“Ya
Allah, Hayyi. Ibu tak larat nak lari. Lepaskan tangan ibu,”rayu Puan Sharifah
pula. Jantungnya hampir berhenti berdegup dek kerana rasa terkejut dalam
dirinya. Itu belum campur nafasnya yang semput. Sudah lama juga dia tidak
melakukan senaman ringan.
“Hayyi,”panggil
Puan Sharifah untuk kesekian kalinya.
Hayyi
menuruti arahan ibunya. Kemudian bersendirian dia terus mengejar itik putih
tadi. Ketawanya berdekah-dekah, begitu kuat. Mungkin saja dapat didengar oleh
semua penghuni banglo dua tingkat tersebut.
“Siapa
pula yang memekak pagi-pagi ni? Memang tak boleh tengok orang senang sikit.
Orang nak tidur pun tak boleh,”gerutu Farhan keras sambil menekup kepalanya
dengan bantal. Bingit telinganya mendengar tawa Hayyi.
Hayyi
itu memang hendak diplaster mulutnya.
Biar aman sikit.
“Siapa
lagi kalau bukan anak kesayangan makcik kamu,”balas ibu Farhan. Sempat
menjeling anak bujangnya yang masih bergolek di atas katil.
Farhan
merenggus kasar.
“Ibu
pujuklah makcik hantar anaknya yang gila tu ke pusat mental. Farhan tak
tahanlah kalau tiap-tiap pagi macam ni. Lama-lama nanti Farhan pun ikut gila.
Sama macam si Hayyi tak betul tu.”
“Sabar
Farhan.”
“Nak
sabar sampai bila?”soal Farhan kesal.
“Sampai
kita dapat semua harta Hayyi tu.”
Farhan
menjeling ibunya. Hatinya panas bukan main bila soal harta dibangkitkan.
Macamlah dia tidak mampu bekerja keras mencari wang.
“Ibu
ni tak habis-habis dengan harta keluarga ni. Farhan boleh kumpul harta sendiri.
Farhan boleh hidup berdikari tanpa harta ni semua,”balas Farhan separuh kesal.
Sempat dia mengerling ke arah jendela kamar tidurnya. Dia sendiri tidak jelas
sejak bila ibunya menjadi mata duitan begini.
“Farhan
harap sangat, ibu tak ungkit lagi tentang harta. Farhan tak hairan pun dengan
harta keluarga ni. Tanpa harta ni semua, Farhan pun masih mampu beri ibu
makan.”
Farhan
menghela nafas panjang.
“Farhan
bukan nak marah ibu, tapi Farhan cuma mahu ibu tahu, Farhan mampu beri ibu
kemewahan hasil kerja keras Farhan sendiri,”sambung Farhan lagi.
Ibu
tua itu terdiam. Tidak tahu mahu berkata apa lagi bila Farhan sudah berkata
begitu.
Farhan
menebarkan pandangan ke luar jendela, berharap dia dapat meraih sedikit
ketenangan. Namun sepasang kemilau indahnya hanya dapat meraih kekusutan.
Berkerut-kerut dahinya.
Terserlah
di situ susuk tubuh tinggi lampai Hayyi sedang mengejar seekor itik putih.
Ketawa lelaki itu makin lama makin besar.
Sekali
lagi Farhan mengeluh panjang. Sejak mengalami kemalangan sebulan yang, Hayyi yang normal, yang tahu berfikir sudah berubah
menjadi Hayyi yang kurang waras. Lihat saja sekarang, sikapnya tidak ubah
seperti anak kecil!
Terdengar
lagi Farhan mengeluh berat. Cuma kali ini lebih berat. Dia sudah bangun dari
tempat pembaringan. Kemudian langsung saja menuju ke bilik air. Berdentum pintu
bilik air. Sungguh dia kesal dengan apa yang menimpa Hayyi.
Dek
kerana perubahan sikap Hayyi itu, dia pula yang terpaksa memikul tanggung jawab
menguruskan perniagaan keluarga. Padahal dia sudah bercadang untuk membuka
syarikat sendiri.
Farhan
mahu lari dari bayang-bayang harta keluarga ini. Dia ingin berusaha sendiri.
Kerana itu, dia sangat tak suka pada Hayyi. Hayyi yang membawa bala padanya.
Namun
sedalam mana pun rasa tak sukanya pada Hayyi, jauh di relung hati paling dalam
dia bersimpati dengan apa yang menimpa sepupunya itu.
Tapi
entahlah, Farhan sendiri tidak tahu kenapa rasa tak suka boleh timbul.
Kau
benci dia sebab Riana, kan?
Bukan!
Riana
pilih Hayyi, jadi kau benci Hayyi, kan?
Aku
kata bukan!
Apa
yang kau sakitkan hati sangat? Riana pun sudah putus tunang dengan Hayyi. Bila-bila
masa kau boleh pikat Riana semula.
Minta
maaf banyak-banyak, Riana bukan ratu hati aku lagi. Lagipun Riana sudah
buktikan sesuatu pada aku.
Buktikan
apa?
Riana
tak sanggup sehidup dan semati diwaktu susah dan senang.
Tapi
Hayyi bukan hidup susah, Hayyi sudah gila. Wajarlah Riana putuskan tunang.
Sudahlah!
Jangan ungkit lagi tentang Riana. Aku tak suka.
“Dapat
tangkap!! Yeeeeeeeey..!”
Puan
Sharifah menghela nafas panjang. Sudah mati akal bagaimana mahu memujuk
anaknya. Dia kalah.
“Ultraman
Taro! Ibu,mulai hari ni, nama itik ni Ultraman Taro!”
“Ultraman
Taro?!”aju Puan Sharifah kembali. Kepalanya dirasakan cukup berat. Lekas-lekas
dia mengambil tempat duduk . Sedih dan hiba, itulah yang dirasakan kini.
“Hei
Ultraman Taro! Kau nak lari mana lagi hah?! Akulah raksasa yang akan kalahkan
kau sekejap lagi.”
Itik
malang yang tidak mengerti apa-apa itu hanya mampu berlari menyelamatkan diri.
Nampaknya pagi ini tidak ada ubahnya dengan pagi pagi sebelumnya. Dari pagi
hingga ke petang, suara Hayyi akan terus berkumandang, menjadi muzik khas untuk
semua penghuni banglo dua tingkat tersebut.
#dan bersambung lagi..
Sian pulak kt ibu hayyi tu..
ReplyDeleteSampai bila agaknya dia mampu bertahan.
akk suka ultraman tarooooo.... hehehe...
ReplyDeletesapa nk jadi resakse ni? PK sebenonyer muskil dgn kuasa ultraman Taro ni. Lawan ckit lampu kt hati dia brkelip. Lepas tu tetibe kuat balik n menang. selalu mcm tu lah! hahha
Deletesemput mak hayyi layan perangai gila Hayyi tu.. kih3
ReplyDeleteCian nya kt mak hayyi.....hayyi saje bt mcm tu ke??? Tp kenapa? X nampak pun mcm farhan tu nk harta....mak dia je yg lbh.....PK, nk nxt n3....hihihi - jumay jue
ReplyDeleteNo comment.. Kene baca lagi.. Kih3
DeleteApsal Hayyi begitu? Mana hilangnya Jamie? LOL. Adakah Jamie dan Hayyi? Kehkeh
ReplyDeleteYe dop.. Bukan dgn farhan ke? Lalalalalala
DeleteUltraman taro....hahahaha
ReplyDeleteKesian kat semua org terutama sekali kat iik tu
Yep2.. Kesian itik tu.. Huhuh
Delete