ERWAN menyeka keringatnya dengan tuala. Setiap hari Khamis, dia dan Ilyas memang mempunyai aktiviti mengeluarkan peluh. Mereka sepakat memilih sukan badminton sebagai aktiviti riadah untuk lebih sihat. Mereka aktif melakukan sukan badminton sejak tiga tahun lalu. Lebih tepat lagi, semenjak Sherina meninggalkan Ilyas. Ilyas yang memberi cadangan dan Erwan bersetuju tanpa banyak soal.
"Smash kau semakin tajam. Kalau kau bertarung dengan Lin Dan, mesti dia susah nak menang."
Erwan ketawa kecil apabila mendengar gurauan Ilyas. Dia meneguk minumannya sebelum menoleh pada Ilyas yang berada di sebelahnya. Ilyas sama sahaja dengan dirinya. Mereka berdua bermandi keringat.
"Aku rasa kau salah cakap ni. Kau lebih hebat daripada aku."
Ilyas tersenyum lebar. Dia sempat menepuk bahu Erwan.
"Mungkin kita patut join team negara. Mana tahu, kita dapat jadi macam Dato Lee Chong Wei."
"Kau bolehlah. Aku dah tua, dah lepas 3 series. Lagipun setiap kali kita berada di gelanggang, kau lebih banyak menang berbanding aku. Aku rasa, Lin Dan angkat bendera putih terus kalau bertarung dengan kau."
Ilyas tidak memberikan sebarang reaksi kali ini. Dia memandang ke depan. Kepalanya penuh dengan nama Helena, silih berganti dengan senyuman Sherina. Akhirnya, senyuman Sherina berjaya melenyapkan semua sisa nama Helena yang tertinggal dalam kepalanya.
"Aku dah berbaik semula dengan Sherry," beritahunya kemudian, menutup cerita tentang badminton. Dia tidak berani memandang Erwan. Dia tahu Erwan pasti tidak bersetuju dia berbaik semula dengan Sherina. Ilyas takkan menyalahkan Erwan. Lelaki itu sendiri menjadi saksi ketika dia runtuh setelah Sherina memilih meninggalkannya.Wajar kalau Erwan membantah.
"Aku tahu. Sherry ada beritahu aku."
Jawapan Erwan mengejutkan.
"Kau tahu Sherry dah balik Malaysia?"
Erwan sekadar menganggukkan kepalanya. Kakinya dilunjurkan dan tubuhnya disandarkan pada kerusi. Kemudian matanya dipejamkan. Kepalanya kembali pada detik dia bertembung dengan Sherina semula.
"Sebenarnya aku terserempak dengan Sherry dua tahun lepas, dekat majlis perkahwinan Dylan dan Laura, tetapi masa tu dia cuma balik ke sini, sebab kawan dia berkahwin. Kebetulan Laura tu, kawan Sherry dan Mira."
"Dan kau pilih rahsiakan semua tu daripada aku?"
Ada kemarahan yang Erwan dapat rasa dari lontaran soalan Ilyas.
"Sorry, aku ingat perkara tu tak penting. Lagipun kau dah ada pengganti Sherry."
Pandangan mata Erwan dan Ilyas bertemu. Erwan masih melihat ketidak puasan hati Ilyas.
"Bulan lepas bila Sherry putuskan balik ke Malaysia dan tinggal di sini, aku memang nak beritahu kau, tapi Sherry tahan. Dia sendiri nak beritahu tentang kepulangan dia ke sini."
"Kau ada beritahu dia fasal Helena?"
Erwan tidak segera memberi jawapan, sebaliknya mengeluh.
"Prinsip aku, hal Helena terlalu sensitif dan personal. Jadi aku tak pernah buka mulut beritahu dia. Hal Helena, kau sendiri yang patut beritahu dia."
"Aku nak kau kekalkan prinsip tu. Hal Helena, aku akan bincangkan dengan Sherry."
"Aku harap Sherry boleh terima dengan baik berita kau dah ada pengganti dia."
Ilyas membisu.
"Kau tahu, Sherry belum lupakan kau. Dari hari aku terserempak dengan dia, aku tahu kau wujud lagi dalam hati dia. Kalau dia bertanya khabar, tak pernah dia lupa tanya khabar kau sekali. Sebab tu aku tak faham, kenapa kalau dia betul-betul suka kau, dia pilih tinggalkan kau?"
"Erwan," panggil Ilyas, namun dia tidak memandang ke arah lelaki tersebut.
"Aku dah Sherry dah sepakat untuk balik bersama," sambung Ilyas. Tenang tetapi jelas goyah.
"What?"
Ini berita yang tidak pernah dijangkakan oleh Erwan. Dia tahu Sherina dan Ilyas telah berkawan semula, tetapi tidak menduga keduanya memilih untuk menyambung cinta mereka yang pernah putus di tengah jalan.
"Kau serius?" Erwan berterusan meminta kepastian.
"Aku tak pernah main-main kalau hal melibatkan Sherry."
"Tapi kau sedar tak dengan apa kau cakap ni?"
Berat keluhan Ilyas.
"Lebih daripada sedar, Erwan. Tapi aku tak dapat nafikan, aku masih sayangkan Sherry. I guess, aku hanya jadikan Helena tempat aku melepaskan rindu aku pada Sherry."
Kalau Ilyas bukan antara kawan baiknya, sudah lama Erwan meluru ke arah Ilyas dan melepaskan tumbukan padunya. Biar Ilyas pengsan.
"Habis tu, Helena macam mana?"
"Kami dah putus."
"What?" Kali ini suara Erwan hampir tidak keluar. Walaupun dia tidak pernah diperkenalkan dengan Helena dan belum pernah bersemuka, tetapi dia turut bersedih untuk gadis itu.
"Itu yang terbaik."
Tergeleng-geleng kepala Erwan. Ilyas sedang membuatnya susah hendak bernafas.
"Itu pihak kau. Pihak dia?"
Ilyas tunduk dan tidak mengangkat mukanya lagi.
"Aku tak percaya dia boleh terima pilihan kau berpisah dengan dia sebagai pilihan terbaik. Kau beritahu dia apa? Takkan kau nak tinggalkan dia macam tu saja, lepas dua tahun kau bercinta dengan dia? Dia ada masa kau susah. Sekarang kau dah senang, kau buang dia dari hati kau. Ilyas, setiap perbuatan jahat ni, ada balasan. Kau bukan saja aniaya Helena, tapi kau mengambil kesempatan pada Sherry."
Tangan Erwan berada diawang-awangan. Dia masih tidak dapat menerima konsep ini-yang-terbaik seperti yang disampaikan oleh Ilyas tadi.
"Aku ingatkan bila kau pernah kecewa, kau takkan kecewakan orang lain. Sebab kau sendiri tahu sakitnya macam mana bila dikecewakan. Dan tolong jangan sebut perkataan 'itu yang terbaik'. Kau sendiri tak boleh terima bila Sherry menyebut ayat tu. Macam mana kau boleh terfikir Helena boleh terima dengan lapang dada?"
"Habis tu kau nak aku buat macam mana? Aku tak ada pilihan."
"Sherry tahu tentang hal ni?"
"Sherry tak tahu dan belum masanya dia tahu."
"You're a big jerk!"
"I know, tapi aku tak dapat menipu hati aku sendiri. Helena dengan aku tak pernah sejiwa."
"Oh, stop it, Ilyas. Jangan cipta alasan sekarang. Kalau betul kau dan Helena tak sejiwa, kau takkan bercinta dengan dia selama dua tahun. Come on, kau patut fikir alasan yang lebih logik."
"Aku dah pun putuskan hubungan aku dengan Helena. Dah tak ada apa lagi yang boleh ditarik balik."
"Kau belum pernah bawa Helena jumpa aku, dan sekarang kau beritahu aku, kau dah putus dengan dia?" Erwan tidak jemu lagi menggelengkan kepalanya.
"Kau marah sebab aku tak pernah bawa dia jumpa kau?"
"Kau dah salah faham."
"Dia biasa saja, Erwan. Dia kerani dekat tempat aku bekerja sekarang. Kalau kau jumpa dia, kau pun takkan terpikat," beritahu Ilyas tanpa dipinta.
Bukan isu dia akan terpikat atau tidak, masalahnya sekarang, Erwan meninggalkan Helena setelah Sherina kembali semula ke Malaysia. Gaya Ilyas sekarang, tidak ubah seperti mengambil kesempatan ke atas Helena dan Sherina. Dia mempergunakan Helena untuk menghilangkan rindunya pada Sherina. Sebaik sahaja Sherina balik semula ke dalam hidupnya, Helena ditinggalkan runtuh seorang diri.
"Aku tahu kau tak berkenan dengan cara aku. Tapi daripada aku menipu diri sendiri dan menyebabkan masalah bertambah besar dikemudian hari, lebih baik aku memilih jalan terbaik."
Semakin rusuh air muka Erwan. Dia sendiri tidak tahu kenapa dia perlu menyusahkan diri dengan memikirkan masalah Ilyas. Mungkin kerana nasib emaknya sama dengan Helena. Emaknya juga ditinggalkan oleh ayah, setelah ayah bertemu semula kekasihnya.
Erwan melihat Ilyas tidak ubah seperti ayahnya. Seorang ayah yang melupakan wanita yang berjuang di sisinya ketika susah, dan meninggalkan wanita itu setelah hidup senang.
"Kau masih berpihak pada aku, kan?"
"Entahlah, Ilyas. Kau kawan aku. Sherry pun kawan aku dan Helena tu aku kenal dia pun tak. Tapi hati aku berat ke Helena. Aku kesian dengan dia. Dia berada ditempat dan waktu yang salah. Dia pun salah pilih teman lelaki."
"Nampaknya aku bakal kehilangan kawan baik aku. Kawan baik aku berpihak pada ex-girlfriend aku."
"Aku harap kau boleh selesaikan dengan baik. Ibarat menarik rambut di dalam tepung. Jangan sampai tepung bersepah di atas lantai."
Tepung telah pun bersepah di atas lantai. Ilyas salah percaturan.
°°°×××°°°
Nota PK:
Versi novel dengan 51 episod, lengkap dengan prolog & epilog yang baru dan dikemaskan dengan bonus Erwan & Helena.
Nota PK:
Versi novel dengan 51 episod, lengkap dengan prolog & epilog yang baru dan dikemaskan dengan bonus Erwan & Helena.
Pre-Order akan dibuka bermula 01/10/2018 - 14/10/2018. Stok terhad dan dijual secara online sahaja. First come first serve.
Untuk sebarang pertanyaan, boleh whatsapp ke +60 10-449 7835. Kalau suka dengan cerita ni, jangan lupa tinggalkan komen dan vote!
No comments:
Post a Comment