Friday 17 January 2014

#ceriBERI - Tentang Mimpiku (Bhg.05)



“Ya Allah, Hayyi. Ibu tak larat nak lari. Lepaskan tangan ibu,”rayu Puan Sharifah pula. Jantungnya hampir berhenti berdegup dek kerana rasa terkejut dalam dirinya. Itu belum campur nafasnya yang semput. Sudah lama juga dia tidak melakukan senaman ringan.

“Hayyi,”panggil Puan Sharifah untuk kesekian kalinya.

Hayyi menuruti arahan ibunya. Kemudian bersendirian dia terus mengejar itik putih tadi. Ketawanya berdekah-dekah, begitu kuat. Mungkin saja dapat didengar oleh semua penghuni banglo dua tingkat tersebut.

“Siapa pula yang memekak pagi-pagi ni? Memang tak boleh tengok orang senang sikit. Orang nak tidur pun tak boleh,”gerutu Farhan keras sambil menekup kepalanya dengan bantal. Bingit telinganya mendengar tawa Hayyi.

Hayyi itu memang hendak diplaster mulutnya. Biar aman sikit.

“Siapa lagi kalau bukan anak kesayangan makcik kamu,”balas ibu Farhan. Sempat menjeling anak bujangnya yang masih bergolek di atas katil.

Farhan merenggus kasar.

“Ibu pujuklah makcik hantar anaknya yang gila tu ke pusat mental. Farhan tak tahanlah kalau tiap-tiap pagi macam ni. Lama-lama nanti Farhan pun ikut gila. Sama macam si Hayyi tak betul tu.”

“Sabar Farhan.”

“Nak sabar sampai bila?”soal Farhan kesal.

“Sampai kita dapat semua harta Hayyi tu.”

Farhan menjeling ibunya. Hatinya panas bukan main bila soal harta dibangkitkan. Macamlah dia tidak mampu bekerja keras mencari wang.

“Ibu ni tak habis-habis dengan harta keluarga ni. Farhan boleh kumpul harta sendiri. Farhan boleh hidup berdikari tanpa harta ni semua,”balas Farhan separuh kesal. Sempat dia mengerling ke arah jendela kamar tidurnya. Dia sendiri tidak jelas sejak bila ibunya menjadi mata duitan begini.

“Farhan harap sangat, ibu tak ungkit lagi tentang harta. Farhan tak hairan pun dengan harta keluarga ni. Tanpa harta ni semua, Farhan pun masih mampu beri ibu makan.”

Farhan menghela nafas panjang.

“Farhan bukan nak marah ibu, tapi Farhan cuma mahu ibu tahu, Farhan mampu beri ibu kemewahan hasil kerja keras Farhan sendiri,”sambung Farhan lagi.

Ibu tua itu terdiam. Tidak tahu mahu berkata apa lagi bila Farhan sudah berkata begitu.

Farhan menebarkan pandangan ke luar jendela, berharap dia dapat meraih sedikit ketenangan. Namun sepasang kemilau indahnya hanya dapat meraih kekusutan. Berkerut-kerut dahinya.

Terserlah di situ susuk tubuh tinggi lampai Hayyi sedang mengejar seekor itik putih. Ketawa lelaki itu makin lama makin besar.

Sekali lagi Farhan mengeluh panjang. Sejak mengalami kemalangan sebulan yang, Hayyi  yang normal, yang tahu berfikir sudah berubah menjadi Hayyi yang kurang waras. Lihat saja sekarang, sikapnya tidak ubah seperti anak kecil!

Terdengar lagi Farhan mengeluh berat. Cuma kali ini lebih berat. Dia sudah bangun dari tempat pembaringan. Kemudian langsung saja menuju ke bilik air. Berdentum pintu bilik air. Sungguh dia kesal dengan apa yang menimpa Hayyi.

Dek kerana perubahan sikap Hayyi itu, dia pula yang terpaksa memikul tanggung jawab menguruskan perniagaan keluarga. Padahal dia sudah bercadang untuk membuka syarikat sendiri.

Farhan mahu lari dari bayang-bayang harta keluarga ini. Dia ingin berusaha sendiri. Kerana itu, dia sangat tak suka pada Hayyi. Hayyi yang membawa bala padanya.

Namun sedalam mana pun rasa tak sukanya pada Hayyi, jauh di relung hati paling dalam dia bersimpati dengan apa yang menimpa sepupunya itu.

Tapi entahlah, Farhan sendiri tidak tahu kenapa rasa tak suka boleh timbul.

Kau benci dia sebab Riana, kan?

Bukan!

Riana pilih Hayyi, jadi kau benci Hayyi, kan?

Aku kata bukan!

Apa yang kau sakitkan hati sangat? Riana pun sudah putus tunang dengan Hayyi. Bila-bila masa kau boleh pikat Riana semula.

Minta maaf banyak-banyak, Riana bukan ratu hati aku lagi. Lagipun Riana sudah buktikan sesuatu pada aku.

Buktikan apa?

Riana tak sanggup sehidup dan semati diwaktu susah dan senang.

Tapi Hayyi bukan hidup susah, Hayyi sudah gila. Wajarlah Riana putuskan tunang.

Sudahlah! Jangan ungkit lagi tentang Riana. Aku tak suka.

“Dapat tangkap!! Yeeeeeeeey..!”

Puan Sharifah menghela nafas panjang. Sudah mati akal bagaimana mahu memujuk anaknya. Dia kalah.

“Ultraman Taro! Ibu,mulai hari ni, nama itik ni Ultraman Taro!”

“Ultraman Taro?!”aju Puan Sharifah kembali. Kepalanya dirasakan cukup berat. Lekas-lekas dia mengambil tempat duduk . Sedih dan hiba, itulah yang dirasakan kini.

“Hei Ultraman Taro! Kau nak lari mana lagi hah?! Akulah raksasa yang akan kalahkan kau sekejap lagi.”


Itik malang yang tidak mengerti apa-apa itu hanya mampu berlari menyelamatkan diri. Nampaknya pagi ini tidak ada ubahnya dengan pagi pagi sebelumnya. Dari pagi hingga ke petang, suara Hayyi akan terus berkumandang, menjadi muzik khas untuk semua penghuni banglo dua tingkat tersebut.


#dan bersambung lagi..

10 comments:

  1. Sian pulak kt ibu hayyi tu..
    Sampai bila agaknya dia mampu bertahan.

    ReplyDelete
  2. akk suka ultraman tarooooo.... hehehe...

    ReplyDelete
    Replies
    1. sapa nk jadi resakse ni? PK sebenonyer muskil dgn kuasa ultraman Taro ni. Lawan ckit lampu kt hati dia brkelip. Lepas tu tetibe kuat balik n menang. selalu mcm tu lah! hahha

      Delete
  3. semput mak hayyi layan perangai gila Hayyi tu.. kih3

    ReplyDelete
  4. Cian nya kt mak hayyi.....hayyi saje bt mcm tu ke??? Tp kenapa? X nampak pun mcm farhan tu nk harta....mak dia je yg lbh.....PK, nk nxt n3....hihihi - jumay jue

    ReplyDelete
  5. Apsal Hayyi begitu? Mana hilangnya Jamie? LOL. Adakah Jamie dan Hayyi? Kehkeh

    ReplyDelete
  6. Ultraman taro....hahahaha
    Kesian kat semua org terutama sekali kat iik tu

    ReplyDelete