Friday 11 April 2014

#Bab04 - Tersuka Tanpa Sengaja


Dua puluh minit kemudian, lelaki yang diserang asma tadi telah selamat dibawa pergi oleh ambulans. Tinggal Farhah berdua dengan doktor Syed Arif.

"You dah breakfast?"

Farhah geleng kepala. Namun kemudian dia lebih pantas menggangukkan kepalanya. Farhan segan nak beritahu yang dia breakfast maggie subuh tadi. Lagipun dia mahu lekas-lekas pulang ke rumah.

Entah kenapa gerak hati Farhah beritahu, ada perkara buruk berlaku kalau dia bersama dengan doktor Syed Arif. Hari itu dia sudah di cop muka tak cantik. Lepas ni apa pula? Farhah belum cukup kuat terima kejutan kedua selepas kejutan pertama tempoh hari.

"Sekejap geleng sekejap angguk, mana satu ni?"

"Sudah. I dah breakfast tadi."

"Okey, tapi kalau you breakfast sekali lagi tak ada masalah, kan? Kita breakfast dekat Mc Donald."

"Huh?"luah Farhah sepatah.

Otak Farhah sudah bekerja keras mengira-ngira baki wang yang berada dalam pursenya. Semalam dia beli beras 5kg yang paling murah. Baki duit belanja adalah.. RM 12.60 kut. Memang cukup kalau nak breakfast dekat Mc Donald. Tapi esok lusa macam mana?

"I betul-betul dah kenyang."

"Please?"pinta doktor Syed Arif tidak mahu kalah. Dia sudah menyorot Farhah. Meneliti setiap inci muka Farhah.

Mulalah Farhah teringat insiden yang tidak berapa nak klise tempoh hari. Lekas-lekas dia memandang ke arah lain.

"It was very rude kalau kita bercakap dengan seseorang, dan seseorang tu pilih pandang tempat lain. Kenapa you tak nak pandang mata I? Mata I tak cantik ke?"

Farhah telan liur. Luar biasa hebat soalan doktor Syed Arif. Tapi takkanlah Farhah nak mengaku yang mata doktor Syed Arif menggoda sangat. Dalam mimpi pun Farhah takkan mengaku okey!

"Okey, I pandang you sekarang. You nak cakap apa?"

“You tak pandang betul-betul. I nak you pandang mata I terus. Bukan pandang sipi-sipi.”

Now shoot. I dah tak pandang sipi-sipi dah,”balas Farhah. Hati di dalam sudah hampir melompat keluar membalas sorotan tajam doktor Syed Arif. Sudahnya dia kalah.

See. You pandang sipi-sipi lagi. Cara I pandang macam nak telan orang ke sampai you takut sangat nak pandang mata I?”

“Tak. Mata you ada tahi mata. Sebab tu I tak nak pandang,”balas Farhah yang langsung saja dibalas tawa lucu doktor Syed Arif.

“Betul ke ada tahi mata?”soal doktor Syed Arif kemudian setelah tawanya reda. Lelaki itu sudah mengeluarkan sehelai tisu dan mula membersihkan matanya.

Amboi.. Siap bawa tisu. Farhah sendiri pun tak bawa tisu.

“Tak ada pun. You sengaja beri alasan ya?”desak doktor Syed Arif. Matanya sudah dikecilkan. Dia memang terlalu sengaja menatap muka Farhah puas-puas.

“Tadi memang ada,”beritahu Farhah. Bersungguh-sungguh benar menegakkan benang basahnya.

Actually you yang ada tahi mata,”komen Syed Arif.

“Hah?”jerit Farhah. Kelam-kabut dia membersihkan matanya.

“Guna tisu ni. Lebih bersih.”

Pipi Farhah jangan cakaplah. Tebalnya sudah sepuluh inci. Macam mana pula dia yang boleh ada tahi mata ni? Ini hukuman Tuhan ke sebab dia menipu tadi?

“I nak balik. Terima kasih sebab tolong selamatkan lelaki tadi dan beri I tisu,”ujar Farhah lantas lekas-lekas angkat kaki. Betullah gerak hati Farhah tadi. Memang ada perkara ‘buruk’ yang berlaku!

“You nak ke mana tu? Urusan bisnes kita belum selesai.”

Syed Arif sudah mengulum senyum hangat khas untuk Farhah sahaja.

“I tak pernah ada business association dengan you pun.”

"You do have when you start shouting at me just now. Kemudian lompat-lompat macam anak saudara I yang umur 7 tahun tu.”

“I panggil sebab nak selamatkan lelaki tadi.”

“I tak terima alasan murahan. I nak you teman I breakfast dan you tak boleh kata tidak. Lagipun, I tengok you ni macam tak cukup zat saja. You makan nasi ke makan maggie?"tanya doktor Syed Arif lagi dengan muka selambanya.

"Makan nasilah!"tempelak Farhah. Susah hati benar bila tekaan doktor Syed Arif sangat betul.

"Kalau macam tu, breakfast dengan I kali ni. I belanja. Atau you nak I heret you masuk dalam kereta?"

"Huh?"

Doktor Syed Arif sudah tersengih-sengih. Suka sangat dia melihat muka terkejut Farhah.

"Okey, I breakfast lagi sekali. Tapi I nak bayar sendiri. You tak payah belanja I. I nak yang paling mur.. Maksud I, I nak hotcakes tu saja."

"Agreed."

Doktor Syed Arif sudah mengulum senyum lebar. Nampaknya, pagi ini pagi yang tidak membosankan. 'An amusing object' sedang menemaninya. Agak-agak, boleh tak doktor Syed Arif menyanyi kecil?

Tolonglah doktor Syed Arif. Sila fokus pada pemanduan dan cari tempat letak kereta secepat mungkin.

Farhah mengekori doktor Syed Arif memasuki Restoran Mc Donald. Dia tidak berani untuk beriringan dengan lelaki itu. Bimbang perkara buruk bakal berlaku lagi.

"One box family breakfast. Makan sini,"pinta doktor Syed Arif pada pekerja Mc Donald tersebut.

Farhah sudah membeliakkan matanya. Otaknya kembali bekerja keras mengira wang yang perlu dia keluarkan. Dan dia hampir hendak pengsan melihat harga box family tersebut.

"I nak hotcakes. Kenapa you order box family? I ada RM12.60 saja. Kalau bahagi dua, I kena bayar you RM10.00. Habis I nak makan apa esok? Dengan duit RM2.60 tu, I boleh beli apa? Takkan I nak makan maggie lagi. Hari-hari makan maggie, lama-lama muka I pun boleh jadi macam maggie. I kena jimat duit tu sampai hari Khamis!"tempelak Farhah dengan suara yang sengaja ditinggikan.

Kemudian baru Farhah sedar, suaranya yang meninggi itu telah berjaya membuat 50% pelanggan di dalam restoran tersebut memberi sepenuh tumpuan padanya.

Dengan muka hampir hendak menangis Farhah sudah berpaling lantas melangkah pergi. Dia sudah membuka rahsia diri tanpa sedar. Semuanya sebab doktor Syed Arif terlalu suka mendesak.

"Kami akan duduk meja paling tepi tu. Nanti boleh tolong hantar tak? Kawan I merajuk. I kena pujuk,"beritahu Syed Arif setelah menyerahkan not dua puluh ringgit.

Pekerja Mc Donald tersebut hanya mengulum senyum lebar sebelum mengangguk setuju.

"Farisha, tunggu sekejap."

"Nama I bukan Farisha. Berapa kali I nak cakap baru you nak ingat nama I? Nama I Farhah. F A R H A H,"bidas Farhah. Kali ini dia sudah mengeja namanya sendiri.

"Sorry, my mistake again."

Farhah jeling doktor Syed Arif lantas kembali menghayun langkah deras.

"She was indeed an amusing object,"ujar doktor Syed Arif lantas lekas-lekas mencapai lengan Farhah.

“Kenapa you pegang lengan I pula ni?”

“Jari tangan you tak berlapik. Kalau I capai tangan you, nanti you kata I ambil kesempatan. Lengan you ni sekurang-kurangnya dilapik dengan lengan baju.”

Pandai pula doktor Syed Arif ini menjawab. Kemudian meski Farhah menolak, doktor Syed Arif berjaya memaksa Farhah duduk di kerusi paling tepi dan dihadang oleh dinding kaca. Jadi, kalau Farhah hendak bergerak kemana-mana, dia perlu melepasi doktor Syed Arif dulu.

"Kita breakfast, dan kemudian you boleh balik. Breakfast kali ni, I belanja."

"No. I tak nak berhutang dengan you."

"Okey, macam ni. Hari ni I belanja you. Nanti bila you dapat duit hasil jualan lukisan you, you belanja I semula. Macam mana?"

Farhah membisu. Masih menimbang-nimbang cadangan doktor Syed Arif.

"Ini kad I. Nombor telefon I ada dekat situ. You boleh call I bila-bila masa you rasa nak belanja I semula."

Kali ini doktor Syed Arif sudah menyerahkan sekeping kad kecil pada Farhah.

"Sekarang kita makan dulu, boleh?"pujuk doktor Syed Arif lagi ketika pekerja Mc Donald sudah menghantar family box yang di pesan tadi.

Farhah menjadi pemerhati pada kecekapan doktor Syed Arif bergerak mengambil sos untuk dirinya sendiri dan juga gula untuk air teh Farhah. Kemudian doktor Syed Arif siap tolong letak lagi gula dalam air teh Farhah. Sebenarnya, hati Farhah sempat juga terbersit. Nampak caring saja doktor Syed Arif ni.

Tanpa sedar, bibir Farhah melebar dengan senyuman. Senyuman terindah.

“Kenapa?”

“Apa?”

“I nampak you senyum.”

“I teringat cerita kartun yang I tonton semalam,”jawab Farhah. Namun kemudian dia menyesal memberi jawapan yang entah apa-apa itu.

Terangkat-angkat kening doktor Syed Arif. Susah hendak percaya dengan cerita Farhah.

"You makan maggie apa pagi tadi?"tanya doktor Syed Arif lagi.

Kunyahan Farhah terhenti. Bulat sepasang matanya membalas sorotan doktor Syed Arif.

"I tak makan maggie pun."

Terlihat dengan jelas senyuman lucu terukir di bibir Syed Arif.

"Kalau you tak makan maggie, habis tu yg melekat dekat baju you tu apa? Bukan cebisan mee ke?"

Sekali lagi Farhah membeliakkan matanya. Dan apabila dia tunduk, memang ada cebisan mee yang melekat. Sudahlah tadi dia ada tahi mata. Apalah malang sangat nasib dia hari ni. Mesti Syed Arif fikir Farhah ni pengotor. Farhah tak rela dicop sebagai pengotor.

Kelam-kabut juga Farhah menarik cebisan mee yang telah kering itu. Begitulah jugalah senyuman Syed Arif. Semakin lama semakin lebar.

"First I ingat you lelaki, tapi actually you seorang perempuan. Kemudian malam blind date tu you muncul dengan penampilan baru, which is wearing a dress.. I nak you tahu yang I dah terkejut sampai nak pengsan.”

Keras seketika tubuh Farhah bila doktor Syed Arif buka cerita.

“Dan sekarang, I jumpa you semula. You pakai T-Shirt, yang di hias dengan cebisan mee, yang dah melekat dan kering. You sedar tak, yang you ni sangat unik dan lucu?"

Gerakan tangan Farhah benar-benar sudah terhenti. Bulat lagi matanya. 

"Jadi, you tahulah I orang yang sama?"soal Farhah. Dia nyaris hendak pengsan melihat muka doktor Syed Arif yang ala-ala menahan ketawa itu.

Syed Arif angguk laju-laju sambil mengulum senyum selebarnya. Dan kemudian lelaki itu mula ketawa. Ketawa yang sedap didengar!

"I suka tengok you. Bila you kelam-kabut, you nampak sangat menarik,"beritahu doktor Syed Arif setelah tawanya mulai reda.

" Bila dengan you, ada saja perkara menarik, pelik dan lucu berlaku dalam hari I. I suka."

Farhah telan liur. Tidak tahu kenapa hati perempuannya bergegar mendengar kata-kata Syed Arif. Dia mula tidak senang duduk.

Dan percayalah, rahang Farhah hampir jatuh bila Syed Arif mencapai sehelai tisu dan kemudian dengan selambanya mengelap hujung mulut Farhah.

Terkebil-kebil mata Farhah. Dan seperti selalu, haruman perfume doktor Syed Arif yang sangat sedap dihidu itu kembali memenuhi rongga hidung. Macam hari itu juga.

"You makan macam anak saudara I yang umur tujuh tahun tu. Hujung bibir dia mesti comot,"komen Syed Arif setelah selesai menolong membersihkan hujung bibir  Farhah yang comot. Seperti selalu juga, bibir lelaki itu sudah bijak mengukir senyuman khas untuk Farhah.

"Thanks. Ta.. Tapi.. Tapi lepas ni you lap mulut anak saudara you saja. You jangan lap mulut I lagi,"tutur Farhah dengan suara terputus-putus. Kemudian dia kelam-kabut mencapai tehnya. Terus dia teguk.

Berair-air juga mata Farhah. Panas kut air teh tersebut. Tapi takkanlah dia nak buat perangai tak senonoh dengan luah air teh itu semula. Itu sengaja tunjuk perangai tak senonoh namanya! Farhah tak sanggup.

"Farhah, would you like to be my girlfriend?"

Untuk kesekian kalinya, Farhah membeliakkan matanya. Tidak dapat menahan rasa terkejut melampau yang melanda, Farhah sudah menyembur air teh yang penuh dalam mulut tepat ke muka doktor Syed Arif.



~ Ringkasan diari hidup doktor Syed Arif hari ini ~
Terjumpa pelukis ‘gedoboh’ itu lagi. Terlihat cebisan mee lama yg sudah melekat dan kering dekat baju pelukis ‘gedoboh’ tersebut. Tertanya soalan bonus dan akhir sekali muka ‘jambunya’ terkena pancutan air teh berkuasa tinggi dari mulut pelukis ‘gedoboh’ tersebut. Nice!




** versi CETAK bakal direlease pada 23.08.2014 (insya-Allah kalau tak ada sebarang perubahan). Kaunter PREORDER telah di buka. Mohon message PK melalui akaun FB kalau berminat nak dapatkan first batch yang bertanda tangan (TT) 




Harga Online IKP ;

1. Semenanjung @ RM24.00

2. Sabah / Sarawak @ RM27.00

Free postage


For latest teaser ‘n’ updates, please click the below link. TQ  :))
https://www.facebook.com/groups/584073261660707/


47 comments:

  1. Hahahaha.... gelabah gajah
    Main2 arr dr SA
    ai like

    ReplyDelete
  2. An amusing couple...hehehe tiru ayat dr sa. Pk...nak ikutkan takmo baca dulu naknbagi banyak2 baru baca tapi aura farhah ni memang menarik2...hahahah

    ReplyDelete
    Replies
    1. Eeehhh.. Mane boley tunggu bnyk2.. Kang tetibe PK delete.. Ekekek

      Delete
  3. Kesiannya SA kena sembur dgn Farhah...hi hi hi

    ReplyDelete
  4. Kesiannya SA kena sembur dgn Farhah...hi hi hi

    ReplyDelete
  5. hampeh punya SA! haha..nasib ler dapat mandi teh pepagi..hihi

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tu lar ni.. Bukan sebarang air.. Air berperisa teh lg.. Mua3

      Delete
  6. Replies
    1. Padan muke Dr SA.. Main2 lg. Kan da kene sembur :P

      Delete
  7. dah lama x menyonteng kat blog PK ni....rindu plak nk menyonteng kat sini.....nak bab 5 blh x PK???? hahahahahaha....missed u PK n c u next time tp xkn ketemu di grup bt ms ni ye..... - jumay jue

    ReplyDelete
  8. Terkejut farhah bila Dr. SA propose dia jadi girlfriend.. haha

    ReplyDelete
  9. Haha...lawak betol...u buat I sengih sorang2, tau. Great story...sambung cepat2, ehhh ;)

    ReplyDelete
  10. Best..
    Smbg la lg..
    Klau versi cetak dia keluaq nanti bgtau la..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tqsm.. Join la grup PK dekat Fb.. Updates n teaser semua ad dekat sana :))

      Delete
  11. bila lah cerita ini terbit PK... terbayang bayang pula situasi doktor Syed Alif tu dengan Farhah. ahakzz

    ReplyDelete
  12. Replies
    1. Bersi cetaknya bakal direlease hujung bulan lapan ni yer.. Kaunter preorder pn dah dibuka.. He3

      Delete
  13. tak boleh nak control..mmg gelak sorang2..adoiii..x menahan betul la si farhah ..sooooo.... funnyyyyy..tahniah.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Nak wat mcm mane.. Farhah trkujat sesangat tu.. Versi cetak dah nak keluar hujung bulan lapan ni.. Jgn lupa dptkan.. Ngee

      Delete
  14. Replies
    1. Hahahaha.. Adeh.. Trbabas plak guna akaun satu lg.. Mua3

      Delete
  15. adoiyai..sengeh sesorg bace si Farhah si kelam kelibut...

    ReplyDelete
  16. Bapak kelakor si Farhah ni. Tak control langsung, dah la kelam kelibut skali perangai. Hahahaha

    ReplyDelete
  17. So sweet ..alangkahnye jumpa seperti doktor nieh ..he he ^^

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kn? Kalu jumpa, harus diikat kakinya terus.. Hahaha

      Delete
  18. Unik story! Nampak sgt SA suka Farhah..kelakar lh Farhah ni...suka SA...mmg superb!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Versi cetak bakal dirilis penghujung August ni.. Jangan lupa dapatkan yer.. He3

      Delete
  19. Replies
    1. Episod seterusnya lg mencabar hati dan minda.. Ngeh3

      Delete