Otak Nadine masih belum berfungsi dengan baik. Terus-terang, otaknya masih berfikir tentang Amirul. Dan sekarang, suara Miera yang nyaring menambah sakit kepalanya. Tapi Nadine pun tak boleh salahkan Miera. Miera memang jenis banyak cakap. Dari dulu lagi. Cuma hari ini saja Nadine harap sangat Miera boleh senyap sekejap.
“Siapa
yang baru pindah sebelah rumah kita tu?”tanya Miera tiba-tiba. Tapi sebenarnya
Miera lebih bersemangat melihat si Orlando, kucing kesayangan mereka sedang
melenggang keluar dari pagar rumah. Bukan main lagi si Orlando itu menjadi
pemerhati. Sesekali Orlando menjilat bulunya yang berkilat.
Soalan
Miera tidak berjawab. Nampaknya Nadine juga terkejut melihat jiran baru mereka.
“Entah.
Kakak pun tak tahu. Ibu tak cakap apa-apa pun ada orang nak pindah masuk kat
sebelah rumah tu.”
“Miera
harap lelaki-lelaki kacak lagi tampan lagi ‘hensem’ yang pindah sebelah rumah
kita. Barulah Miera rajin exercise
depan rumah.”
Nadine
sempat jeling Miera.
“Cuba
Miera tengok betul-betul. ‘Hensem’ kan mereka tu,”usik Nadine.
Imaginasi
Miera terus lenyap bila sorotannya singgah pada perempuan separuh umur dan juga
seorang perempuan muda bertudung labuh.
“Alah..
Kenapa bukan lelaki-lelaki ‘hensem’,”rungut Miera. Nampaknya Miera sangat
kecewa.
Nadine
ketawa kecil mendengar rungutan Miera.
“Tengok
tu, kucing kita lebih dulu sambut mereka,”seloroh Miera bila matanya turut
menangkap kelibat si Orlando sudah berada di tepi kaki jiran baru mereka.
“Macam
jadi wakil kita pula,”lanjut Miera lalu tersengih-sengih.
Sebaik
saja kereta yang mereka naiki berhenti di depan pagar, terus saja Miera keluar
untuk menyapa jiran baru mereka. Mengalahkan ibu mereka sendiri.
Nadine
macam biasa memilih menjadi pemerhati pada sesi suai kenal dengan jiran baru
mereka. Lama dia berdiri tanpa sebarang kata. Nadine lebih senang dengan sikap
tunggu dan lihatnya.
“Ini
anak saya yang sulung, Nadine Qhaisara.”
Ibu
sudah pun mengenalkan dirinya pada jiran baru mereka yang bernama Mak Jah itu.
Anak gadisnya diberi nama Fatimah Azzahra.
“Yang
sebelah saya ni pula Miera Qhaisara, anak bongsu saya. Dan yang berwarna kelabu
tu kucing kami. Namanya Orlando,”tambah Makcik Nazimah lagi.
Mak
Jah ketawa mengekek. Kemudian terus dia bercerita bagaimana si Orlando
menyambut ketibaan mereka setengah jam yang lalu.
“Dah
lama rumah sebelah ni kosong. Sebab tu agaknya Lando suka sangat,”ulas Miera
sebelum mendukung Orlando.
“Comel.
Dulu Fatim pun ada pelihara kucing masa kat Kaherah. Tapi mati sebab kena
langgar. Lepas tu Fatim tak pernah pelihara kucing dah,”cerita Fatimah Azzahra
pula.
“Kami
sekeluarga menetap di Mesir hampir lima tahun. Sepatutnya selepas Abu habis
belajar, kami balik Malaysia. Tapi dia diterima bekerja kat universiti
Al-Azhar. Itu yang sampai lima tahun.”
Giliran
Mak Jah pula bercerita.
Abu?
Alahai, kolotnya!
Nadine!
Kenapa kurang ajar sangat ni?
Nadine
Qhaisara menyembunyikan senyumnya. Namun senyumannya hanya bertahan lima saat.
Jelingan tajam Fatimah Azzahra membuat dia terpegun seketika.
“Abang
Abu tak balik sekali ke?”tanya Makcik Nazimah meski dia sendiri tidak tahu
siapa Abu.
Mak
Jah ketawa kecil.
“Sebenarnya
Abu tu anak saya. Suami saya sudah lama meninggal. Sebelum kami bertolak ke
Mesir lagi.”
“Saya
minta maaf kak Jah. Saya minta maaf sangat-sangat. Saya ingat Abu tu suami Kak
Jah tadi.”
“Perkara
kecil saja tu. Pasal Abu tadi, kalau tak aral, lusa dia sampailah sini. Tapi
minggu depan dia kena terbang balik semula ke Kaherah.”
“La..
Kenapa jadi macam tu?”
“Dia
balik ni pun sebab nak ke Putrajaya. Lepas siap urusan di Putrajaya, dia kena settle pula urusan penjualan rumah kami
kat Kaherah. Kakak ni sebagai mak nak tolong dia pun tak dapat. Banyak sangat paper work dengan appointment. Lagipun kakak tak berapa fasih sangat nak guna bahasa
Arab macam Abu dengan Fatim.”
Makcik
Nazimah mengangguk tanda mengerti.
“Malam
nanti jemputlah ke rumah. Kita kenal-kenal lebih mendalam.”
“Insya-Allah
kak Jah. Nanti saya bawa anak-anak saya ni ikut sekali. Boleh juga tolong kemas
apa yang patut.
Ibu!
Jangan suka buat keputusan sendiri untuk Nadine boleh tak? Nadine tak nak pergi
rumah Mak Jah. Nadine tak suka dengan si Fatimah Azzahra ni.
Malam
itu selepas Isyak Nadine sudah selamat berada di ruang tamu rumah Mak Jah. Muka Nadine cemberut habis. Dia datang
setelah dipaksa.
“Cuba
ibu tengok siapa kat dapur tu,”ujar Miera tiba-tiba. Bibirnya sudah melebar
dengan senyuman.
“Masya-Allah,
bertuah betul si Lando tu ya!”balas Makcik Nazimah dengan suara yang agak
tinggi. Patutlah kelibat Orlando langsung tidak kelihatan. Rupa-rupanya Orlando
sudah menjadikan rumah Mak Jah sebagai rumah keduanya.
“Biarlah
Mah. Kakak pun suka dengan si Lando tu. Manja sangat dia,”bantah Mak Jah bila
Makcik Nazimah menyuruh Miera menghalau Orlando pulang.
“Saya
risau dia buat hal saja.”
“Tak
adalah. Lando tu kucing cerdik.”
Makcik
Nazimah hanya mampu setuju meski masih juga risau dengan perangai si Orlando
yang suka mengoyakkan kertas. Kalau mood Orlando tidak elok, memang habis
dicakar surat khabar di rumah.
“Makanlah
kurma ni, Nadine,”pelawa Mak Jah dengan ramahnya.
“Terima
kasih, makcik.”
Selepas
itu ibu dan Miera rancak berborak dengan Mak Jah. Meninggalkan Nadine sendirian
tanpa teman. Sudahnya dia hanya mampu menjadi pemerhati pada keindahan hiasan
dalaman rumah Mak Jah yang sudah ala-ala rumah orang Arab itu.
“Abang
Abu yang pilih konsep hiasan dalaman ni.”
Suara
yang tiba-tiba menegur itu membuat Nadine lekas berpaling. Fatimah Azzahra
sedang menatapnya tajam.
“Unik,”balas
Nadine sepatah.
“Dan
cantik,”sambung Fatimah Azzahra.
“Ya,”Nadine
mengiyakan.
“Abang
Abu memang hebat. Kalau awak jumpa abang Abu, mesti awak pun akan kata hebat.”
Awak?
Amboi! Mana sopan santun si Fatimah Azzahra ni?
“Panggil
saya kakak,”komen Nadine sambil mengulum senyum tipis.
“Awak
bukan kakak saya. Kenapa saya nak panggil awak kakak pula? Awak ingat bila saya
panggil awak kakak, abang Abu akan suka pada awak?”
Berkerut-kerut
dahi Nadine mendengar komen Fatimah Azzahra. Sudahlah puji abang sendiri
setinggi langit. Kalau nak puji pun, biarlah berpada-pada. Barulah isu
menyampah dan meluat tidak timbul.
“Bila
Fatim habis belajar nanti, Fatim nak kahwin dengan abang Abu.”
Hampir
terlepas gelas yang sejak tadi dipegang oleh Nadine.
“Saya
tahu awak fikir apa. Kami adik beradik jadi tak boleh kahwin, kan?”
Mengangguk
tidak menggeleng pun tidak. Sebaliknya Nadine memilih untuk membisu. Hanya
matanya saja yang kerap memberi isyarat pada Miera supaya datang dekat padanya.
“Saya
cuma anak angkat. Jadi kami berdua boleh berkahwin dan menjadi pasangan suami
isteri.”
“Baguslah
kalau begitu. Saya doakan awak bahagia dengan abang Abu awak tu.”
Fatimah
Azzahra mengetap bibirnya kuat-kuat. Entah mengapa hatinya jadi sakit mendengar
setiap patah kata Nadine. Sejak petang tadi lagi dia sudah tidak sehaluan
dengan anak sulung Makcik Nazimah ini.
“Abang
Abu takkan suka perempuan macam awak. Abang Abu takkan pilih perempuan tak
bertudung macam awak.”
Langkah
kaki Nadine terhenti. Tekanan darahnya naik tiba-tiba.
Siapa
pula yang kata aku nak pikat abang Abu kesayangan dia tu? Tolonglah!
“Saya,
tak kenal pun dengan abang Abu awak tu. Lagi satu, macam mana hebat pun abang
Abu awak tu, saya pun takkan pilih dia. Kenapa? Sebab saya pun tak suka lelaki
paksa-paksa saya pakai tudung. Jadi awak kahwinlah dengan abang Abu awak tu dan
hidup bahagia sampai akhir hayat. Sekian, terima kasih.”
Nadine
melebarkan senyum. Puas hatinya dapat meluahkan apa yang terbuku di hati.
“Kakak
cakap apa ni?”bantah Miera yang entah sejak bila sudah berada di sisinya.
“Kakak
cakap apa yang betul saja.”
“Minta
maaf ya, Fatim. Kakak saya bergurau saja tu. Jangan simpan dalam hati. Perangai
kakak saya ni memang begini.”
“Saya
faham. Saya pun memang sengaja cakap begitu tadi. Saya cuma nak tengok reaksi
kakak awak macam mana. Tak sangka pula dia terus meletup. Awak lebih penyabar.”
Amboi!
Manisnya bahasa si Fatimah Azzahra ini. Dia ingat dia itu siapa? Mentang-mentanglah
tinggal lama di Mesir, terus nak tengok perangai aku macam mana. Boleh
jalanlah!
“Kakak
ni pun, kawal panas baran baran tu sikit.”
“Fatim
itu yang mulakan dulu. Bukan kakak. Lagi satu, dia itu muda daripada kakak.
Tapi dia panggil kakak apa, awak!”
“Tadi
kan dia sudah beritahu, dia cuma nak tengok reaksi kakak macam mana.”
“Apa
hak dia nak tengok reaksi kakak macam mana?”
“Sebab
dia nak tengok sama ada kakak sesuai atau tidak dengan abang Abu dia.”
Nadine
sudah menepuk dahinya. Kepalanya sudah berpusing 360 darjah. Tambah seorang
lagi agen cari jodoh di taman perumahan ini. Nasib baik dia tidak lulus di mata
Fatimah Azzahra. Kalau tidak, pasti dia hendak dijodohkan pula dengan si abang
Abu.
“Miera
tolong beritahu kawan baru Miera tu, kakak pun sejuta kali tak sudi nak
berkawan dengan abang Abu dia tu. Tak luak pun!”
Miera
hanya mampu menggelengkan kepalanya. Sejak kakaknya putus cinta dengan Amirul,
kakaknya yang tercinta itu sudah berubah lapan puluh peratus. Macam mana ya
hendak dapatkan Nadine Qhaisara yang dulu?
Nota : Versi Cetak sudah ada dipasaran.
Nota : Versi Cetak sudah ada dipasaran.
***
For latest teaser ‘n’ updates, please click the below link. TQ :))
https://www.facebook.com/groups/584073261660707/
Best...nak lagi boleh tak sambil grlak jahat macam pk td...hahahah
ReplyDeleteBila nadine nak jumpa abam abu.
Panas je hati dengan fatim tu
Tu bru ckit.. belom dia buat muka lg.. kene sabau tnggu ni :)
Deletetak sabar nak tau seterusnya....
ReplyDeleteWah...nadine mcm ada pesaing je.....best3x citer ni.... -jumay jue
ReplyDeleteSiap2 utk trkejut yer.. Ngeh3
Delete