Pernah dengar cerita tentang anak dara
mengintai anak teruna? Belum pernah? Baiklah, sekarang Nadine tunjukkan
gaya sedang mengintai anak teruna Mak Jah.
Bukan
mengintailah, tetapi sedang meneliti keadaan semasa. Kalau buka saja pagar
rumah Mak Jah, tak fasal Nadine dapat bebelan berjela.
Wahai
Nadine yang baik hati, Abu Hanifah bukan beri bebelan, tapi nasihat yang indah.
Apa-apa
sajalah!
“Mana blouse tu?”
soal Nadine sendiri. Masih lagi terpacak di depan pagar rumah Mak Jah. Di satu
sudut halaman rumah Mak Jah, jelas terlihat berpasang-pasang jubah sedang
dijemur.
Nadine,
kamu ni cari blouse atau
sengaja hendak lihat jubah Abu Hanifah? Cuba belajar cakap benar. Jangan asyik
hendak cari alasan.
Sengaja hendak lihat? Tolonglah! Nadine sikit pun tak
suka dengan jubah Abu Hanifah. Hari-hari pakai jubah. Dalam rumah pun pakai
jubah. Baju lain tak ada ke? Dan yang paling penting, Nadine tak beralasan pun.
Nadine
sayang, jubah tu cantik. Sesuai sangat dengan Abu Hanifah. Cuba kalau Nadine
pula yang pakai jubah. Mesti lagi cantik.
Nadine
geleng kepala berkali-kali. Nadine nak pakai jubah? Tunggulah sampai seru dulu.
Sekarang blousenya
yang melayang ke laman rumah Mak Jah perlu diselamatkan secepat mungkin.
Nadine
mengerling pagar rumah Mak Jah. Seperti selalu tidak berkunci.
“Assalamualaikum..”
laung Nadine. Sebenarnya Nadine hendak buka saja pagar rumah Mak Jah. Cuma bila
teringat gaya Abu Hanifah memberi tazkirah, mulalah hati Nadine bolak balik.
“Assalamualaikum..”
laung Nadine untuk kedua kalinya. Kerutan didahinya usah cerita. Memang sangat
dalam dan ketara.
“Mana
dia ni?” rungut Nadine. Tengahari tadi Nadine lihat Mak Jah keluar dengan
Fatim. Maksudnya, yang tinggal dalam rumah ini hanya Abu Hanifah yang gila
jubah itu.
“ASSALAMUALAIKUM,”
laung Nadine sekali lagi. Cuma kali ini lebih meleret dan mendayu saja
bunyinya.
Penat
menunggu, akhirnya Nadine nekad. Penuh hati-hati dia membuka pagar rumah Mak
Jah. Hari ini Nadine memang sengaja memakai baju lengan panjang serta melilit
kepalanya dengan pashmina. Ini semua persediaan hendak bertemu anak teruna Mak
Jah yang ala-ala ustaz tersohor itu. Jadi Nadine tidaklah diberi tazkirah
berjela-jela.
"Sepatutnya
jatuh dekat sini. Kenapa tak ada?” keluh Nadine.
Lehernya
dipanjangnya mencari sehelai blouse chiffon tanpa
lengan yang mungkin melayang ke rumah ini. Sambil itu, mata Nadine meliar juga
melihat keadaan sekeliling.
“Cari
apa?”
Terkejutnya
Nadine bila ditegur secara tiba-tiba. Tubuhnya ditegakkan sebelum segera
berpaling. Hari ini Abu Hanifah hanya memakai T-Shirt lusuh berwarna putih
dengan kain pelekat. Serius, serupa Tok Mudim.
“Tak
elok Nadine pandang seorang lelaki dengan renungan bernafsu macam tu. Silap
gaya, boleh dapat dosa. Renungan mata tu cuba tukar jadi renungan biasa-biasa.
Boleh?”
Bernafsu?
Tukar renungan biasa-biasa? Abu Hanifah cakap apa ni? Sekarang juga Nadine
hendak pitam.
“Ini
bukan renungan bernafsu, tapi renungan mencari. I nak cari blouse I yang mungkin diterbangkan angin. I dah cari tempat lain,
tapi tak jumpa. Laman rumah you ni saja I belum cari. Lagi satu, sebelum masuk I
beri salam. Salah you tak jawab. Jadi, I tak menceroboh,” ujar Nadine panjang lebar.
Terangkat
sedikit kening Abu Hanifah bila Nadine terlalu sengaja menekan perkataan
menceroboh. Kemudian ada segaris senyuman istimewa dilemparkan pada Nadine.
“Kain
yang jarang tu?” teka Abu Hanifah. Kali ini riak wajah Abu Hanifah seperti
sedang menahan ketawa.
“Betul.
You ada jumpa ke blouse tu?”
“Blouse ke
tu?” soal Abu Hanifah semula. Lengkap dengan muka peliknya.
“Blouselah.
Takkan kain lap pula.”
“Saya
ingat kain lap tadi.”
Terhenti
sekejap nafas Nadine. Blouse yang
berharga hampir satu ratus setengah disamakan macam kain lap? Ini yang buat
Nadine naik angin.
“Bagi
balik blouse tu,"
pinta Nadine dengan sorotan mata tanpa perasaan. Malas hendak bertekak dengan
Abu Hanifah. Buang masa dan tenaga.
“Saya
dah buang dalam tong sampah. Kalau tak silap, lori sampah sudah datang tadi.”
Sepi.
Hanya sorotan Nadine saja yang semakin tajam. Nafasnya ikut turun naik menahan
rasa marah yang datang.
“You
buat apa?”
“Maaf
Nadine. Saya tak sengaja.”
“You
buang? Kemudian tak sengaja? You ni kenapa?”
Berkali-kali
Nadine mengepal tangan sendiri. Rasanya Nadine hendak telan Abu Hanifah. Kalau
boleh telan hidup-hidup!
“Maaf
ya. Nanti saya ganti dengan baju kurung.”
Baju
Kurung? Ganti dengan baju kurung?
Okeylah
tu, Nadine. Kalau Abu Hanifah sebut ganti dengan jubah, kamu juga yang
tersedak.
“Tak
payah ganti langsung!” tempelak Nadine lantas terus melangkah pergi. Rasa
geramnya tidak mampu lagi ditahan. Sekarang Nadine bukan hanya hendak telan Abu
Hanifah hidup-hidup, tetapi hendak mengikat Abu Hanifah di pokok. Biar semut
api dan kerengga gigit Abu Hanifah. Biar padan dengan muka Abu Hanifah.
Sebaik
saja Nadine berada di luar pagar, rasa geram tadi bertukar terkejut.
Lebih-lebih lagi bila melihat Nashrin baru turun dari kereta.
Nahrin
itu adalah lelaki yang Nadine harap boleh jadi heronya. Yang Nadine harap boleh
merawat luka hati setelah Amirul memilih untuk curang. Mana tahu Nashrin bukan
jadi hero, tapi jadi lelaki yang memberi luka hati. Nashrin dan Amirul sama
saja.
“Buat
apa datang sini? Ibu you tahu tak you ke sini?” tanya Nadine acuh tak acuh.
"I
dah bincang dengan ibu I, Nadine. Dia izinkan I kahwin dengan you.”
"Izinkan?
Nashrin, jangan temberang I lagi. I tak larat nak dengar semua kata temberang
you.”
"I
tak temberang, Nadine. I cakap betul," beritahu Nashrin. Lengan Nadine
turut diraih dengan kemas.
"Let
go of me."
"No.
Selagi you tak.."
"Tak
apa? Nashrin, tolong ingat you tu bakal tunang orang. I tak nak dilabel sebagai
perampas tunang orang. Lagipun.. " Nadine mengerling sepintas lalu ke arah
Abu Hanifah. Sejak tadi lelaki itu menjadi pemerhati setia. Sikit pun tidak
bergerak dari tempatnya berdiri.
Sebenarnya
Nadine hendak minta tolong Abu Hanifah menyamar jadi bakal suami Nadine. Isunya
sekarang, Abu Hanifah itu susah hendak dibawa berbincang. Masalah paling besar,
Abu Hanifah faham ke bahasa mata yang Nadine hantar sekarang ini?
"Lagipun
saya bakal suami Nadine," ujar Abu Hanifah. Wajahnya nampak begitu
bersahaja sekali. Kini dia berdiri betul-betul di sebelah Nadine.
Percayalah,
tiba-tiba saja hati Nadine rasa selamat dan dilindungi. Tidak lagi gundah.
Nampaknya, ada juga guna Abu Hanifah ni.
Pejam
celik mata Nashrin. Otaknya tidak mampu memproses dengan baik ayat lelaki yang
hanya memakai T-Shirt putih dan kain pelekat tersebut. Masuk telinga kanan dan
terus keluar telinga kiri.
"Saya
ni, bakal suami Nadine. Dan hati saya tak tenang bila awak dengan mudah pegang
lengan bakal isteri saya."
Serta-merta
pegangan tangan Nashrin terlepas. Bulat sepasang matanya menyorot Nadine dan
lelaki yang memakai kain pelekat itu.
"Betul
cakap dia ni," luah Nadine dengan suara yang sedikit gugup. Ini kerana
Nadine tidak menduga langsung Abu Hanifah faham bahasa mata yang dihantar.
"You
bohong, kan? Sengaja cakap macam tu supaya I mengalah?" desak Nashrin.
Enggan menerima semua kata-kata Nadine.
"Dia
ni memang calon suami I," beritahu Nadine lagi meski masih juga gugup.
"Tak
logik, Nadine. Cepat sangat you cari pengganti.”
"Saya
pilihan ibu dan ayah Nadine," jawab Abu Hanifah. Wajahnya tetap juga
kelihatan santai dan tenang.
"I
bukan tanya you!" tempelak Nashrin setelah kecundang mengawal emosi dalam
hati.
"Memang
awak tak tanya saya. Tapi awak menganggu Nadine. Saya lelaki yang dipilih untuk
jaga Nadine. Tanggungjawab saya buang semua rasa susah hati Nadine."
"Nadine?"
soal Nashrin. Jelas sekali dia menolak semua penjelasan lelaki dengan gaya
ala-ala seorang Tok Mudim itu.
"Kami
akan kahwin tak lama lagi."
"Nadine!"
marah Nashrin. Telinganya sengaja dipekakkan bila Nadine mula sebut perkataan
kahwin.
"Baliklah.
Jangan cari Nadine lagi," pinta Nadine lalu mula mengorak langkah. Lagi
lama dia melayan Nashrin, lagi panjang cerita lelaki itu. Kalau boleh, Nadine tidak
mahu ada hubungan lagi dengan Nashrin.
Nashrin
mahu menghalang langkah Nadine, namun tangannya lebih dulu dihalang oleh Abu
Hanifah. Wajah tenang lelaki itu nampaknya telah bertukar serius.
"Kalau
ada apa-apa, bincang dengan saya."
Nashrin
mengeluh berat. Sangat berat. Wajahnya sejak tadi kelam, atau lebih tepat sejak
lelaki pelik ini berdiri di sebelah Nadine.
"Baliklah.
Kami doakan awak selalu bahagia."
Nashrin
sempat menyorot Abu Hanifah tajam-tajam. Dengan hati yang separuh dia menghayun
langkah gontai menuju ke Toyota Caldina yang setia menanti.
"Abu
Hanifah," panggil Nadine setelah kelibat Toyota Caldina Nashrin hilang
dari pandangan mata. Suaranya antara dengar dengan tidak.
Tidak
jadi Abu Hanifah membuka pintu pagar rumahnya. Sebaliknya dia berpaling lalu
seperti biasa, senyuman khasnya diukir untuk Nadine.
"Ya?"
Tidak
tahu kenapa, Nadine kehilangan kata setelah mendengar balasan suara Abu
Hanifah. Begitu lembut dan penuh perhatian.
"Terima
kasih. Dan minta maaf sebab buat you menipu."
"Perkara
kecil saja tu, Nadine. Lagipun saya tak menipu. Apa saya cakap tadi
betul," balas Abu Hanifah. Kemudian dia terus berlalu pergi. Meninggalkan
Nadine dengan sejuta kerutan di dahi.
NADINE melangkah masuk ke
dalam rumah juga dengan dahi berkerut. Ketika sampai di depan pintu biliknya
pun dia masih berfikir tentang makna disebalik kata-kata Abu Hanifah.
Sayangnya, satu jawapan pun tidak ditemui. Susah kalau begini.
"Nadine,
tengahari tadi Abu Hanifah ada pulangkan blouse. Ibu lupa nak beritahu.
Tapi ibu dah letak dalam bilik," beritahu Mak Cik Nazimah dari tingkat bawah.
"Blouse?
Maksudnya, Abu Hanifah tak buanglah dalam tong sampah? Abu Hanifah itu baik
juga sebenarnya. Cuma cara dia meluahkan kata saja yang perlu pendidikan
khas," komen Nadine lantas membuka pintu biliknya luas-luas.
Kelihatan
satu beg kertas berdiri tegak di atas
tilam. Lekas-lekas Nadine meraih beg kertas tersebut. Tapi itulah, Nadine
terkejut lagi. Bukan hanya blouse, kain pasang berwarna
pink lembut dengan corak paisley turut berada di dalam beg kertas itu.
"Kain
pasang? Dia salah beri ke? Dia nak beri siapa sebenarnya kain pasang ni?"
Nadine
masih membelek-belek kain pasang tersebut sehinggalah matanya menangkap
sekeping nota kecil. Tertera dengan jelas tulisan Abu Hanifah. Kemas dan cantik
tulisan lelaki itu. Cuma ayatnya saja yang buat hati Nadine bagai sedang
digiling menggunakan lesung batu.
Baju
ni macam tak cukup kain.
Jadi
saya beri kain pasang.
Boleh
dijahit jadi baju kurung.
Lebihan
kain tu nanti boleh dibuat lengan baju.
Jadi,
kain pasang ni memang untuk Nadine? Nadine tak suka baju kurunglah. Tak suka. Benci.
Rimas. Panas. Yang Nadine tak suka, semua pun Abu Hanifah suka. Abu Hanifah ni,
memang sengaja cari fasal!
**
#DOA CINTA SEORANG LELAKI (DCSL) sudah berada di kedai buku berhampiran.
#PERSEMBAHAN DARI HATI hanya sambungan cerita ini dengan beberapa tambahan bab awal. Plot tak sama. Takkan jumpa dalam versi asal dan ada sambungan betul-betul lepas 'check in'. Jadi kalau belum baca #DCSL, cepat2 dapat kan :))
Latest teaser 'n' updates. REQ. GROUP;
https://www.facebook.com/groups/584073261660707/
Hihihihi.....................
ReplyDeletesweet aje abu
huhu.. tp smpat lg dia menyindir cara paling halus.. kih3
DeleteBest PK
ReplyDeleteHihihi.. Maseh dear.. :))
DeleteHahahahaha elm baik dia sempat lg tu menghantar sedas dua
ReplyDeleteAH mmg selalu mencari peluang.. ngeee
DeleteBest...terbaiklh....
ReplyDeleteHihihi.. Abg Abu is back katenyer.. Ngeh3
Deletebuat lagi nadine, jaga2....terbaikkkk, nk lagi...
ReplyDeleteNadine tu mana pandai nak berjaga2.. Dia suka rempuh jer.. Kih3
DeleteMy AH mmg terbaik kan PK..? Hehehe
ReplyDeleteAH PK mmg selalu terbaek.. Ngeee
Deleteahhhh..AH memang selalu buat aii jiwa kacau..!
ReplyDeleteKalu tetibe Mok Cik Haida muncul, jiwa kacau lg tak k. Tina?
DeleteSweetnya abuuuuuu
ReplyDeleteAbg abu jer ke?? Cina Nadine, sumer support abg Abu.. Keh3
Deletesuka dengan abang abu....macho je. jatuh cinta lagi....hehehe
ReplyDeleteDr SA tanya, dgn dia x jatuh cinta ker?? Hehehe
Deletewahh x sabar nk tggu smbggannya mesti lagi best ;)
ReplyDeleteTunggu ya.. Insya-Allah, next week.. ;))
DeleteWah2..abam abu n nadine sweet :-)
ReplyDelete