"Kau nak keluar?"
Idham mengangguk.
"Tadi aku dah hantar email pada
hr, dan cc kau tentang cuti aku."
"Bila kau nak cuti?"
"Bermula Isnin depan."
"Baguslah. Kau pun jarang sangat
ambil cuti. Tahun lepas kau ambil lapan hari saja. Itu pun sebab kau kena
denggi. Kalau tak, memang muka kau yang muncul dekat pejabat ni, termasuk hari
cuti."
"Baiklah. Tahun ni aku cuti banyak
sikit."
"Jadi kau cuti berapa lama ni?
Seminggu?"
Idham menaikkan tiga jarinya.
“Tiga hari? Sekejapnya. Ambillah
seminggu. Kalau tak cukup, dua minggu. Setakat dua minggu tu, aku boleh urus
lagi hal syarikat ni.”
"Bukan tiga hari, Khairil. Bukan
juga seminggu atau dua minggu, tapi tiga bulan."
Mahu tersembul biji mata Khairil
mendengar penjelasan Idham. Tiga bulan, bukan tiga hari. Tiga bulan bersamaan
dengan 90 hari kalau kiraan sebulan 30 hari diambil.
"Kau nak cuti tiga bulan? Kau gila
ke apa? Kau nak aku mati kering dekat pejabat ni?"
Idham sekadar ketawa kecil. Air mukanya
nampak begitu tenang sekali. Sangat berbeza dengan Khairil.
"Aku tak gila. Aku waras lagi.
Lagipun aku yakin kau boleh uruskan syarikat ni. Tiga bulan bukan lama. Apalah
sangat tiga bulan tu. Pejam celik pejam celik, dah tiga bulan."
Bunyi ayat Idham seperti menyindir
Khairil saja.
"Jangan main-main, Idham. Banyak
projek yang kau pegang."
"Sebab itu satu bulan ni kalau kau
perasan, aku heret kau ke mana saja aku pergi. Jadi semua projek dekat tangan
aku sekarang, aku serahkan pada kau."
Khairil geleng kepala berkali-kali.
"Tadi kau sendiri bising kata aku
jarang bercuti. Bila aku mohon cuti, kau macam tak setuju pula."
"Bukan tak setuju, Idham. Tapi
lama sangat kau bercuti. Memang syarikat ni kita berdua punya. Tapi aku tak
pernah uruskan seorang diri syarikat ni. Tiga bulan tu bukan singkat."
"Belajar dan biasakan."
Mudah sungguh Idham berkata-kata.
Khairil sudah resah ni.
"Kalau ada apa, kau boleh cari
aku. Aku ada dekat Tawau ni. Aku bukan bercuti ke luar negara."
"Jadi kau cuti lama-lama ni nak
buat apa? Kahwin?"
"Tak," jawab Idham. Kali ini,
sengaja dia membalas sorotan tajam Khairil. Sehinggakan kening Khairil naik sebelah.
"Habis tu?"
"Aku nak jadi cikgu ganti."
Jatuh semua dokumen yang sedang Khairil
pegang. Muka Khairul ikut berkerut, seperti mumia yang telah diawet.
"Buat lawak ya?"
"Mana ada aku buat lawak. Aku
serius. Aku dah pergi pejabat pendidikan daerah. Aku pun dah selesai
ditemuduga. Paling bagus, kurang dua minggu lagi aku mula mengajar. Berita
lebih bagus, aku dapat jadi cikgu ganti dekat sekolah yang aku pohon."
Mundar-mandir Khairil dibuatnya.
Dokumennya yang jatuh tadi pun belum dikutip.
"Kenapa kau tak pernah cerita pun
hal besar ni? Sepatutnya kau beritahu aku dari awal."
"Kalau aku beritahu dari awal, kau
pasti bangkang."
"Memang!" tegas Khairil
dengan wajah yang diraup berkali-kali. Geram pula hatinya dengan berita Idham hendak
jadi cikgu ganti. Idham ni seorang arkitek, jauh sangat melencong kalau
tiba-tiba jadi seorang cikgu ganti.
"Khairil."
"Jangan cakap lagi. Aku tak nak
kawan kau."
Meledak tawa Idham. Kiranya, Khairil
sedang merajuklah ni?
"Aku memang geram bila kau sebut
nak jadi cikgu ganti. Tapi aku lebih geram sebab aku baru tahu sekarang hal ni.
Aku ni partnership kau, Idham.
Apa-apa hal, beritahulah aku awal sedikit. Jangan bila benda dah nak jadi esok,
hari ni baru nak cakap."
"Maaf, Khairil. Jangan geram ya.
Aku perlukan sangat jawatan cikgu ganti tu. Lagipun sejak dulu bonda nak aku
jadi cikgu, tapi aku tolak dan pilih jadi seorang arkitek. Jadi bila aku nak
jadi cikgu ganti ni, bonda yang paling gembira."
"Tiba-tiba sangat. Lagipun kalau
kau nak gembirakan mak cik, dari dulu lagi kau boleh pohon jadi cikgu ganti.
Bukan sekarang."
Sempat Khairil menangkap riak
tersipu-sipu Idham. Mengalahkan anak dara saja gaya tersipu-sipu Idham.
"Lain macam saja kau ni. Kau
jangan main-main, Idham. Kalau kau jadi cikgu, pastikan kau serius mengajar.
Jangan ajar anak murid kau perkara yang bukan-bukan."
"Jangan risau. Aku hormat profession cikgu dan tanggungjawab mereka mendidik anak
bangsa."
"Jangan sampai ada skandal dengan
anak murid sendiri sudahlah."
Hanya gelak Idham yang membalas ayat
sindiran halus Khairil. Kemudian beg laptopnya diraih dan langkah mula diatur.
"Idham, aku tak habis cakap lagi
ni."
"Malam nanti sambung. Aku nak ke airport.
Jumpa bakal orang rumah."
Biarlah Khairil melopong. Idham tetap
telah hilang disebalik pintu. Kalau lambat, nanti tidak sempat hendak jumpa
bakal orang rumahnya.
Macam mana orangnya? Dia seorang yang
boleh menggetarkan hati. Mulus dan lembut. Paling Idham suka, sorotan matanya.
Okey, cukuplah tu. Kalau teliti sangat, nanti ada yang kata Idham puji bakal
orang rumahnya secara berlebih.
Kurang empat puluh minit, Idham telah
menjadi tetamu Lapangan Terbang Tawau. Penuh setia dia menunggu bakal orang
rumahnya muncul.
Sementara itu, Melina menarik bagasinya
dengan hati yang separuh. Jasadnya memang telah berada di Tawau, jiwanya saja
yang tertinggal di Kuala Lumpur. Hatinya sejak tadi mahu pulang ke Kuala
Lumpur.
Ada empat belas negeri di Malaysia,
tapi kenapa Melina yang dipilih jadi cikgu dekat Sabah? Dekat daerah Tawau ni?
Melina tak nak. Heretlah Melina balik semenanjung. Kalau boleh sekarang.
"Kak, cari orang Tawau jadi imam.
Orang Tawau ramai yang kacak. Percayalah cakap Fuad ni."
Berkerut dahi Melina. Entah kenapalah
ayat Fuad yang satu itu muncul dalam kepala. Macamlah Melina hendak kahwin
dengan orang Tawau. Kalau Melina kemaruk sangat hendak kahwin pun, Melina pilih
orang semenanjung!
Balai pemeriksaan selesai dilalui. Arah
kakinya mula mencari pintu keluar. Nun di depan sana Melina lihat seorang
lelaki sedang melukis senyuman padanya. Sempat Melina terpegun. Meskipun wajah
lelaki itu nampak lesu sedikit, pesonanya tetap ada.
Alahai, lelaki itu lambai tangan pada
Melina pula. Melina tak kenal dan tak pernah ingat kalau dia ada kenalan dari
Tawau.
"Kenal saya ke?"
Ini soalan pertama Melina setelah
berdiri betul-betul di depan lelaki tersebut. Dan sorotan pelik bercampur
terkejut lelaki itu pastilah meragukan hati Melina.
"Minta maaf, saya tak kenal awak.”
Muka Melina selamat bertukar seperti
nenek kebayan. Pipinya jadi berinci-inci tebal.
Mel, buat macam biasa. Jangan gelabah
dan mula desak dia dengan bukti.
"Tadi awak senyum dan kemudian
lambai tangan. Bukan sekali, tetapi banyak kali."
Kali ini Melina lihat banyak kerutan
yang terlukis pada dahi lelaki itu.
"Saya tak senyum. Saya pun tak
lambai tangan dekat awak. Saya senyum dan lambai tangan pada dia."
Lelaki itu nampak lebih terkejut
sekarang. Matanya melilau mencari figura yang bernama 'dia'.
"Mana dia pergi?"
Tak sepatutnya lelaki ni tanya Melina.
Manalah Melina kenal ‘dia’ tu. Kalau kenal, boleh juga Melina tolong carikan.
Kemudian lelaki itu pergi mencari 'dia'
yang hilang. Melina juga yang terpegun ditempat kejadian. Ditinggalkan tanpa
sebarang jawapan.
Okey Mel, jangan tebalkan muka lagi.
Angkat kaki sekarang.
Masalahnya, lelaki tu memang senyum dan
lambai tangan pada Mel tadi. Mel tak tipu.
Mel, dia tak mengaku. Mel salah nampak
agaknya. Itulah, mata Mel tu pantang nampak lelaki kacak.
Bukan macam itulah wahai hati!
Melina menoleh mencari figura lelaki
tadi. Malangnya figura itu telah hilang. Pasti sedang sibuk mencari ‘dia’.
Melina tarik bagasinya. Hati di dalam
masih mengomel. Marahkan hati yang selalu mahu menang sendiri.
"Kak, percayalah cakap Fuad ni.
Orang Tawau ni lelakinya kacak dan yang perempuannya cantik."
Ayat Fuad lagi! Berdenyut kepala
Melina. Ayat Fuad telah menjadi raja.
***
Tunggu versi cetak.
Untuk berita versi cetak, boleh klik link bawah ni.
https://www.facebook.com/groups/584073261660707/
Orang rumah Noah pundatang Tawau 1 flight dengan Mel eh? Nanti sama2 satu sekolah...1 rumah...haruuuu
ReplyDeleteBest
ReplyDelete👍
ReplyDeleteMelina ke calon org rumah idham ni PK....tp cite ni ade 2 hero kn....mendebarkn ni...
ReplyDeletesaspen....jer.........adehhhhhhhh
ReplyDeletesaspen sikit2 dulu yorr.. sikit jer dulu.. ;p
DeleteSungguhlah Mel. Buat malu je. Hahah
ReplyDeleteisk.. memang org tu lambai la.. hu3 - Mel
DeleteBEST.
ReplyDeletetq dear.. :)
DeleteTerbaek
ReplyDeleteNanti pk up bab 02 pula ya.. ngee
Deletetorbaikkk lah PK :-D :-D
ReplyDeletetq darling.. he3
DeleteItu kot org rumahnyaaa... hahhahaha
ReplyDeleteitu kut... kut sajalah, kan?
DeleteWah best.. Xsabar tunggu versi cetak....
ReplyDeleteBest la..dah nak terbit ke cerita ni..saya sokong..tapiiii..bg la sikit lg...
ReplyDelete