Hampir
menitis air mata Miera melihat keadaan kakaknya yang tercinta. Sejak selesai
solat subuh tadi, kakaknya yang tercinta itu memilih untuk baring saja di atas
tilam. Sangkanya Nadine tidak cukup tidur, rupa-rupanya Nadine sudah demam
panas.
“Jangan
pandang kakak dengan muka macam tu. Macam kakak ni nak mati pula rasanya,”komen
Nadine sambil berusaha untuk mengulum senyum tipis.
“Kakak
cakap apa ni?!”marah Miera tiba-tiba yang langsung saja dibalas tawa kecil
Nadine Qhaisara.
“Kakak
cuma demam biasa. Agaknya terkejut bila terjumpa Amirul semalam,”luah Nadine
sambil mengulum senyum tipis.
“Lagipun
kakak dah makan ubat. Insya-Allah, lepas kakak berehat, pasti sembuh,”luah
Nadine lagi dalam usahanya menenangkan hati Miera yang resah.
“Miera
pergilah jumpa kawan-kawan, Miera. Miera dah janji dengan mereka, kan? Kalau
Miera tiba-tiba tak datang, apa pula kata mereka nanti.”
“Tapi..”
“Ibu,
kan ada. Ibu boleh tengok-tengokkan kakak. Lagipun kakak bukan kena demam
denggi pun, demam biasa sajalah.”
Agak
lama Miera membisu, kemudian barulah kepalanya dianggukkan. Namun langkahnya
tetap berat meninggalkan bilik kakak kesayangannya.
Nadine
menghela nafas panjang. Perlahan-lahan dia baring semula. Matanya cukup berat
setelah menelan paracetemol dan juga antibiotik beserta vitamin C. Harap-harap
bila dia bangun nanti demamnya sudah kebah. Dan juga boleh lupakan Amirul
terus. Amin!
***
Perlahan-lahan
Nadine Qhaisara membuka kelopak matanya. Suara Orlando mengiau di luar biliknya
begitu menggnggu.Rasanya, baru lima minit dia terlelap.
Makin
lama makin kuat kucing bertuah itu mengiau.
Nadine
bingkas menarik gebar. Namun saat kemilau indahnya singgah pada muka jam, dia
hampir terjerit. Pukul 4 petang?!
Masya-Allah,
aku tidur berapa jam ni? Zohor pun hampir terlepas.
Terkocoh-kocoh
Nadine berlari menuju ke bilik air untuk mengambil wuduk.
“Kenapa
ibu tak kejutkan, Nadine? Nasib baik Zohor belum terlepas,”rungut Nadine sebaik
saja sepasang kakinya memasuki ruang dapur.
“Ibu
sudah kejut. Kamu saja yang tak mahu bangun. Sebab itu ibu hantar
Orlando,”balas Makcik Nazimah. Dia sudah pun menghampiri Nadine lantas
memeriksa suhu anak perempuannya itu.
“Demam
Nadine dah kebah ni,”beritahu Nadine sambil menyentuh dahinya sendiri.
“Alhamdulillah.
Senang sikit hati ibu. Adik kamu setiap satu jam telefon tanya pasal kamu.”
“Miera
tu memang. Nadine demam biasa, tapi dia fikir Nadine kena demam denggi,”balas
Nadine lalu menarik kerusi makan.
“Ibu
masak apa ni? Sedapnya bau.”
“Karipap
goreng. Mari tolong ibu goreng karipap ni.”
Lekas-lekas
Nadine angkat kaki.
Goreng
karipap? Tolonglah! Semua perkara tentang masak-memasak memang Nadine undur
diri. Kalau masak air bolehlah!
“Budak
bertuah ni, sekejap saja sudah hilang,”rungut Makcik Nazimah. Kepalanya ikut
digelengkan.
Minta
maaflah ibu. Bukan Nadine sengaja. Tapi Nadine memang sangat lemah dalam subjek
memasak ini. Harap ibu faham ya! Bisik hati Nadine Qhaisara.
“Lando
nak pergi mana tu? Jangan keluar!”laung Nadine bila kucing kesayangannya si
Orlando sudah pun melepasi pintu pagar. Bukan main gemalai lagi lenggok si
Orlanda yang sihat walafiat itu.
Bila
Nadine panggil, memang Orlando berhenti melangkah. Namun cuma sesaat. Usai
menoleh ke arah Nadine, Orlando kembali menghayun langkah gemalainya. Jangan
tak tahu, model terkenal Tyra Bank pun kalah dengan gaya jalan si Orlando itu.
“Degil
Lando ni. Siaplah dia nanti. Kalau Nadine dapat terus Nadine buat gulai. Suka
sangat keluar rumah. Lepas tu gaduh dengan kucing jiran sebelah. Kalau menang
tak apalah juga. Ini tidak, luka sana-sini,”gerutu Nadine sambil berlari anak
untuk mengejar langkah si Orlando.
Orlando
seperti biasa, berjalan dengan megahnya menuju ke rumah jiran sebelah. Konon
hendak mengintai musuh tradisi.
Namun
tiba-tiba langkah Orlando terhenti. Sesaat kemudian Orlando sudah berlari
kencang. Menukar arah dan terus berlari kencang menuju ke rumah Mak Jah.
“Bertuah
betul Lando ni,”rungut Nadine bila Orlando baru saja melepasinya. Geramnya hati
Nadine. Suka sangat si Orlando itu menjadi tetamu di rumah Mak Jah.
“Lando
sayang, mari sini. Jangan masuk rumah Mak Jah. Nanti Mak Jah marah,”pujuk
Nadine dengan lemah lembutnya.
“Nya~..
Ching ching ching ching ching~,”pujuk Nadine terus. Kebiasaannya Orlando sudah
berlari ke arahnya kalau dipanggil begitu.
Cuma
hari ini keadaan agak aneh sedikit.
Orlando sekadar menegakkan ekornya. Sekilas Orlando menoleh ke arah
Nadine sebelum melangkah dengan selambanya memasuki rumah Mak Jah.
“Cis!
Memang hendak kena masak gulai si Lando ni. Siaplah dia,”omel Nadine. Tanpa
banyak bicara lagi dia ikut membuka pagar rumah Mak Jah sambil terhendap-hendap
di sebalik pokok-pokok bunga Mak Jah.
“Nya~..
Ching ching ching ching ching~,”panggil Nadine.
Saat Orlando berhenti memberi perhatian padanya, terus dia menerkam
Orlando yang nakal itu.
Sayangnya
Orlando terlalu tangkas untuk ditangkap. Tanpa ampun lagi, Orlando terus
memasuki rumah Mak Jah. Orlando sudah membuat rumah Mak Jah bagaikan rumahnya
sendiri. Melampau betul si Orlando itu, kan?
Nadine
menghela nafas berat. Mencuba menenangkan hatinya yang panas dek kerana telatah
si Orlando. Dengan berhati-hati dia memasuki rumah Mak Jah. Matanya mengekori
langkah kaki Orlando memasuki ruang dapur.
“Nadine
tumpang masuk rumah, Mak Jah,”bisik Nadine sendiri. Sekali lagi dia
terhendap-hendap disebalik mesin basuh Sambung Mak Jah. Takut pergerakannya
dapat di kesan oleh si Orlando yang licik lagi tangkas itu.
Bukan
main lagi gelagat si Orlando. Bagaikan boss besar. Selamba saja si Orlando
menjatuhkan tubuhnya di depan pintu bilik air. Kemudian menjilat-jilat bulunya
dengan penuh asyik. Langsung tidak peduli pada hati Nadine yang mulai hangat
membahang.
“Jaga
kau, Lando,”gerutunya seraya berlari untuk menerkam Orlando.
“Dapat
pun! Mana Lando nak lari lagi ha?”ujar Nadine dengan gembiranya. Bibirnya
melebar senyum. Namun senyumannya hilang saat pandangan matanya bertembung
dengan renungan tajam seorang lelaki yang belum pernah dilihatnya sebelum ini.
Lelaki
itu baru saja keluar dari bilik air. Tercegat dengan sorotan tak ubah macam
helang lapar melihat gelagat Nadine bersama Orlando.
Wajah
serius lelaki itu membuat Nadine serba salah sendiri.
“Min..
Minta maaf. I..”
“Awak
siapa?”soal lelaki itu. Lagak seorang detektif pula. Tidak memberi peluang pada
Nadine untuk menjelaskan perkara sebenar.
“Saya
tanya, awak siapa?”ulang lelaki itu, lebih tegas daripada sebelumnya.
“I..
I Nadine.”
“Apa
I? Awak tu orang Melayu. Kenapa tak guna kata ganti diri ‘saya’?”
Terus
lidah Nadine jadi kelu.
“Awak
buat apa kat sini?”
“I..”
“I
lagi?”tempelak lelaki tersebut.
“Saya
ambil ni,”balas Nadine untuk kali kedua sambil mengangkat tubuh gempal si
Orlando.
Namun
Orlando memang sangat nakal hari ini. Orlando sudah meronta kuat lalu melompat
ke arah lelaki yang tidak dikenali itu.
“Aduh!”luah
lelaki itu lagi bila tidak sempat mengelak. Orlando sudah melekat kukuh pada
dada lelaki tersebut. Sepuluh kuku tangan Orlando yang tajam bagaikan belati
itu sudah pun berpaut kemas.
“Maaf.
Lando tak sengaja. Jangan pukul Lando,”pinta Nadine. Meski dia sangat marah
dengan Orlando, tapi Orlando adalah teman akrab mereka sekeluarga di rumah.
Sudah tiga tahun Orlando bersama mereka. Jadi kalau marah pun hanya marah-marah
sayang.
Lelaki
itu menyeringai kesakitan. Tanpa sebarang perlakuan ganas, tubuh gempal Orlando
diangkat lalu diletakkan di atas lantai.
“Awak
nak pukul Lando ke?”
“Kucing
itukan binatang kesukaan nabi. Kita pun mesti sayang dan tak berlaku kejam dengan
binatang yang disukai nabi kita. Awak tahu fakta ni, kan?”
Amboi..
Encik yang tidak dikenali ini sedang menyindir nampaknya.
“Awak
tinggal sini?”aju lelaki itu kemudian.
Menggeleng.
“Jadi
siapa benarkan awak masuk rumah ni?”
“Saya
minta maaf.”
“Awak
sudah menceroboh. Saya boleh buat laporan polis.”
Nadine
sudah membesarkan sepasang matanya. Polis?
“Takkanlah
sampai macam itu sekali. Saya bukan curi barang pun. Saya cuma nak ambil kucing
saya. Macam tu pun salah ke? Lagipun awak tu siapa? Setahu saya Mak Jah cuma
tinggal berdua dengan Fatim.”
“Memang
tak salah. Tapi cara awak salah. Awak sepatutnya minta kebenaran daripada tuan
rumah dulu. Bukan main masuk saja. Lagi satu saya nak ingatkan, Mak Jah pun ada
seorang anak lelaki.”
Nadine
sudah menepuk dahinya sendiri. Macam mana dia boleh lupa tentang anak lelaki
Mak Jah. Miera kan sudah kecoh bercerita tentang betapa baik hatinya abang si
Fatimah Azzahra itu.
Tapi..
Tak baik hati pun! ‘Eksyen’ saja lebih. Menyampah pula Nadine tengok. Macam nak
tenyeh-tenyeh kepala anak lelaki Mak Jah ni pun ada. Tapi Nadine pun mesti jaga
air muka keluarganya.
“Saya
minta maaf,”mohon Nadine Qhaisara akhirnya. Suaranya sudah dilembutkan. Jaga
air muka keluarga lebih penting sekarang. Mana boleh kasar-kasar.
Terdengar
lelaki itu menghela nafas panjang.
“Lagi
satu, pasal aurat awak tu,”komen Abu Hanifah. Dia sudah pandang Nadine atas dan
bawah.
“Huh?
Apa dia?”
“Saya
kata aurat awak sebagai seorang perempuan. Kenapa aurat pun awak tak jaga? Ini
semua dosa. Ini semua akan dibalas dengan seksaan yang maha dahsyat di akhirat
nanti.”
Rahang
Nadine hampir jatuh. Sepasang kemilau indahnya langsung tidak berkelip.
Wah!
Ini sudah lebih. Ayah dan ibunya pun tidak marah-marah kalau dia tidak
bertudung. Tapi anak lelaki Mak Jah ini pula yang sibuk-sibuk masuk campur
dalam urusan peribadinya.
“Dekat
saja. Jadi tak payah pakai tudung pun tak apa.”
“Siapa
cakap tak apa? Ajaran mana awak ikut ni? Saya ini bukan muhrim awak. Sepatutnya
sebelum awak keluar rumah tadi awak sudah mengenakan tudung.”
Masya-Allah! Kenapa dengan lelaki ini? Apa
masalah dia? Dia fikir dia bagus sangat ke sampai tempelak aku macam ni? Banyak
cantik muka dia!
“Awak
ingat rambut awak tu cantik sangat ke sampai awak nak tunjuk dekat
saya?”sambung lelaki itu.
“Hah!”jerit
Nadine. Bibirnya diketap kuat-kuat.
“Memang
rambut saya cantik. Kalau saya hendak tunjuk dekat semua penghuni dunia pun
awak kisah apa?”
“Rambut
ibu saya sejuta kali lebih cantik. Rambut ibu saya terpelihara daripada
penglihatan mata-mata rakus yang berniat jahat. Rambut awak pula, awak fikirlah
sendiri dimana letak duduknya rambut yang awak agung-agungkan sangat tu.”
Usai
berkata-kata lelaki itu melangkah pergi meninggalkannya ke tingkat atas.
Lama
Nadine terpaku di depan pintu bilik air Mak Jah sehinggalah bahunya di sentuh
dari belakang. Senyuman Makcik Jah menyambutnya.
Lekas-lekas
Nadine menyeka hujung matanya. Jujur, hatinya amat pedih setelah mendengar
kata-kata lelaki itu. Terluka dan terkesima, itu yang dirasakannya kini.
“Kenapa
ni, Nadine? Mak Jah pergi kedai depan sana tadi. Nadine tunggu Mak Jah lama
ke?”
“Tak
ada apalah, Mak Jah. Mata Nadine masuk habuk tadi. Nadine balik dulu ya.”
“Duduklah
dulu makan roti canai. Mak Jah pun nak kenalkan Abu Hanifah dengan Nadine.”
“Lain
kali ya, Mak Jah. Sekejap lagi Nadine nak keluar dengan ibu,”bohong Nadine
lantas terus melangkah keluar.
Sepanjang
jalan sindiran si anak lelaki Mak Jah asyik mengekorinya terus.
“Tak
guna! Siaplah dia nanti,”gerutu Nadine. Sempat dia menjeling tingkat atas rumah
Mak Jah.
Nota : Versi Cetak sudah ada dipasaran.
Nota : Versi Cetak sudah ada dipasaran.
***
For latest teaser ‘n’ updates, please click the below link. TQ :))
https://www.facebook.com/groups/584073261660707/
akhirnya muncul gak abg abu ni....tp dlm bab ni dia sarcastic sgt lah.....huhuhu - jumay jue
ReplyDeletehamboi! PK x upload lg kt grup hang dah trjah yerk.. hemo2 :D
ReplyDeletehahahahahahahahaha......dh keje duk dpn pc ni, sambil2 nak execute...jenguk2 blog yg ada.....hahahahahaha - jumay jue.....
ReplyDeletehahahah ;D bijak2! pasni xle preupload lalalala *gelak jahat
Deletexpe lah........huhuhu....nnt kita tggu org tag kat group dl, then br terjah blog.....nnt jd mcm lando plak, main msk je rumah org.....hahaha
Deleteabang abu...engkau muncul jua,,
Deletetp naper garang semacam,takut ai...
kan abang abu ni punya persona yg hebat..
tergoyah sbb adik nadine ker?
abang abu yg budiman...betul nadine salah x ttp aurat,n abang abu dah berdosa sama sbb terlihat aurat nadine,tp...nk tegur org bukan macam itu..kena ada caranya..ada adab sopannya..tak gitu??
hahaha.. nade2 si Orlando tu.. saje je nk wat abgabu n Nadine jupe.. kih3
Deleteeh2.. salah reply.. hahha :D
DeleteNk wat gane, abgabu pn trkejut tuh :p
xpe slh reply...kitorg suka...nnt blh lg terKELUAR teaser yg secoet2.....hihihi
Deletegarangnyer abe abu
ReplyDeleteGarang trkejut sebenornyer tu.. x caye baca ending dia nnti.. hahahha *ayat mmbako
DeleteAbam abu terkejut ke .... dia ingat nadine lagi tak
ReplyDeleteHomai! I like this guy. Done reading dari bab 1 sampai bab 5, sambung pleasee... :)
ReplyDelete