Thursday 27 September 2018

ERWAN & HELENA - Episod 07

KHAMIS, 17hb Mei.
Sudah 26 hari semenjak Syed Ilyas mengambil keputusan untuk menoktahkan hubungan mereka berdua. Tidak ada penjelasan, sekadar ayat 'let's break up'. Dua tahun mereka bercinta, dan segalanya berakhir dengan dua perkataan tersebut. Tanpa rasa dan tanpa jiwa. Tanpa penjelasan dia ditinggalkan.
Segalanya bertukar hitam dan tidak ada lagi warna putih dalam hidupnya. Pada usia 25 tahun, Helena belajar apa itu makna putus cinta. Dia menangis, namun Ilyas tetap takkan kembali semula padanya. Ilyas telah membawa haluannya dan Helena dipaksa mengikuti haluan berlawanan arah. Segalanya telah berakhir.
Ilyas itu ketua jurutera dan Helena pula cuma kerani. Ya, Helena cuma kerani kelas bawahan di syarikat ini. Dia sudah bekerja di sini sebaik saja usianya mencecah 18 tahun.

Bukan Helena tidak mahu melanjutkan pelajaran, cuma keadaan tidak mengizinkan     
Bukan Helena tidak mahu melanjutkan pelajaran, cuma keadaan tidak mengizinkan. Meskipun dia mendapat biasiswa penuh daripada MARA untuk melanjutkan pelajaran di Jerman, dia perlu menolak tawaran tersebut.
Ayahnya sudah terlalu tua. Ayah juga sakit. Kalau bukan Helena yang mencari ringgit, siapa lagi? Adik-adiknya masih menuntut. Seorang di UiTM dan seorang lagi di USM. Jadi sebagai anak sulung, dia perlu memastikan keluarganya stabil dan adik-adiknya tidak terjerumus sepertinya.
Hari ini, seperti semalam juga. Helena melihat Ilyas memasuki ruang pejabat dengan senyuman paling lebar. Lagaknya seperti tidak ada apa-apa yang pernah berlaku. Helena menerima layanan aku-tak-kenal-kau dan kau-tak-kenal-aku. Ilyas melirik dan memberinya pandangan aku-nak-kau-berambus-dari-sini.
Masya-Allah, Helena tidak mampu berlagak setenang Ilyas. Semua pekerja di sini tahu hubungan cinta mereka berdua. Ramai juga yang bertanya bila mereka boleh merasa nasi minyak Helena dan Ilyas. Helena juga tidak malu dengan membayangkan zaman bujangnya akan ditamatkan selewatnya hujung tahun hadapan, bersama dengan Ilyas. Helena juga telah mula mencari rekaan terkini baju pengantin yang berada di pasaran.

 Helena juga telah mula mencari rekaan terkini baju pengantin yang berada di pasaran     
Dalam sekelip mata, segalanya berubah. Dia dan Ilyas bukan lagi pasangan kekasih. Ada rakan sekerjanya yang menunjukkan rasa simpati, ada yang bergembira dan ada juga talam dua muka. Yang jelas, ramai yang memihak pada Ilyas. Ilyas telah berjaya meraih simpati hampir kesemua staf di syarikat ini.
Cuma tinggal tiga orang staf yang masih rapat dengan Helena. Yap, Sarah dan June. Yang lain-lain memilih memulaukan Helena. Mereka semua sepakat mengatakan Helena tak sepatutnya melukakan hati lelaki sebaik Ilyas. Helena dituduh jahat dan tak mengenang budi. Khabar terkini yang beredar, Helena yang meninggalkan Erwan setelah menemui lelaki lain yang jauh lebih kaya dan berpangkat.
Keluhan dilepaskan secara perlahan-lahan sebelum matanya kembali melekat pada figura Ilyas. Lelaki itu sedang memberikan senyuman dan perhatian istimewanya pada Lily. Dahulu, senyuman dan perhatian istimewa itu hanya milik Helena. Sekarang tidak lagi. Sekarang, Helena hanya hidup dengan bayang-bayang Ilyas.
Sejenak pandangan mereka berdua kembali bertaut. Helena tidak melarikan pandangan. Dia mahu Ilyas tahu, dia masih kuat. Dia juga mahu Ilyas tahu, dia masih menunggu penjelasan lelaki tersebut. Akhirnya, Ilyas yang melarikan pandangan. Lelaki itu kembali semula ke dalam biliknya. Ilyas melakukan tugas seperti biasa. Helena telah dilenyapkan.
Sekali lagi Helena mengeluh. Helena mahu meletak jawatan, namun dia tidak dibenarkan oleh status ringgitnya di dalam bank. Cuma dia yang bekerja dan dia telah mengambil alih tugas sebagai kepala keluarga sejak tiga tahun lalu. Selagi dia belum menerima tawaran kerja baru, Helena perlu menebalkan muka dan kekal berada di sini.
Komputer ribanya mengeluarkan bunyi. Bunyi yang menyatakan ada pesanan Skype yang masuk. Helena membuka pesanan tersebut.
+ Awak dah hantar notis perletakan jawatan?
Setelah 26 hari, akhirnya Ilyas memulakan perbualan, biarpun sekadar pesanan ringkas melalui aplikasi Skype.
- Belum.
+ Belum? Kenapa? Awak tunggu apa lagi? Kita dah habis, dah tamat.
Bergetar bahu Helena. June yang berada di sebelahnya menoleh. Keningnya berkerut melihat keadaan Helena.
+ I'm tired, Helena. Saya pun dah muak tengok awak tiap-tiap hari pandang saya, macam awak nak telan saya. You know what, you're disgusting.

 You know what, you're disgusting
Jatuh juga air mata Helena. Namun, cukup cepat diseka. Jari tangannya menggigil menaip jawapan balas.
- Saya tak boleh berhenti. Saya belum dapat kerja baru.
+ So?
- Saya ada keluarga yang nak disara. Ayah saya tak bekerja. Dia dah tua dan sakit dan awak pun tahu adik-adik saya perlukan duit. Saya tak boleh berhenti sebelum saya dapat kerja yang baru. Saya harap awak faham keadaan saya. Saya pasti tinggalkan syarikat ni sebaik saja saya dapat kerja yang baru.
+ I'm done with you. Saya dah penat dengar alasan awak. For God's sake, just move on, Helena! Kita dah tak bercinta. Awak nak tunggu apa lagi? Awak nak tebalkan muka berapa lama lagi? Awak tak rasa malu ke?
Dahulu, Ilyas yang paling memahami setiap kesulitan Helena. Sekarang, dia menutup mata pada semua kesulitan Helena.
- Awak tak pernah beritahu apa salah saya. Saya perlu tahu kenapa saya ditinggalkan. Satu ofis tahu kita bercinta.
+ I have never loved you, Helena. Not then, not now, not ever. Saya cuma kesian, sebab kesian saya bercinta dengan awak. Sekarang awak dah tahu. Bila awak nak berambus dari dari sini? Kalau saya jadi awak, saya dah lama pergi. Tapi awak bukan saya, sebab tu awak masih bertahan walaupun terang-terang awak tak diperlukan lagi.
Jatuh lagi air mata Helena. Jatuhan air matanya seperti jatuhan air terjun. Basah pipi Helena.
June yang berada di sisinya bangun. Matanya terarah pada skrin komputer riba milik Helena. Jelas nampak merah muka June. Sepasang matanya ikut membesar.
We need her here and we love her. Jadi, jangan kacau dia lagi. Jangan paksa dia berhenti kerja lagi. Kalau awak dah muak sangat pandang Helena, apa kata awak yang berhenti kerja? Awak yang timbulkan masalah, jadi awaklah yang sepatutnya selesaikan masalah tu. Kenapa nak Helena pula yang berkorban? Awak ingat Helena nak sangat ke bekerja satu bumbung dengan awak?
Tidak lama kemudian, pintu bilik pejabat Ilyas terbuka. Sorotan matanya tajam membalas pandangan mata Helena dan June.
"What?" tanya June dengan nada kuat. Cukup untuk membuat semua staf yang berada di ruang tersebut menoleh pada Helena dan June, kemudian pada Ilyas.
Ilyas memilih untuk menutup semula pintu biliknya. Dia berkurung di dalam bilik tersebut.
"Dengar sini, Helena. Tolong jangan lemah sangat. Lelaki dalam dunia ni bukan seorang saja, tapi ramai. Simpan air mata kau tu untuk seorang gentleman. Ilyas tu dayus dan tak guna. Semua staf yang sokong dia pun sama. Masing-masing tak pandai berfikir. Mereka semua tu kaki bodek."
Pandangan mata Helena terlalu kabur untuk melihat raut wajah June.
"You're a great woman, Helena. Ilyas tu pula spesies lelaki yang letak otak dia dekat kaki. Kalau otak dia dekat kepala, dia takkan pentingkan diri macam ni. Dia takkan desak kau berhenti kerja. Dan lelaki perasan bagus macam dia tu tak layak untuk wanita sehebat kau."
June mengipas-ngipas mukanya yang kepanasan.
"Aku kalau bercakap fasal jantan tak guna tu, memang darah aku naik. Kalau aku tahu dia akan layan kau macam ni, aku hasut kau dulu supaya tak terima cinta dia." Bersungguh-sungguh June meluahkan apa yang terbuku dalam hatinya.
"Mulai hari ni, jangan kisah fasal Ilyas lagi. Move on! Buka lembaran baru. Lembaran Ilyas tu, kau campak terus dalam kumbahan Indah Water. Faham?"
Faham. Kepala Helena cukup faham dan jelas. Malangnya, hati Helena masih sesat. Sejak 26 hari lalu lagi, hatinya sesat mencari jalan pulang. Petanya sudah hilang. Peta yang takkan mungkin balik padanya semula. Ilyas telah membakar peta tersebut sehingga menjadi abu.

°°°×××°°°
Nota PK: 
Versi novel dengan 51 episod, lengkap dengan prolog & epilog yang baru dan dikemaskan dengan bonus Erwan & Helena.
Pre-Order akan dibuka bermula 01/10/2018 - 14/10/2018. Stok terhad dan dijual secara online sahaja. First come first serve.
Untuk sebarang pertanyaan, boleh whatsapp ke +60 10-449 7835. Kalau suka dengan cerita ni, jangan lupa tinggalkan komen dan vote!

     

No comments:

Post a Comment