Wednesday, 5 March 2014

#Bab02 - Tersuka Tanpa Sengaja



Doktor Syed Arif sudah selamat menyandarkan tubuh. Sejak tadi keningnya hampir bercantum. Sepatutnya dia dan Armand pergi 'karok’', tapi nampaknya dia terperangkap dalam blind date yang entah apa-apa.

"Aku nak balik," bisik doktor Syed Arif dengan rupa cuak. Itupun setelah puas dia mencuit bahu Armand. Armand kalau jual minyak cap senyonyong, memang nombor satu.

"Sekarang?"

"Habis tu, takkan esok pula?"

Armand sudah pandang doktor Syed Arif dengan muka peliknya.

"Tunggulah sekejap lagi. Ada yang belum sampai lagi ni. Manalah tahu, kut-kut ada yang berkenan di hati. Taklah kita berdua ni di cop gay lagi."

“I don’t care,” balas doktor Syed Arif.

“Okey, kau tunggu sampai pukul 9.00 malam. Lepas tu kau boleh balik. Kali ni aku minta tolong sangat. Jangan malukan aku depan mereka ni semua.”

“Lepas ni jangan harap aku nak percaya cakap kau lagi. ‘Karok’ konon, padahal blind date,” tempelak doktor Syed Arif dalam suara yang sengaja di perlahankan. Nafas pula di hela panjang. Masih berusaha sebaik mungkin mengawal emosi yang mulai goyah.

Armand pula macam biasa tersengih-sengih mendengar komen tidak puas hati doktor Syed Arif.

Sementara itu, Rin menghayun langkah deras menghampiri restoran tempat berlangsungnya blind date yang dirancang  dengan beberapa orang doktor. Sempat dia mengerling jam tangan.

Nasib baik belum lambat sangat. Tapi itulah, bila dia menoleh mencari kelibat Farhah, Rin nyaris menjerit penuh rasa geram. Farhah berada 500 meter dari tempat Rin berdiri sekarang.

"Cepatlah Farhah!" desak Rin. Kemudian dia menarik tangan teman serumahnya itu supaya berjalan lebih laju. Dari tadi matanya cukup sakit melihat cara jalan Farhah yang mengalahkan gaya itik berjalan itu.

"Kita dah lambat ni," desak Rin sekali lagi.

"Wait!" balas Farhah. Mukanya sudah berkerut seribu. Sempat dia menunjuk ke arah kakinya.

"Sebab tu aku tak nak pakai high heel. Sakit kaki. Sakit belakang. Belum campur dress meleret ni lagi," komen Farhah. Nampak sangat dia tidak puas hati bila Rin memaksanya memakai dress.

"This is sooo not me!" sambung Farhah lagi sekali sambil menunjuk-nunjuk dress yang sedang dipakainya pula. Muka Farhah pula yang telah diconteng oleh Rin. Jujur, Farhah rasa seperti sedang memakai topeng muka setebal 10 inci.
"Kau nampak cantiklah. Takkanlah kau nak pakai kemeja dan jeans buruk kau datang jumpa doktor tu semua? Memang kena reject la jawabnya."

"Aku nak baliklah. Blind date ke, apa ke, aku tak biasa dengan benda-benda ni semua."

"Jangan nak mengada-ngada!" tempelak Rin lantas menarik tangan Farhah memasuki restoran sederhana mewah itu.

"Rin, dalam purse aku ada lebih kurang lima belas ringgit saja. Mana nak mampu bayar harga makanan dekat sini."

"Tak apa, doktor-doktor terhangat tu belanja."

Kebetulan pula Armand memandang pintu masuk dan terpandang kelibat Rin. Terus saja lelaki itu melambaikan tangan pada Rin.

"Itupun Armand. Handsome tak?"

Soalan Rin masuk telinga kanan keluar telinga kiri. Mata Farhah terlalu sibuk mengamati lelaki yang berada di sisi lelaki yang dipanggil Armand itu.

Semakin dekat, semakin Farhah tidak keruan. Akhirnya Farhah berhenti melangkah.

Lelaki yang berwajah masam di sisi Armand itu sangat Farhah kenal. Siapa lagi kalau bukan lelaki yang terkena tahi kucing petang tadi.

"Nak ke mana pula tu?"
"Aku nak balik."

"Jangan buat drama sinetron dekat sini ya. Kita datang sini sebab nak pikat doktor. Tapi belum apa-apa kau dah mengalah."

"Aku tak naklah. Aku ni tak sesuai dengan golongan kolar putih ni. Kolar ‘kaler’ biasa-biasa saja yang sesuai dengan aku."

Rin sempat memberi jelingan paling tajam. Kemudian tangan Farhan sudah dicapai lalu di tarik menghampiri kumpulan Armand.

"Sorry lambat. I siapkan tuan puteri ni ha."

Berpasang mata sudah memberi tumpuan pada Farhah. Percayalah, Farhah cuma kalah pada sorotan tajam mata lelaki yang berada di sebelah Armand. Susah benar hati Farhah. Manalah tahu, lelaki itu dapat mengecam mukanya.

Sepuluh minit kemudian, Farhah sudah selamat menjadi kera sumbang. Dia tercicir dalam perbualan mereka. Paling tidak bagusnya, lelaki di sebelah Armand itu juga tercicir sama. Lagilah Farhah tidak selesa. Macam pasangan kera sumbang pun ada.

Eh, sekejap.. Siapa nama dia tadi? Farhah lupa sebab terlalu risau.

“Syed apa tadi ya? Syed Adam kut,” bisik Farhah antara dengar dengan tidak.

“Doktor Syed Arif,” bisik Rin.

Terkejutnya Farhah.
Alamak.. Rin dapat dengar ke tadi? Nasib baik bukan doktor Syed Arif itu yang dengar.

"Semalam I jumpa seorang anak Datuk. Well, anak orang kaya ni memang suka buat perangai, kan? Mentang-mentanglah mereka tu ada banyak duit. Semua pun nak settle guna duit. Dia salah pun jadi betul sebab duit," cerita Shasha tiba-tiba.

Berdesing-desing telinga Farhah. Walaupun dia keluar dari rumah keluarganya, tapi dia masih anak Datuk Ahmad Alias.

"Bukan semua anak Datuk perangai macam tu," bantah Farhah tanpa sedar.

Doktor Syed Arif angkat muka. Muka perempuan yang duduk setentang dengannya dia tilik puas-puas. Tadi doktor Syed Arif fikir perempuan itu tak nak bercakap langsung. Mulalah bibirnya mengulum senyum senget yang luar biasa panjang.

"Indeed. Bukan semua. But majority of them do have that kind of attitude,” balas doktor Syed Arif. Wajahnya sudah mula dihiasi dengan senyuman sinis ada makna. Suka sangat dia melihat perubahan muka perempuan tersebut.

"I don't think so, but I agree if you said a few of them were having ‘that’ kind of attitude."

"You tak berurusan dengan mereka. Kami yang berurusan dengan mereka ni yang terpaksa hadap semua kerenah tak logik mereka tu. I tahu sebab I banyak berurusan dengan anak-anak Datuk,” tekan doktor Syed Arif sekali lagi. Kali ini dia menilik perempuan di depannya puas-puas.

"Minta maaflah sebab you terjumpa anak Datuk yang perangai special sikit. I doakan semoga you dapat jumpa anak Datuk yang bukan fikir duit adalah segala-galanya."

"Susah nak jumpa," bidas doktor Syed Arif. Kemudian ketawa. Ketawa yang dibuat-buat.

"By the way, you anak Datuk ke?" lanjut doktor Syed Arif. Matanya sudah dikecilkan sebelah.

Bulat mata Farhah bila di tanya soalan begitu. Lidahnya kelu tiba-tiba.

"You ada kawan anak Datuk?" desak doktor Syed Arif lagi.

Lambat-lambat Farhah geleng kepala.

"Have you met one of them?"

Geleng lagi.

"You bukan anak Datuk. You tak ada kawan anak Datuk. Dan you pun belum pernah jumpa anak Datuk, tapi you tak setuju dengan statement I tadi. Boleh I tahu apa yang you cuba buktikan?"

Doktor Syed Arif sudah angkat-angkat kening. Tadi dia bosan, sekarang rasa bosannya sudah hilang bila perempuan di depannya ini sangat seronok dibawa berbahas.

"But still, you don't have the right to bad mouthing them,” tempelak Farhah.

“Sudahlah tu. Kita datang sini bukan nak berbahas fasal anak Datuk. Let them be,” sampuk Armand. Susah hati melihat muka merah padam Farhah.

"You kerja apa?" tanya doktor Syed Arif setelah suasana kembali pada asal.

Farhah mengeluh dalam hati. Farhah tak nak baik sangat dengan kawan Armand ni. Dia bahaya. Mulut dia sangat berbisa. Bisa King Cobra pun kalah.

"I cuma pelukis. Pelukis biasa-biasa."

"Pelukis biasa-biasa? Okeylah tu. Sekurang-kurangnya you bukan mencuri."

"Thanks,” balas Farhah. Kemudian dia buat-buat sibuk. Namun rasa kurang selesa asyik datang. Mana tidaknya, lelaki yang pandang rendah pada anak Datuk itu suka sangat meniliknya lama-lama. Tak senang duduk Farhah dibuatnya.

"Will you excuse me, I nak pergi wash room," pinta Farhah tiba-tiba. Cari peluang supaya dapat lari daripada sesi menilik yang sangat tidak selesa itu.

Sebaik saja memasuki wash room, Farhah nyaris melakukan aksi lompat kijang bila melihat pantulan wajahnya di cermin. Matanya dibesarkan. Terkejut melihat muka sendiri.

“Apa Rin dah buat nih? Tebalnya make up aku!” jerit Farhah di dalam wash room tersebut. Kelam-kabut Farhah membersihkan mukanya. Kemudian dengan hanya memakai pelembab muka, Farhah keluar semula setelah menghabiskan masa hampir 20 minit.

Farhah nyaris lagi melakukan aksi lompat kijang pada saat wajah tenang doktor Syed Arif menyapa. Betul-betul di tepi pintu wash room tersebut. Lelaki itu sedang berpeluk tubuh. Gaya macam kebosanan menjadi pak tunggu.

"You.. You buat apa dekat sini?" soal Farhah dengan muka pucat.

"I was waiting for you."

"Me? Kenapa?"

"Well, mereka semua dah pergi ‘karok’. You lambat sangat dan mereka tak boleh tunggu. So I volunteer nak tunggu you."

Thank you. Tapi I nak balik. Nanti tolong beritahu Rin yang I tak dapat join,” balas Farhah. Rasanya, dia tidak sesuai berada dalam majlis blind date ini. Langsung tak masuk dengan jiwa Farhah.

“I belum habis cakap. Selagi I tak habis cakap, you tak boleh bergerak ke mana-mana.”

Berkerut-kerut dahi Farhah. Dia baru mahu berhenti melangkah dan meluahkan rasa hati bila imbangan tubuhnya tiba-tiba saja tidak stabil.

"Oh mak!" jerit Farhah bila tumit kasut tingginya patah. Lantas tanpa ampun lagi dia sudah dipegang kemas oleh doktor Syed Arif.

Macam sedang melakukan tarian tango pun ada. Bezanya, tarian tango versi Farhah dengan doktor Syed Arif ini statik.

"Are you okay?" soal doktor Syed Arif. Lengkap dengan muka terkejutnya.

Terlebih dahulu haruman perfume yang dipakai oleh doktor Syed Arif memenuhi udara di sekitar Farhah. Bergegar seketika hati perempuan Farhah.

Are you okey, Farisha?” soal doktor Syed Arif sekali lagi.

Lekas-lekas Farhah angkat muka. Sempat terkebil-kebil. Siapa pula Farisha ni?

“Farhah. Nama I Farhah. Bukan Farisha”

“Sorry. My mistake. You okey tak?

Farhah angguk. Namun percayalah, matanya kembali dibesarkan.

Baru Farhah sedar kulit muka doktor Syed Arif terlalu licin. Anak matanya berwarna coklat jernih. Keningnya lebat. Hendak jumpa pori-pori terbuka pun susah. Ini namanya betul-betul berhabis duit jaga kulit muka.

Jujur, sejak tadi mata Farhah langsung tidak berkelip-kelip. Dia leka menatap wajah makhluk Tuhan yang bernama doktor Syed Arif itu. Farhah paling suka dengan mata doktor Syed Arif.

Sekejap! Ini sudah macam adengan dalam drama tv. Lepas ni mesti hero rapatkan muka dan cium heroin. Klise sangat ni.

Cium?

Sekujur tubuh Farhah sudah mengeras. Baru dia sedar muka doktor Syed Arif tidak sampai tiga inci dari mukanya sendiri.

Kali ini Farhah tidak berani lagi menatap muka doktor Syed Arif. Lebih pelik bila dia memilih untuk memejamkan mata.

Sekejap! Dalam drama tv, perempuan yang hendak kena cium mesti pejam mata.

Pejam mata? Masya-Allah, apa kamu buat ni, Farhah? Mesti doktor Syed Arif fikir kamu minta dicium. Cepat buka mata!

Lekas-lekas Farhah buka mata semula. Dan seperti tadi, sorotan tajam doktor Syed Arif yang menyapanya. Tapi, takkanlah doktor Syed Arif ni betul-betul hendak cium Farhah? Salah ni. Ini dosa!

"Okey, I dah ada kesimpulan," luah doktor Syed Arif tiba-tiba lantas melepaskan pegangannya pada Farhah.

"Huh?" luah Farhah dengan muka pelik. Fantasi Farhah tentang kisah klise drama di tv turut hilang.

Kesimpulan? Kesimpulan tentang apa?

"You tanpa make up sangat pucat. Tapi I lebih suka you yang tanpa make up macam ni. Sekarang I boleh nampak hidung you ni agak kembang. Mata pun agak sepet. Kelopak mata cukup-cukup makan. Rahang pula tak cukup tinggi.”

Farhah buka mata luas-luas. Suaranya telah hilang kerana sangat terkejut.

Jadi.. Jadi.. Doktor Syed Arif ni tengah cakap aku ni tak cantik langsung la?

Sabar Farhah. Dengar dulu penjelasan doctor Syed Arif. Mungkin dia ada sebab kata begitu.

Maaf, Farhah takkan dengar apa-apa. Noktah.

“Okey, I nak balik sekarang. Terima kasihlah atas analisa ringkas you tadi. I memang tak cantik. Selamat berjumpa dengan perempuan cantik,” balas Farhah lantas lekas-lekas membuka kasutnya. Biarlah dia berkaki ayam. Farhah tidak kisah, asalkan Farhah dapat cepat-cepat jauhkan diri daripada lelaki itu.

“Farisha!”

Tengoklah tu, doktor Syed Arif guna nama Farisya lagi. Jangan haraplah Farhah hendak layan.

45 minit kemudian Farhah sudah selamat berada di rumah sewanya. Dress yang dipakainya tadi sudah di tukar dengan baju jogging. Minta maaf ya, bukan Farhah sengaja pakai baju jogging. Tapi sebab bajunya hanya ada tujuh pasang. Selebihnya baju-baju Rin.

Sekarang Farhah betul-betul berada di depan tv sambil makan aiskrim sundae.

"Tahulah muka dia tu sempurna. Tahulah aku ni tak cantik,” luah Farhah lantas kembali menyuap satu sudu penuh aiskrim sundae. Kemudian satu sudu lagi, dan lagi. Tidak sampai dua minit, 800ml aiskrim sundae sudah berjaya dihabiskan.

Farhah mengeluh berat. Sangat berat.

“Apalah malang sangat nasib aku hari ni.”




~ Ringkasan diari hidup Farhah hari ini ~
Telah diheret menghadiri satu blind date. Terjumpa lelaki yang terkena tahi kucing petang tadi. Psst.. Mata dia cantik. Nama dia Syed Arif. Doktor Syed Arif. Kemudian ada adengan klise di mana dia hampir-hampir dicium. Sumpah, lepas itu tak klise langsung! Dan Farhah berjaya cipta rekod. Dia berjaya habiskan 800ml aiskrim sundae dalam masa kurang dua minit sebab nak tenangkan hati yang sedih. What a day!



** versi CETAK bakal direlease pada 23.08.2014 (insya-Allah kalau tak ada sebarang perubahan). Kaunter PREORDER telah di buka. Mohon message PK melalui akaun FB kalau berminat nak dapatkan first batch yang bertanda tangan (TT) 




Harga Online IKP ;

1. Semenanjung @ RM24.00

2. Sabah / Sarawak @ RM27.00

Free postage



For latest teaser ‘n’ updates, please click the below link. TQ  :))
https://www.facebook.com/groups/584073261660707/

20 comments:

  1. Alaaa farha,
    Mula2 nyampah......
    lama2 ai lap u......
    Hihihihihihi

    ReplyDelete
    Replies
    1. aikkk.. tolong jawab isi hati Farhah nmpak.. kawan ke? muamumua

      Delete
  2. kenapa rasa macam dah tersuka dengan mamat doktor kerek+perasan hensem tu..
    oh hati..tlg duduk diam,jangan macam-macam..
    erkkk.

    ReplyDelete
    Replies
    1. kak.. ingat abg Abu.. Abg Abu setia jer.. ekekek

      Delete
  3. Replies
    1. S.A.B.A.R .. jd penunggu dulu yer.. miamiamia

      Delete
  4. best...lamanya nak tggu bab 2 ni. Farhah mmg the sempoi habis but SA kerek gila mamat tu...

    ReplyDelete
    Replies
    1. PK saje jer up lambat2.. saje nk dere.. (gelak jahat)

      Delete
  5. Rasanya..Dr. SA da berminat dengan Farhah..

    ReplyDelete
  6. pasa menilik muka...bez

    ReplyDelete
  7. Sempat tilik plk ye...haha..best...sdh tersuka Dr SA...

    ReplyDelete
  8. Replies
    1. Waalaikummussalam wbt.. Belum release lagi dear.. Apa2 PK akan inform nnti ya :))

      Delete
  9. Ada lg sis.. harga rm24+6(sem) atau rm29+10(ss)

    ReplyDelete