Saturday 14 March 2015

#Bab03 ~ Temani Aku Selamanya

Penerbangan yang mengambil masa berbelas-belas jam itu berakhir juga. Pesawat Malaysia Airlines MH21 telah membawa Nirina pulang dari Kota Paris. Membawa pulang Nirina yang baru. Segala cerita tentang Hang Tuah, sengaja Nirina tinggalkan di sana. Yang ada sekarang cuma cerita indah-indah. 
Lenguhnya kaki ni.”
Awal-awal lagi Qastelah mengadu. Nampak sangat Qas mahu Nirina yang jadi pemandu. Nampak sangat Qas sedang cuba nak pasang perangkap.
“Gambar tu kau tak email, kan?”
Tidak jadi Qaspasang perangkap. Soalan Nirina buat hatinya jadi panas saja. Masuk kali ini, sudah tiga kali Nirina tanya soalan yang sama.
“Nirina, kalau kau tanya soalan tu lagi, aku hantar betul gambar tu dekat dia.”
Jadi maksudnya, niat jahat tu ada lagi la?”
Qas tersengih-sengih. Muka cemberut Nirina diteliti sepuas hati.
“Jangan risaulah. Aku pun tak ingat dah kertas tu aku letak mana. Jadi gambar kau dengan dia tu selamat.”
“Tolong delete gambar tu.”
Sorry babe, gambar tu gambar rare. Gambar edisi terhad. Jadi tak boleh delete. Dan makhluk Allah dekat depan kita pun sangat terhad. Kalau kau banyak main lagi, silap gaya makhluk edisi terhad tu dikebas perempuan lain.”
Berkerut terus dahi Nirina. Ketika sorotannya singgah pada makhluk Allah edisi terhad yang disebut Qas, kerutan pada dahinya bertambah dalam.
“Macam mana dia tahu kita balik hari ni?”
Qas diam. Cuma ada segaris senyuman misteri pada bibir Qas.
“Kau beritahu dia?”
“Bukan aku!” tempik Qas dengan suara yang sengaja dikawal. Matanya cukup garang membalas sorotan tanda tanya Nirina. Pantang betul Qas kalau diserkap jarang begini.
“Habis tu, siapa beritahu?”
“Manalah aku tahu.”
Nirina mengeluh lagi. Namun bibirnya tetap melukis senyuman. Senyuman paksa pastinya. Senyuman menjaga hati makhluk Allah edisi terhad tersebut.
I datang jemput you dengan Qas. Tadi Elias nak ikut sekali, tapi last minute Elias ada hal pula. Jadi Huda yang ganti tempat Elias. Huda tunggu dalam kereta.
Jadi abang Elias yang jaja cerita Nirina balik hari ni? Lepas tu, Huda pun ikut sekali. Huda ni adik kesayangan Rizqi.
Thank you so much Rizqi, tapi I parking kereta dekat sini. Jadi Itak boleh balik dengan you.You hantar Nirina saja ya.”
Qas ni, macam sengaja pula nak kenakan Nirina. Nirina beri isyarat mata pun, Qas tetap juga buat-buat tidak nampak.
“Kereta I arah sana, Nirina.”
“I nak balik dengan Qas, Rizqi. Terima kasih sangat sebab datang sini.”
“Balik dengan I, Nirina.”
Suara tegas Rizqi diiringi dengan sorotan paling tajam. Sorotan paksaan supaya Nirina menurut tanpa banyak soal.
“I ada kaki.”
I tahu you ada kaki. Tapi I tetap nak you balik dengan I,” tekan Rizqi sekali lagi. 
“I tak nak. I datang dengan Qas. Wajarlah kalau I balik dengan Qas juga. I pun tak minta you datang jemput I dekat sini.
Terdengar Rizqi mengeluh. Sorotannya kini hanya melekat pada Nirina. Nirina yang keras kepala sangat menguji hati dan perasaan Rizqi.
“I dah janji dengan Elias. I dah janji dengan Elias nak hantar you balik sampai depan rumah. I tak nak mungkir janji, Nirina. Jadi I harap sangat you balik dengan I. Macam mana you tolak sekali pun, I tetap nak hantar you balik.
Benci betul Nirina kalau Rizqi guna muslihat begini. Suka bermain dengan janji. Pada akhirnya, Nirina juga yang terbelit. Bukan belitan biasa-biasa, tetapi belitan yang telah disimpul mati.
“Lepas ni you jangan buat macam ni lagi. Jangan suka berjanji dengan Elias.”
Senyuman Rizqi usah cerita, memang sangat lebar. Nirina yang keras sudah lembut akhirnya. Tetapi maaf ya Elias, sebab Rizqi terpaksa jaja nama Elias untuk lembutkan hati Nirina.
“Terima kasih, Nirina.
Barulah suara Rizqi terdengar lebih lembut berbanding tadi. 
“Terima kasih sebab?”
“Sebab mengalah dan balik dengan I.”
Nirina diam. Tidak punya ayat untuk membalas. Bimbang ayat balasannya kasar. Membisu pilihan terbaik. 

PENUH hati-hati Carl Ibrahim memasuki ruang tamu rumahnya. Sepasang matanya melilau ke kiri dan ke kanan. Mencari-cari figura kesayangan hati. Malangnya ruang tamu begitu sepi. Hanya sesekali terdengar suara dari dapur. 
Carl Ibrahim melihat ibunya di sana. Terus saja tubuh tua itu dipeluk dari belakang.
"Cuba teka hero mana yang peluk Puan Latifah sekarang ni?"
Mak Cik Latifah ketawa lepas. Tubuhnya dipusing lantas wajah anak bujangnya ditatap sepenuh hati.
"Hero tak sedar diri."
"Amboi... Sampai hati mak kutuk anak sendiri."
"Memang tak sedar diri. Selalu tinggalkan mak dan biarkan mak jadi perindu."
Carl minta maaf sangat. Tapi Carl bukan sengaja, makUncle Jules tak ada pembantu dekat kedai dia. Jadi Carl ambil keputusan tolong uncle Jules sampai dia dapat pembantu.”
“Alasan. Masa dekat Malaysia pun sama. Carl beri alasan yang Mak Su tak ada pembantu.”
Lebarnya senyuman Carl Ibrahim.
“Carl nak rasa hidup berkelana, mak.”
“Berkelana? Sebab tu rambut pun dah macam sarang tebuan tak siap? Muka pun penuh bulu macam ni?”
Muka penuh bulu? Sempat juga wajah Nirina mencuri ruang dalam kepala Carl Ibrahim.
“Mak nak Carl hilangkan semua bulu tu. Rambut tu pun rapikan. Tak berkenan betul hati mak ni bila Carl buat fesyen macam ni.”
“Uncle Jules kata, gaya Carl ni nampak seksi.”
“Mak tengok dengan penuh seksa!”
Carl Ibrahim ketawa. Ketawa yang sangat kuat. Sampai berair matanya.
Uncle Jules denganAuntie Manon kirim salam rindu. Mereka tanya bila mak dengan ayah nak ke Paris,” ujar Carl Ibrahim, itupun setelah tawanya reda.
“Lagi satu mak, Carl ada hal sikit nak beritahu,” lanjut Carl Ibrahim lagi. Sorotan matanya nampak serius. 
“Hanan dah berjaya dapatkan tempat dan lesen perniagaan dekat KL. Carl mesti balik KL semula.”
“Carl nak tinggalkan mak lagi?”
Agak lama, barulah Carl Ibrahim mengiyakan.
“Bila?”
“Minggu depan. Mak izinkan, kan?”
“Kalau mak tak izinkan, kamu pun tetap pergi, kan?”
Carl Ibrahim tersengih-sengih bagai kerang tak laku di pasar pagi.
“Tapi kamu tu, bila nak bawa calon menantu untuk mak?”
Alahai… Ibunya yang tersayang buka topik kahwin pula.
“Nantilah, mak.”
“Kalau macam inilah jawapan Carl, mak nak Carl kahwin dengan Leia. Ini keputusan mak. Ayah pun dah setuju.
Aduh.. Ini yang buat Carl Ibrahim selalu tercekik. Ayat melulu ibunya yang tersayang memang selalu mengejutkan.
"Mak, kita kan dah bincang sebelum ni. Carl tak boleh kahwin dengan Leia. Leia tu sepupu Carl. Lagipun, sambal belacan yang Leia buat tak sedap. Pahit. Carl tak boleh kalau isteri Carl tak pandai buat sambal belacan."
Bunyi barang jatuh memang sangat mengejutkan. Di belakang Carl, ada Leia. Leia sedang kelam-kabut mengutip besen kecil. 
Carl Ibrahim hela nafas panjang. Melihat wajah sendu Leia hanya mengundang rasa bersalah. Melihat Leia terketar-ketar mengutip besen tadi, lagilah Carl Ibrahim dipalit rasa bersalah yang tebal.
"Leia, apa abang cakap tadi..."
"Mak long, Leia balik dululah. Leia baru ingat, Leia ada discussion dengan kawan-kawan serumah. Esok kami ada presentation depan lecturer."
Leia sedikit pun tidak menunggu Carl Ibrahim membina ayat. Leia pergi pun dalam keadaan tergesa-gesa. Mak Cik Latifah pun tak sempat keluarkan ayat pujukan.
"Tengok apa Carl dah buat."
"Lebih elok Leia tahu isi hati Carl sekarang. Begitu lebih baik, mak. Carl memang perlukan calon isteri yang pandai buat sambal belacan."
"Belacan. Belacan. Belacan. Kalau susah sangat, kamu kahwin sajalah dengan anak tauke kilang belacan."
"Memang itulah rancangan Carl, mak. Terima kasih sangat sebab mak beri sokonganpadu. Nanti Carl cari anak tauke kilang belacan."
Mak Cik Latifah menjengilkan matanya. Terus saja lengan anak bujangnya dicubit. Nasib baiklah Carl Ibrahim bijak mengelak. Jadi kena cubit pun sipi-sipi sahaja.
"Mak, soal jodoh tu urusan yang di Atas. Tak kisahlah dia anak siapa pun. Tapi Carl takkan kahwin selagi hati Carl ni tak klik dengan perempuan tu. Carl nak kahwin sekali saja, mak. Biarlah perempuan yang Carl pilih tu, hati dia pun klik dengan Carl."
Tenang sedikit hati Mak Cik Latifah mendengar hujah Carl Ibrahim. Anak bujangnya masih rasional.
"Lagipun Carl tak berapa berkenan dengan perangai Leia. Merata dia buang tisu. Carl dah beri nasihat tiga kali. Tapi Leia masih juga begitu. Leia selalu ingat Carl main-main fasal sampah tu.”
Semua binaan ayat Carl Ibrahim, Mak Cik Latifah hadam dengan baik sekali.
Carl nak pilih isteri betul-betul, mak. Bukan main-main. Arwah datuk selalu pesan cari isteri yang solehah. Yang pandai jaga diri. Yang selalu beringat tentang bencana lidah dantangan."
Kali ini terdengar Mak Cik Latifah menghela nafas panjang. Tiga bulan setengah Carl Ibrahim tinggal di kampung. Tiga bulan setengah itu sudah membentuk Carl Ibrahim menjadi ala-ala seorang calon ulama.
"Mungkin buang sampah merata-rata tu perkara biasa. Tapi dalam Islam, tak biasa langsung.
Carl Ibrahim meraih pula tangan tua ibunya yang tersayang.
Mak, dunia ni dah terlalu banyak sampah. Semuanya berpunca daripada tangan kita yang membuang.
Carl Ibrahim hela pula nafas panjang.
Kalau perkara senang macam ini pun Leia tak boleh nak faham, macam mana dia nak didik anak-anak Carl nanti? Bagi Carl, wajah cantik seorang perempuan lebih bermakna kalauseiring dengan otak yang cerdas,” lanjut Carl Ibrahim. Mengakhiri jawapan kenapa Leia tidak boleh jadi calon isterinya.
Okey, Mak Cik Latifah setuju sangat dengan ayat Carl Ibrahim.
"Tapi kalau dia tak pandai buat sambal belacan, tak jadi juga mak. Terus hati Carl yang klik ni tak jadi nak klik."
"Budak bertuah ni!" - Mak Cik Latifah


*****
VERSI CETAK TELAH TERBIT
Harga Pasaran : RM25.00(SEM) / RM28.00(SS)





1 comment: