Sayu-sayup terdengar suara ibu mempelawa masuk tamu yang
datang. Nadine baru saja selesai mengikat kemas rambutnya sudah disapa rasa
hairan. Jarang rumahnya dikunjungi tamu seawal pagi begini. Siapa ya?
Kemudian terdengar pintu biliknya diketuk dari luar. Suara
Miera memanggilnya, juga begitu nyaring.
“Kenapa ni?”tanya Nadine sebaik saja pintu dibuka.
“Ada tetamu datang. Ibu minta kakak bersiap cepat sikit.
Kita semua nak sarapan sama-sama.
Nadine sudah membesarkan sepasang matanya.
Miera tergelak kecil melihat rupa terkejut kakaknya yang
manis itu.
“Siapa yang datang?”tekan Nadine.
“Seorang putera raja yang datang. Dia datang nak selamatkan
kakak daripada ahli sihir yang jahat.”
“Please Miera,
kakak serius ni. Jangan main-main.”
“Miera pun serius. Prince
charming kakak sudah sampai.”
“Sekejap putera raja sekejap prince charming. Dari tadi asyik mengarut entah apa-apa,”gerutu Nadine tidak puas hati. Mukanya
sudah cemberut.
“Siapa yang datang sebenarnya ni?”desak Nadine serius. Kali
ini dia sudah menangkap pergelangan tangan Miera yang nakal itu.
“Yang pasti bukan abang Abu.”
“Miera! Cakap betul-betul dengan kakak. Siapa yang datang?”
“Rahsia. Kakak turunlah tengok sendiri,”jawab Miera dengan
selambanya. Bibir si nakal itu sudah lama mengukir senyum lucu.
Berkerut-kerut dahi Nadine melihat gelagat Miera yang aneh
itu.
“Siapa yang datang ni?”desak Nadine untuk kesekian kalinya.
“Miera tak nak cakap. Lebih baik kakak bersiap cepat dan
turun ke dapur. Kami semua tunggu kakak.”
Begitu kata Miera. Hanya membuat Nadine resah gelisah
seorang diri.
Kalau saudara mara yang datang, pasti mulut Miera sudah riuh
bercerita. Tapi tadi sebaliknya. Miera terlalu sengaja berahsia. Jangan-jangan
Mak Jah? Fatimah ada datang sekali tak?
Ketika Nadine menuruni anak tangga lagi dia sudah mendengar
tawa ayah bersatu dengan tawa seorang lelaki yang tidak dikenali. Mendadak
hayunan langkah Nadine terhenti.
Lelaki? Jadi bukan keluarga Mak Jah. Tapi siapa? Kawan ayah
ke? Kalau kawan ayah, buat apa Miera hendak berahsia sangat?
“Miera pun nak souvenir
dari Dubai juga. Tak adil kalau kakak saja yang dapat. Betul tak,
ibu?”pinta Miera.
Eh! Miera kenal ke dengan tetamu misteri tu? Bukan main lagi
Miera minta souvenir dari Dubai.
“Baiklah. Abang belikan Miera souvenir juga,”ujar tetamu misteri itu.
Hisy! Tetamu misteri itu setuju hendak belikan Miera
souvenir? Lagi satu, abang? Miera panggil tetamu misteri itu abang? Biar betul
si Miera ni.
Nadine sudah terhendap-hendap di sebalik ruang tamu menuju
ke dapur. Penuh hati-hati. Lagaknya sudah seperti pencuri amatur pula.
“Abang memang tak nak kerja kat Malaysia ke? Nanti kalau
abang kahwin dengan kakak, abang mesti bawa kakak balik Dubai, kan?”
Suara Miera terdengar lagi.
Amboi! Abang kahwin dengan kakak? Miera ini kenapa? Siapa
tetamu misteri yang hendak di jodohkan dengan aku tu? Putera raja dari negeri
mana? Prince Charming macam pelakon
yang mana satu?
“Insya-Allah, lepas kahwin memang saya berniat nak pindah
semula ke Malaysia. Lagipun emak di kampung sudah semakin tua. Emak asyik
bising bila saya nak pindah Malaysia semula.”
Jawapan tetamu misteri itu hanya menambahkan rasa tidak
sabar Nadine untuk melihatnya. Dia sudah mengintai dari sebalik dinding.
Sayangnya si tetamu misteri itu membelakanginya pula. Susahlah kalau begini!
“Alhamdulillah. Lega sikit hati makcik ni dengar kamu cakap
macam tu, Khairul,”balas makcik Nazimah. Bibirnya sudah melebar dengan
senyuman.
Serta-merta Nadine menegakkan tubuhnya. Mukanya sudah
berubah kelat lalu langkah di hayun menghampiri tetamu yang bernama Khairul
itu.
“You buat apa kat rumah I?”sergah Nadine. Mujur saja sudu
yang sedang di pegang si Khairul Hussin tidak terpelanting. Dan Nadine pun
sudah lupa bahawa keluarganya masih ada dimeja makan.
Terkejutnya Makcik Nazimah mendengar suara Nadine yang agak
tinggi itu. Bulat mata Makcik Nazimah menyorot Nadine.
“Nadine! Kenapa cakap macam tu dengan Khairul?”bantah Makcik
Nazimah. Siku Nadine sudah ditarik lalu dipaksa duduk di kerusi makan.
Nadine Qhaisara menyorot ibunya tajam.
Wahai Nadine, kamu itu masih seorang gadis melayu. Jaga tata
tertib kamu. Kamu mesti bersopan santun di depan tamu.
Kalau tamu itu bukan Khairul Hussin, memang aku akan layan
bagai menatang minyak yang penuh. Tapi sebab yang datang ini si Khairul Hussin
yang cuma pandang paras rupa, minta maaf banyak-banyak. Jangan harap dia akan
dapat layanan istimewa.
“Makcik minta maaf bagi pihak Nadine ya, Khairul. Kalau
waktu pagi, perangai Nadine memang macam ni.”
“Ibu,”bisik Nadine. Air mukanya sudah berubah keruh.
Sampai hati ibu menangkan si Khairul Hussin. Ibu lupa
agaknya, si Khairul Hussin itu orang luar. Nadine sebenarnya anak ibu.
“Pukul 10 nanti Khairul akan berangkat pulang ke Dubai.
Jadi, dia singgah jumpa keluarga kita sekejap,”ujar pakcik Johari tiba-tiba.
Tidak berkelip mata Nadine membalas tatapan sang ayah
tercinta. Tiba-tiba dia merasa telah menjadi anak terbuang. Ayah pun sudah jadi
sekutu si Khairul Hussin.
“Kenapa tak makan ni Nadine?”
Benci betul Nadine mendengar soalan si Khairul Hussin.
“Kenyang.”
“Bila kakak makan?”tanya Miera dengan rupa terkejut.
“Makan hati.”
Sepi seketika.
“Tambahlah nasi lemak tu, Khairul. Jangan malu-malu
ya,”tingkah makcik Nazimah dalam usahanya menghalau segala kekalutan.
“Cukup dah ni, makcik. Sudah dua kali saya tambah. Siapa
yang masak nasi lemak ni? Nadine ke? Sedap.”
“Memang Nadine yang masak. Kalau Khairul suka, nanti kalau
Khairul balik Malaysia beritahu makcik. Makcik suruh Nadine masak special untuk Khairul.”
Alahai, ibu sampai sanggup menipu semata-mata hendak ambil
hati si Khairul Hussin. Tolonglah! Nadine masak nasi lemak? Dalam mimpi
bolehlah.
“Terima kasih, Nadine,”ujar Khairul Hussin dengan senyuman
mekar di bibir.
Nadine baru saja ingin membuka mulut, namun jari tangannya
lebih dulu digenggam erat oleh sang ibu tersayang. Sudahnya dia membisu seribu.
“Kalau Nadine sudi, saya nak hantar Nadine ke pejabat,”pinta
Khairul pada ayah dan ibu Nadine. Besar benar harapan Khairul Hussin untuk
mendapat green light daripada Pakcik
Johari dan juga Makcik Nazimah.
“Kalau you hantar I, macam mana I nak balik nanti?”bantah
Nadine.
“Miera jemput kakak balik nanti. Miera memang nak guna
kereta.”
Nadine menjeling Miera tajam. Miera ni memang nak kena!
“Baguslah! Jadi hari ni Nadine pergi pejabat dengan Khairul
ya.”
Makcik Nazimah sudah membuat keputusan. Nadine Qhaisara
hanya mampu menyandarkan tubuhnya. Sumpah, kepalanya sudah pening-pening lalat.
Nadine baru saja ingin memasuki perut kereta bila tatapannya
bertaut dengan tatapan anak perempuan Mak Jah. Bukan main tajam lagi jelingan
gadis manis bertudung litup itu.
Nadine pula yang bertambah cuak. Entah apa salahnya sehingga
dia menerima jelingan setajam itu.
Sepanjang jalan hanya sepi yang mengisi suasana. Dari ekor
matanya, Nadine dapat melihat betapa resahnya Khairul Hussin. Sebentar lagi
kereta yang dipandu Khairul Hussin akan sampai ditempat kerjanya.
“I tahu you tak sudi naik kereta I,”luah Khairul Hussin
tiba-tiba.
“Baguslah kalau you dah tahu. Tak payah susah-susah I nak
inform,”balas Nadine acuh tak acuh.”
“Tapi I pelik, kalau you dah tahu, kenapa nak paksa I lagi.
I paling tak suka dipaksa.”
“Sebab I percaya you untuk I.”
Berkerut-kerut dahi Nadine mendengar jawapan balas Khairul
Hussin.
“I know your past,
Nadine.How I wished I was your first love and not that stupid Amirul. I will
bring happiness to you, cherish you all the time.”
Serta-merta Nadine menatap wajah Khairul Hussin.
“Siapa beritahu you semua ni? Miera?”
Lambat-lambat Khairul Hussin menggelengkan kepalanya.
“Makcik yang beritahu,”jawab Khairul Hussin kemudian.
Nadine mengeluh pendek. Sampai hati ibu jaja cerita cintanya
yang tidak kesampaian!
“Entahlah Nadine. Lepas I tengok gambar you tempoh hari, I
dah rasa lain macam. Kemudian bila kali pertama I nampak you hari tu, hati I ni
dah terbersit mengatakan you adalah perempuan terakhir yang mampu bahagiakan
hidup I.”
Sepi.
“Mungkin ini yang dikatakan cinta pandang pertama.”
Sepi lagi. Masuk telinga kanan keluar telinga kiri. Nadine
sudah serik dan muak dengan kata-kata sebegitu. Pada akhirnya dia yang terluka
lagi. Janji manusia takkan kemana.
“Mungkin semua ni terlalu mendadak bagi you. You pun baru
kenal I dan I dah luahkan isi hati. I tak nak you takut dan curiga. I akan
balik ke Dubai dan I pun tak pasti bila I boleh balik Malaysia lagi. I tak nak
terlepas untuk jadi calon suami you. Sebab tu I terus-terang hari ni.”
Nadine telan liurnya satu-satu mendengar isi hati Khairul
Hussin yang sebenarnya. Keliru dan takut sudah bermain dalam hati Nadine. Kenal
baru tiga hari. Jumpa pun baru dua kali termasuk hari ini dan sekarang si
Khairul Hussin sudah mahu menjadi calon suaminya. Alamak!
“I nak you tahu, I
tak macam Amirul yang tinggalkan you untuk perempuan lain. I cuma minta sedikit
peluang daripada you.”
Berdesing-desing telinga Nadine bila Khairul Hussin berkata
begitu.
“Peluang? Peluang yang macam mana? I tak nampak pun
keikhlasan you. You hanya pentingkan paras rupa.”
“Nadine, kita dah bincang sebelum ni tentang paras rupa tu.
I tak kisah pun. I lebih pentingkan hati dan perasaan.”
Betul ke?bisik hati Nadine.
“Dan tentang keikhlasan tu, Nadine faham ke definisi sebenar
ikhlas?”tanya Khairul Hussin dengan beraninya.
Nadine menatap Khairul Hussin, begitu lama. Sebenarnya dia
kehilangan kata untuk menjawab soalan Khairul Hussin.
“Ikhlas ialah kedudukan paling tinggi selepas Iman. Ikhlas
adalah rahsia Tuhan, sehinggakan para malaikat dan manusia sendiri pun tidak
dapat mengesannya. Agama kita tidak membenarkan seseorang itu mengaku ikhlas,
Nadine. Sesiapa yang mengaku ikhlas walaupun sebelum ini ikhlas maka secara
automatik keikhlasannya terbatal. Jadi I takkan sebut ikhlas. I tak nak
keikhlasan I terbatal.”
Padan muka kamu, Nadine. Hendak sangat berdebat tentang
ikhlas dengan Khairul Hussin. Siapa yang mati kutu sekarang?
“I pun tak harap you lupakan terus tentang Amirul. Cuma
berikan I peluang untuk mengubati luka hati you.”
Begitu kata-kata Khairul Hussin. Lelaki itu sudah pun
menghentikan keretanya di tempat letak kereta berhampiran dengan tempat kerja
Nadine.
“Hati I yakin. Naluri I pun yakin. I harap you pun yakin
dengan I. I sanggup tunggu sampai hati you terbuka untuk I.”
Nadine menghela nafas panjang. Sempat dia menatap Khairul
Hussin sebelum membuka pintu kereta.
“Terima kasih sebab hantar I,”balas Nadine.
“Sama-sama. Jadi..”
“Jadi apa?”ulang Nadine semula.
“Jadi inilah syarikat ABC tempat Nadine bekerja tu.”
Besar lagi sepasang mata Nadine bila Khairul Hussin berkata
begitu. Nadine mahu ketawa, namun ditahan sebaik mungkin. Ingat lagi rupanya
lelaki itu pasal perbualan mereka tempoh hari.
“Minta maaf. I tak ada maksud nak tipu you. Cuma I tak nak
cerita banyak pada somebody yang I
baru kenal.”
“Tak apa. I faham,”balas Khairul Hussin sambil mengulum
senyum selebarnya.
“Nadine!”panggil Khairul Hussin bila melihat Nadine sudah
bersedia untuk melangkah pergi.
“Apa?”
“Terima kasih sebab beri I peluang hantar you ke pejabat.”
Berkerut-kerut lagi dahi Nadine mendengar kata terima kasih
si Khairul Hussin itu.
“Okey, drive
elok-elok,”pesan Nadine. Konon-konon hendak berbasa-basi.
“Nadine,”panggil Khairul Hussin lagi. Kali ini lebih lembut.
“Apa dia?”
“I akan tunggu you. I yakin you untuk I.”
Sepi. Nadine sudah kehilangan kata. Sinar mata si Khairul
Hussin itu jelas terlihat ketulusan hatinya. Susahlah kalau begini! Silap
haribulan, hatinya yang keras macam kerikil pun boleh jadi lembut.
Entah bagaimana, perlahan-lahan bibirnya mengukir senyuman.
Nadine sendiri masih keliru mencari jawapan apa yang membuatnya mengukir senyum
untuk si Khairul Hussin. Pelik bukan?
“Terima kasih sebab
senyum. I suka dan I harap hubungan kita tak berakhir setakat hari ini saja.
Harap-harap ada kisah sambungan.”
“Insya-Allah,”balas Nadine yang membuat Khairul Hussin
membesarkan sepasang matanya.
“Pandu hati-hati. Nanti bila sudah sampai, beritahu
ya,”pesan Nadine sekali lagi. Cuma kali ini terdengar lebih ikhlas.
Tutur kata Nadine sudah membuat Khairul Hussin seperti
berada diawang-awangan.
“Alhamdulillah.. Syukran!”bisiknya berkali-kali. Terasa
seperti hendak melompat tinggi pun ada.
Nota : Versi Cetak sudah ada dipasaran.
Nota : Versi Cetak sudah ada dipasaran.
***
For latest teaser ‘n’ updates, please click the below link. TQ :))
https://www.facebook.com/groups/584073261660707/
Hati nadine dah terbuka untuk kh...huhuhu
ReplyDeleteTekaan yg sangat betul! Kih3
DeleteAla....x sukanya.....ada tanda2 mcm nadine nk trima KH.....mcmn dgn abg abu? Oh nadine.....ingat abg abu.....huhuhu....tp menyampahlah dgn KH tu, confident sgt yg nadine tu adalah jodoh terbaik utk dia....huhuhuhu....x suka nya......abg abu, cpt lah blk...... - jumay jue
ReplyDeleteAlaaa.. Sukalah! Hensem ap KK tu... Lalalalala
DeleteEh siap.. KH :D
DeleteAla....hensem je x cukup.....nk spt AH gak....
DeleteTak kan hanya dgr sikit kata indah dr KH nadine dah cair...
ReplyDeleteIni bukan diri nadine yg sebenar...
Nadine,jgn bg harapan kalau diri sdri masih keliru dgn perasaan hati..
Kang x pasal akan ada yg meroyan lagi...uhuks
tu la pasal.. Adeh.. Kesian AH kt Kaherah tu. Dia pi obersea kejap jer Nadine dah buat hal..:p
DeleteNnt bl nadine meroyan, AH gak yg kena mengadap n duk tgk nadine menangis....kena bg sapu tgn plak lg tu....yg dl pun mesti nadine x pulangkn lg... - jumay jue
DeleteOmo omo! KH ni sweet talker jugak rupanya. LOL. Bila part abe abu nak muncul lebih2? Nadine, jgnlah yakin dgn KH. Yakin dgn AH tau! Ehekssss....
ReplyDelete