Monday 12 January 2015

#Bab02 - Temani Aku Selamanya

Gara-gara mengikut rancangan gila Qas, akhirnya Nirina berada di sini. Di bumi Allah yang diberi nama Kota Paris. Lihatlah, Menara Eiffel masih teguh berdiri di atas paksinya. Ini menara besi yang dibina di atas Champ De Mars oleh Gustave Eiffel.

Pun begitu, menara yang satu itu belum dapat memujuk hati Nirina. Sebabnya Qas buat perangai buruk. Sampai hati Qas tinggalkan Nirina seorang diri di hotel. 

“Janganlah marah, Nirina. Kau nampak penat sangat, jadi aku tak kejutkan. Macam ni, aku tunggu kau dekat Menara Eiffel. Kau datang sekarang ya.”

Itu ayat pujukan Qas. Jadi pada kedinginan 5 darjah celcius, Nirina meninggalkan Hotel de Mars. Nirina menyelusuri jalan sekitar Sungai Seine menuju ke Menara Eiifel. Menurut Nirina, rugi kalau menikmati keindahan Kota Paris melalui pengangkutan awam. Lebih bagus menggunakan kaki dan berjalan penuh gemalai.

Namun itulah, segala rasa indah dan rasa sedang bermain dengan pelangi hilang. Sebabnya sejak lima minit tadi ada seorang lelaki di belakang Nirina. Lelaki yang mencurigakan. Lelaki yang memakai baju sejuk, lengkap dengan hoodie menutup kepala.

Janggutnya pula bukan seperti janggut kambing yang sejemput itu, tetapi banyak. Jambangnya lebih menakutkan, penuh seluruh muka. Kalau ada gunting ditangan, mahu juga Nirina tolong buang segala macam bulu di muka lelaki itu.

“Takkanlah dia ikut aku.”

Begitu ayat resah Nirina. Iyalah, sejak tadi lagi lelaki itu menjadi penjejak setia. 

Akhirnya Nirina berhenti melangkah. Menatap lelaki itu dalam-dalam. Pada saat mereka berpapasan, ada segaris senyuman untuk Nirina. 

“Are you following me?”

Langkah lelaki tu terhenti. 

“Nope. I’m not a stalker,” balas lelaki itu. 

“By the way, I like your shoes,” lanjut lelaki itu lagi sebelum langkah kembali dihayun. Cuma kali ini, tangan kanannya telah diangkat lalu dipusing ke kiri dan ke kanan. Seperti sedang melambaikan tangan saja gayanya.

Jujur ya, ayat lelaki itu sangat mencemaskan hati. Sekarang langkah Nirina tidak lagi gemalai, tetapi telah bertukar langkah tergesa-gesa. Tidak sampai sepuluh minit pun, Nirina telah sampai di tapak Menara Eiffel.

“Nirina, sini!” 

Terdengar panggilan Qas.

Malangnya bukan Menara Eiffel yang menarik perhatian Nirina, tetapi sebuah kedai cenderamata. Kedai ini tidak terlalu besar, tidak juga terlalu kecil. Lihatlah, sekejap saja Nirina telah leka meneliti cenderamata di situ. Isu diekori tadi pun terus hilang.

“Nirina, ambil gambar aku.” 

Qas memang suka buat permintaan mengejut begini. 

“Tunggulah sekejap lagi.”

​“Sekeping saja. Tak banyak keping pun," pujuk Qas. Bungkusan bunga kering, T-Shirt dan fridge magnet yang Nirina baru beli segera diambil. Kemudian kamera Nikonnya diserahkan pada Nirina.

"Sekeping saja? Kalau sekeping saja Nirina sudi.

“Jom, ambil gambar berdua pula.”

Gambar berdua pula? Ini yang Nirina tidak suka. Mula-mula kata sekeping, tapi selepas itu boleh jadi berkeping-keping.

“Tak payahlah. Bukan ada siapa pun nak tolong kita.”

“Kita minta tolong tuan kedai ni,” balas Qas. Muncungnya dijuih pada tuan punya kedai. Kemudian tanpa persetujuan Nirina, Nirina telah didorong menghampiri tuan punya kedai tersebut.

"Kau jangan cakap kau nak aku…”

"Iyalah. Lidah kau fasih sikit. Paling penting, kau dah beli banyak barang dia. Dia takkan tolak kalau kau minta. Lagipun bukan kau tak tahu prinsip rakyat Kota Paris ni. Please speak French or don't speak at all!" potong Qas dengan muka sedikit suram.

“Sebab tu kau heret aku ke Paris, kan? Sebab lidah aku ni kononnya fasih sikit, kan?”

Tawa Qas meletus. Sampai berair-air matanya bila Nirina memberi jawapan begitu.

Nirina tidak perlu bersusah-payah menggunakan Bahasa Perancis. Cukup dengan mengangah kamera Nikon. Laju saja tuan punya kedai itu menggamit seseorang yang berada di bahagian dalam kedai.

“Dia panggil siapa, Nirina? Bukan bodyguard dia, kan? Dia faham kita cuma nak minta tolong ambil gambar, kan?”

“Manalah aku tahu. Kau yang gatal sangat nak ambil gambar, kan? Sekarang nak lari atau nak tunggu?”

“Tunggu."

Hayunan langkah seseorang dari bahagian dalam kedai itu begitu gagah dan penuh keyakinan. Bukan hanya langkahnya saja yang gagah, susuk tubuhnya juga sangat sedap dipandang. Orangnya tinggi lampai dengan kulit yang cerah. Memakai baju sejuk, lengkap dengan hoodie di kepala.

Sekejap… Hoodie? Sempat kening Nirina naik dengan begitu tinggi sekali.

Janggut lelaki itu masih lebat. Jambangnya pun masih penuh dimuka.

"Nirina, aku suka dia ni. Dia kacak. Kenapa bukan dia yang layan kita tadi?”

Nampaknya, tahap terpegun Qas menjurus pada pesona seorang lelaki. Tahap terpegun Nirina pula menjurus sebab terkejut dan takut.

"Hati aku ni macam nak melompat keluar.”

Ayat gatal Qas terdengar lagi. 

Rasanya, ada yang tidak beres dengan otak Qas. Sekejap ya. Sekejap lagi Nirina tolong bereskan apa yang tidak beres dalam otak Qas tu.

"Kau tak geli ke dengan muka penuh bulu dia tu?" bidas Nirina tanpa berlapik lagi. Ini semua kerana otak Qas hanya dapat dibereskan setelah dibidas.

“Muka penuh bulu? Kau ni Nirina, tak baik cakap macam tu. Nasib baik dia tak faham. Kalau faham?”

“Dia takkan faham. Kau pun jangan nak terpegun sangat. Buka mata kau luas-luas. Pandang muka berbulu dia tu. Aku tak tahu apa yang kau nampak, sampai kau kata dia kacak sangat.”

“Mata dia, Nirina. Pandang mata dia betul-betul. Kau jangan pandang bulu dekat muka dia tu. Bayangkan kalau semua bulu tu tak ada.”

Masalahnya sekarang, pandang muka berbulu itu pun Nirina tak sudi.
Lelaki yang dipanggil muka penuh bulu itu mula menyentuh kedua belah pipinya. Setelah itu kepalanya digelengkan. Ada riak kesal di situ.

“Muka I teruk sangat ke?”

Qas sudah melopong dengan teruk. Nirina pula dua kali lebih teruk gaya melopongnya. Hampir saja kamera yang sejak tadi dipegang jatuh menyembah tanah.

“Nirina, dia cakap Bahasa Melayu tadi, kan? Dia cakap Bahasa Melayu, kan? Dia bukan cakap French, kan?”

Tiada sebarang jawapan daripada Nirina.

“I memang orang Melayu.”

Dia ni, orang Melayu? Rasanya seperti sebiji batu besar baru saja jatuh di atas kepala Nirina.

“Kamera,” pinta lelaki itu tiba-tiba.

Nak buat apa?”

You nak ambil gambar, kan?”

Terkulat-kulat juga Nirina di situ.

“Nak ambil gambar, kan?” tekan lelaki itu sekali lagi.

Kamera Nikon telah bertukar tangan.

Get your position. I banyak kerja lagi dekat dalam tu.”

Seperti lipas kudung Qas menarik tangan Nirina. Qas memang bijak bergaya, cuma Nirina saja yang tak sempat hendak bergaya. Yang ada cuma gaya muka terkejut.

“Senyum sikit. Jangan buat muka tak cantik tu. I tak suka.”

Muka tak cantik? Selepas tu, I tak suka? Okey, Nirina nak membantah ayat lelaki ni.

“Done.”

Okey, Nirina tak sempat nak bantah. Dan Nirina tak sempat nak ubah gaya muka pun.

You yang pakai kasut flat tu, sini sekejap.”

“Siapa? I ke?”

Soalan Nirina memang terdengar naïf. Padahal memang dia yang memakai kasut flat.

“Habis tu, siapa lagi kalau bukan you?”

Jawapan lelaki itu pun boleh tahan diktatornya. Puas juga Nirina menyabarkan hati yang mulai panas.

"I nak ada gambar dengan you."

Lelaki itu bersuara lagi. Kamera Nikon pun telah diserahkan pada Qas.

"I tak nak. Kenapa I nak kena ambil gambar dengan you pula?"

Itu ayat bantahan pertama Nirina. Ayat bantahan dari hati. Ayat bantahan yang membuat lelaki itu mengecilkan sepasang matanya.

“Anggap sebagai upah sebab I tolong ambil gambar you berdua tadi.”

Upah? Dengar tak? Lelaki ni pintar sebut upah. Dia minta upah.

“I boleh bayar you. You nak berapa?”

Ini pula jawapan dari hati Nirina. Jawapan yang membuat Nirina menerima sorotan paling tajam.

“I tak muflis lagi. Jadi rasanya tak perlulah you nak tayang duit you tu. 
Lengan Nirina telah diraih. Dipegang dengan kejap. Jadi meski Nirina membantah, tetap juga menemui perkataan gagal.

Qas pun satu. Mudah sangat jadi tali barut lelaki ni. Qas lupa agaknya, lelaki ni lelaki asing. Lelaki yang tak dikenali langsung. Walaupun dia kata dia orang Melayu, tetap juga jatuh dalam kategori lelaki yang tidak dikenali. Lagi satu, suka hati saja lelaki ni pegang lengan Nirina. Meskipun berlapik, tetap juga salah.

“I nak gambar ni.”

Amboi… Sudahlah lelaki ni paksa Nirina bergambar. Sekarang dia minta pula gambar tu. Jangan harap Nirina nak beri.

“Nanti I email dekat you.”

Rahang Nirina hampir jatuh. Jawapan Qas tidak membantu langsung.

“Okey, I tunggu. Ini email address I. Kalau gambar ni tak sampai dalam inbox I, you berdua siap. Faham?”

“Faham.”

Aduh… Boleh pula Qas beri jawapan budak darjah satu begitu.

“Dan you Cik Nirina,you cari orkid sampai ke sini ya? Tapi dekat sini tak ada orkid. Kalau you cari Hang Tuah, itu ada.”

Seperti orang gila Nirina mengangkat wajah. Insiden 'Hang Tuah' lebih sebulan yang lalu mula datang semula. Tapi 'Hang Tuah' sebulan lebih yang lalu, mukanya tak berbulu begini.

"You dah lupa fasal I, kan?

Sejuk rasanya kepala Nirina. Agaknya suhu di Kota Paris ini sudah jatuh. Sama seperti hati Nirina yang telah jatuh. Bukan jatuh hati ya, tetapi jatuh sakit.

“Nirina, dia tahu nama kau. Kau kenal dia ke?”

Bisikan Qas diabaikan. Nirina lebih dulu telah menarik tangan Qas.

“Jumpa lagi Cik Nirina!”

Laungan lelaki itu juga Nirina abaikan. 

Tolonglah ya Allah, jangan biar Nirina jumpa ‘Hang Tuah’ yang tak bertuah langsung tu lagi selepas ni.  


*****
VERSI CETAK TELAH TERBIT
Harga Pasaran : RM25.00(SEM) / RM28.00(SS)











26 comments:

  1. Amboi jauh2 pun jmp gak yer... hehe... maner mau lari nirina....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Iyer la Syania.. Kang kalu PK wat jupe Rizqi, ang naik minyak dgn pk plak.. mua3

      Delete
  2. Laslalalllallalalallalalalaaaaa
    sedas kena dengan Pak Berahim

    Cari orkid sampai ke Paris

    ReplyDelete
  3. Pak berahim ni pun satu...
    kan lagi mudah ambil gambo guna hp j
    tak payah nak email2

    ReplyDelete
    Replies
    1. Fasal tu PK muskil.. Pak Brahim ni sungguh2 ke nak gambar tu or main2 ja.. saja nk kacau Nirina, kan? hi3

      Delete
    2. alasan jer tu.. nk bgtau email address dia ler tu..kih kih kih..

      Delete
    3. PK pun rasa mcm tu.. Xpa, kita tunggu bab03 yorr.. Kite tgk apa pak brahim buat.. Mua3

      Delete
  4. Yea...versi cetak dtg bln feb eh....x sabar nih

    ReplyDelete
  5. Menunggu versi cetak dgn perasaan penuh kasih sayang rindu cinta .....
    ^_^ hahahahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tunggulah yorr.. Penuhkan semua tempayan dgn kasih sayang rindu cinta dulu.. Ehehe

      Delete
  6. Nirina bertemu kembali dgn Hang Tuah di Paris...

    ReplyDelete
  7. pak brahim sungguh2 gila.. boleh ingat nama lagi... takuttt...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Pak brahim kata.. Dia makan kismis.. Pasai tu daya ingatan dia kuat.. Ngeh3

      Delete
  8. waduhhh..kuat betul power belacan ni..sampai ke paris

    ReplyDelete
  9. Kuat jodoh mereka berdua ni..
    Kat paris pon boleh terjumpa.. Hehe

    ReplyDelete
  10. Alahaiiii..."Hang Tuah" di Kota Parisssssss......#melting#

    ReplyDelete
  11. Waaa....best laa....btw baru kali pertama datang ke blog nii..terus suka....sbb novel ni best gile.....nanti sambung tau...banyak2....hihi kuat betul daya ingatan hang tuah tu...

    ReplyDelete
  12. Waaa....best laa....btw baru kali pertama datang ke blog nii..terus suka....sbb novel ni best gile.....nanti sambung tau...banyak2....hihi kuat betul daya ingatan hang tuah tu...

    ReplyDelete