Dia.. Perempuan moden yang hanya
mementingkan kerjaya
Dia.. Yang ‘jarang’ sekali memegang
senduk dan kuali
Dia.. Pakar memasak air dan Maggie
Dia.. Adalah anak sulung uncle
Johari dan auntie Nazimah
Orang dulu-dulu kata (orang
dulu-dulu yang katalah, bukan PK. PK tolong tulis semula saja) kalau nak pikat
hati suami, pikat perut dia dulu. Betul ke?
Kata Nadine Qhaisara pula :
Tolonglah! Semua perkara tentang
masak-memasak memang Nadine angkat bendera putih. Kalau masak air dengan maggie
bolehlah. Minta maaflah ibu. Bukan Nadine sengaja. Tapi Nadine memang sangat
lemah dalam subjek memasak ini.
Pening juga kepala auntie Nazimah
dengan perangai luar biasa pelik Nadine. Macam mana Nadine nak hidup dengan Abu
Hanifah yang jenis ‘family oriented’ tu? Payah kalau macam ni!
Maka terjadilah beberapa insiden
yang tidak sanggup dilihat seperti di bawah :-
#SEBELUMkahwin
“Macam mana nak siang ikan Patin ni?”aju
Abu Hanifah setelah sekian lama membisu.
“Apa dia?”ulang Nadine, sekali lagi
dilanda rasa terkejut.
“Saya tanya, ikan patin ni nak siang
macam mana? Macam susah saja.”
Air liur ditelan satu-satu. Cuba
mengingati cara Miera menyiang ikan patin tersebut. Malangnya dia gagal. Mujur
dia pernah menonton drama masakan di tv.
“Tak susah pun. Paling penting,
buang sisik ikan tu dulu,”balas Nadine Qhaisara penuh yakin. Bibirnya sudah
melebar dengan senyuman kerana berjaya memberi jawapan paling bernas.
Makcik Nazimah sudah menyeka dahi.
Miera sudah menundukkan wajahnya. Mak Jah sekeluarga dan juga Pakcik Johari
sudah mula ketawa.
#SELEPASkahwin
“Nadine masak?”
Senyuman yang baru mekar terus
hilang mendengar soalan si Abu Hanifah.
“Nadine pandai masak ke?”
Semakin kelat muka Nadine mendengar
segala macam soalan Abu Hanifah.
Dia baru mahu memulakan lembaran
baru, tapi nampaknya Abu Hanifah langsung tidak berkompromi.
“Pandailah!”
“Nadine masak apa ni?”tanya Abu
Hanifah. Falafel yang berbentuk bulat itu sudah diambil.
“Awak rasa?”
“Macam falafel. Tapi falafel bukan
macam ni. Lagipun ini adik beradik hangus. Sudahlah hangus, keras pula tu.”
“Falafel lah! Kalau bukan falafel,
takkan arang pula,”gerutu Nadine. Falafel yang berada di tangan Abu Hanifah
sudah diambil. Terus dia makan.
Sumpah! Tak sedap langsung. Sangat
pahit dengan rasa yang pelik.
hahahahaha.....agak2 abg abu mkn x falafel yg dh hangus rentung tu??? cian kat abg abu....sabar ye abg abu...biasa lah buluh xleh lentur nnt patah...hihihi - jumay jue
ReplyDeletemakan jer la abam abu..hangus pon hangus la.....
ReplyDeletekang kalu x makan,tah bila pulak nk dapat rasa lagi air tangan nadine tu...heheheheh