BARU seminggu berlalu sejak pertemuannya dengan Mira, tetapi Erwan rasa, seperti seribu tahun telah berlalu. Erwan sakit. Dia sakit menanggung penyakit aneh. Anehnya penyakit tersebut sebab berjaya mengalihkan tumpuan Erwan dari kerja.
Dalam kepala Erwan hanya ada nama Mira. Pada mata Erwan, dia hanya melihat seraut wajah Mira. Erwan syak, dia dilanda penyakit mabuk kepayang yang parah. Tidak tertanggung lagi rasa rindu yang ada dalam dirinya.
Penyakitnya tidak ada ubat. Ubatnya tidak mampu Erwan jejak. Sepatutnya Erwan meminta nombor telefon Mira, ataupun email Mira. Dia ada juga cuba menghubungi Sherina, tetapi nombor telefon yang ada dalam simpanannya tidak aktif lagi.
Erwan buntu. Sakitnya makin parah dan dia tidak mempunyai jalan penyelesaian. Dia telah menemui jawapan hatinya, tetapi dia terlalu lembab sehingga terlepas peluang tersebut.
Interkom di atas mejanya berbunyi. Melihat pada kod nombor yang naik, dia tahu PAnya yang berada di hujung talian.
"Ada apa, Julie?"
"Ada panggilan dari Cik Sherina. Dia kata penting, tapi sebab encik minta tapis semua panggilan, itu yang saya tanya dulu."
"Sherina? Sambungkan talian terus." Erwan seperti orang lapar memberi arahan. Ada cahaya yang mula datang. Mungkin dia masih ada peluang dan dia tidak akan mensia-siakan peluangnya kali ini.
"Sherry?" Erwan yang lebih dahulu berbahasa.
"Thank God, nasib baik nombor telefon ofis awak belum bertukar. Saya dah cuba hubungi awak berhari-hari, tapi satu pun tak menyambung."
Erwan menenangkan jiwanya. Dia gelojoh mahu tahu tentang Mira, tetapi dia mengambil keputusan untuk menyembunyikan sikap tersebut. Dia tak mahu menakutkan Sherina.
"Ada apa, Sherry? Awak nak tahu fasal Ilyas?"
"Oh, bukan. Awak dah salah faham." Sherina menafikan, tetapi Erwan tahu rasa hati sebenar Sherina. Dia bukan buta untuk tidak melihat cinta Sherina masih wujud untuk Ilyas.
"Okey, jadi kenapa awak call saya?"
"Fasal Mira."
Detakan jantung Erwan berhenti. Nafas Erwan juga berhenti. Waktu seolah-olah berhenti bergerak.
"Dia tak boleh lupakan awak. Dia call empat hari lepas. Dia menangis."
"Kenapa dia menangis?" Sherina teragak-agak untuk memberi jawapan dan Erwan bukan orang yang sabar, apatah lagi hal tersebut melibatkan Mira.
"Sherry, awak tak menjawab soalan."
"She likes you, Erwan. Dia menangis sebab dia tak tahu nak cari awak macam mana. Dia tanya saya, tapi saya pun tak ada contact number awak yang terkini. Dia cuba berhubung dengan awak melalui email, tapi satu pun email dia awak tak balas."
Tergesa-gesa Erwan membuka akaun emailnya. Di sana dia melihat tiga email daripada Mira. Email yang terbaru, dihantar pagi tadi. Erwan menarik nafas. Dia lupa untuk mengakses personal emailnya. Erwan hanya mampu menepuk dahi.
"I saw her emails."
"Okay, good. Itu saja saya nak cakap. Bye..."
"Nanti dulu," pinta Erwan.
"Kalau awak tak kisah, saya nak contact number Mira."
"Kalau awak cuma nak kecewakan Mira, saya takkan beri."
"Sherry, dia dah pun email saya. Tak salah kalau saya dapatkan contact number dia. Lebih mudah kami berhubung berbanding email."
Hampir seminit menunggu, Sherina masih kedekut. Erwan mula kerisauan.
"Saya janji saya takkan buat dia kecewa."
Sherina masih berat hati untuk menunaikan permintaan Erwan.
"Okay, here's the truth. I need her contact number because I like her too, and I think I was in love with her. It was love at first sight."
"012-614 3248. Jangan beritahu Mira saya bocorkan contact number dia pada awak."
"Saya akan zip mulut saya. Thank you Sherry for your help. Saya sangat menghargai pertolongan awak."
"Erwan, Mira tak sama macam perempuan lain. Dia ada bad temper dan..."
"Tak ada manusia yang sempurna dalam dunia. I can manage her bad temper."
Selang satu jam selepas panggilannya dengan Sherina tamat, Erwan memberanikan diri menghubungi Mira. Sejak satu jam tadi, dia mundar-mandir. Dia risau dan dia takut Mira menolak caranya untuk berhubung secara panggilan suara.
Debaran hatinya jelas. Sepanjang menunggu Mira menjawab panggilannya, Erwan rasa perutnya seperti ditarik-tarik. Rasa gemuruh sedang menguasai diri. Sebaik sahaja panggilan bersambung, sejuk kepala Erwan. Ringan lututnya.
"Mira," sebutnya sepatah.
"Erwan..." Erwan sedang berada diawang-awangan yang paling indah. Mira mengenali suaranya, tanpa perlu dia mengenalkan diri.
"Saya nak jumpa awak, Mira."
"Saya pun." Erwan sedang melihat Syurga.
ERWAN meramas jari tangannya, basah. Basah sebab berpeluh Dia telah membuat keputusan untuk hatinya. Walaupun sejak dia membuat keputusan tersebut, hatinya tidak selesa, Erwan berpendapat rasa tidak selesa itu bersifat sementara. Segalanya akan kembali normal setelah dia bersemuka dengan Mira.
Mira jawapan yang dicarinya selama ini. Mira itu ibarat nyawa Erwan sekarang. Cinta pandang pertamanya. Dia tidak pernah dilamun kerinduan yang mendalam setelah melihat Mira. Mira adalah magis, magis yang tercipta untuk Erwan.
"Mira," sebutan Erwan penuh hati-hati. Sebutannya penuh dengan aura cinta. Erwan berharap, Mira merasai aura yang sangat besar tersebut.
"Mira," panggilnya sekali lagi tanpa jemu. Dia suka menyebut nama Mira. Dan dia yakin, Mira juga suka. Buktinya apabila Mira mengangkat muka, wanita itu memberinya hadiah yang paling menawan.
Senyuman Mira menenangkan jiwa. Sebenarnya, apa saja yang dimiliki oleh Mira, semuanya kelas pertama dan mendebarkan seluruh sistem pemikiran Erwan.
"Hai Erwan." Tangan Mira naik menyentuh lengan Erwan. Kemudian menggosok-gosok lengan lelaki itu.
Erwan terdampar ke daerah penuh kenikmatan. Disebalik keghairahan Erwan menerima sentuhan Mira, hatinya menangis. Erwan jelas tidak faham kenapa hatinya mesti menangis.
Dia mengaku taraf sosial Mira memang setanding orang barat. Ini apa yang Erwan nampak , tetapi Erwan yakin, dia dapat melentur Mira.
"Lama awak tunggu saya?"
"Taklah. Saya pun baru sampai."
Sekali lagi Erwan menerima senyuman Mira. Sekali lagi Erwan terkapai-kapai untuk mencari nafas. Mira telah berjaya membuatnya seperti patung. Mira berkuasa untuk melakukan apa saja padanya.
"Mira, saya ada hal nak tanya awak." Lagi-lagi senyuman Mira mengajaknya berlari-lari di daerah penuh kenikmatan itu. Masya-Allah, Erwan rasa, hari ini dia mahu melompat gembira.
Tadi sebelum bertolak ke sini, dia sempat gugup dengan penerimaan Mira. Dia takut Mira menolaknya, tetapi sekarang, semua itu hanya fikiran jahat hati Erwan. Mira menerimanya dengan baik. Dia dan Mira sejiwa.
"Saya pun ada hal juga nak tanya awak. Boleh tak kalau saya yang tanya dulu?"
Biarpun dia mahu membantah, tidak tahu kenapa dia bersetuju. Dia kalah pada kerdipan menggoda mata Mira. Sumpah, ini bukan dirinya. Erwan seperti telah hilang jati diri. Erwan telah ditundukkan oleh Mira. Mira adalah medusanya.
"Silakan." Mira kembali menyentuh lengan Erwan. Kemudian menyulam jari tangan Erwan tanpa malu.
Erwan suka, tetapi hatinya masih memberontak. Sekeping hatinya asyik mengingatkan dia tentang dosa.
"Saya tahu awak dengan saya baru berjumpa sekali sebelum ni. Saya tahu hari ni pertemuan kedua kita. Saya pun cukup sedar, awak dengan saya belum saling mengenali, tapi awak ada sesuatu. Sesuatu tu mendesak saya dan saya tak boleh kata tidak."
Erwan dapat mendengar degupan jantungnya sendiri. Cukup laju dan Erwan rasa, ada keringat halus yang cuba tumbuh.
"Erwan, would you like to be my boyfriend?" Soalan Mira seperti nyanyian dari Syurga. Namun sayang, hatinya memberontak. Hatinya memberi arahan untuk menolak.
"Saya boleh terima kalau awak menolak. Saya faham kenapa awak menolak."
Raut wajah Mira muram. Wajah muram itu memaksa Erwan bangun melawan kehendak hatinya. Erwan takkan tunduk pada permintaan hatinya. Bibirnya terus menuturkan jawapan setuju.
"Yes, Mira. I would love to be you boyfriend."
Erwan merelakan apabila Mira merapatkan tubuh mereka berdua. Erwan merelakan apabila Mira memeluknya dengan erat.
Ini salah.
Ini dosa.
Awak akan menyesal.
Why?
Sebab dia bukan kepingan hati yang kita cari. Dia masih di luar sana, menunggu kita datang.
Ini dosa.
Awak akan menyesal.
Why?
Sebab dia bukan kepingan hati yang kita cari. Dia masih di luar sana, menunggu kita datang.
Hatinya bermadah, dan Erwan memilih membenam madah tersebut jauh ke dasar hati. Erwan telah memilih Mira sebagai pasangannya.
°°°×××°°°
Nota PK:
Versi novel dengan 51 episod, lengkap dengan prolog & epilog yang baru dan dikemaskan dengan bonus Erwan & Helena.
Nota PK:
Versi novel dengan 51 episod, lengkap dengan prolog & epilog yang baru dan dikemaskan dengan bonus Erwan & Helena.
Pre-Order akan dibuka bermula 01/10/2018 - 14/10/2018. Stok terhad dan dijual secara online sahaja. First come first serve.
Untuk sebarang pertanyaan, boleh whatsapp ke +60 10-449 7835. Kalau suka dengan cerita ni, jangan lupa tinggalkan komen dan vote!
No comments:
Post a Comment