Thursday 9 January 2014

#Bab05 - Doa Cinta Seorang Lelaki


Hampir menitis air mata Miera melihat keadaan kakaknya yang tercinta. Sejak selesai solat subuh tadi, kakaknya yang tercinta itu memilih untuk baring saja di atas tilam. Sangkanya Nadine tidak cukup tidur, rupa-rupanya Nadine sudah demam panas.

“Jangan pandang kakak dengan muka macam tu. Macam kakak ni nak mati pula rasanya,”komen Nadine sambil berusaha untuk mengulum senyum tipis.

“Kakak cakap apa ni?!”marah Miera tiba-tiba yang langsung saja dibalas tawa kecil Nadine Qhaisara.

“Kakak cuma demam biasa. Agaknya terkejut bila terjumpa Amirul semalam,”luah Nadine sambil mengulum senyum tipis.

“Lagipun kakak dah makan ubat. Insya-Allah, lepas kakak berehat, pasti sembuh,”luah Nadine lagi dalam usahanya menenangkan hati Miera yang resah.

“Miera pergilah jumpa kawan-kawan, Miera. Miera dah janji dengan mereka, kan? Kalau Miera tiba-tiba tak datang, apa pula kata mereka nanti.”

“Tapi..”

“Ibu, kan ada. Ibu boleh tengok-tengokkan kakak. Lagipun kakak bukan kena demam denggi pun, demam biasa sajalah.”

Agak lama Miera membisu, kemudian barulah kepalanya dianggukkan. Namun langkahnya tetap berat meninggalkan bilik kakak kesayangannya.

Nadine menghela nafas panjang. Perlahan-lahan dia baring semula. Matanya cukup berat setelah menelan paracetemol dan juga antibiotik beserta vitamin C. Harap-harap bila dia bangun nanti demamnya sudah kebah. Dan juga boleh lupakan Amirul terus. Amin!

***
Perlahan-lahan Nadine Qhaisara membuka kelopak matanya. Suara Orlando mengiau di luar biliknya begitu menggnggu.Rasanya, baru lima minit dia terlelap.

Makin lama makin kuat kucing bertuah itu mengiau.

Nadine bingkas menarik gebar. Namun saat kemilau indahnya singgah pada muka jam, dia hampir terjerit. Pukul 4 petang?!

Masya-Allah, aku tidur berapa jam ni? Zohor pun hampir terlepas.

Terkocoh-kocoh Nadine berlari menuju ke bilik air untuk mengambil wuduk.

“Kenapa ibu tak kejutkan, Nadine? Nasib baik Zohor belum terlepas,”rungut Nadine sebaik saja sepasang kakinya memasuki ruang dapur.

“Ibu sudah kejut. Kamu saja yang tak mahu bangun. Sebab itu ibu hantar Orlando,”balas Makcik Nazimah. Dia sudah pun menghampiri Nadine lantas memeriksa suhu anak perempuannya itu.

“Demam Nadine dah kebah ni,”beritahu Nadine sambil menyentuh dahinya sendiri.

“Alhamdulillah. Senang sikit hati ibu. Adik kamu setiap satu jam telefon tanya pasal kamu.”

“Miera tu memang. Nadine demam biasa, tapi dia fikir Nadine kena demam denggi,”balas Nadine lalu menarik kerusi makan.

“Ibu masak apa ni? Sedapnya bau.”

“Karipap goreng. Mari tolong ibu goreng karipap ni.”

Lekas-lekas Nadine angkat kaki.

Goreng karipap? Tolonglah! Semua perkara tentang masak-memasak memang Nadine undur diri. Kalau masak air bolehlah!

“Budak bertuah ni, sekejap saja sudah hilang,”rungut Makcik Nazimah. Kepalanya ikut digelengkan.
Minta maaflah ibu. Bukan Nadine sengaja. Tapi Nadine memang sangat lemah dalam subjek memasak ini. Harap ibu faham ya! Bisik hati Nadine Qhaisara.

“Lando nak pergi mana tu? Jangan keluar!”laung Nadine bila kucing kesayangannya si Orlando sudah pun melepasi pintu pagar. Bukan main gemalai lagi lenggok si Orlanda yang sihat walafiat itu.

Bila Nadine panggil, memang Orlando berhenti melangkah. Namun cuma sesaat. Usai menoleh ke arah Nadine, Orlando kembali menghayun langkah gemalainya. Jangan tak tahu, model terkenal Tyra Bank pun kalah dengan gaya jalan si Orlando itu.

“Degil Lando ni. Siaplah dia nanti. Kalau Nadine dapat terus Nadine buat gulai. Suka sangat keluar rumah. Lepas tu gaduh dengan kucing jiran sebelah. Kalau menang tak apalah juga. Ini tidak, luka sana-sini,”gerutu Nadine sambil berlari anak untuk mengejar langkah si Orlando.

Orlando seperti biasa, berjalan dengan megahnya menuju ke rumah jiran sebelah. Konon hendak mengintai musuh tradisi.

Namun tiba-tiba langkah Orlando terhenti. Sesaat kemudian Orlando sudah berlari kencang. Menukar arah dan terus berlari kencang menuju ke rumah Mak Jah.

“Bertuah betul Lando ni,”rungut Nadine bila Orlando baru saja melepasinya. Geramnya hati Nadine. Suka sangat si Orlando itu menjadi tetamu di rumah Mak Jah.

“Lando sayang, mari sini. Jangan masuk rumah Mak Jah. Nanti Mak Jah marah,”pujuk Nadine dengan lemah lembutnya.

“Nya~.. Ching ching ching ching ching~,”pujuk Nadine terus. Kebiasaannya Orlando sudah berlari ke arahnya kalau dipanggil begitu.

Cuma hari ini keadaan agak aneh sedikit.  Orlando sekadar menegakkan ekornya. Sekilas Orlando menoleh ke arah Nadine sebelum melangkah dengan selambanya memasuki rumah Mak Jah.

“Cis! Memang hendak kena masak gulai si Lando ni. Siaplah dia,”omel Nadine. Tanpa banyak bicara lagi dia ikut membuka pagar rumah Mak Jah sambil terhendap-hendap di sebalik pokok-pokok bunga Mak Jah.

“Nya~.. Ching ching ching ching ching~,”panggil Nadine.  Saat Orlando berhenti memberi perhatian padanya, terus dia menerkam Orlando yang nakal itu.

Sayangnya Orlando terlalu tangkas untuk ditangkap. Tanpa ampun lagi, Orlando terus memasuki rumah Mak Jah. Orlando sudah membuat rumah Mak Jah bagaikan rumahnya sendiri. Melampau betul si Orlando itu, kan?

Nadine menghela nafas berat. Mencuba menenangkan hatinya yang panas dek kerana telatah si Orlando. Dengan berhati-hati dia memasuki rumah Mak Jah. Matanya mengekori langkah kaki Orlando memasuki ruang dapur.

“Nadine tumpang masuk rumah, Mak Jah,”bisik Nadine sendiri. Sekali lagi dia terhendap-hendap disebalik mesin basuh Sambung Mak Jah. Takut pergerakannya dapat di kesan oleh si Orlando yang licik lagi tangkas itu.

Bukan main lagi gelagat si Orlando. Bagaikan boss besar. Selamba saja si Orlando menjatuhkan tubuhnya di depan pintu bilik air. Kemudian menjilat-jilat bulunya dengan penuh asyik. Langsung tidak peduli pada hati Nadine yang mulai hangat membahang.

“Jaga kau, Lando,”gerutunya seraya berlari untuk menerkam Orlando.

“Dapat pun! Mana Lando nak lari lagi ha?”ujar Nadine dengan gembiranya. Bibirnya melebar senyum. Namun senyumannya hilang saat pandangan matanya bertembung dengan renungan tajam seorang lelaki yang belum pernah dilihatnya sebelum ini.

Lelaki itu baru saja keluar dari bilik air. Tercegat dengan sorotan tak ubah macam helang lapar melihat gelagat Nadine bersama Orlando.

Wajah serius lelaki itu membuat Nadine serba salah sendiri.

“Min.. Minta maaf. I..”

“Awak siapa?”soal lelaki itu. Lagak seorang detektif pula. Tidak memberi peluang pada Nadine untuk menjelaskan perkara sebenar.

“Saya tanya, awak siapa?”ulang lelaki itu, lebih tegas daripada sebelumnya.

“I.. I Nadine.”

“Apa I? Awak tu orang Melayu. Kenapa tak guna kata ganti diri ‘saya’?”

Terus lidah Nadine jadi kelu.

“Awak buat apa kat sini?”

“I..”

“I lagi?”tempelak lelaki tersebut.

“Saya ambil ni,”balas Nadine untuk kali kedua sambil mengangkat tubuh gempal si Orlando.

Namun Orlando memang sangat nakal hari ini. Orlando sudah meronta kuat lalu melompat ke arah lelaki yang tidak dikenali itu.

“Aduh!”luah lelaki itu lagi bila tidak sempat mengelak. Orlando sudah melekat kukuh pada dada lelaki tersebut. Sepuluh kuku tangan Orlando yang tajam bagaikan belati itu sudah pun berpaut kemas.

“Maaf. Lando tak sengaja. Jangan pukul Lando,”pinta Nadine. Meski dia sangat marah dengan Orlando, tapi Orlando adalah teman akrab mereka sekeluarga di rumah. Sudah tiga tahun Orlando bersama mereka. Jadi kalau marah pun hanya marah-marah sayang.

Lelaki itu menyeringai kesakitan. Tanpa sebarang perlakuan ganas, tubuh gempal Orlando diangkat lalu diletakkan di atas lantai.

“Awak nak pukul Lando ke?”

“Kucing itukan binatang kesukaan nabi. Kita pun mesti sayang dan tak berlaku kejam dengan binatang yang disukai nabi kita. Awak tahu fakta ni, kan?”

Amboi.. Encik yang tidak dikenali ini sedang menyindir nampaknya.

“Awak tinggal sini?”aju lelaki itu kemudian.

Menggeleng.

“Jadi siapa benarkan awak masuk rumah ni?”

“Saya minta maaf.”

“Awak sudah menceroboh. Saya boleh buat laporan polis.”

Nadine sudah membesarkan sepasang matanya. Polis?

“Takkanlah sampai macam itu sekali. Saya bukan curi barang pun. Saya cuma nak ambil kucing saya. Macam tu pun salah ke? Lagipun awak tu siapa? Setahu saya Mak Jah cuma tinggal berdua dengan Fatim.”

“Memang tak salah. Tapi cara awak salah. Awak sepatutnya minta kebenaran daripada tuan rumah dulu. Bukan main masuk saja. Lagi satu saya nak ingatkan, Mak Jah pun ada seorang anak lelaki.”

Nadine sudah menepuk dahinya sendiri. Macam mana dia boleh lupa tentang anak lelaki Mak Jah. Miera kan sudah kecoh bercerita tentang betapa baik hatinya abang si Fatimah Azzahra itu.

Tapi.. Tak baik hati pun! ‘Eksyen’ saja lebih. Menyampah pula Nadine tengok. Macam nak tenyeh-tenyeh kepala anak lelaki Mak Jah ni pun ada. Tapi Nadine pun mesti jaga air muka keluarganya.

“Saya minta maaf,”mohon Nadine Qhaisara akhirnya. Suaranya sudah dilembutkan. Jaga air muka keluarga lebih penting sekarang. Mana boleh kasar-kasar.

Terdengar lelaki itu menghela nafas panjang.

“Lagi satu, pasal aurat awak tu,”komen Abu Hanifah. Dia sudah pandang Nadine atas dan bawah.

“Huh? Apa dia?”

“Saya kata aurat awak sebagai seorang perempuan. Kenapa aurat pun awak tak jaga? Ini semua dosa. Ini semua akan dibalas dengan seksaan yang maha dahsyat di akhirat nanti.”

Rahang Nadine hampir jatuh. Sepasang kemilau indahnya langsung tidak berkelip.

Wah! Ini sudah lebih. Ayah dan ibunya pun tidak marah-marah kalau dia tidak bertudung. Tapi anak lelaki Mak Jah ini pula yang sibuk-sibuk masuk campur dalam urusan peribadinya.

“Dekat saja. Jadi tak payah pakai tudung pun tak apa.”

“Siapa cakap tak apa? Ajaran mana awak ikut ni? Saya ini bukan muhrim awak. Sepatutnya sebelum awak keluar rumah tadi awak sudah mengenakan tudung.”

 Masya-Allah! Kenapa dengan lelaki ini? Apa masalah dia? Dia fikir dia bagus sangat ke sampai tempelak aku macam ni? Banyak cantik muka dia!

“Awak ingat rambut awak tu cantik sangat ke sampai awak nak tunjuk dekat saya?”sambung lelaki itu.

“Hah!”jerit Nadine. Bibirnya diketap kuat-kuat.

“Memang rambut saya cantik. Kalau saya hendak tunjuk dekat semua penghuni dunia pun awak kisah apa?”

“Rambut ibu saya sejuta kali lebih cantik. Rambut ibu saya terpelihara daripada penglihatan mata-mata rakus yang berniat jahat. Rambut awak pula, awak fikirlah sendiri dimana letak duduknya rambut yang awak agung-agungkan sangat tu.”

Usai berkata-kata lelaki itu melangkah pergi meninggalkannya ke tingkat atas.

Lama Nadine terpaku di depan pintu bilik air Mak Jah sehinggalah bahunya di sentuh dari belakang. Senyuman Makcik Jah menyambutnya.

Lekas-lekas Nadine menyeka hujung matanya. Jujur, hatinya amat pedih setelah mendengar kata-kata lelaki itu. Terluka dan terkesima, itu yang dirasakannya kini.

“Kenapa ni, Nadine? Mak Jah pergi kedai depan sana tadi. Nadine tunggu Mak Jah lama ke?”

“Tak ada apalah, Mak Jah. Mata Nadine masuk habuk tadi. Nadine balik dulu ya.”

“Duduklah dulu makan roti canai. Mak Jah pun nak kenalkan Abu Hanifah dengan Nadine.”

“Lain kali ya, Mak Jah. Sekejap lagi Nadine nak keluar dengan ibu,”bohong Nadine lantas terus melangkah keluar.

Sepanjang jalan sindiran si anak lelaki Mak Jah asyik mengekorinya terus.

“Tak guna! Siaplah dia nanti,”gerutu Nadine. Sempat dia menjeling tingkat atas rumah Mak Jah.


Nota : Versi Cetak sudah ada dipasaran.



*** 
For latest teaser ‘n’ updates, please click the below link. TQ  :))

https://www.facebook.com/groups/584073261660707/

13 comments:

  1. akhirnya muncul gak abg abu ni....tp dlm bab ni dia sarcastic sgt lah.....huhuhu - jumay jue

    ReplyDelete
  2. hamboi! PK x upload lg kt grup hang dah trjah yerk.. hemo2 :D

    ReplyDelete
  3. hahahahahahahahaha......dh keje duk dpn pc ni, sambil2 nak execute...jenguk2 blog yg ada.....hahahahahaha - jumay jue.....

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahahah ;D bijak2! pasni xle preupload lalalala *gelak jahat

      Delete
    2. xpe lah........huhuhu....nnt kita tggu org tag kat group dl, then br terjah blog.....nnt jd mcm lando plak, main msk je rumah org.....hahaha

      Delete
    3. abang abu...engkau muncul jua,,
      tp naper garang semacam,takut ai...
      kan abang abu ni punya persona yg hebat..
      tergoyah sbb adik nadine ker?
      abang abu yg budiman...betul nadine salah x ttp aurat,n abang abu dah berdosa sama sbb terlihat aurat nadine,tp...nk tegur org bukan macam itu..kena ada caranya..ada adab sopannya..tak gitu??

      Delete
    4. hahaha.. nade2 si Orlando tu.. saje je nk wat abgabu n Nadine jupe.. kih3

      Delete
    5. eh2.. salah reply.. hahha :D
      Nk wat gane, abgabu pn trkejut tuh :p

      Delete
    6. xpe slh reply...kitorg suka...nnt blh lg terKELUAR teaser yg secoet2.....hihihi

      Delete
  4. Replies
    1. Garang trkejut sebenornyer tu.. x caye baca ending dia nnti.. hahahha *ayat mmbako

      Delete
  5. Abam abu terkejut ke .... dia ingat nadine lagi tak

    ReplyDelete
  6. Homai! I like this guy. Done reading dari bab 1 sampai bab 5, sambung pleasee... :)

    ReplyDelete