Friday, 11 April 2014

#Bab03 - Tersuka Tanpa Sengaja


Farhah menatap cermin muka sepintas lalu. Malas mahu menilik lama-lama. Nanti mulalah dia terkenang segala kata-kata doktor Syed Arif yang macam sempurna sangat tu.

Dia ingat sangat nama lelaki itu sebab Rin dua puluh empat jam suka menyebut nama tersebut. Boleh pula Rin syorkan dia tackle doktor Syed Arif. Meremang bulu roma Farhah.

Farhah ‘jadi’ dengan doktor Syed Arif? Doktor Syed Arif yang perasan bagus tu? Takkan mungkinlah!

Farhah sempat mengeluh sebelum menyimpan cermin kecil tadi ke dalam poket seluar sukannya. Dia mengeluh bukan apa, hatinya terguris bila dikatakan tidak cantik. Farhah bukan tak cantik. Farhah cantik. Cuma ada lagi perempuan di luar sana yang lebih cantik. Contoh terbaik si Katrina. Farhah memang kalah teruk kalau dibandingkan dengan Katrina.

Farhah rela hidup kais pagi makan pagi kais petang makan petang kerana bosan asyik dibandingkan dengan Katrina yang cantik luar biasa tu. Lagipun, ayah jadi pembangkang nombor satu bila Farhah suarakan hasrat mahu jadi pelukis. Dua perkara ini yang buat dia nekad keluar dari rumah.

Sekarang setelah hampir enam bulan, isu tidak cantik keluar semula. Bezanya kali ini, isu itu ditimbulkan oleh seorang doktor. Kenal pun tak sampai dua jam dan lelaki itu sudah berani memberi pandangan yang entah apa-apa.

Farhah menoleh bila seorang lelaki awal empat puluhan tiba-tiba saja mengambil tempat di sisinya. Bulat mata Farhah melihat lelaki yang tidak dikenali itu. Hilang sekejap segala rasa tergurisnya.

Semakin lama, semakin pelik Farhah lihat lelaki tersebut. Lelaki itu asyik menekan dada. Kemudian dia bernafas dengan amat payah. Mulalah Farhah tidak senang duduk.

"Encik okey ke?"tanya Farhah. Mula risau melihat keadaan lelaki tersebut.

Lelaki itu tidak menjawab, hanya terdengar bunyi nafas yang dihela dengan payah sekali. Sedar-sedar lelaki itu sudah tertiarap menyembah rumput yang menghijau.

Bulat sungguh mata Farhah. Rahangnya juga nyaris jatuh dek kerana terkejut.

"Kenapa ni?"tanya Farhah kelam-kabut. Lekas-lekas dia membantu lelaki itu duduk semula.

Wajah lelaki itu sudah mula bertukar sedikit kebiruan. Bunyi helaan nafas lelaki itu juga semakin kuat dan pendek.

"Okey, tenangkan diri. Cuba tarik nafas macam biasa,"luah Farhah. Sempat juga dia mengerling ke kiri dan ke kanan. Besar harapan Farhah ada hamba Allah yang melalui kawasan tersebut.

Namun dia hampa. Tasik Titiwangsa ini terlalu luas dan sekarang belum ramai lagi warga kota yang melakukan senaman ringan. Lagipun hari ini hari bekerja, bukan hujung minggu!

"Awak ada bawa bronkolidator tak? Ubat sedut tu.”

Lelaki itu mengangguk meski sedikit kepayahan.

"Kat mana? Awak simpan dekat mana?”tanya Farhah. Matanya sempat melilau kalau-kalau lelaki itu ada membawa sebarang beg.

"Dalam kereta. Saya.. Saya simpan dalam kereta."

"Dalam kereta? Kereta dekat mana?"

Lelaki itu tidak memberi sebarang jawapan. Yang jelas nafas lelaki itu semakin sempit. Hanya tangan lelaki itu saja menunjuk ke arah sesuatu yang tidak pasti.

Farhah ikut menoleh arah yang ditunjukkan oleh lelaki tersebut. Dan matanya sudah terbuka luas melihat akhirnya ada seorang lagi lelaki melalui kawasan tersebut.

Terima kasih ya Allah sebab bawa seorang penyelamat ke sini!

"Encik!"laung Farhah sambil melambai-lambaikan tangannya. Tidak cukup dengan itu, Farhah juga terlompat-lompat. Bila melihat lelaki itu masih tidak melihatnya, mulalah Farhah ketap bibir.

“Encikkkkkkkkkkkk!!”laung Farhah sekali lagi. Begitu kuat dan panjang. Kalau lelaki itu tidak dengar lagi, Farhah memang bercadang hendak baling lelaki tersebut dengan kasut. Kalau terkena kepala lelaki itu lagi bagus. Cepat sikit dia sedar tentang Farhah yang melompat-lompat dari tadi.

Barulah larian lelaki itu terhenti. Cermin mata hitamnya ditanggalkan sebelum mencari-cari arah datangnya suara yang begitu nyaring tadi.

"Tolong! Dia kena serangan asma!"laung Farhah terus sambil menunjuk-nunjuk ke arah lelaki yang di serang asma tadi.

Tidak sampai sepuluh saat lelaki penyelamat itu sudah bertinggung di sisi lelaki yang diserang asma tersebut. Cuma Farhah yang masih berdiri kaku, langsung tidak bergerak-gerak. Hanya keningnya saja yang hampir bercantum. Mukanya pun sempat berubah menjadi seperti muka nenek kebayan.

Sumpah, Farhah sangat terkejut! Kenapa? Sebab lelaki yang jadi penyelamat itu adalah doktor Syed Arif! Iya, doktor Syed Arif yang buat kesimpulan tentang muka Farhah tidak cantik tu!

"Dah berapa lama your boyfriend kena serangan asma ni?"

Kalau tadi Farhah terkejut, sekarang dia bagaikan baru terkena kejutan elektrik mendengar soalan paling 'indah' doktor Syed Arif.

“Your boyfriend..”

"No. Dia bukan boyfriend I,”potong Farhah.

Berkerut-kerut dahi doktor Syed Arif mendengar jawapan Farhah. Sangkanya tadi lelaki yang diserang asma ini teman lelaki Farhah.

“Tadi dia tiba-tiba duduk sebelah I. Lepas tu dia jatuh. I cuma bantu dia duduk semula. Dan lepas tu I perasan dia kena serangan asma,"beritahu Farhah kelam-kabut. Percayalah, dia tidak mahu doktor Syed Arif salah faham.

Tapi kalau doktor Syed Arif salah faham pun, Farhah peduli apa. Lantak dialah, kan? Buat apa Farhah nak susah hati.

“I nak bawa dia pergi klinik, tapi I datang pun jalan kaki ke sini. I tak ada kenderaan. Lepas tu I nak papah dia, tapi I langsung tak boleh nak bangunkan dia,"beritahu Farhah lagi. Begitu bersemangat sekali memberi penerangan.

Doktor  Syed Arif masih sibuk memeriksa tahap pernafasan lelaki tersebut. Jadi cerita Farhah cuma masuk telinga kanan dan kemudian terus keluar ikut telinga kiri.

Farhah terjenguk-jenguk mahu melihat bantuan perubatan yang diberi. Dia cuma melihat sejak tadi doktor Syed Arif membetulkan cara duduk lelaki tersebut. Kemudian memujuk lelaki itu supaya bertenang.

“Kalau setakat buat begitu, aku pun boleh jadi doktor,”gerutu Farhah. Begitu perlahan. Manalah tahu doktor Syed Arif terdengar, payah nanti!

"Dia tertinggal bronkolidator dia dalam kereta. Tadi dia cuma tunjuk arah sana. I tak tahu nak cari kereta dia. Lagipun dekat sana ada banyak kereta,”ujar Farhah tiba-tiba. Biar doktor Syed Arif sedar yang Farhah masih wujud di situ.

"Tak apa, I ada bawa bronkolidator. You buat tindakan bijak dengan beri bantuan kecemasan. Mana you tahu pesakit yang terkena serangan perlu didudukkan dengan cara begini tadi?"tanya doktor Syed Arif sambil tangannya mengeluarkan ubat sedut.

Terangkat-angkat kening Farhah bila dipuji begitu.

"Arwah nenek I. Arwah nenek I pun pesakit asma. Kenapa you bawa bronkolidator? You pun asma juga ke?"

Doktor  Syed Arif hanya geleng kepala. Kemudian sepi. Soalan Farhah memang berjawab tapi tanpa sebarang ayat sokongan. Serupa macam tak jawab juga. Kalau setakat angguk-angguk geleng-geleng, budak umur lima tahun pun boleh jawab.

"Macam mana? Ada rasa okey sikit tak?"soal doktor Syed Arif setelah hampir lima minit membisu.

Farhah pula sudah lama makan hati. Tadi doktor Syed Arif tu sibuk sangat tanya soalan. Selepas Farhah beri jawapan dan kemudian bertanya, doktor Syed Arif terus senyap dan Farhah rasa sekali lagi dia diabaikan.

"Atau dada masih rasa sempit?"soal doktor Syed Arif lagi sekali pada lelaki itu.

Lelaki awal empat puluhan itu mengangguk lemah.

"Tapi rasa dah selesa sikit berbanding tadi."

"Lain kali, jangan tinggal ubat ni dekat mana-mana. Bawa selalu,"pesan doktor Syed Arif. Sempat dia mengukir senyum tipis sebelum kembali menoleh pada Farhah.

"Tolong call ambulans. Dia masih perlukan rawatan lanjut."

Farhah sempat melopong bila menerima permintaan doktor Syed Arif. Takkanlah dia nak beritahu dia tidak boleh membuat panggilan gara-gara kreditnya bernilai RM0.00. Malu!

"Lebih bagus kalau you yang buat panggilan. Nanti mesti mereka nak tanya pasal perubatan. You lebih expert. After all, you are a real doctor. I cuma pelukis biasa-biasa."

Kening doktor Syed Arif sudah terangkat sebelah. Namun dia tetap mengeluarkan telefon pintar iPhone dari poket seluar jogging yang dipakainya.

Farhah menghela nafas lega.  Nasib baik doktor Syed Arif tidak banyak tanya. Lagipun, Farhah seganlah nak keluarkan telefon bimbit Samsung GT-E1195 dari poket seluar sukannya. Mesti doktor Syed Arif gelak besar. Jadi Farhah telah membuat keputusan bijak.

Pada pandangan Farhah, doktor Syed Arif ini serupa juga dengan telefon pintar iPhone. Telefon pintar iPhone mana boleh syncronized dengan jenama telefon yang lain. Dia mesti pilih 'sekutu' dia juga.

Tapi kan, Kuala Lumpur ni bukan kecil sangat. Kenapa Farhah asyik bertembung dengan doktor Syed Arif ni. Masuk kali ini, sudah tiga kali.

“I bawa bronkolidator sebab sebelum ni ada kes. Disebabkan tak ada bronkolidator, I tak dapat selamatkan uncle tu. He passed away. Sebab tu bila ke mana-mana, I bawa satu unit. It hurts a lot when my patient passed away because I’m not competent enough. Seorang doktor perlu standby 24 hours. I tak nak dihantui dengan perkataan ‘kalaulah aku macam ni’. ‘Kalaulah aku macam tu’. It’s a waste of time.”

Farhah melopong luas-luas mendengar jawapan doktor Syed Arif. Dia kagum sebenarnya dengan prinsip lelaki itu. Jadi dalam diam, Farhah pun sudah menyimpan impian mahu punya prinsip hidup seperti doktor Syed Arif.

Sediakan payung sebelum hujan. Barulah tidak terdesak dan didesak. Betul tak?



~ Ringkasan diari hidup Farhah hari ini ~

Hari indahnya terganggu bila seorang lelaki tak dikenali diserang asma. Penyelamat datang. Malangnya penyelamat itu tak lain tak bukan doktor Syed Arif. Farhah terkejut sampai rahang nak jatuh. This is a very bad coincidence!


** versi CETAK bakal direlease pada 23.08.2014 (insya-Allah kalau tak ada sebarang perubahan). Kaunter PREORDER telah di buka. Mohon message PK melalui akaun FB kalau berminat nak dapatkan first batch yang bertanda tangan (TT) 





Harga Online (IKP)

1. Semenanjung @ RM24.00

2. Sabah / Sarawak @ RM27.00

Free postage


For latest teaser ‘n’ updates, please click the below link. TQ  :))

https://www.facebook.com/groups/584073261660707/

28 comments:

  1. Okey... Dr SA n Farhah sdh ada sedikit persefahaman.. Suka, suka...

    ReplyDelete
  2. Okey... Dr SA n Farhah sdh ada sedikit persefahaman.. Suka, suka...

    ReplyDelete
  3. Aihhhhh...suka.buat n3 seciput

    Best3.......

    ReplyDelete
  4. pertemuan Farhah & Dr.SA..adalah aturan yg telah ditetapkan Allah.....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Farhah jer yg trkejut smpai nk pengsan.. Dr sa maintain cool :P

      Delete
  5. erkk..sediakan payung sebelum hujan..
    tak hujan pun boleh pakai gak payung tu...tmbah2 ngan cuaca sekarang ni..
    panah ceng!

    sayang kamooo...Pena kayu..:)

    ReplyDelete
  6. sikit sgt la tak puas baca...

    ReplyDelete
  7. Best. :) Suka farhah gn dr SA. Bila novelnya akn siap PK? Lama lg?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mss dah siap.. Tp sedang dinilai yorr.. Hehehe

      Delete
  8. Wow! Amazing! Syed Arif!!! U make me crazy!!!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Frankly speaking, he makes me overly stress!! Hahahah

      Delete
  9. Sory syeena. Nk cobfirm je ni. Nk cal ambulance kena ade credit ke? Bkn emergency cal tu?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Emergency call x payah credit. Farhah tgh kalut tu.. Dlm otak cuma fikir x nak dr sa nmpak hp dia. Tp xpe, edited version PK dah tambah sebaris ayat utk avoid kekeliruan.. Ngee

      Delete