Tuesday 29 July 2014

SE - Tersuka Tanpa Sengaja


Doktor Syed Arif mengerutkan dahi. Sejak tadi lagi dia menyorot Farhah dengan hati dihuni seguni rasa geram. Makin lama makin tajam saja sorotan Doktor Syed Arif.


"Biar I tolong," pangkah Doktor Syed Arif. Sejak tadi dia dilarang keras memasuki ruang dapur tersebut. Sampai hati Farhah kata dia cuma tolong sepahkan barang dapur. Tak patut, kan?


"Tak payah."


"Farhah, I nak tolong ni. Kalau you tak benarkan, I minta cop nanti. Bukan sekali, tapi berkali-kali. Cop sini, sini, sini, sini, sini, sini, sini, sini, dan banyak lagi sini."


Banyak lagi sini? Ayat apa ni?


"Syed, I tengah buat tart nanas.."


"I tahu, sebab tu I nak tolong. I yang minta you buat," potong Doktor Syed Arif.


"Tapi Syed.."


"I jaga ketuhar. You gulung doh tu. I takkan sepahkan apa-apa pun. I pun akan tolong bersihkan dapur bila siap nanti. It's a worth deal, right?"


Worth deal? Tahap keyakinan Farhah cuma mencecah 15%. Macamlah Farhah baru kenal Doktor Syed Arif sehari.


"Farhah, I nak jadi suami mithali ni. The great husband Rasulullah pun ringan tulang bantu isteri dia. Takkan you nak halang niat baik I?"


Farhah sempat mengeluh. Ini yang Farhah tidak suka bila Doktor Syed Arif bercuti. Bukanlah dia tidak sudi di tolong. Cuma bila Doktor Syed Arif menolong, kerja Farhah bertambah-tambah jadinya.


"Farhah, I tahu I tak pandai dalam hal-hal dapur ni, tapi I tetap nak cuba. Kalau hal dapur pun I tak pandai nak handle, macam mana I nak jaga you sebaik mungkin? Lagipun sejak tadi you sibuk dan I goyang kaki. Kalau macam ni, tak jadilah team work kita."


Okeylah. Farhah mengalah. Kalau dibantah, makin berjela ayat ala-ala beli jiwa Doktor Syed Arif.


"Guna sarung tangan ni kalau nak keluarkan dulang."


"Baik Puan Farhah," balas Doktor Syed Arif sambil tersengih-sengih seperti kerang tak laku.


"Dan jangan nak mengada-ngada dekat situ."


"Mana ada I mengada-ngada."


"Sekarang memang belum lagi. I cakap selepas ni."


"I tak mengada-ngadalah. Mengada-ngada tu apa sebenarnya? Cuba you beri tafsiran sebenar."


Farhah kembali menyibukkan diri. Malas hendak melayan Doktor Syed Arif. Kalau di layan, tak siap tart nanasnya nanti.


Doktor Syed Atif bercekak pinggang bila diabaikan begitu. Mulalah otaknya mencari akal mahu menarik perhatian Farhah.


"Farhah," panggil Doktor Syed Arif.


"Apa?"


"I belum pakai apron. Nanti baju I kotor."


"Apron dekat sana, ambil sendiri."


Semakin kelat muka Doktor Syed Arif. Namun dia tetap mencapai apron yang dimaksudkan oleh Farhah.


"Tak pandai pakailah apron ni. Pakai macam ni ke?" aju Doktor Syed Arif. Terlalu sengaja memakai apron tersebut secara terbalik.


Farhah berpaling. Matanya sempat dibesarkan sebelum lekas-lekas membetulkan apron di badan Doktor Syed Arif.


"Daus pun pandai pakai apron. Kalau Daus tahu you tak pandai pakai apron, mesti Daus ketawa."


"I tak kisah, Farhah. Asalkan bukan you yang ketawa," jawab Doktor Syed Arif. Kali ini, dia terlalu sengaja pula menempel rapat-rapat di sisi Farhah.


"Syed, you pergilah dekat hujung sana. I susah nak bergerak kalau you menempel macam ni."


"Hujung sana tu? Tak naklah. Jauh sangat, nak hidu bau perfume you pun tak dapat. I nak dekat-dekat dengan you."


Gerakan tangan Farhah terhenti. Rasa geramnya mula datang. Inilah yang Farhah maksudkan tadi dengan 'mengada-ngada'.


"Kalau macam tu tak payah tolong."


Berubah terus air muka Doktor Syed Arif. Sugul saja wajahnya ketika mengorak langkah menuju ke hujung sana yang dimaksudkan oleh Farhah.


Sepi. Hampir seminit juga suasana bungkam mengisi waktu. Sampaikan Doktor Syed Arif mula tidak senang duduk.


"Farhah, sini sekejap. Cuba tengok tart nanas dalam ketuhar ni. Macam lain saja."


"Lain? Lain yang macam mana?"


Tidak sampai lima saat, Farhah sudah berdiri betul-betul di sisi Doktor Syed Arif. Kini Farhah memberi sepenuh perhatian pada tart nanas yang sedang dibakar di dalam ketuhar.


Perlahan-lahan bibir Doktor Syed Arif singgah di pipi Farhah. Mengucup penuh rasa kasih. Cuma Farhah saja yang terkejut.


"Tart tu okey. I saja yang tak okey bila pandang you dari jauh. Dekat macam ni baru I okey semula," beritahu Doktor Syed Arif lantas sekali lagi mengambil kesempatan.


Rahang Farhah sudah bergerak-gerak. Seperti mahu marah. Seperti mahu menjerit kuat. Namun segala rasa negatif itu hilang bila jari tangannya diraih. Telapak tangannya dibuka sebelum bibir Doktor Syed Arif singgah pula di situ.


"I love you," bisik Doktor Syed Arif.


"Syed.." luah Farhah sepatah. Selebihnya dia diserang rasa terkejut dan terharu.


Senyuman Doktor Syed Arif semakin lebar. Sekarang dia meletakkan doh yang sudah dibentuk menjadi bentuk hati di atas telapak tangan Farhah.


Besar mata Farhah melihat doh kecil tersebut. Meskipun cuma kecil, tapi doh itu dibuat dengan penuh teliti oleh Farhah. Sekarang Doktor Syed Arif senang-senang saja rosakkan bentuk tersebut. Kalau macam ni, Farhah nak menjerit semulalah.


"Syed, jangan membazir!"


Monyok terus muka Doktor Syed Arif. Sangkanya tadi dia bakal melihat senyuman paling manis Farhah. Mana tahu, dia ditempelak.


"Okey. I tak buat apa-apa dah. I jaga ketuhar ni saja," ujar Doktor Syed Arif lantas terus membuka ketuhar. Isinya dikeluarkan. Konon-kononnya sedang merajuk dan minta dipujuk.


"Syed!" panggil Farhah, lengkap dengan wajah gusarnya.


"Apa lagi?"


"Tangan tu.."


"Tangan?"


Doktor Syed Arif melihat tangannya. Kemudian seperti kilat dia terlompat-lompat menahan rasa pedih yang menular. Habis bertaburan biskut tart nanas bersama dulangnya sekali.


"I dah cakap tadi, guna sarung tangan. You selalu macam ni. Selalu ingat you tu kebal sangat. Dah jadi macam ni, you juga yang susah," bebel Farhah sebelum bergegas mencari first aid kit. Tidak sampai seminit dia datang semula.


"Sakit tak?" tanya Farhah dengan wajah risau.


"Sakit. Dekat sini," jawab Doktor Syed Arif sambil menyentuh dadanya sendiri.


Terangkat-angkat juga kening Farhah. Sepasang matanya sempat mengecil sebelum jari tangannya singgah menyentuh dada Doktor Syed Arif. Kemudian digosok penuh kelembutan.


"Sakit lagi?"


"Tak dah."


Mengada-ngadanya nombor satu!


"Tangan ni tak sakit?"


"I kebal Farhah. Setakat kena dengan dulang panas, apalah sangat. Hati I saja yang tak kebal. Hati I setiap hari mesti digosok penuh kasih sayang macam tadi. Paling penting, cuma you yang boleh gosok. Tangan you saja yang ada aura istimewa. Tangan orang lain tak ada."


"Kebal ya? Kalau I picit macam ni kebal lagi tak?" soal Farhah lalu memicit jari tangan Doktor Syed Arif.


Berair-air juga mata Doktor Syed Arif menahan rasa sakit yang menular. Namun untuk mengaduh kesakitan, tidak sama sekali. Jatuhlah saham Doktor Syed Arif nanti.


Farhah menggelengkan kepala sebelum menghela nafas panjang.


"Kalau pesakit you nampak perangai you ni, mesti mereka terkejut. Tak macam doktor langsung."


"Farhah."


Farhah tidak menyahut, sebaliknya membalas sorotan Doktor Syed Arif.


"Dekat luar memang I doktor, Farhah. Tapi dalam rumah ni I pesakit. Angau I bukan angau yang biasa. Jiwa I pun dah melekat pada you. Raga I ni lagilah suka dekat you. Sebab tu I tak boleh berenggang dengan you, Farhah." - Dr SA



** versi CETAK bakal direlease pada 23.08.2014 (insya-Allah kalau tak ada sebarang perubahan). Kaunter PREORDER telah di buka. Mohon message PK melalui akaun FB kalau berminat nak dapatkan first batch yang bertanda tangan (TT) 




Harga Online IKP;

1. Semenanjung @ RM24.00

2. Sabah / Sarawak @ RM27.00

Free postage




13 comments:

  1. Cepatlah keluar. Dah tak sabar nak pegang versi cetak. :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. Reen.. Order sudah dibuka ya. Insya-Allah, release hujung bulan ni. Kalau nak order, PM PK dekat FB.. Hi3

      Delete
  2. Replies
    1. Bella.. Jgn lupa dapatkan versi cetak #TERSUKA TANPA SENGAJA. Release hujung bulan ni. Order dah dibuka :))

      Delete
  3. So sweettt n so comey....l like this couple...hope they will live happily ever after....😍😍

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mummy Hannan.. Versi cetak release hujung bulan ni.. :))

      Delete
  4. boleh kena kencing manis bila bercakap Dr SA ni ... Farhah ja yang kebal sikit ja... hihihi

    ReplyDelete