Friday 10 January 2014

#DCSL - Sesi Kenal Diri (Bhg.02)


Dia.. Perempuan moden yang hanya mementingkan kerjaya
Dia.. Yang ‘jarang’ sekali memegang senduk dan kuali
Dia.. Pakar memasak air dan Maggie
Dia.. Adalah anak sulung uncle Johari dan auntie Nazimah

Orang dulu-dulu kata (orang dulu-dulu yang katalah, bukan PK. PK tolong tulis semula saja) kalau nak pikat hati suami, pikat perut dia dulu. Betul ke?

Kata Nadine Qhaisara pula :
Tolonglah! Semua perkara tentang masak-memasak memang Nadine angkat bendera putih. Kalau masak air dengan maggie bolehlah. Minta maaflah ibu. Bukan Nadine sengaja. Tapi Nadine memang sangat lemah dalam subjek memasak ini. 

Pening juga kepala auntie Nazimah dengan perangai luar biasa pelik Nadine. Macam mana Nadine nak hidup dengan Abu Hanifah yang jenis ‘family oriented’ tu? Payah kalau macam ni!


Maka terjadilah beberapa insiden yang tidak sanggup dilihat seperti di bawah :-

#SEBELUMkahwin

“Macam mana nak siang ikan Patin ni?”aju Abu Hanifah setelah sekian lama membisu.

“Apa dia?”ulang Nadine, sekali lagi dilanda rasa terkejut.

“Saya tanya, ikan patin ni nak siang macam mana? Macam susah saja.”

Air liur ditelan satu-satu. Cuba mengingati cara Miera menyiang ikan patin tersebut. Malangnya dia gagal. Mujur dia pernah menonton drama masakan di tv.

“Tak susah pun. Paling penting, buang sisik ikan tu dulu,”balas Nadine Qhaisara penuh yakin. Bibirnya sudah melebar dengan senyuman kerana berjaya memberi jawapan paling bernas.

Makcik Nazimah sudah menyeka dahi. Miera sudah menundukkan wajahnya. Mak Jah sekeluarga dan juga Pakcik Johari sudah mula ketawa.


#SELEPASkahwin

“Nadine masak?”

Senyuman yang baru mekar terus hilang mendengar soalan si Abu Hanifah.

“Nadine pandai masak ke?”

Semakin kelat muka Nadine mendengar segala macam soalan Abu Hanifah.

Dia baru mahu memulakan lembaran baru, tapi nampaknya Abu Hanifah langsung tidak berkompromi.

“Pandailah!”

“Nadine masak apa ni?”tanya Abu Hanifah. Falafel yang berbentuk bulat itu sudah diambil.

“Awak rasa?”

“Macam falafel. Tapi falafel bukan macam ni. Lagipun ini adik beradik hangus. Sudahlah hangus, keras pula tu.”

“Falafel lah! Kalau bukan falafel, takkan arang pula,”gerutu Nadine. Falafel yang berada di tangan Abu Hanifah sudah diambil. Terus dia makan.


Sumpah! Tak sedap langsung. Sangat pahit dengan rasa yang pelik.

2 comments:

  1. hahahahaha.....agak2 abg abu mkn x falafel yg dh hangus rentung tu??? cian kat abg abu....sabar ye abg abu...biasa lah buluh xleh lentur nnt patah...hihihi - jumay jue

    ReplyDelete
  2. makan jer la abam abu..hangus pon hangus la.....
    kang kalu x makan,tah bila pulak nk dapat rasa lagi air tangan nadine tu...heheheheh

    ReplyDelete