'Missing you!'
Pesanan ringkas yang dihantar oleh Khairul Hussin serta-merta membuat pipi Nadine hangat membahang.
'Macam mana ya? I macam tak nak balik Dubai la.'
Begitu kata-kata yang tertulis pada pesanan ringkas kedua yang dihantar oleh Khairul Hussin. Berkerut-kerut dahi Nadine membacanya. Jari tangannya sudah lincah menaip.
'Jangan nak mengada-ngada. Naik flight tu dan jangan lupa sms bila sudah sampai.'
Tidak sampai seminit, telefon bimbitnya kembali berbunyi.
'Kaki I tak nak masuk ruang berlepas la. Lainlah kalau you ada sebelah I sekarang, mesti laju kaki I masuk dalam ruang berlepas ni.'
Nadine tergelak kecil membaca pesanan ringkas tersebut. Kepalanya digelengkan beberapa kali. Khairul Hussin memang mengada-ngada.
'I doakan you selamat sampai.'
'Doa saja? Tak ada salam rindu.'
'Tak ada.'
'Betul ke tak ada ni? Kecewanya!'
'Kalau ada pun sikit saja. Sikit sangat.'
'Alhamdulillah. Sikit pun jadilah. Terima kasih Nadine!'
Senyuman Nadine Qhaisara kian lebar. Ada-ada saja si Khairul Hussin itu. Perangai macam budak-budak.
Perangai macam budak-budak pun, tapi Nadine suka, kan? Mengaku sajalah Nadine.
Nadine menghela nafas panjang. Sebenarnya dia pun masih keliru. Dia pernah berikrar mahu menumpukan sepenuh perhatian pada kerja dan tidak lagi pada cerita cinta.
Tapi nampaknya si Khairul Hussin sedang mengacau-bilau ikrarnya. Macam mana ni? Kenapalah si Khairul Hussin itu perlu muncul?
“Betul ke Nadine datang kerja dengan seorang lelaki?”
Nadine mengangkat wajah. Kak Alin sudah menyorotnya dengan muka penuh tanda tanya.
Ini mesti kerja Fareed. Hanya Fareed yang melihat dia turun dari kereta Khairul Hussin tadi. Kalau tidak, masakan kak Alin pun boleh tahu.
“Siapa beritahu kak Alin? Fareed?”
“Bukan Fareed, kakak nampak sendiri. Buah hati baru ke?”
Nadine sudah memandang Kak Alin dengan muka penuh curiga.
“Kalau Kak Alin sendiri dah nampak, kenapa nak tanya lagi? Fareed, kan?”
Kak Alin terdiam. Kemudian ketawa kecil sebelum menampar mesra bahu Nadine.
“Baiklah. Memang Fareed yang beritahu kakak.”
Macam perempuanlah si Fareed tu. Suka bergosip itu dan ini.
“Siapa lelaki yang hantar Nadine tadi?”tanya Kak Alin sambil mengenyitkan matanya.
Nadine mengeluh pendek. Tidak tahu mahu memberi jawapan apa pada soalan kak Alin.
“Kenapa mengeluh ni? Kalau ada apa masalah, cerita pada kak Alin.”
“Nanti kak Alin cerita pada Fareed pula,”tempelak Nadine.
Kak Alin ketawa lagi mendengarnya.
“Insya-Allah, takkan tersebar. Hari itu kak Alin tersasul.”
“Siapa nama lelaki tu?”desak Kak Alin bila Nadine memilih untuk membisu.
“Khairul Hussin. Dia anak kawan ibu Nadine. Nadine pun baru kenal dia tiga hari lepas. Itupun sebab Nadine pergi ke majlis kahwin adik dia.”
“Lepas tu?”
“Lepas tu dia kata dia suka pada Nadine.”
“Lepas tu?”
“Pagi ni dia tiba-tiba muncul depan rumah Nadine dan sarapan sama-sama.”
“Lepas tu?”
“Lepas tu dia hantar Nadine ke pejabat.”
“Lepas tu?”
“Tak ada lepas tu dah. Dia pun dah nak naik flight ke Dubai.”
“Dubai? Dia kerja sana ke, Nadine?”
“Jadi pilot kat sana.”
“Nadine macam mana?”
Nadine mengeluh ringkas. Sukar untuk ditafsirkan rasa hatinya sekarang.
“Nadine pun sudah pening. Dia buat Nadine rasa yang Nadine tak pernah terluka sebab cinta. Dia buat hati Nadine jadi kuat untuk move on dan lupakan terus si Amirul. Dia beri keyakinan pada Nadine. Tapi entahlah.. Nadine pun tak tahu semua ni terjadi atas sebab kasihan dengan dia atau sebaliknya. Nadine harap sangat bukan sebab kasihan. Sampai sekarang, Nadine masih tak percaya Nadine dah beri harapan pada Khairul tu. Lagipun kami berdua baru sangat berkenalan. Takkan secepat ni Nadine boleh buka pintu hati Nadine. Macam tak logik sangat-sangat,”ujar Nadine panjang lebar. Pada Kak Alin diceritakan segala gundah di hati.
Terbuka luas sepasang mata kak Alin mendengar cerita Nadine.
“Serius ke ni?”
Nadine menganggukkan kepalanya.
“Dan sekarang Nadine rasa keliru dan takut.”
“Sebab?”
“Nadine keliru sebab begitu mudah Nadine terima dia. Nadine takut sebab kita tak tahu apa yang akan berlaku pada masa depan. Nadine takut pisang berbuah dua kali, kak Alin.”
“Kalau hati Nadine sudah yakin, jangan risau dan takut. Hadapi dengan tenang sebab setiap perkara yang berlaku ada hikmah.”
“Entahlah, kak Alin. Macam terlalu awal dan terlalu cepat.”
“Positif Nadine. Just follow the flow. Macam yang kak Alin selalu cakap, tak semua lelaki perangai sama macam Amirul. Lagipun Kak Alin percaya, Khairul Hussin tu mesti pilihan keluarga Nadine. Betul tak?”
Lambat-lambat Nadine mengangguk setuju. Ibunya dengan Miera bukan main lagi jadi sekutu tegar si Khairul Hussin itu.
“Beri peluang pada diri Nadine sendiri dan juga Khairul Hussin,”nasihat Kak Alin terus.
“Kak Alin,”panggil Nadine.
“Ya?”
“Kak Alin pernah pergi Dubai, kan?”
Mengangguk.
“Kenapa?”
“Kalau naik flight dari KLIA ke Dubai ambil masa berapa jam?”
Kak Alin mengulum senyum lebar. Nadine kembali dihampiri.
“Kalau tak salah, 7 jam lebih. Pukul berapa flight Khairul Hussin?”
“Dia beritahu pukul sebelas.”
“Insya-Allah, pukul 6 petang sampailah tu.”
Percayalah, sepanjang hari ini Nadine kerap menjeling jam tangannya.
Lambatnya hendak pukul enam!
Nota : Versi Cetak sudah ada dipasaran.
***
For latest teaser ‘n’ updates, please click the below link. TQ :))
https://www.facebook.com/groups/584073261660707/
xper.. xper.. nie watak sampingan jer.. hati nadine utk AH... huk huk...
ReplyDeleteKenapa harus ada rasa keliru nadine??
ReplyDeleteKalau x mau terus terang saja...xpayah nk fikir panjang lagi...
Wah nadine tak sabar tggu jam 6.
ReplyDeleteAbe KH dominasi cerita sementara. Haha
ReplyDeleteAbe KH dominasi cerita sementara. Haha
ReplyDelete