Sunday, 9 March 2014

#Bab04 - Temani Aku Selamanya

Tujuh bulan empat belas hari kemudian.

Sudah lima kali Carl Ibrahim menjeling Hairi di sisinya. Kecil besar kecil besar saja Carl Ibrahim lihat batang tubuh Hairi. Perutnya pula sejak tadi berkeroncong minta diisi. Malangnya, rumah pengantin masih juga tersorok entah di mana.

"Kau ni pandai tengok wazetak? Daripada tangki minyak kereta aku ni penuh sampai tinggal separuh, rumah pengantin tak jumpa-jumpa juga.”

“Pandai. Sekejap lagi sampailah.”

Ayat bela diri Hairi memang Carl Ibrahim tidak boleh hadam. Makin berasap saja telinganya ketika ini.

“Cuba kau tengok jam tu.Pukul 3.30 petang. Kalau kita sampai nanti, mesti tinggal tulang ayam. Kau tahu tak yang hari ni aku sengaja kosongkan perut?"

Begitulah rungutan orang kelaparan. Hairi saja yang maih buat muka tidak bersalah.

"Sabarlah.. Nak sampai dah ni. Depan tu saja lagi. Kali ni mesti jumpa."
           
 "Kalau tak jumpa, kau siap! Aku serius ni.”

"Kali ni betul. Tadi dekat simpang luar tu aku dah nampak bunga manggar."

"Yang tu, kan? Yang ada banyak khemah putih tu?"

Hairi terdiam. Sedikit teragak-agak. Namun bila melihat wajah merah padam Carl Ibrahim, kepalanya tanpa sengaja mengangguk.

"Yang itulah. Parking dekat tepi kereta Honda putih tu. Kereta sebelah Honda putih tu nak keluar."

Carl Ibrahim sempat jeling Hairi. Kalau ikutkan rasa hati, mahu saja dihempuk-hempuk kepala Hairi. Sepatutnya mereka sampai pukul 1.30 petang tadi. Sekarang sudah nak pukul 3.40 petang!

Sementara itu, Nirina membesarkan matanya Dia cuma lambat sedikit, dan tempat parkingnya telah dikebas orang.

"Kita tunggu punya lama, tapi dia senang-senang ambil tempat parking kita. Kau tunggu sini, biar aku pergi sound driver kereta Volvo tu,” marah Qas. Qas sudah buka pintu kereta.

"Qas, tak payahlah cari fasal. Kita dah lambat ni. Nanti apa pula kata Malik."

Bukan main cemberut lagi muka Qas.

"Dia tak nampak kereta kita tadi tu," pujuk Nirina pula.

"Kereta Viva kau ni bukan kecil sangat. Takkanlah tak nampak."

Nirina buat-buat tidak dengar. Dia terlalu sibuk mencari tempat letak kereta yang kosong.

"Ada satu tempat untuk aku. Ada satu tempat untuk aku," ujar Nirina berkali-kali.

Qas menoleh dengan muka peliknya.

"Kau ni kenapa?"

"Fikir positif. Barulah dapat sesuatu yang positif juga.”

“Semuanya dah jadi negatif sejak Volvo tu kebas tempat parking kita.”

Nirina ketawa. Qas kalau sudah geramkan sesuatu, sepanjang harilah ‘sesuatu’ itu meniti dibibirnya.

“Cuba lihat depan tu, ada satu tempat parking untuk kita. Sebab itulah positif tu penting."

"Nasib baik ada. Kalau tak ada, aku calarkan Volvo merah tu."



DI DALAM khemah pula, Carl Ibrahim tersengih-sengih bagai kerang busuk tak laku. Sejak tadi lagi bibirnya tidak mahu berhenti lagi tersengih.

"Yang kau tersengih-sengih macam orang gila ni kenapa?"

Soalan Hairi dibiarkan sepi tanpa jawapan. Hanya jari telunjuknya saja telah terarah pada satu bekas makanan.

"Kau tunjuk apa? Acar?"

"Bukan."

"Habis tu?"

"Aku nampak belacan.”

Jujur ya, otak Hairi tidak dapat memproses jawapan Carl Ibrahim. Cuba bayangkan, muka Carl Ibrahim nampak begitu gembira sebab jumpa belacan. Diulangi sekali lagi, belacan. Belacan yang berbau tengit tu. Otak Carl Ibrahim ni memang sah pelik. 

"Cara kau pandang belacan tu, macam kau baru ternampak perempuan cantik.”

"Tak habis-habis dengan perempuan cantik. Kalau kau beriya sangat macam ni, mereka mesti lari. Jadi jangan gopoh. Dia yang istimewa tu pasti datang sendiri nanti. Trust me.”

Berkerut juga dahi Hairi mendengar cerita Carl Ibrahim. Carl Ibrahim bolehlah cakap begitu. Carl Ibrahim ada pakej kacukan. Macam Hairi yang betul-betul pakej asli Melayu ni, mesti berusaha lebih sedikit kalau nak pikat perempuan.

"Banyaknya!" jerit Hairi tanpa sedar. Jari telunjuknya naik menunjuk sambal belacan yang berada dalam pinggan Carl Ibrahim.

“Aku tak boleh tanpa belacan. Lagipun masuk hari ni, dah dua minggu aku tak sentuh belacan. Kalau tangguh lagi, boleh meroyan."

Hairi buka matanya luas-luas.

Lelaki celup ni gila belacan? Lepas tu meroyan? Hairi sendiri pun tak makan belacan.

“Belacan saja, Hairi. Aku bukan makan lipas sampai kau nak buat muka terkejut macam tu. Macam mana bercampur pun darah dalam badan aku ni, jiwa Melayu aku tetap kuat.”

Okey, Hairi angkat bendera putih. Sila teruskan makan sambal belacan yang banyak tu wahai Carl Ibrahim.

"Kau ada nampak staff kita tak? Aku tak nampak mereka pun.”

"Mereka dah baliklah tu. Yang penting kita makan cepat-cepat. Kemudian jumpa Aisyah dengan suami dia."

Hairi beri jawapan ala kadar.

Carl Ibrahim sempat mengerling Hairi sebelum bergerak mencari kerusi dan meja kosong. Rasa laparnya tidak mampu dibendung lagi. Jadi selesai mengaminkan doa makan, jari tangannya lincah menyuap. 

Carl Ibrahim makan dengan penuh selera. Sambal belacan yang pedas itu memang kena dengan jiwa Carl Ibrahim. Lidahnya saja sudah terasa seperti hendak putus dek kerana pedas melampau.

"Kau nak kemana tu?"

Tidak jadi Hairi melangkah.

"Nak tambah nasi. Sedap pula lauk kenduri Aisyah ni. Kena betul dengan selera aku."

"Sama. Ambil nasi tambah banyak sikit. Jangan lupa ambil sambal belacan dengan gulai kawah sekali."

Hairi geleng kepala. Malas betul si Carl Ibrahim ni. Hendak ambil nasi tambah pun suruh dia juga.

"Pedas," keluh Carl Ibrahim. Tangannya mengipas muka sendiri. Matanya pula melilau mencari-cari kelibat Hairi. 

Hairi sedang terkial-kial mengambil nasi tambah. Sekarang lelaki itu sedang terhegeh-hegeh pula mencari telefon bimbitnya. Nampaknya ada seseorang yang menghubungi Hairi. Kalau beginilah gayanya, lambat lagilah baru Carl Ibrahim dapat nasi tambah, lauk tambah dan juga air minuman tambahan.

“Carl! Carl!” laung Hairi dengan suara terkawal. Tangannya dilambaikan meski masih penuh dengan sisa nasi. Malangnya Carl Ibrahim terlalu sibuk menyuap. Langsung tidak pandang kiri kanan.

“Carl!” panggil Hairi sekali lagi. Cuma kali ini dia sudah berada di sisi Carl Ibrahim.

“Apa?”

“Kita salah rumah. Ini bukan rumah Aisyah. Ini rumah orang lain. Haram hukumnya kalau kita tak dijemput dan kemudian makan dekat kenduri tu.”

Bulat mata Carl Ibrahim. Dia sudah tersedak lalu tanpa ampun lagi, dia terbatuk-batuk. Berair-air matanya.

Laju saja jari tangannya mencapai gelas yang tersedia sejak tadi. Terus dia teguk. Terasa sejuk dan selesa tekaknya. Barulah dia mampu menghela nafas panjang. 

Namun matanya kembali terbuka luas melihat terdapat kesan lipstick berwarna merah lembut di situ. Ada perasa strawberry yang sempat melekat pada lidahnya.

Otak Carl Ibrahim tepu sekejap. Sekujur tubuhnya juga telah mengeras, langsung tidak bergerak-gerak.

Air siapa ni?

Carl Ibrahim pandang sisi kiri, gelas miliknya masih ada di situ. Habislah Carl Ibrahim kalau begini. Jujur ya, ini bukan sengaja minum air orang lain. Ini kes tidak sengaja.

Carl Ibrahim toleh ke kanan pula. Itupun setelah puas menimbang baik dan buruk banyak perkara. 

Kali ini, seraut wajah terkejut seorang perempuan yang menyapa. Seraut wajah yang begitu dekat di hati Carl Ibrahim. Seraut wajah yang membuat Carl Ibrahim terpesona pada pandangan ketiga.

“Nirina.”

Suara Carl Ibrahim antara dengar dengan tidak. Apa yang jelas, sudah tiga kali dia telan liur sendiri.

Pertama, sebab hatinya sedang terbersit.Kedua, sebab dia terkejut melihat Nirina disini. Ketiga, sebab dia risau Nirina marah.

“Sorry."

Hanya sepatah ayat Carl Ibrahim.

Berkerutnya dahi Nirina. Bibirnya terkumat-kamit mahu menyatakan sesuatu, namun semuanya tersekat dikerongkong. Sempat dia menjeling gelasnya. Kosong. Tidak tinggal setitik air pun.

"I tak sengaja. Tolong jangan anggap yang bukan-bukan," pinta Carl Ibrahim. Sedikit kelam-kabut. 

"I ambilkan air baru untuk you," lanjut Carl Ibrahim. Lekas-lekas dia bingkas berdiri. Malangnya dia terlupa Hairi ada berdiri di sisinya. Jadi dua tubuh gagah perkasa itu berlaga. Gagal mengawal imbangan tubuh, Carl Ibrahim jatuh terduduk.

Apa yang aneh, ada 'kusyen' khas yang menjadi alas Carl Ibrahim. Lebih aneh bila 'kusyen' khas itu pandai menjerit kesakitan.

Hairi sudah macam orang gila membantu Carl Ibrahim bangun. Kemudian keduanya membantu Nirina yang tidak sengaja telah menjadi 'kusyen' Carl Ibrahim.

"I minta maaf sangat-sangat,” luah Carl Ibrahim terus. Sejuta rasa bersalah begitu jelas terserlah ketika ini.

"You ada sakit dekat mana-mana tak? I boleh bawa you buat medical check up."

Nirina jeling lelaki itu tajam sebelum menghayun langkah deras. Qas yang baru sampai sambil membawa buah tembikai pun langsung tidak disapa. Nirina cuma mahu membersihkan bajunya yang terkena sambal ayam masak merah. Lihatlah tu, baju kurungnya penuh dengan tompokan merah berminyak.

"Aku rasa kau dah buat dia marah."

Ayat Hairi hanya buat Carl Ibrahim geram.

"Memanglah!"

Sudahlah salah rumah pengantin. Salah minum air Nirina. Selepas itu terhempap Nirina. Paling aneh, hatinya selalu buat keputusan sendiri. Pandai-pandai saja hatinya terpesona pada seorang Nirina. Parah kalau begini.

"Carl, kau nak tunggu dia ke?"

"Kita tunggu dia sekejap. Aku nak minta maaf dengan dia lagi."

"Tapi kita tak boleh lama-lama dekat sini. Anuar dengan Syira tunggu kita sekarang. Aisyah dengan Shamsul pun tunggu kita. Kira kita ni tetamu terakhir yang ditunggu-tunggu."

Carl Ibrahim pandang pintu yang digunakan Nirina tadi. Takkanlah Carl Ibrahim nak masuk rumah pengantin pula? Sudahlah dia salah rumah.

"Carl," desak Hairi.

Carl Ibrahim mengeluh kecil. Kemudian dia mengerling sekilas jam tangannya.

"Kita jumpa tuan rumah dulu. Bayar apa yang kita makan."

Hairi angguk kepala. Pun begitu bibirnya sudah mengukir senyum lebar. Baju kemeja Carl Ibrahim yang berharga hampir tiga ratus setengah itu sudah terpalit dengan belacan. Bau perfume Ralph Lauren Carl Ibrahim pun kalah.

Cuba bayangkan bau perfume Carl Ibrahim bergabung dengan bau belacan. Jadi bau apa ya?


*****
VERSI CETAK TELAH TERBIT
Harga Pasaran : RM25.00(SEM) / RM28.00(SS)


26 comments:

  1. Replies
    1. Kembang la hidung Carl kene puji yerk.. mia3

      Delete
  2. Alahai kesiannya kat carl dan nirina.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Carl oke jer tu.. dia mmg suke jatuh atas kusyen2 special ni ha.. mia3

      Delete
  3. Hahahaa.. sengal la carl nie.. sian kat nirina..

    ReplyDelete
  4. Carl yg hensem dan belacan...well x sabar nk tunggu bab 2...hehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. sila imagin mukacarl masa tgh makan belacan jgk yer.. wajib tuh!

      Delete
  5. Replies
    1. pandainyerrr.. sapa teka Bunga Kasih tu.. maap, jawapan anda salah sama sekali! ;D

      Delete
  6. Replies
    1. Carl kata, tunggu part 2 plak yer.. tunggu tau.. ngeee

      Delete
  7. nasib badah...
    malu wehh..dah la tersilap pi makan kenduri org lain..terminum air sigadis manis...terjatuh atas adik manis..n terkena haruman melayu asli lagii..
    carl...carl..pesal gelabah sangat ni.....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Gelabah pesal nk makan sambal belacan Kak Tina la ni.. Ekekek

      Delete
  8. Best.. N sweet la.. X sabaq nk tnggu episode seterusnya..

    ReplyDelete
  9. Haha...gila belacan betul dia ni...Carl cute..jd perfume apalh agknya ye? Blh slh rmh plk? Ish ish ish...

    ReplyDelete
  10. haha..dh agak daahh..msti salah umah punya..tp best la PK..pertemuan ptama yg huru-hara..haha

    ReplyDelete
  11. Hahahhaha
    Salah rumah
    Salah makan
    Salah landing
    Pecah perut

    ReplyDelete
  12. Ayoyo boleh slh rumah plk..sh2 tak check main terjh mkn ..haha ^_^

    ReplyDelete
  13. Ayoyoyo.... carl nampak sambal belacan terus teruja tu..... ayok tak tahu... nirina dah marah...

    ReplyDelete
  14. Pena kayu...ku bg nama perfume tu ralpha jingga...hak2

    ReplyDelete