Sunday 23 September 2018

ERWAN & HELENA - Episod 01


ERWAN bukan jenis lelaki yang mudah jatuh hatinya, dan dia pun bukan penggemar pada cerita-cerita cinta pandang pertama. Selama 30 tahun dia hidup sebagai khalifah di muka bumi ini, dia berpegang pada prinsip cinta pandang pertama itu tak wujud. Cuma dongeng rakyat. Cinta adalah hak manusia yang terlalu suci dan perlu dibina bukan dalam tempoh sedetik.
Namun nampaknya, kepercayaan Erwan telah memakan diri. Sekarang dia layak digelar lelaki tak siuman. Mungkin sebentar lagi, dia dituduh melakukan gangguan seksual.

 Mungkin sebentar lagi, dia dituduh melakukan gangguan seksual
Erwan melangkah pantas. Matanya hanya melekat pada figura yang telah menjahanamkan pegangannya selama ini tentang cinta. Sekali dia melihat wajah tenang itu, tembok pertahanannya dilanda beliung dahsyat. Dia bukan lagi dirinya. Erwan yang dahulu telah lahir semula sebagai Erwan yang baru. Erwan baru yang sarat dengan cinta untuk dipersembahkan pada pencurinya.
"Hei, jalan pandang depan."
"Sorry," sepatah kata Erwan dan dia kembali menghayun langkah deras. Sekarang dia berlari. Cinta pandang pertamanya semakin jauh dan semakin susah untuk didekati.
"Erwan, Dylan nak jumpa."
Lengannya dipaut oleh kawan akrabnya, namun Erwan memilih melepaskan pautan tersebut. Wajah serius diberikan pada kawannya. Dia ada misi, dan misi itu tidak boleh gagal. Kalau gagal, akibatnya teruk.
"Sekejap lagi aku jumpa dia."
"Sekarang, Erwan. Dylan ada hal nak tanya kau."
"Aku akan jumpa dia. Bukan sekarang, tapi nanti."
'Sekarang' itu boleh ditunggu. Hati Erwan yang dibawa lari perlu diambil semula. Tanpa hati, Erwan takkan lengkap lagi. Dia meninggalkan kawannya dalam keadaan tergesa-gesa.

Mungkin Tuhan menghukumnya sebab berpegang pada kepercayaan karut     
Mungkin Tuhan menghukumnya sebab berpegang pada kepercayaan karut. Tuhan menghukumnya dengan cara membiarkan kepingan hatinya yang hilang selama ini, hilang di tengah ramainya manusia yang berada di majlis resepsi perkahwinan Dylan dan Laura.
Erwan terduduk. Betapa meriah majlis resepsi tersebut, tidak dapat membuang kesedihan yang ada dalam diri Erwan. Dia baru sahaja terlepas momen terbaiknya. Tuhan mengujinya, memberinya sedikit gambaran tentang pendamping hidupnya. Dan dia jatuh teruk.
"Erwan?"
Erwan berpaling apabila namanya dipanggil. Keningnya terangkat sebelah apabila menyedari siapa yang memanggilnya. Bukan pemilik cinta pandang pertamanya yang menegur, tetapi Sherina.
Dunia ini terlalu kecil. Setelah bertahun dia tidak melihat Sherina, akhirnya dia diberi peluang untuk meratah wajah manis itu sekali lagi.
"Hai, Sherry. Awak pun ada dekat majlis ni?" Erwan berbahasa, biarpun dia tidak pernah menyimpan impian untuk bertembung dengan Sherina. Matanya masih meliar memandang sekeliling.
Sherina ketawa mendengar pertanyaan Erwan. Ketawanya masih seperti dahulu, tidak berubah. Mungkin hatinya sahaja yang berubah.
"Kenapa? Awak tak suka saya berada dekat majlis ni?"
Gelengan kepala Erwan yang membalas lontaran soalan Sherina. Dia melihat sekeliling, mencari teman lelaki Sherina. Namun dia gagal menemui tanda-tanda Sherina telah beralih kasih pada lelaki lain.
"Saya datang dengan kawan perempuan saya, Erwan. Siapalah nakkan saya yang tak cantik ni."
"Sherina terlalu merendah diri dan dia masih hebat membaca fikiran Erwan.
"Awak apa khabar, Sherry?" Erwan berusaha juga untuk berkompromi.
"Macam yang awak nampak, makin chubby."
"Makin chubby sebab senang hati?" Kompromi Erwan tenggelam ke laut dalam. Ada aura sindiran pada pertanyaannya. Senyuman yang mekar pada bibir Sherina lenyap dalam sekelip mata.
"Saya tahu awak marah, Erwan. Saya tahu saya salah."
"Memang saya marah. Awak tinggalkan Ilyas begitu saja. And do you want to know something?"
Sherina membisu.
"It took him almost one year to get rid of you from his system." Tenang suara Erwan menuturkan berita tersebut. Cuma Sherina yang menerima berita tersebut dengan hati tidak tenang. Tunduk kepala Sherina. Bergetar kedua belah bahunya.
"Dia baik-baik saja, kan?"
"Ini sangat kelakar, Sherry. Awak tak patut tanya soalan tu."
"Please, tolong jawab soalan saya."
"Dia baik-baik saja sekarang. Dia dah boleh bangun semula."
"Alhamdulillah."
Erwan menggelengkan kepalanya. Dia sangat marah sekarang, namun dia perlu mengawal emosinya.
"Dia dah ada pengganti saya?"
"Kenapa? Kalau belum, awak nak lari ke dalam pelukan dia semula? Dan selepas tu, awak nak buat dia jatuh macam apa awak buat setahun yang lalu?"
"Erwan, awak terlalu berprasangka dengan saya. Kita pernah berkawan."
"Hubungan kawan kita putus sebaik saja awak tinggalkan Ilyas. You know what, Sherry... awak sangat kejam. You're the worst woman I've ever meet."
"Awak cakap apa ni? Awak buat kawan saya menangis!" Lengan Erwan ditarik kasar. Kemudian ada tubuh setinggi bahu Erwan yang berdiri di antara Erwan dan Sherina.
Pada saat Erwan berpaling, Erwan tahu Tuhan masih memberinya peluang. Dia masih disayangi.
"Mira, it's okay. Dia tak bersalah. I deserve this."
Mira. Namanya Mira. Mira yang manis, Mira yang cantik dan Mira yang mencuri pandangan matanya.
"Kau tak boleh mengalah dan biarkan Ilyas pijak kepala kau sesuka hati. Dia siapa nak marah-marah kau? Kau dah putus dengan Ilyas, so apa hak dia lagi? Kau bukan isteri dia, kau dah lama move on. Ilyas dah jadi runtuhan sejarah."
Erwan tercengang sejenak. Namun hatinya tak berhenti menjadi rawan. Dia tidak kisah di marah dan matanya tidak pandai lagi berkelip. Dia hanya memandang Mira dan hanya Mira di matanya.
"Dia bukan Ilyas. Dia Erwan, kawan Ilyas. Kau dah salah faham, Mira."
Mira mencari sorotan lelaki yang bernama Erwan tersebut. Dia sempat terkesima. Detakan jantungnya tidak lagi sekata. Keadaan bertambah teruk apabila mata Erwan seperti magnet yang mengikat pandangan matanya.
"Mira?"
Mira tahu Sherina yang memanggil namanya. Mira juga tahu, Sherina memegang kemas lengannya.
"Kenapa ni? Kau nampak macam sesat."
Memang Mira sesat. Sesat dalam pandangan mata Erwan.
Lelaki ini siapa dan kenapa kenapa pandangan matanya menyusahkan seluruh raga Mira? Mira takkan tunduk pada lelaki yang jelas-jelas tidak faham konsep lelaki budiman.
"Macam ni, Encik Erwan. Sherry dengan Ilyas dah habis. Cerita mereka dah tamat. Dah tak ada gunanya awak ungkit cerita yang dah lama basi. Cerita sekarang, Sherry dan Ilyas dah tak ada apa-apa hubungan. Saya ulang lagi sekali, cerita mereka dah habis. Tak ada sambungan dah."
Suara Mira seperti petikan gitar terindah yang memasuki telinga Erwan. Dia suka mendengar suara Mira. Segala yang ada pada Mira, semuanya boleh membuat Erwan gila bayang.
"Eh, dia senyum pula. Sherry, aku rasa, kawan Ilyas ni dah gila." Mira menarik tangan Sherry menjauhi Erwan. Ketika itu, Erwan rasa jantungnya seperti ditarik keluar. Dia tidak rela Mira berada jauh daripanya.
"Tunggu dulu," serunya tanpa sedar. Langkah kakinya gagah menghampiri Sherina dan Mira.
"Saya minta maaf, Sherry. Saya salah dan saya melampau tadi."
"Pembetulan, awak sangat melampau tadi," sampuk Mira, lengkap dengan pandangan mata mahu menelan Erwan hidup-hidup. Namun pandangan matanya bertukar redup setelah Erwan berpaling padanya.
"Okey, saya sangat melampau tadi."
Mira rasa, Erwan baru sahaja menyentuh hatinya. Kemarahan yang ada dalam dirinya lebur. Yang ada sekarang hanyalah kemarahan olok-olok.
"Itu saja ke yang awak nak cakap? I do believe you have a lot of things to say to Sherry. Awak malukan dia di depan khalayak ramai." Mira meninggikan suaranya, namun yang keluar suara berbaur manja dan meminta perhatian Erwan.
"Mira, dah la tu. Orang dah mula beri perhatian."
"Memang aku sengaja nak orang beri perhatian. Biar mereka tahu, perangai dia ni macam mana? Dengan perempuan pun nak cari fasal. Tak gentleman langsung," komen Mira. Pandangan matanya memandang Erwan sebelum dia melarikan diri seperti pengecut.
"I deserve a second chance, Mira." Lembut tutur kata Erwan. Kelembutan suara Erwan memaksa Mira menelan kenyataan bahawa lelaki itu berbaloi dipertimbangkan sebagai kekasih. Mira semakin terkesima setelah Erwan melayangkan senyuman terbaiknya.
"Hai, saya Erwan. Kawan Ilyas dan kawan Sherry juga." Erwan mengenalkan dirinya secara formal.
Mira tidak segera menyahut. Matanya silih berganti antara Erwan dan Sherina. Dia teragak-agak untuk menyambut salam perkenalan Erwan. Namun dia tidak mampu menepis aura lelaki Erwan. Erwan ada karismanya yang tersendiri. Karisma yang belum pernah mira jumpa pada mana-mana lelaki yang pernah rapat dengannya.
"Kenalkanlah diri. Erwan nak berdamai tu." Akhirnya Sherina yang menjadi orang tengah. Suara Sherina berjaya membuat Mira mengalah.
"Nama saya Mira Liyana. Awak boleh panggil saya Mira. Saya kawan Sherry dan bukan kawan awak dengan Ilyas."
"Kita berkawan sekarang."
Sekali lagi lirikan Mira singgah pada Sherina. Nalurinya memberitahu, ayat Erwan ayat memikat. Dia belum bersedia bercinta, biarpun Erwan menepati kesemua ciri-ciri lelaki idamannya. Mira belum puas menikmati hidupnya. Dia baru 24 tahun, usianya masih terlalu muda untuk terikat dengan seorang lelaki secara serius. Buat masa sekarang, dia senang keluar dengan mana-mana lelaki tanpa ikatan sebagai teman lelakinya.
Erwan berbeza dengan Mira. Pada mata Erwan, Mira melihat komitmen. Lelaki itu telah bersedia untuk berkomitmen. Fakta tersebut menggerunkan Mira.
"Sherry, kita dah lambat. Kita patut balik sekarang."
Mira tidak dapat lagi dihalang. Langkah kakinya besar, biar dia lekas meninggalkan Erwan. Pertemuannya dengan Erwan adalah satu kesilapan.
"I think you like him."
"Sherry!"
Merah padam muka Mira. Merah bukan gara-gara marah, tetapi malu setelah tekaan Sherina tepat.
Mira menoleh ke belakang. Erwan masih melihatnya dengan senyuman. Tanpa sedar, Mira mencarut di dalam hati. Dia tidak suka apa yang dialaminya sekarang, dan dia takkan membenarkan Erwan mengganggu-gugat kebebasannya. 
°°°×××°°°
Nota PK: 
Versi novel dengan 51 episod, lengkap dengan prolog & epilog yang baru dan dikemaskan dengan bonus Erwan & Helena.
Pre-Order akan dibuka bermula 01/10/2018 - 14/10/2018. Stok terhad dan dijual secara online sahaja. First come first serve.
Untuk sebarang pertanyaan, boleh whatsapp ke +60 10-449 7835. Kalau suka dengan cerita ni, jangan lupa tinggalkan komen dan vote!



     



No comments:

Post a Comment