya tak terlibat langsung dalam hal ni. Jadi saya minta tolong sangat jangan kata ibu saya sedang berlakon. Saya sendiri yang buat keputusan ni, makcik."

Tambah panas muka Makcik Halimah mendengar kata-kata Nadine. Kalau beginilah calon isteri pilihan Nashrin, dia lebih rela Nashrin hidup membujang.

"Mak nak balik, Nashrin. Rumah ni panas sangat."

"Mak.."ujar Nashrin dengan muka serba-salah.

"Kalau Nashrin nak teruskan rancangan nak kahwin dengan dia, langkah mayat mak dulu. Mak takkan setuju."

"Tolonglah, mak,"pujuk Nashrin. Renungan matanya tambah sayu.

"Ada ramai lagi perempuan kat luar sana. Mak tak suka bakal menantu mak kurang ajar dan tak pandai nak jaga air muka kita."

"Mother you betul. I tak rasa kita sesuai."

Makcik Halimah sempat memberi jelingan tajam sebelum bingkas berdiri.

Langkah kakinya cukup laju menuju ke pintu utama. Meninggalkan Makcik Nazimah dan juga Pakcik Johari terkulat-kulat.

Nashrin sempat mengeluh panjang sebelum berlari-lari anak mengejar langkah kaki ibunya.

"Apa Nadine buat ni?"

"Nadine minta maaf. Tapi Nadine belum bersedia lagi."

"Nadine nak kemana tu?"panggil Makcik Nazimah bila melihat Nadine sudah melangkah menuju ke anak tangga.

"Masuk bilik."

"Abang tengoklah anak abang tu. Perangai makin menjadi-jadi."

"Biarlah Nadine tenangkan hati dia dulu. Kita doakan yang terbaik untuk Nadine."

Makcik Nazimah sudah buat muka tidak puas hati. Ayah dengan anak perangai sama saja!


Nota : Versi Cetak sudah ada dipasaran.



*** 
For latest teaser ‘n’ updates, please click the below link. TQ  :))

https://www.facebook.com/groups/584073261660707/

5 comments:

  1. sekarang dah jelas pasal nadine diekori tu...rupanya spy si nashrin..
    patutla tahu yg antara nadine n fareed tu hanya bohongan nadine sajer,,
    Nashrin,..sekarang awak dah jadi penyebab nadine kurang ajar dengan orang tua...
    tp kan...nadine ni mmg cepat marah kan..x penyabar..
    iskiskisk...
    walau berperwatakkan garang..suka akan hubungan nadine ngan adik dia..rapat..
    n satu lagi..kita sangat suka girl yg rapat dengan ayah.... :)

    ReplyDelete
  2. PK pn rapat dgn ayah jugak! Muamuamuah :p

    ReplyDelete
    Replies
    1. rindu arwah abah sangat2..
      huhuhu..kita pon rapat ngan abah,tp dolu2 kita ni ank yg degil..

      Delete
  3. Nasibla nashrin...hati nadine masih belum terbuka untuk menerima cinta seorsng lelaki. Biarla dianggap kurang ajar dari dipaksa hati untuk menerima seseorang yang mungkin takkan membahagiakan

    ReplyDelete
  4. Dah berzaman baca, hari ni baru dpt komen di sini. Haha! Alahai kenapa tergantung begini? Seksa jiwa raga betul Cik PK ni tau! Haha! Sambunggggg ya! :P

    ReplyDelete