Tuesday 16 June 2015

CeriBERI ~ Ramadhan... Ya Habib! - Bhg.02

#KOMPILASI CERPEN LIMITED EDITON
# DIA YANG TERPILIH
#IDEA KREATIF PUBLICATION
#RAMADHAN 2015


~ BAHAGIAN 02 ~

POSKOD 35900 Tanjung Malim, Perak Darul Ridzuan.

Suasana meriah, cukup meriah. Kemuncak acara baru saja selesai sebentar tadi. Lihatlah sekarang, jari manis Aisya selamat dihiasi cincin tanda. Aisya yang selalu jadi rebutan teruna telah dimiliki. Meskipun belum secara mutlak, tetapi Aisya sudah ada calon imam. Jadi usahlah dirisik lagi, Aisya telah jadi tunang orang.

Wajah-wajah bahagia berada dimana-mana, cuma wajah Fahri saja yang nampak terlalu biasa. Sekali-sekala nampak kelam. Banyak melamun dan nampak sangat tidak bahagia. Jasadnya di sini, jiwanya ada di rumah. Sedang berfikir mungkin.

“Fahri.”

Begitu lembut suara bondanya yang tersayang. Belum sempat dibalas, tubuh Fahri telah dipeluk dengan erat. Sedikit terkejut, Fahri mengangkat wajah. Menuntut jawapan.

“Ibu?”

“Tahniah, Fahri. Ibu gembira sangat.”

Gembira? Fahri sudah lupa tentang wujudnya perkataan gembira. Gembira itu apa ya?

“Aisya nampak cantik sangat hari ni. Fahri bertuah.”

Bertuah? Benarkah begitu wahai bonda?

Fahri membalas pelukan bondanya. Kemudian menyusul pula pelukan saudaranya yang lain. Hari ini, Fahri memulakan langkah pertama untuk menjadi lelaki yang lengkap. Hari ini, Aisya telah jadi tunangnya yang sah. Enam bulan selepas ini, dia perlu memikul tanggungjawab sebagai imam pula pada Aisya.

Aisya, betulkah keputusan ini? Sebab rasa ragu sedang mendominasi.

Fahri, usahlah biar rasa ragu itu mendominasi. Aisya perempuan baik-baik, datang dari keluarga baik-baik. Senyumlah sedikit, jangan mencuka begini. Apa kata Aisya? Apa kata keluarga Aisya? Apa kata keluarga kamu sendiri?

Fahri sedang memujuk bibirnya supaya tersenyum.

Fahri, banyak hati yang perlu dijaga.

Fahri tahu.

Fahri, lupakan ‘masa lalu’. ‘Masa lalu’ itu hanya sejarah. Tidak elok diingat lagi.

Fahri tahu! Fahri faham sangat.

Akhirnya terlukis juga segaris senyuman. Biarlah hari ini, Fahri melukis senyuman tanpa rasa. Demi ibu dan demi Aisya dan demi semua yang berada dimajlis ini.

Untuk ‘masa lalu’, selamat tinggal. Angin yang baik hati, tolong sampaikan pesan ini pada Shin. Meski dimana pun dia berada, mohon dengan sangat, titipkan pesanan ini pada telinga kanannya. Ajarkan dia supaya mendengar berita ini dengan hati tenang.

Shin,

Maaf. Tidak dapat menunggumu lagi. Tanggungjawab sebagai anak telah memanggil.  Maaf. Maaf dan sekali lagi maaf.

Fahri Adrian.



*** 
ORDER DIBUKA SEKARANG (16/06/2015)
LIMITED EDITION
SEKALI CETAK SAHAJA
STOK TERHAD - ADA 1500 PCS SAHAJA
DIJUAL SECARA ONLINE SAHAJA
JANGAN SAMPAI TERLEPAS



 



No comments:

Post a Comment