Friday, 26 September 2014

#SE ~ Tersuka Tanpa Sengaja

Syed Arif menyandarkan tubuh pada dinding lif. Matanya dipejamkan rapat-rapat. Kelelahan setelah bekerja lebih daripada enam belas jam hari ini. Ketika pintu lif terbuka, langkah kakinya terus dihayun menuju ke pintu rumah.


"Farhah," panggil Syed Arif sambil menanggalkan kasut sendiri. Kemudian kasutnya disusun di sebelah kasut Farhah. Sedikit jarak pun tidak ditinggalkan. Menurut Syed Arif, susunan yang rapat-rapat itu menggambarkan isi hatinya sekarang.


Farah muncul bersama sudip di tangan. Melihat Farhah sekarang, mendadak saja penat Syed Arif hilang. Cuma sudip di tangan Farhah saja yang menganggu pemandangan. Bulat sungguh mata Syed Arif melihat pemandangan tersebut.


“Berapa kali abang nak cakap baru Farhah nak faham ni?”


Suara itu meskipun tidak meninggi, namun Farhah tetap juga terasa. Senyuman selamat pulang di bibirnya hilang. Berganti dengan sorotan hampir hendak merajuk.


“Farhah cuma nak masak..”


Ayat Farhah hilang bila tubuhnya lebih dulu diangkat. Kemudian di bawa ke dapur.


“Sudip tu, letak semula dekat tempat asal dia.”


"Tak nak."


"Farhah, jangan degil. Cuba kali ni Farhah dengar cakap abang."


Farhah tetap juga geleng kepala. Termasuk hari ini, sudah tiga hari Farhah dilarang memasak dan buat kerja rumah. Bila Syed Arif ke tempat kerja, barulah Farhah curi-curi melakukan aktiviti terlarang tersebut. Farhah sangat kasihan, kan?


“Nantilah lepas..”


“Sekarang,” potong Syed Arif.


Lihatlah tu, sorotan tajam berhias ketegasan itu memang membuat Farhah menurut tanpa sedar. Sudip yang sejak tadi menjadi peneman setia dilepaskan dengan hati yang separuh. Syed Arif sangat garang sekarang ni.


“Thank you, Farhah.”


“Tapi Syed..”


“Syiihh.. Sekarang masa untuk Farhah berehat. Kerja rumah yang lain, abang selesaikan.”


“Masalahnya..”


“Kalau Farhah berbunyi lagi sepatah, abang cium dan tak lepas-lepas. Itu belum campur cop mohor dekat seluruh badan.”


Kali ini mulut Farhah tertutup terus. Telah dikunci menggunakan kunci paling tahan lasak yang digelar bibir Syed Arif.


“Duduk diam-diam dalam bilik ni."


Duduk lagi dalam bilik ni? Aduh.. Farhah sudah hafal segenap penjuru dalam bilik ni. Farhah cuma nak masak.


"Kalau penat duduk, boleh baring-baring atas tilam tu. Kalau bosan, boleh buka Ipad ni atau baca buku. Kalau nak lebih afdal, baca Al-Quran. Abang jamin, anak kita mesti rajin baca Al-Quran nanti. Kalau Farhah malas, malas jugalah jawabnya,” omel Syed Arif lagi sebelum keluar dari bilik tidur. Langsung tidak peduli dengan muka menagih simpati Farhah.


Sampai di muka pintu, Syed Arif berpaling semula. Kemudian sekali lagi menghampiri Farhah. Seperti selalu, ubun-ubun Farhah menjadi tempat berlabuh bibir Syed Arif. Kali ini begitu lama dan penuh kelembutan.


"Abang lupa tadi."


Senyuman Syed Arif cepat benar menebarkan pesona indah dalam hati Farhah. Lama Farhah menatap senyuman itu. Berharap senyuman tersebut takkan hilang.


"Farhah jangan ke mana-mana ya. Tunggu saja dekat sini. Bila dah siap semua, abang panggil. Trust me, kerja rumah ni abang pejam mata pun boleh siap."


Berjela-jela pula ayat pujukan Syed Arif. Cuma ayat 'pejam mata pun boleh siap' Syed Arif itu saja yang sangat merisaukan Farhah.

 

 



FARHAH berjingkit-jingkit keluar dari bilik tidur. Hatinya tidak pernah sedap kalau Syed Arif yang melakukan kerja rumah. Ada saja bayangan negatif. Jadi Farhah rela langgar arahan. Lagipun kalau Syed Arif bertukar menjadi singa, pandailah Farhah pujuk nanti.


Baru melewati ruang tamu, telah terdengar bunyi benda jatuh dari bilik tetamu yang pertama. Dahi Farhah memang berkerut terus. Air mukanya sudah dibias rasa risau. 


"Kenapa ni?" tanya Farhah. Pintu telah dibuka dengan luas. Jelas terlihat wajah cuak Syed Arif di situ.


"Tak ada apa," balas Syed Arif sambil mengulum senyuman. Senyuman yang dibuat-buat. Senyuman yang langsung tidak melekat dalam hati Farhah.


"Bila abang bercakap tapi asyik nak pandang arah lainFarhah tahu abang sembunyikan sesuatu. Lagipun tadi Farhah ada dengar bunyi benda jatuh."


"Telinga Farhah salah dengar tuSekarang Farhah pergi sambung berehat semula. Jangan banyak sangat bergerak. Kerja rumah, abang boleh selesaikan."


Ayat 'boleh selesaikan' itu sebenarnya sangat meresahkan jiwa dan raga Farhah. Syed Arif dan kerja rumah tidak pernah sekepala. Syed Arif bukan jenis yang pandai buat kerja rumah. Pun begitu dia sangat hebat menyepahkan rumah.


"Tangan tu, sini," pinta Farhah.


Bila melihat Syed Arif geleng kepala, terus saja Farhah menyuakan tangannya sendiri. Meminta dengan lirikan mata paling lembut.


"Farhah nak lihat luka tu teruk ataupun tidak."


"Luka apa pula ni, Farhah? Mana ada luka. Tangan abang tak luka," nafi Syed Arif sekeras-kerasnya.

"Masa Farhah lebih banyak dekat rumah ni berbanding abang sendiri. Jadi apa-apa bunyi barang jatuh dalam rumah ni, Farhah dapat teka. Abang pusing sana sini pun, Farhah dapat tangkap juga."


Jelas terlihat betapa dalamnya kerutan di dahi Syed Arif ketika ini. Masih memprotes dalam diam fakta yang Farhah tebarkan sebentar tadi.


"Tangan," pinta Farhah sekali.


"Kalau abang tak beri, Farhah tak nak cakap dengan abang selama dua hari setengah. Farhah serius niFarhah akan buat sampai abang rasa macam bercakap dengan tunggul kayu."


Barulah Syed Arif menyuakan tangannya. Itupun dengan seraut wajah yang sangat tidak puas hati. Namun itulah, ketika mendengar Farhah mengeluh, hati Syed Arif ikut resah. Malah lebih resah berbanding Farhah sendiri.


"Sikit saja, Farhah. Tak teruk pun," ujar Syed Arif dalam usahanya mengurangkan risau jiwa Farhah.

"Macam ni abang kata sikit?"


Syed Arif terdiam. Bersedia dengan rela hati mendengar bebelan berjela Farhah.


"Selepas ni abang jangan buat kerja rumah lagi, kecuali yang abang biasa buat. Farhah tak nak tangan abang penuh bekas macam niDua hari lepas periuk panas. Semalam kuali panas, hari ni seterika panas. Esok entah apa lagi yang panas?" 


"Tapi yang paling panas you, Farhah. Abang selalu sejuk, jadi sebab tu abang tak boleh jauh daripada Farhah."


Farhah mendongak membalas sorotan Syed Arif. Kali ini barulah senyuman Syed Arif melekat dalam hati Farhah.


"Jangan nak merepek. Luka tangan abang ni lebih penting. Kalau lambat dapat rawatan, nanti berparut."


"Kalau tangan abang yang penuh parut tak apa, Farhah. Abang sanggup. Asalkan bukan tangan Farhah."


"Itu bukan isunya."


"Farhah, abang cuma nak rasa apa yang Farhah rasa bila Farhah buat semua kerja rumah. Bila abang dah buat, baru abang sedar abang silap. Selesaikan kerja rumah tak senang macam yang abang fikir selama niJujur, kerja doktor abang lagi senang. Dan terima kasih sebab jaga rumah ni, jaga abang dan jaga maruah abang."


Okey, Farhah mengaku kalah dalam debat kali ini. Kalau dibahas lagi, entah apa pula ayat serangan balas Syed Arif.


Farhah baru selesai memberi rawatan pada tangan Syed Arif bila telefon bimbitnya berbunyi. Syed Arif yang menjawab panggilan tersebut, kemudian baru diserahkan pada Farhah. Itu pun dengan muka cuaknya.


Farhah ketawa. Kemudian ketawa lagi dan lagi bila berbual dengan Hakim. Kalau sudah begini, hati yang tidak cemburu pun boleh belajar cemburu.


“Dia nak apaAbang lihat Farhah bukan main seronok lagi melayan dia berbual. Dengan abang pun Farhah tak pernah ketawa macam tu.”


“Tak ada apa yang serius pun. Dia ucapkan tahniah sebab Farhah bakal jadi ibu..”


“Dia tak wish dengan abang pun. Padahal abang ni pernah satu sekolah dengan dia. Nampak sangat dia bias.”


“Abang ni, Farhah tak habis cakap pun lagi. Dia pun wish dekat abang dan..” 


“Dan apa?” potong Syed Arif sekali lagi.


“Dan dia tanya tentang anak kita.”


Kening Syed Arif naik sebelah.


“Farhah jawab apa pada dia?”


Abang pun dengar Farhah jawab apa tadi.”


“Abang dah lupa Farhah jawab apaNama Hakim tu buat abang tak senang hati. Jadi penyakit pelupa abang pun datang."


Berkerut-kerut dahi Farhah bila Syed Arif buat hal begini.


Farhah jawab yang benar. Anak kita lahir pun belum lagi.”


“Lagi? Dia cakap apa lagi? Bukan main lama lagi Farhah borak dengan dia. Lepas tu siap gelak-gelak lagi. Abang yang dengar ni pun boleh jadi tuli.”


“Tak ada apa yang serius pun. Abang saja yang fikir banyak sangat.


“Kalau hal yang melibatkan Hakim, semua pun abang anggap serius. Beritahu abang sekarang Hakim kata apa lagi. Abang nak tahu.”


Hakim cuma kata dia nak minta tangan anak kita awal-awal kalau perempuan. Nanti bila umur anak kita dua puluh tahun, dia nak pinang dan kemudian jadikan isteri.”


Pinang dan kemudian jadikan isteri?


Dalam kepala Syed Arif hanya terbayang anak perawannya yang masih sunti duduk dipelaminan dengan Hakim yang umurnya 54 tahun.


“Hakim ni, memang nak kena. Jangan harap abang nak jadi mertua dia.”


“Hakim bergurau saja tu. Abang jangan ambil serius sangat.


Sekali lagi bayangan menakutkan itu muncul. Kali ini lebih dahsyat. Ada adengan Hakim memanggilnya dengan panggilan ayah. Riak wajah gelisah Syed Arif mendadak saja bertukar seriau.


“Bergurau pun abang tak rela,” bantah Syed Arif. Dia sudah tunduk sembari menyentuh perut Farhah.


“Sayang, kalau sayang perempuan, jangan kawan dengan Pak Cik Hakim. Pak Cik Hakim tu lelaki paling teruk dekat muka bumi niDengar cakap babah ni ya. Paling penting, sayang babah lebih. Babah yang terbaik. Kalau tak percaya, tanya mama.”


“Amboi.. Awal-awal lagi abang dah beri ajaran ‘sesat’ dekat anak kita. Macam mana nak jadi ayah terbaik ni?”


Syed Arif mengangkat wajah.


“Kalau hal yang melibatkan Hakim saja abang tumbuh tanduk. Kalau hal Farhah, abang jadi suci bersih dan murni.”


“Kalau puji diri sendiri memang abang..”


“Farhah minta cop mohor ke ni?” potong Syed Arif. Sorotannya nampak begitu polos sekali. Cuma hatinya saja yang telah naik paras nakalnya.


“Sekarang Farhah beritahu abang, Farhah nak dicop dekat bahagian mana dulu?”


Sepi.





#ideakreatifpublication


REQ. GROUP ~ Latest Teaser 'n' Updates

https://www.facebook.com/groups/584073261660707/permalink/704548769613155/



** versi cetak telah berada di pasaran ya. Boleh dapatkan di kedai buku berhampiran.

Harga RM26.00(sem) 'n' RM29.00(SS)


Kalau beli dengan IKP terus, harga online dekat bawah ni :)

Harga Online IKP RM24.00(sem) 'n' RM27.00(SS)

Free postage (Malaysia sahaja)




 

4 comments:

  1. Ekceli PK aii senyum x henti2
    lelagi bab mintak.cop mohor tu....
    u know where.... notty arr....
    hahahahaha....
    Lagiiiiiiiiiii...... de series....
    BEST......

    ReplyDelete
  2. hahaha .. dr sa ngn cop mohor x kn terpisah, ngeri bayang dr sa jd mertua hakim mesti kelakar ... hahah pk u the best!! ade smbungan x ni ??

    ReplyDelete