Wednesday 1 October 2014

#SE - Tersuka Tanpa Sengaja (Entri Khas Qurban) @ Bhg.01

Farhah menyeka hujung mata. Namun air matanya tetap juga menitis. Meskipun alirannya perlahan, namun hatinya cukup sendu ketika ini. Hanya sesekali terdengar esakannya meletus memecah kesunyian.

"Farhah."

Mendengar namanya dipanggil, sekujur tubuh Farhah lekas saja mengeras. Jari tangannya cukup laju mengeringkan sekitar mata. Kalau Syed Arif tahu Farhah menangis, nanti berjela-jela soalan lelaki itu. Syed Arif sekarang pantang lihat muka Farhah berkerut atau sendu sedikit, risaunya Tuhan saja yang tahu.

"Abang panggil Farhah tak menyahut. Abang ingatkan Farhah keluar."

Aduh.. Syed Arif sudah ada di belakang Farhah pula. Farhah belum sempat membetulkan suaranya. Kalau Farhah menyahut sekarang, terbongkarlah rahsia Farhah baru menangis. Macam mana ya?

"Baju dah siap kemas semua?"

Nah.. Nampaknya Syed Arif telah mula bertanya soalan. Makin payah Farhah mahu menyimpan rahsia kalau begini. 

"Abang tak kahwin dengan tunggul kayu, kan? Abang kahwin dengan Farhah Ahmad Alias yang unik, kan? Yang selalu berkata menggunakan akal dan fikiran."

Lihatlah sekarang, tunggul kayu pun boleh dijadikan isu. Selepas itu ada pula sesi pujian versi kecil-kecilan. Percayalah, hati Farhah memang selalu terbersit.

"Farhah," panggil Syed Arif untuk kesekian kalinya. Cuma kali ini, dia tidak lagi pasif. Tangannya telah meraih Farhah lalu dipusing menghadap wajahnya. Kelam-kabut juga Farhah menyembunyikan wajah.

Dahi Syed Arif cepat benar berkerut seribu. Apatah lagi bila melihat ada bekas air mata pada wajah isterinya yang tersayang. Pipi isterinya disentuh. Kemudian naik pada hujung mata. Membelai lagi tanpa jemu.

"Macam ada yang tak kena dengan muka Farhah ni. Abang tengok lain sangat."

Farhah melarikan pandangan. Kalah bila direnung dengan tajam. Lagipun Farhah bakal merangkai kata bohong. Kalau bertentang mata, mudah sangat Syed Arif meneka isi hati Farhah.

"Habuk mana pula yang jahat sangat tu? Berani ya habuk tu masuk mata isteri abang. Nanti abang kerjakan habuk tu cukup-cukup."

Besarnya mata Farhah bila Syed Arif mula mengeluarkan ayat entah apa-apanya. Sekarang Farhah tidak lagi memandang ke arah lain. Sebaliknya membalas sorotan paling tajam Syed Arif.

"Farhah tak menangis," nafi Farhah dengan suara yang sangat goyah. Nampak sangat dia sedang berusaha keras mencipta kata bohong.

"Abang tak kata pun Farhah menangis. Abang bercakap tentang habuk."

Farhah mengetap bibir. Syed Arif selalu saja bijak mematikan ayat Farhah. 

"Sekarang beritahu abang dari mana datangnya habuk jahat ni?"

Hujung mata Farhah sekali lagi disentuh. 

"Farhah tak.."

Hilang sekejap ayat-ayat Farhah. Semuanya telah bertempiaran lari ketika Syed Arif tunduk laju mencium mata kanan Farhah. Penuh kelembutan dan kasih sayang.

"Abang dah tangkap habuk jahat sebelah kanan."

Tipulah kalau Farhah tidak terkejut. Bibirnya mula bergerak-gerak mahu menyatakan sesuatu. Belum sempat Farhah merangkai ayat, sekali lagi Syed Arif menundukkan wajah. Kali ini bibirnya singgah pula mencium mata kiri Farhah. Cukup lama sehinggakan Farhah menahan nafasnya sendiri.

"Abang dah tangkap semua habuk paling jahat tu," ujar Syed Arif kemudian. Ada segaris senyuman kepuasan. Ada juga senyuman kemenangan. Paling banyak pastilah senyuman hangat khas untuk Farhah.

Setelah itu tubuhnya dirapatkan pada Farhah. Memeluk lagi seperti semalam dan hari-hari sebelumnya. Tidak cukup dengan itu, ada pakej sentuhan lembut pada rambut dan ubun-ubun Farhah.

"Kalau habuk jahat tu datang lagi, beritahu abang cepat-cepat. Biar abang selesaikan habuk tu. Abang ada kuasa sakti sekarang ni. Tapi kuasa sakti tu untuk Farhah saja. Kalau dengan perempuan lain, kuasa sakti tu tak jadi sakti."

Farhah kalah lagi mengawal emosi. Kalau dengan Syed Arif, air matanya selalu saja jadi murah. Tak pernah sekalipun mahal.

"Farhah, abang selalu ajar Farhah yang kalau ada apa-apa, bincang dengan abang. Farhah team abang. Team abang sampai bila-bila. Kalau abang ada masalah, abang pun bincang dengan Farhah. Jadi abang harap sangat Farhah boleh buat perkara sama. Biar seimbang."

Farhah mengongoi di bahu Syed Arif. Mengongoi seperti anak kecil yang kehilangan mainannya.

"Raya Qurban tahun ni Farhah ikut balik kampung abang dan bukan dengan keluarga Farhah. Sebab hal ini ke Farhah menangis tadi?"

Aduh.. Tekaan Syed Arif selalu saja betul. Farhah mahu menggeleng pun susah.

"Kalau Farhah nak, abang boleh beritahu mak.."

"Jangan. Farhah nak ikut abang balik beraya rumah mak. Lagipun bukan senang abang dapat cuti macam ni," potong Farhah sambil menyeka hujung mata sendiri.

"Tapi Farhah.."

"Farhah okey. Cuma bila dengar suara ibu saja Farhah sebak. Tadi ibu pun ada minta sampaikan salam dia pada mak. Tak elok kalau kita tak jadi balik kampung abang. Apa kata mak. Apa kata ibu. Sekarang, banyak hati kita berdua perlu jaga," potong Farhah lagi sekali.

"Abang cuma nak senyuman Farhah semula. Abang tak boleh lihat Farhah sedih begini. Tak elok untuk ibu yang sedang mengandung. Ibu mengandung tak boleh stress. Tak boleh selalu sedih."

"Abang, Farhah bukan saja kahwin dengan abang. Tapi Farhah kahwin dengan keluarga abang sekali. Farhah sedih sebab tak dapat beraya dengan keluarga sendiri itu normal. Mana-mana isteri orang lain pun sedih. Jadi abang jangan risau sangat. Lagipun Farhah anggap isu ni sebagai pengorbanan seorang isteri pada suaminya. Begitu juga sebaliknya kalau abang beraya dengan keluarga Farhah nanti."

Farhah menghela nafas panjang. Genggaman tangannya pada Syed Arif dieratkan.

"Ibu mengandung memang tak boleh selalu sedih. Tapi Farhah bangga dapat sedih macam ni. Sebelum ni Farhah tak diberi peluang. Selalunya bila hari raya, Farhah sambut seorang diri. Makan pun seorang diri. Farhah macam pelarian. Ada keluarga tapi tak macam ada keluarga. Tapi sekarang lain. Farhah ada keluarga. Farhah sekarang bukan lagi Farhah yang dulu."

Syed Arif meraih Farhah lagi sekali bila melihat Farhah hampir teresak. Belum sempat dipujuk, tangis Farhah pecah lagi."

"Hurm.. Habuk jahat tu datang semula. Abang nak cium dekat bahagian mana pula ni, Farhah? Abang rasa kali ni abang nak cium dekat bahagian khas. Boleh?"



#ideakreatifpublication

REQ. GROUP ~ Latest Teaser 'n' Updates
https://www.facebook.com/groups/584073261660707/permalink/704548769613155/


** versi cetak telah berada di pasaran ya. Boleh dapatkan di kedai buku berhampiran.
Harga RM26.00(sem) 'n' RM29.00(SS)

Kalau beli dengan IKP terus, harga online dekat bawah ni :)
Harga Online IKP RM24.00(sem) 'n' RM27.00(SS)
Free postage (Malaysia sahaja)




22 comments:

  1. Dr SA... kt mata ai pun ada habuk jahat nie...

    ReplyDelete
  2. Cer kabo ..bahagian khas tu kat mana PK..hehehe
    Kat bahagian khas tu habuk dia lagi JAHAT la tu kan...
    I.loike PK...

    ReplyDelete
  3. Auwww... Comelnya Syed Arif pujuk isteri nga.

    -reenapple-

    ReplyDelete
  4. bila perkongsian hidup antara suami isteri ada timbang dan rasa ada kasih dan sayang ada rindu dan cinta....eh apa den ngarut ni. pk me sukaaaaaa. tq

    ReplyDelete
  5. 😭😭😭
    Kat sini pun banyak habuk jahat DrSA

    ReplyDelete
    Replies
    1. kat sini bnyk vacuum nih k. Tina.. guna vacuum jer sedut habuk tu ;p

      Delete
  6. Dr SA...mta kak ita pn kna tampar ngan hbuk jahat...tpi kak ita x cukup ubatkt mata jer... nk kt lain samaaaa

    ReplyDelete
    Replies
    1. kat mana tu Kak Ita? isk.. guna vacuum mcm brkesan kak Ita.. kekeek

      Delete
  7. Waaaaa. Which part of 'bahagian khas'??

    Nak team abang gak la macam ni. Selamanya team ngn abang. Kehkehkeh

    ReplyDelete
    Replies
    1. team dah penuh yer.. sila cari team lain.. llalalala

      Delete
  8. kt bhgian khas tu msti lg syandu kn .. msti habuk jhat tu xkn dtg2 dh bila kne cium bgian khas tu .. haha

    ReplyDelete
  9. hahaha.. amboi Dr SA mengayat... ngikut saje ayat2 Mahaguru PK tuh...

    ReplyDelete
  10. Aloalololo Dr SA sweet sesangat, cm PK hehe...

    ReplyDelete