Thursday, 27 September 2018

ERWAN & HELENA - Episod 04

MUNGKIN ada yang akan mengatakan Erwan telah hilang kewarasannya. Mungkin ada yang akan menyebut Erwan terburu-buru membuat keputusan. Erwan menolak ke tepi semua kemungkinan tersebut. Hubungannya dengan Mira baru menjangkau usia empat bulan. Hari ini, dia telah berdiri di depan rumah keluarganya di Moscow. Dia bercadang meminta restu emaknya. Erwan mahu berkahwin dengan Mira dalam waktu terdekat ini.
"Rumah keluarga awak cantik, Erwan. Saya suka dengan design rumah ni."
"Mak saya sendiri yang design rumah ni. Dia bekas arkitek."

Melopong sejenak mulut Mira
Melopong sejenak mulut Mira. Tidak sempat dia bertanya lanjut, Erwan telah membawanya masuk ke dalam rumah. Sekali lagi dia terpesona.
"Cantiknya," puji Mira sambal melangkah ke ruang tamu. Tangannya bergerak menyentuh hampir kesemua perabot yang berada di ruang tamu tersebut.
"Itu awak ke?" aju Mira pula apabila terpandang gambar keluarga Erwan. Erwan masih kecil di dalam gambar tersebut. Mungkin baru berusia lima tahun.
"Ya, saya la tu. Kenapa? Saya nampak teruk ke?"
"Taklah. Kecil-kecil lagi awak dah nampak comel dan handsome."
Erwan suka apabila Mira memujinya. Sejuk hatinya.
"Mak mungkin dekat atas. Saya cari mak dulu."

Lekas-lekas Mira membantah dengan memanggil nama Erwan     
Lekas-lekas Mira membantah dengan memanggil nama Erwan. Dia belum bersedia untuk bertemu emak Erwan. Darah gemuruhnya datang.
"Saya risau emak awak tak suka saya. Saya asli Melayu, tak macam awak."
"Mak saya tak kisah. Dia lagi berkenan kalau saya bawa gadis Melayu berbanding gadis Rusia."
Ayat pujukan Erwan gagal memujuk Mira. Mira bertambah gelisah saja.
"Jangan risau, Mira. Mak saya pasti suka dengan awak. Dia dah tunggu lama saya bawa bakal menantu dia ke sini."
"Macam mana kalau, mak awak betul-betul tak suka dengan saya? Awak takkan tinggalkan saya, kan?"
Erwan mengelus pipi Mira. Meninggalkan Mira adalah perkara terkutuk. Dia takkan melakukan perkara terkutuk tersebut.
"Kalau ditakdirkan emak saya tak setuju dengan hubungan kita, saya akan memujuk sampai dia setuju. Saya takkan lepaskan awak, Mira. Awak segala-galanya untuk saya."
Mira puas hati mendengar jawapan meyakinkan Erwan. Dia percayakan Erwan. Erwan tidak pernah berbohong padanya.
"I trust you, Erwan."
Erwan menganggukkan kepalanya. Dia kembali melangkah untuk ke tingkat atas. Sebelum sempat dia mendaki anak tangga pertama, Mira kembali memanggil namanya.
"Ada apa, Mira?"
"I have special prize for you."
Kening Erwan terangkat. Selama mereka bercinta, Mira tidak pernah memberinya hadiah.
"What?"
Mira melangkah mendekati Erwan. Senyuman polos tidak lekang dari bibirnya.
"Here's your special prize," kata Mira, separuh berbisik sebelum kakinya dijingkitkan.

"Here's your special prize," kata Mira, separuh berbisik sebelum kakinya dijingkitkan     
Bibir mereka bersatu. Nafsu mereka bersatu. Ruang waktu seperti terhenti. Setelah dia selesai menikmati bibir milik Erwan, Mira memberikan pula senyuman kepuasan.
Besar mata Erwan. Jarinya naik menyentuh bibirnya sendiri. Matanya sempat meliar. Dia risau kalau-kalau emaknya melihat apa yang baru Mira lakukan tadi.
"Come on Erwan, takkan awak tak biasa?" Mira menggigit bibirnya. Ini bukan reaksi yang dia dambakan daripada Erwan. Sekarang dia bimbangkan penolakan lelaki itu.
"Saya tak biasa dan perkara ni terlalu luar biasa."
Berhenti sejenak deruan nafas Mira. Jawapan Erwan subjektif. Boleh jadi lelaki itu suka, boleh jadi sebaliknya. Mira perlukan kepastian.
"But you like it, right?"
Penuh debaran Mira menunggu jawapan balas Erwan. Detakan jantungnya tidak menentu dan dia hampir mati menunggu Erwan melontarkan jawapannya. Apabila Erwan hanya memandangnya dengan redup, Mira tahu apa yang perlu dia lakukan.
"Saya akan buat awak biasa," bisik Mira. Sekali lagi dia menjingkitkan kakinya. Sekali lagi dia menitikkan dosa pada bibir Erwan. Dan dia bersorak kemenangan ketika Erwan membalas ciumannya.
Telefon bimbit Erwan berbunyi. Serta-merta pautan bibirnya bercerai. Dia memandang Mira dengan muka merah padam sebelum telefon bimbitnya dikeluarkan. Ada pesanan Whatsapp yang masuk. Pesanan daripada emaknya.
+ Mak nak Erwan bawa perempuan tu keluar dari rumah ni, sebelum mak halau dia keluar.
Berubah air muka Erwan. Spontan dia mengorak langkah menjauhi Mira. Dia tidak mahu Mira membaca pesanan emaknya. Mira pasti terluka.
- Mak, dia Mira. Bakal isteri saya. Saya bawa dia ke sini sebab nak dia berjumpa dengan mak.
Emakna menaip dengan laju. Sekejap sahaja, jawapan balas emaknya masuk.
- Mak takkan jumpa dia. Kalau Erwan masih anak mak, bawa dia keluar dari rumah ni. Mak hanya nak jumpa Erwan.
Erwan meraup mukanya. Erwan yakin, emaknya melihat apa yang dia dan Mira lakukan sebentar tadi. Emaknya bukan seorang yang suka marah-marah.
"Kenapa, Erwan? Siapa yang hantar mesej?"
Erwan menyimpan semula telefon bimbitnya. Senyuman cuba diukir. Dia tak mahu membangkitkan rasa curiga Mira padanya.
"Tak ada apa, Mira. Emak cuma mesej beritahu dia tak ada dekat rumah. Dia terpaksa ke rumah pak cik saya. Isteri pak cik saya dimasukkan ke wad." Lancar bibirnya menuturkan ayat bohong. Erwan hanya mampu meminta maaf dari dalam hati.
"Tak apa. Kalau tak dapat jumpa mak awak hari ni, esok dan lusa masih ada."
"Mak saya tak akan balik minggu ni. Mungkin awak perlu ke sini semula di lain hari."
Berkaca pandangan mata Mira. Beg tangannya diraih dan dia mula melangkah menuju ke pintu keluar.
"Mak awak tak hormat saya," keluh Mira. Malah, itu sahaja keluhannya sehingga mereka tiba di depan sebuah hotel lima bintang. Mira masuk ke biliknya tanpa bercakap sepatah dengan Erwan. Dia juga menutup pintu dengan rakus di depan muka Erwan.
Empat puluh minit kemudian, Erwan berdiri di depan emaknya. Emaknya sejak tadi membisu. Wajah emak tegang.
"Mak tak suka dia." Akhirnya, emaknya bersuara, tetapi hanya untuk melemparkan rasa kecewa pada Erwan.
"Mak nampak dengan mata mak sendiri, apa kamu berdua buat. Erwan dengan dia macam dah lupa apa tu dosa. Dan dia sebagai anak dara, sepatutnya menjaga maruahnya dengan baik. Ini tidak, dia yang terhegeh-hegeh cium Erwan. Dan Erwan pun, macam lelaki gersang setahun tak jumpa air. Mak jijik! How could you create sin in this house?"
Erwan menundukkan wajah. Dia dan Mira bersalah. Dia lebih bersalah sebab memberi galakan pada Mira. Kalau dia bertegas membantah, dia dan Mira takkan ditangkap basah.
"Mak, dia tak sengaja. Saya merayu, mak maafkanlah dia sekali ini. Mira dengan saya sangat menjaga batas. Kami Cuma terbabas."
Dalam kepala Erwan penuh dengan bayangan ketika dia memeluk dan merangkul Mira. Pelukan dan rangkulan adalah perkara biasa dalam kamus percintaan Erwan dan Helena. Erwan minta maaf sebab berbohong pada emaknya, tetapi ini untuk keselamatan hubungannya dengan Mira. Kalau emaknya tahu perkara sebenar, mungkin emak akan mengejarnya dengan parang.
"Tak sengaja? Erwan, dua kali dia cium Erwan. Kali pertama tu, mungkin boleh tutup dengan alasan tak sengaja. Tapi kali kedua tu, mak tak anggap perbuatan tu tak sengaja, tetapi terlalu sengaja. Erwan pun bukan main suka lagi meratah dosa."
"Saya minta maaf, mak. Perkara tu takkan berulang lagi selepas ni. Kami takkan..."
"Mak percayakan Erwan, tapi mak tak percayakan perempuan tu."
"Erwan dengan perempuan tu baru lagi kenal. Mak percaya, banyak lagi perangai buruk yang dia belum tunjukkan."
"Mak, dia ada nama. Nama dia Mira. Jangan panggil dia macam dia tak ada nama."
Jelingan tajam emaknya singgah membalas pandangan mata Erwan, memberi petanda, hari ini bukan hari terbaik untuk berbincang tentang perkahwinannya dengan Mira. Tetapi kalau bukan hari ini, bila lagi? Dia mahu berkahwin dengan Mira dan kalau boleh, penghujung tahun ini.
Tidak dinafikan hubungan mereka berdua masih berada pada tahap terlalu hijau, tetapi itu bukan penghalang. Mira lain. Mira ada aura istimewa. Aura istimewanya itu menjerat rasa dan fikiran warasnya. Erwan teruk dilamun cinta.
"Saya nak berkahwin dengan dia, mak. Saya datang ke sini sebab nak minta mak ke rumah Mira. Saya nak mak melamar Mira untuk saya."
Emak tidak memberi apa-apa jawapan. Emak nampak seperti orang sakit setelah Erwan menyebut hasratnya untuk berkahwin dengan Mira.
"Macam mana, mak?" Penuh rasa teruja suaranya. Penuh debaran dia menunggu jawapan emaknya. Dia tahu permintaannya gila. Sebagai lelaki yang terlalu berhati-hati memilih teman hidup, keputusan drastiknya pasti menggemparkan. Namun kalau sudah namanya gila bayang, apa-apa saja boleh terjadi.
"Mak tak setuju. Terlalu awal." Tegas suara emak.
"Mak nak kamu berdua saling mengenali terlebih dahulu. Beri masing-masing masa untuk kenal perangai baik dan buruk yang ada dalam diri kamu berdua." Kali ini suara emak lebih kendur berbanding tadi.
"Mak tak setuju dengan pilihan saya?" Dia memberanikan diri bertanya soalan berstatus berani mati itu.
"Mak memang tak setuju. Mak dah sebut tadi, tapi Erwan yang tak boleh terima kenyataan. Mak tak tahu apa dah berlaku, tapi mak rasa keputusan nak settle down secepat mungkin bukan datang dari keputusan hati Erwan. Keputusan Erwan sekarang lebih dipengaruhi emosi. Keputusan yang dipengaruhi emosi ni selalunya berakhir dengan penyesalan. Mak bimbang Erwan menyesal di kemudian hari."
Emaknya sedang menggoyahkan keputusan nekadnya untuk berkahwin.
"Saya gila, mak. Saya gilakan Mira. Saya tak boleh kehilangan Mira. Kalau ikutkan kegilaan saya ni, sekarang juga saya bawa Mira ke rumah kadi."
"Bawa mengucap. Takkan lari gunung dikejar. Kenapa Erwan nak risau sangat? Kalau dia jodoh Erwan, dia tetap jodoh Erwan."
Erwan rasa, ayat emaknya kali ini mempunyai maksud mendalam. Baru sebentar tadi emaknya melaungkan kata bantahan. Sekarang lain pula gaya bahasa emaknya. Emak seperti menangguhkan waktu.
"Apa maksud, mak? Mak nak saya buat apa ni?"
"Emak tak setuju dengan pilihan saya?" Sekali lagi dia melontarkan soalan sama. Tajam pandangan matanya memerhatikan seraut wajah tua milik emaknya. Kalau emaknya berterusan membantah pilihan hatinya, dialah yang paling kecewa.
"Mak membantah Erwan dengan Mira berkahwin dalam waktu terdekat ni. Mak nak Erwan berfikir secara baik dan tenang, bukan berfikir semasa kegilaan menguasai akal fikiran kamu."
"I get it, mom. Mak takkan setuju saya berkahwin dengan Mira sampai bila-bila. Itu yang mak cuba sampaikan dari tadi, kan?"
Berat keluhan Erwan. Dia terasa dengan emaknya.
"Selama ni mak yang tak sabar-sabar nak saya menamatkan zaman bujang. Sekarang mak yang..."
"Mak tak nak Erwan buat pilihan yang salah," pangkah emaknya dengan wajah kesal.
"Kenapa mak fikir saya buat pilihan yang salah? Apa yang tak kena dengan Mira? Jiwa saya dekat dengan dia. Dia pandai ambil hati saya. Dia biasa buat kerja dapur. Semua ciri-ciri isteri yang saya nak, ada pada dia. Takkan sebab kami bercium, mak banned Mira seumur hidup?"
Giliran emaknya mengeluh.
"Mak, saya nak penjelasan. Saya tak nak keluhan. Keluhan takkan menjawab soalan saya. Saya nak tahu kenapa mak bantah niat saya nak berkahwin dengan Mira? She's perfect for me."
Erwan menarik nafas panjang. Sekarang dia sedang berjuang untuk mempertahankan cintanya.
"Selama ni saya tak pernah berikan hati saya pada mana-mana gadis. Cuma Mira seorang yang berjaya buat saya jatuh cinta pada pandangan pertama. Dia sayang saya, dia ambil berat fasal saya. Bukti apa lagi mak perlukan yang dia boleh jaga anak lelaki mak dengan baik?"
Panjang hujahnya. Dia mahu emaknya faham kenapa hatinya bulat untuk bertunang dan seterusnya berkahwin.
Memang dia boleh saja berkahwin tanpa persetujuan emaknya. Namun, dia masih seorang lelaki yang sangat tradisional di tengah-tengah kepesatan pembangunan kota raya Kuala Lumpur. Dia masih berpegang pada prinsip bahawa hidup hanya akan bahagia sekiranya mendapat restu keluarga.
"Mak, saya tetap nak berkahwin dengan Mira. Saya perlukan restu mak."
Keluhan emaknya yang berterusan menjawab rintihan lelakinya. Tunduk wajahnya.
"Kenapa mak buat saya macam ni? Apa salah saya sampai saya dapat layanan macam ni?"
"Because you give your heart to the wrong woman."
"Mak salah. Mira is the right woman for me."
"Baiklah, mak beri Erwan masa. Biar masa yang menentukan, siapa betul dan siapa salah. Tapi mak yakin, mak takkan salah. Naluri seorang emak tak pernah salah."
°°°×××°°°
Nota PK: 
Versi novel dengan 51 episod, lengkap dengan prolog & epilog yang baru dan dikemaskan dengan bonus Erwan & Helena.
Pre-Order akan dibuka bermula 01/10/2018 - 14/10/2018. Stok terhad dan dijual secara online sahaja. First come first serve.
Untuk sebarang pertanyaan, boleh whatsapp ke +60 10-449 7835. Kalau suka dengan cerita ni, jangan lupa tinggalkan komen dan vote!

 Kalau suka dengan cerita ni, jangan lupa tinggalkan komen dan vote!     

No comments:

Post a Comment