Wednesday, 8 January 2014

#Bab04 - Doa Cinta Seorang Lelaki



(Nota PK : Amirul oh Amirul!)

“Apa pula dia buat kat sini? Serabutlah kalau macam ni!”rungut Nadine. Tidak jadi dia menghampiri pintu keluar.  Kelibat Nashrin yang begitu selesa membaca akhbar di ruang menunggu tempatnya bekerja benar-benar mengejutkan!

Nadine sempat mengerling jam tangannya sebelum mengeluh keras. Sebenarnya dia sudah berjanji dengan adiknya yang tercinta untuk keluar makan steamboat bersama. Jadi dia mesti pulang sekarang.

“Kenapa ni Nadine?”

Nadine menoleh, senyuman Fareed sudah menyambut tatapan matanya.

“Lain macam saja I tengok muka you. Macam ada yang tak kena. You boleh cerita pada I. Kalau I boleh tolong, insya-Allah I pasti tolong.”

Nadine tidak segera menjawab. Sebaliknya mengeluh keras.

“Kenapa ni?”tanya Fareed lagi sekali. Cuma kali ini dia ikut memandang ke arah sorotan mana Nadine.

Berkerut-kerut dahi Fareed melihat Nashrin sedang berada di situ.

“You nak jumpa dia?”

Terus cemberut muka Nadine.

“You panggil dia datang sini ke?”lanjut Fared kemudian. Sekadar inginkan kepastian.

“I panggil dia datang sini? Sorry!”jawab Nadine. Sudah separuh menjerit.

Nashrin mengangkat wajah saat mendengar suara Nadine Qhaisara. Sepasang matanya meliar mencari-cari kelibat pemilik suara yang dirinduinya itu.

“Hai Nadine!”sapa Nashrin sambil mengangkat tangan. Tidak lupa segaris senyuman sudah diukir. Nampaknya pegawai bank dari CIMB itu sudah pun melipat akhbar yang di bacanya tadi.

“Dia datang sini pula,”rungut Nadine. Resah dan gelisah menguasai diri.

“You buat apa kat sini, Nashrin?”tanya Nadine terus.

“You dah lupa? I ada beritahu you kelmarin nak keluar dinner sama hari ni. Dan you dah setuju.”

Nadine cuba mengingati kalau-kalau dia pernah berjanji apa-apa pada lelaki tersebut.

Sumpah, dia tidak ingat apa-apa langsung.

“Dia ni siapa? You tak nak kenalkan I dengan dia?”ujar Nashrin kemudian. Itupun setelah lama dia menyorot Fareed.

Serta-merta sepasang mata Nadine Qhaisara bersinar-sinar laksana bulan purnama.

“Ini Fareed. Colleague Nadine.”

“Merangkap special boyfriend I,”sambung Nadine lagi dengan beraninya. Sempat dia mengukir senyum bangga. Dalam hati dia harap sangat Fareed dapat mengikut rentak lakonannya.

Fareed sudah tercengang. Dia menyorot Nashrin lama sebelum ikut mengukir senyuman.

Special boyfriend? Him?

“Ya dan tak lama lagi kami pun nak bertunang,”balas Fareed tidak mahu kalah.

Sempat Nadine menjeling Fareed dengan riak muka setengah tidak percaya.
Bertunang? Amboi.. Melebih-lebih pula lakonan si Fareed ni.

Kelam di wajah Nashrin begitu ketara pada saat ini. Tidak sampai lima minit, dia sudah keluar dari ruang pejabat Nadine. Hancur hati Nashrin, berkeping-keping jadinya.

“So?”soal Fareed.

“Apa?”tanya Nadine semula.

“Bila nak belanja I? Susah payah I mengaku jadi bakal tunang you.”

“Holoh! Dengan kawan-kawan pun nak berkira,”rungut Nadine.

“Bukan selalu dapat kena belanja ni.”

Langkah Nadine terhenti. Beg yang disandangnya dibuka.
“Nah, I belanja you roti Gardenia coklat.”

Fareed sempat tercengang. Niatnya untuk memprotes tergendala bila Nadine seperti biasa meninggalkannya pergi.

“Harap-harap Nashrin faham,”bisik Nadine sebelum menghidupkan enjin kereta. Bukan dia tidak kasihan dengan Nashrin, tapi sebab kasihanlah dia buat begini. Sekurang-kurangnya kalau dicegah lebih awal, Nashrin tidak terlalu kecewa.

***
Nadine mengeluh berat. Ini pam kedua. Tadi pam pertama rosak. Nadine terpaksa beralih ke pam kedua. Malangnya pam minyak kedua itu pun rosak juga. Ini betul-betul menguji tahap kesabaran. Sudahlah Nadine nak cepat. Percayalah, tahap kesabaran Nadine semakin tipis bila dia beralih pada pam ketiga.

Offline. Tak boleh guna kad. Kakak kena bayar dekat kaunter,”kata pekerja di stesen minyak tersebut. Begitu selamba sekali, langsung tidak menyedari Nadine yang sudah hampir menjadi singa betina.

“Kak, kaunter kak sana,”lanjut pekerja yang memakai tag nama Amirul itu lagi.
Hampir terjojol mata Nadine melihat tag nama pekerja tersebut. Bibirnya diketap kuat-kuat.

“Kak?”tanya pekerja itu lagi, cuma kali ini ada rasa resah pada nada suaranya. Pelanggannya yang satu ini nampak pelik dan seolah-olah berada diawang-awangan.

“Amirul? Nama awak tak sedap langsung,”balas Nadine dengan rupa tidak bersalah. Kemudian terus melangkah menuju ke kaunter bayaran.

Terpinga-pinga pekerja tersebut. Sempat dia melihat tag namanya sendiri.

Nadine, jangan buat perangai macam ini boleh tak? Kasihan budak itu. Dia tak bersalah pun. Janganlah disebabkan Amirul Bin Haji Arshad, semua lelaki yang bernama Amirul pun kamu hendak sabotaj.

Bukan Amirul saja, semua lelaki pun sama!

Habis, ayah kamu dan pakcik-pakcik kamu pun sama macam Amirul?

Sepi. Langsung tidak ada jawapan.

Bawa mengucap dan istigfar banyak-banyak Nadine. Selalu percaya Allah punya rancangan yang lebih baik untuk kamu.

Sepi lagi. Nadine kalah pada segala debat kata hatinya.

“Nadine,”sapa satu suara. Suara yang amat dikenalinya. Suara yang sangat dirinduinya.

Seperti kilat dia berpaling.

“Apa khabar, Nadine?”

Nadine membisu. Beraninya Amirul muncul didepannya sekarang dan menyapa dengan muka selamba. Langsung tidak ada perasaan bersalah langsung.

“You buat apa kat sini?”tanya lelaki itu lagi.

“Isi minyaklah. Takkan I nak mengorat lelaki pula!”balas Nadine acuh tak acuh. Kemudian matanya meliar mencari-cari kereta yang dibawa Amirul.

Percayalah, luluh hatinya bila melihat perempuan yang sama dilihatnya dulu duduk dengan tenang di dalam kereta Amirul.

“You nampak sihat.”

“Habis tu, you nak I nampak tak terurus dan tak sihat langsung lepas tahu you curang? Macam tu? Kemudian you nak gelakkan I?”

“Nadine, dah tiga bulan, takkan you tak maafkan I lagi.”

“Macam I cakap dulu, I takkan maafkan you sampai bila-bila! Kalau masa boleh diputar semula, I pun harap sangat tak pernah jumpa dan kenal dengan you.”

“Lepas ni, kalau you jumpa I kat mana-mana sekalipun, jangan nak rajin sangat tegur I. For your information I dah buang you dalam hidup I,”lanjut Nadine sebelum menghayun langkah deras meninggalkan Amirul.

“Nadine!”panggil Amirul bila melihat Nadine terus melangkah menuju ke keretanya.

“Dah siap isi?”tanya Nadine pada pekerja yang juga bernama Amirul.

“Sudah.”

Tidak menunggu lama, Nadine terus masuk ke dalam perut kereta. Sengaja dia menekan minyak. Biar keretanya berderum meninggalkan kawasan stesen minyak Petronas tersebut.

Sumpah, dia belum kuat menghadapi dugaan hari ini. Dia belum bersedia bertemu dengan Amirul yang dirinduinya setengah gila itu.

Tolonglah! Kalau boleh, dia tidak ingin langsung terserempak dengan Amirul bin Haji Arshad dimana-mana sekalipun!

Sepanjang jalan air matanya merembes. Sampai di rumah pun esakannya masih tertahan. Lalu apabila adiknya bertanya tentang steamboat terus saja dia menggeleng.

“Kakak tak free hari ni. Kita keluar lain kali.”

Berubah riak muka Miera. Sejak satu jam tadi dia bersiap. Sekarang kakaknya yang tersayang kata ‘keluar lain kali.’ Aduh.. Mana boleh macam ni.

“Alah kakak ni. Mungkir janji! Miera dengan Lando excited sangat nak pergi,”bantah Miera. Muncungnya sudah panjang sedepa. Orlando, kucing kesayangannya yang sejak tadi dipangku sudah dilepaskan pergi.

Bukan main malas lagi si Orlando itu mahu angkat kaki. Kucing yang sihat ala-ala Garfield itu masih juga bergesel di kaki Miera dan kemudian kaki Nadine.

“Kakak penat sangat. Lain kali ya?”beritahu Nadine lantas menolak tubuh Orlando jauh. Kemudian pintu bilik terus ditutup.

“Jom Lando, kita buat steamboat sendiri!”ajak Miera dengan hati sedih.


Nadine mengeluh berat. Bukan dia sengaja mungkir janji, tapi Nadine betul-betul tak ada mood. Hari ini moodnya sudah tunggang-langgang. Semuanya sebab si Amirul. Macam mana ya hendak lupakan makhluk Allah S.W.T yang bernama Amirul bin Haji Arshad?


Nota : Versi Cetak sudah ada dipasaran.



*** 
For latest teaser ‘n’ updates, please click the below link. TQ  :))

https://www.facebook.com/groups/584073261660707/

10 comments:

  1. cian miera dgn lando....eeiiii tp x suka lah dgn si nashrin tu....agak2 nya lps ni nashrin dtg jumpa nadine lg x???? hihihi... - jumay jue

    ReplyDelete
  2. Kesian nadine...meh sini tumpang bahu.akak...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Isk.. ap kelas bahu2 pompuan nih@ ahu abgabu la best ;p

      Delete
  3. abg abu x muncul lg...so mcm mn nak tumpang bahu abg abu....

    ReplyDelete
  4. belanja roti gardenia je? hish hish... kedekut la Nadine ni. sama mcm PK gak... he he

    ReplyDelete
    Replies
    1. uhukk2!! sapa kutuk PK nih? gedik betoi la... ;p

      Delete
  5. sabar ye nadine.... u luck will come thru...hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. yer.. sy pn harap mcm tu.. *tetibe jwb bg pihak Nadine :p

      Delete