Cinta
bukan tentang berapa lama kamu telah mengenal seseorang, tapi tentang seseorang
yang buatmu tersenyum sejak kamu melihatnya. - Rayhan
BUKAN
sekali, tetapi berkali-kali Rayhan Jazim membuang pandang. Kepalanya ikut
digelengkan. Kemudian sekali lagi dia menyorot wajah bening di depannya.
Berharap sangat ada perubahan keputusan. Berharap lamarannya diterima, meski
harapannya seperti tinggal harapan. Hanya angan-angan kosong tingkat tinggi!
"Saya
tak boleh terima cincin ni, Rayhan. Maaf. Cincin ni terlalu mahal
sentimentalnya. Saya bukan perempuan yang sesuai untuk pakai cincin ni."
Lagi-lagi
Rayhan mendengar perkataan 'tak boleh'. Jujur ya, Rayhan paling benci dengan
perkataan tersebut. Perkataan itu racun. Racun yang membunuh secara senyap.
"Saya
tunggu awak lama. Saya dah lamar awak bukan sekali, tetapi tiga kali. Hari ni
saya harap sangat saya tak dengar penolakan dari awak."
"Kalau
begitu jangan tunggu saya lagi. Saya tak cukup bagus untuk awak. Saya tak
serupa perempuan lain, Rayhan. Tanggungjawab saya banyak. Dunia kita pun
lain."
Pemilik
wajah bening itu telah bangun. Pun begitu sorotannya masih singgah pada wajah
hampa Rayhan.
"Saya
tak boleh jadi isteri awak, tapi saya harap kita kawan sampai bila-bila. Saya
sayangkan hubungan kawan ni."
Soroton
tidak puas hati Rayhan mencari sorotan perempuan berwajah bening tersebut.
Wajahnya diraup seketika sebelum sorotannya berubah tajam.
"Kawan?
Kawan saja tak cukup. Saya mahukan awak sebagai isteri. Isteri yang nantinya
akan saya ubah jadi seorang ibu."
Rayhan
kembali meraup wajahnya. Kali ini rakus.
"For
God's sake! Tolong
buka kamus dan cari beza perkataan kawan dengan isteri. Bezanya sangat
jauh!"
Sekarang
pemilik wajah bening itu sedang menundukkan wajah. Ayat Rayhan, cukup jauh
menyentuh relung hatinya yang keras bagai kerikil.
"Saya
sayang awak. Kalau tak sayang, saya takkan lamar awak. Saya mohon sangat,
tolong hargai lamaran ni," pujuk Rayhan pula. Sedar diri kalau suaranya
terlalu keras tadi. Lihatlah, makin mendung saja wajah bening di hadapannya.
"Saya
tak boleh, Rayhan. Saya tak boleh terima lamaran ni. Banyak hal saya perlu
buat. Awak mungkin bosan dengan saya nanti. Hargai diri awak, jangan buang masa
untuk saya. Saya hanya bawa kesusahan."
Sepi.
"Baliklah,
Rayhan. Sebelum orang awam cam siapa awak, ada baiknya awak hentikan semua
perkara mengarut ni."
"Melamar
awak bukan perkara mengarut, tetapi perkara paling penting dalam hidup saya.
Kalau mereka cam saya sekali pun, saya tak kisah."
Perempuan
berwajah bening itu menyentuh kotak baldu kecil berisi cincin tanda Rayhan.
Kemudian disorongkan semula pada Rayhan.
"Saya
kisah. Jadi saya mohon, baliklah. Tak guna awak tunggu saya lagi. Cincin ni,
tak sesuai untuk saya. Cincin ni, tak bersinar kalau disarung dekat jari manis
saya. Hanya nampak kusam.”
"Itu
fikiran negatif awak yang fikir," bidas Rayhan, lengkap dengan wajah
tertekan.
"Iya,
saya banyak negatif dari positif. Saya bimbang negatif tu terpalit dekat
awak."
Rayhan
mengeluh keras, sudah tidak punya ayat lagi untuk berbahas.
"Saya
doakan awak dapat perempuan baik. Yang layak jadi isteri dan ibu pada anak-anak
awak nanti."
Kerusi
telah ditolak masuk ke dalam meja. Selepas itu terdengar bunyi tapak
kasut melangkah pergi. Nampaknya Rayhan ditinggalkan. Lamarannya untuk
kali ketiga, tetap juga ditolak.
Lambat-lambat
Rayhan meraih kotak baldu kecil tadi. Warnanya hitam. Di dalamnya ada cincin
berlian. Harga cincin itu mencecah enam ribu lebih. Dan sekarang cincin berlian
ini sudah tidak ada nilai lagi di matanya. Seperti sampah yang busuk.
Spontan
Rayhan mengambil cincin berlian tersebut. Direnung sejenak sebelum dibaling
keluar dari cafe. Biar hilang terus! - B.E.R.S.A.M.B.U.N.G
#tungguversicetak
Sudiiiiiiii
ReplyDeleteSaya seribu kali sudiii
Ambillah saya rayannnn... ahakssss
kenapa dibuang.. sayang tu... simpan jadikan kenangan terindah ... pasti ada rahsia yg disimpan kemas dalam hati ...huhuhu
ReplyDeleteMakk aiiiii...dia baling cincin berlian rm6k++ tuuuuu.
ReplyDeleteMakk aiiiii...dia baling cincin berlian rm6k++ tuuuuu.
ReplyDeleteKenapa si dia menolak lamaran Rayhan...
ReplyDeleteTudia aihh.. dia buang cincin tu
ReplyDelete-farah