Wednesday, 29 January 2014

#SLG - Doa Cinta Seorang Lelaki (Part I)



#DOACINTASEORANGLELAKI 

Suasana pagi di hari pertama sesi pembelajaran sebuah Taska Perpaduan.

Kelas : 1 Cerdik

Guru Tadika :
Ramainya budak! Nakal-nakal pula tu. Macam nak tarik-tarik saja telinga mereka semua ni. Tak boleh duduk senyap langsung!

Nashrin :
Cikgu! Amirul ‘e ek’ dalam ‘suar’. Busuklah!

Guru Tadika :
Apa? Hei budak Amirul ni nak kena dengan cikgu nih!

Amirul :
Kita tak ‘e ek’ pun cikgu. Kita kencing dalam suar saja. Nashrin, minta balik bunga raya aku.

Nashrin :
Mana boleh! Bunga ni untuk Nadine. Aku nak kasi dia.

Amirul :
Bagi balik! (kemudian terus terkam Nashrin. Berguling-gulinglah mereka berdua di tempat kejadian)

Abu Hanifah :
(Sambil kutip bunga raya warna putih tadi)
Biar saya tolong kasi Nadine (macam biasa dia tersenyum kecil)

Amirul & Nashrin :
Tak boleh!! (Hampir serentak)

Si Mangkuk Tingkat :
Bunga ni saya punya. Lalalalala (sambil ambil bunga raya dari tangan Abu Hanifah. Dengan selambanya selit tepi telinga)

Amirul & Nashrin :
(Buat muka tak puas hati dan marah)

Abu Hanifah :
Saya kirim doa sajalah.

Cikgu Tadika :
(Hampir nak pengsan melihat gelagat anak-anak muridnya)


***Sementara itu, suasana di bilik kelas 1 Bijak.

Fareed :
Nadine, mak kita kan.. Masak mee goreng hari ni. Jomlah makan sama. Sedap tau!

Nadine :
Zzzz…

Fareed :

Cikgu! Nadine tidur. Dia buat peta Malaysia!


Nota PK : Adorable Kids!

No comments:

Post a Comment